Showing posts with label Wedding Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Wedding Anniversary. Show all posts

Hadiah Perkahwinan Yang Ke-10 Buat Suami


Alhamdulillah.... dapat jugak Zie bagi hadiah iPhone 11 Pro Max untuk husband. Awal bulan Januari 2020 yang lepas Zie bagi kat dia. Belated wedding anniversary gift. Sepatutnya bagi pada 11.11.2019, somehow Zie tak nak berbelanja ribu² dulu sebab anak² nak masuk sekolah. Tunggu dah lepas pendaftaran sekolah anak².. then baru lah rembat.

Masa 11.11.2019, Zie just wish je kat dia and bagitahu dia yang Zie takde apa² gift buat dia. Actually niat Zie, Zie nak surprise dia sebenarnya. Hihi





Zie pilih warna Green with 256GB. Happy bukan main lagi dia bila Zie bagi dia ni. This year wedding anniversary tak tahu lagi apa nak belikan untuk dia. Kalau PS5 dah release... maybe akan bagi dia hadiah tu kot....



8th Small Wedding Anniversary Celebration ♥



Semalam, 11.11.2019.... adalah ulang tahun perkahwinan weols yang ke-8. Alhamdulillah.... genap sudah 8 tahun usia perkahwinan weols (kenal each other dah 10 tahun dah... feels like forever knowing him). Tak terasa, kan. 

Growing up and getting old together gittew ♥





So semalam, ajak husband celebrate berdua time lunch hour. Time tu je weols ni dah keluar makan berdua tanpa rasa bersalah tak bawa anak²... hehe. sesekali, kena gak weols dating berdua kannn. Sayangnya cuti tahunan Zie dah habis, kalau tak...memang Zie ambil half day terus.... hehe.





Weols celebrate makan² biasa² je di Secret Recipe. Ala kadar jer uols. Janji husband tak pernah lupa. Zie ni haaa yang kerap nah terlupa setiap tahun. di kepala ni hanya ingat deadline kerja urgent je... huhu. Hari Ahad tue, dia tetiba tanya... hari ni berapa haribulan. Zie jawap ler 10hb... kenapa?

...then dia tak jawap Zie. Instead dia tanya lagi. Hari Isnin nanti brapa haribulan ye. Zie plak lurus bendul... jawap "11hb ler. Kenapa?". Then husband tanya lagi... "Hari Isnin hari apa ye.." Dia tanya lagi. Jujur Zie langsung tak ingat.... nak marah Zie bila di tanya berulang² kali and then pertanyaan Zie dia tak jawap² sebaliknya dia pi tanya soalan lagi.

Seriously, annoyed Zie time tu. Dahlah orang tgh busy cuci pinggan mangkung. Tak semena² telinga Zie kena dia jentik. Hahahaha. Terus dia kata ... "LUPA isnin hari apa."... merajuk masuk dalam bilik kawan oiiiii. Hahaha

Then baruuuuuu ler Zie perasan... Isnin bertarikh 11.11.... adoiyaiii! Hahaha. My bad






Sayang dia! Dia tak pernah pun lupa tarikh² penting weols. Zie ni jer haaa yang kerap lupa. Bukan tak sayang ke apa ye uols... cuma di kepala ni banyak sangat benda alah nak di ingat. Kalau Zie tak ber-Reminded... jgn harap Zie dah ingat. His birthday pun Zie letak yearly reminder. Hahaha.

...tak nak dia merajuk tiap tahun maaa. Hahaha. Terbalik weols kan. Selalunya Lelaki yang lupa... ni, Zie yang lupa. Alahaiii. 




Apa² pun, Happy 8th Anniversary to Us. Looking forward for more anniversaries to come with you, sayang. Thank for the gift by the way.


♥ You! XOXO



Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6 Buat Suami


Masa untuk beli hadiah utk suami for wedding anniversary gift dia yg ke-6 ^_^ Si Mikail tu, mama dia dah besar perut, pun stilllllll gak nak duduk depan dgn mana. 2in1 dia bawa sekali dalam satu masa. Haha. Tertido dia...




Selfie kejap... hehe.







Ni weols di kedai Jam Borneo Time ke kalau tak silap. Di Plaza Merdeka. Suruh husband pilih sendiri jam G-Shock yg mana satu dia berkenanan. Nanti zie just tinggal bayarkan je. Since si Mikail tu hyper nah lat dalam kedai tu... so salesgirl kat situ bagi dia main lego...

Baru lerrrr weols aman sikit nak pilih jam. Kalau tak jenuh zie dok kawal dia. Alahaiiii.  Once dah jumpa yg husband berkenan, weols ke Parkson plak. Nak belikan set perfume buat husband. Kira 2nd gift utk dia lah....



Taraaaa!!! Inilah dia hadiah hadiah buah husband sempena wedding anniversary weols yg ke-6. Semestinya lah husband suka sebab dia pilih sendiri. Hihi. Semoga rumahtangga kita berkekalan bahagia tip Jannah. Aminnnn...

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-6 Dari Suami




Wedding Anniversary ni, awal² lagi dah husband Zie belikan untuk zie memandangkan hari ni, Zie dah pun dalam pantang. Disebabkan Zie nak Zie sendiri yg pilihan bangle (takut nanti husband pilih yg tak di kenan mata...sayang. Hihi), thats why zie request dia belikan awal.

... dapat nanti tiap² bulan gigih beli charm dia satu satu. Haha.



Kali ni Zie nak gelang emas ala Pandora. Jadi 916 Chomel Pandora by Tomei menjadi pilihan hati ku ini. Nasib baik time zie beli design lock dia bentuk Love ♥ Sooo happy! Macam tahu² je yg kite nak belikan sempena hadiah ulang tahun perkahwinan dari suami...hihi





Taraaaaa!!! My very 1st 916 Pandora bangle. Dari dulu suka tgk gelang Pandora...tp kan pandora bukan emas.... so bila kedai emas Tomei ni ada keluarkan gelang emas versi Pandora.... apa lagi weh! Bila husband tanya tahun ni nak hadiah apa... terus zie  gtaw nak gelang Pandora emas...haha. 

....Trade in dgn gelang emas zie yg lama. Kira tukar tambah sekian sekian amount je. Sebab zie bukan jenis pengumpul emas sbg koleksi. Zie jenis yg beli utk pakai. Bukan beli utk simpan. Sayang. Haha.


Thank you dear husband ♥



Throw Back Entry : 5th Wedding Anniversary Dinner


On 11.11.16 bulan lepas, adalah hari ulang tahun perlahwinan weols yg ke-5 :) Zie set kan a suprise wedding dinner buat weols. 

Soo... taraaaa. Love the decoration so much! Zie pilih NK Grill Kitchen di Matang Jaya.





Tadaaa.... so happy tengok husband senyum senyum malu suprised. Hehe. Ala ala candle light dinner kooo... hihi




Our wedding anniversary cake ;) Sengaja pilih cake kecil je sebab weols ni jenis tak berapa sgt nak makan kek.

Kek Cheese tu. Sedap.


Budak bertuah ni yg nak makan kek tu. Mama papa dia hanya sempat makan sesudu dua je. Hahaha.


Lain orang yg sambut anniversary, lain yg happy seakan. Hahaha.




Menu buat husband. Chicken apa entah nama menu ni. Lupa dah. Haha. Sangat sedap weh.




Inilah dia kesayangan hamba . Love him so much!




Ni plak menu utk zie. Lamb Shoulder Grill. My favourite menu kat NK Grill ni taw. 



Kebulur lapo. Hihi





Hehe... walaupun weils sambut wedding annoversary, si kecik ni wajib weols bawa. Tal sampai hati nak tinggalkan semata mata nak sambut berdua...

Nyawa zie budak kecik ni taw. Wajib bawa.... hihi




Dia sibuk nak bawa balloon tu. Apa apa pun, thank you owner of NK Grill Kitchen,  Noni uruskan semua ni. Owed u so much, babe!

Dan buat suamiku, semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke jannah. Amin.


Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-5


Kalau tahun lepas zie dapat iPhone 6s Plus as my 4th wedding anniversary gift dari husband. Tahun ni... since handphone still elok (dulu husband belikan sebab kebetulan handphone Zie rosak)...

... hanya request beli heels je. Mula-mula husband nak belikan handbag Guess. Tapi handbag Guess yg awal tahun ni beli pun still lagi elok... watpe nak membazir, kan





Tadaaa! Inilah dia 5th wedding anniversary gift dari husband. Zie kalau tang heels, sure nak aje if husband nak belikan.

... rezeki jgn ditolak oi. Hahaha




Dorg yg setia menemani zie pilih kasut. Zie kalau part nak beli kasut, teramat sgtlah cerewet okeh. Nak yg full covered. Then tumit dia plak, tak nak covered with PU leather or leather... 

...sebab zie jenis ganas pakai. Kejap je lunyai tumit tu nanti. Sayang. Hahaha




Since jenis yg zie nak, hanya sikit je ada (kebanyakkan covered with leather tumit dia.. uwaaa!)... so zie pilih yg material lace.

Lagi pun falling in love dengan warna dia. Red blood a.k.a Maroon colour ^_^






Ni dia full view kasut tu. Cilok gmbar dari website Charles & Keith. Hehehe. Really love this high heels so much!

Sangat comfy. Well, high heels dari Charles & Keith memang semuanya comfy. Boleh kau bawa berlari tau... sungguh! Tak tipu. Hehe

Apa apa pun, thanks sayang for this lovely wedding anniversary gift. Happy 5th wedding anniversary buat kita. Semoga cinta kita kekal hingga ke jannah. Amin.




Happy 5th Wedding Anniversary to Us ♥



"To my wonderful husband who has shown me what love really is. Who is the reason for my happy days and the comfort in my sad ones. Who cheers my successes and encourages me in failures.  I am so proud to be your wife"

Happy 5th Wedding Anniversary, Syg Dillah Morsit ♥ I love you to the moon and back ... xoxo




Hadiah Ulang Tahun Ke-4 Perkahwinan Buat Suami






Untuk ulang tahu perkahwinan weols yg ke-4, tahun ni Zie hadiahkan husband motorsikal ni. Yamaha 125 ZR ã‚· Down payment bayar besar sikit so that monthly instalment below RM150 per month. Hehehe. Zie ambil instalment utk setahun je... masuk tahun 2017, bila bonus tahunan masuk.

...akan settle habis balance still ada. Zie jenis tak suka berhutang. Susah nanti nak buat budget. So dear husband, selamat menunggang  motorsikal baru. Jgn merempit ye, u merempit... i pi jual balik dengan tauke kedai tu... hahaha :D





Kesian skuter lama husband. Terpaksa trade in utk tambah down payment Yamaha 125 ZR tu. Lama kooo dia berjasa dengan husband di Sri Aman. Sedih plak tengok dia tersadai di kedai motor menunggu owner baru adopt dia. Huhuhu...

.... reason husband nak beli baru is because, 1st... skuter dia slow sangat. Sebab time working days... husband ke tempat kerja guna motorsikal. Laju katanya...tak stuck dalam kesesakkan lalu lintas. Bila hujan baru dia pakai keta dia.

2nd reason plak... skuter ni asyik² meragam je. asyik² mogok. Asyik² mintak duit... huhu. Mana tahan kan ã‚· Apa² pun, terima kasih skuter di atas jasa mu selama ini ^_^ Semoga kau dapat owner baru ã‚·





Hadiah Kedua Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-4




Happy nyaaaaaa tanpa di duga duga, dapat hadiah yg kedua sempang ulang tahun perkahwinan weols yg ke-4. Kan sebelum ni Zie ada dok ngiyau yg Samsung Note 2 zie dah rosak.


Entries berkait :-
(click links utk baca)


 Motherboard totally rosak. If nak repair, RM400 anggaran kasar utk repair..for sure lah zie tak nak repair. Better beli baru je sebab kalau pun dibaiki, belum tentu takde masalah lain yg akan menyusul. So better beli baru. 

Mulanya niat nak beli sendiri iPhone 6 Plus je. Ingat nak pakai Digi Smartplan so that harga phone akan murah sikit berbanding di kedai. Tapi tu la... kena ikat kontrak paling lama pun 24months. Since husband tak nak zie "berhutang"..




Dia offer dia belikan utk zie. Budget yg zie ada utk beli, better simpan je dia kata. Well, apa lagi kooooo akuuuuu uols. Rezeki weh. Hahaha. Laju aje keluar dari Digi store... bhahahaha.  Awalnya nak beli iPhone 6 Plus je...

...alih alih husband belikan iPhone 6s Plus. Wahhhh... bestttt. Freebie dia tempered glass screen protector dan Power bank je. 4 years warranty.




Di dia power bank free tu. Mahal gak benda alih ni ek. Meaning ada 2 powerbank dah Zie...hehe. 1 pineng power bank. dan 1 lagi yg ini. Best :)







Tadaaa... my new toy to play with every day. Hehe. Zie pilih warna Space Grey. 6s Plus ada 3 pilihan warna. Pink, in where zie rasa cam girly sgt. So not me...so tak nak. Gold plak, ramai yg pakai gold. More over cepat nampak kotor

,....so space grey it is ^_^ My 1st iPhone smartphone. Thank you dear husband. Appreciate it so much. Love u to moon and back ^_^






Hadiah Wedding Anniversary Yang Ke-4 Dari Suami




Hari nie genaplah sudah 4 tahun perkahwinan weols. Alhamdulillah.... susah dan senang selama 4 tahun bersama si comel Mikail :) Husband tanya nak ape utk ulang tahun ke-4 ni...

...actually dalam fikiran nak guess handbag je...hahaha. Tp bila pikir pikir, baru bulan 7 beli handbag. 

Memandangkan perfume Zie dh habis. So perfume it is ^_^




Wangian Hugo Boss ni jugak yg mejadi pilihan husband. Zie ok je... janji bau dia tak nyucuk lubang hidung sangat.   Sebenarnya nak beli perfume Paris Hilton (yg botol pink tu)...

...Coz dah hampir 4 tahun pakai perfume tu je. Tapi perfume tu takde jual kat mana mana outlet parkson. Hanya di airpot je ada jual.

Memandangkan malas nak ke airport, tu yg zie suruh husband je yg pilihkan. ikut bau yg di suka cium. Sebab dia gak yg nnti akan cium. hihi





Tadaaa... nie lah dia bau terbaru zie. Botol dia lawa. Actually nak beli perfume Guess. Tapi sayangnyaaaaaaa perfume Guess semuanya berjenis EDT :( Bau EDT kan tak sekuat bau perfume yg berjenis EDP.

...tu yg ala ala takpe lah tu. huhu. Botol perfume Guess lagi lawa taw. Tp harapkan botol je lawa... watpe kan.



Dapat free 2 tester. 1 botol tester yg takde label tu, Jour Pour Femme perfume by Hugo Boss. Yg nie for women... untuk zie ler ^_^

Sebotol lagi tu, Boss Night perfume for Men. Juga dari Hugo Boss gak. Yg for men tester tu... semestinya ler bagi kat husband. hihi. Husband pengguna perfume Hugo Boss tegar. Byk je koleksi botol Hugo Boss dia...hihi

Apa apa pun, thank you sayang! Happy 4th Wedding Anniversary to us. Semoga ikatan cinta kita berkekalan til jannah. Aminnnnn.