8th Small Wedding Anniversary Celebration ♥



Semalam, 11.11.2019.... adalah ulang tahun perkahwinan weols yang ke-8. Alhamdulillah.... genap sudah 8 tahun usia perkahwinan weols (kenal each other dah 10 tahun dah... feels like forever knowing him). Tak terasa, kan. 

Growing up and getting old together gittew ♥





So semalam, ajak husband celebrate berdua time lunch hour. Time tu je weols ni dah keluar makan berdua tanpa rasa bersalah tak bawa anak²... hehe. sesekali, kena gak weols dating berdua kannn. Sayangnya cuti tahunan Zie dah habis, kalau tak...memang Zie ambil half day terus.... hehe.





Weols celebrate makan² biasa² je di Secret Recipe. Ala kadar jer uols. Janji husband tak pernah lupa. Zie ni haaa yang kerap nah terlupa setiap tahun. di kepala ni hanya ingat deadline kerja urgent je... huhu. Hari Ahad tue, dia tetiba tanya... hari ni berapa haribulan. Zie jawap ler 10hb... kenapa?

...then dia tak jawap Zie. Instead dia tanya lagi. Hari Isnin nanti brapa haribulan ye. Zie plak lurus bendul... jawap "11hb ler. Kenapa?". Then husband tanya lagi... "Hari Isnin hari apa ye.." Dia tanya lagi. Jujur Zie langsung tak ingat.... nak marah Zie bila di tanya berulang² kali and then pertanyaan Zie dia tak jawap² sebaliknya dia pi tanya soalan lagi.

Seriously, annoyed Zie time tu. Dahlah orang tgh busy cuci pinggan mangkung. Tak semena² telinga Zie kena dia jentik. Hahahaha. Terus dia kata ... "LUPA isnin hari apa."... merajuk masuk dalam bilik kawan oiiiii. Hahaha

Then baruuuuuu ler Zie perasan... Isnin bertarikh 11.11.... adoiyaiii! Hahaha. My bad






Sayang dia! Dia tak pernah pun lupa tarikh² penting weols. Zie ni jer haaa yang kerap lupa. Bukan tak sayang ke apa ye uols... cuma di kepala ni banyak sangat benda alah nak di ingat. Kalau Zie tak ber-Reminded... jgn harap Zie dah ingat. His birthday pun Zie letak yearly reminder. Hahaha.

...tak nak dia merajuk tiap tahun maaa. Hahaha. Terbalik weols kan. Selalunya Lelaki yang lupa... ni, Zie yang lupa. Alahaiii. 




Apa² pun, Happy 8th Anniversary to Us. Looking forward for more anniversaries to come with you, sayang. Thank for the gift by the way.


♥ You! XOXO



No comments: