Health Protector Takaful Menjadi Pilihan


Another more throw back entry 😄 Pertengahan bulan June yang lepas after discussed dengan husband... after kira budget, tolak mana² yang tak penting. End up Zie decided untuk percepatkan untuk ambil Takaful buat diri sendiri. So here I am...

...Duduk semeja sekali lagi with my Takaful Agent, Razin Amran (klik nama untuk ke FB dia). Bezanya sekarang, is for my own. Anak² semua dah settle dah takaful dorang. Lega disitu. Takde rasa bersalah kat diri sendiri tak sediakan insurans kat dorang.




Plan asal nak ambil next year. Kira gaji dah naik sebab this year konon² nak enjoy shopping, nak enjoy habiskan duit beli supplement kecantikkan budget² tak nak tua gittuh...LOL! Tapi bila fikir², semakin hari semakin tua. 

Semakin hari plak, semakin penyakit akan start datang perlahan². Kita tak tahu bila sakit akan menyerang. Sekarang ni having a medical card is A MUST sudah. Pada pandangan Zie lah ye. Ala...kau mampu. Memanglah cakap macam tue <--- Eh, silap tu uols. If nak cakap pasal mampu tak mampu ni, alahaii.... sejujurnya. Tak mampu.

Gaji, yes. Nampak besar. Lagi besar income seseorang, lagi besarlah periuk dorang. Paham tak? hihi. That's why Zie katakan tadi. Zie tolak mana² perbelanjaan bulanan yang Zie kategorikan sebagai kehendak. Budget untuk my beauty supplement is RM500 sebulan. So I cut it from there. If sakit nanti, kecantikkan terus hilang... betul tak? So kena balance. Kecantikkan + Kesihatan... semua need a backup plan.

So dari RM500 budget, Zie set ke RM300 je. Balance RM200 tu... khas utk Zie bayar takaful Zie. Another more RM42 (monthly contribution utk takaful Zie is RM242, FYI)... Zie cut beli air Starbucks, Haha! Termasuk gak weh frappe Starbucks dalam list. Hahaha.




Nih...my last Starbucks frappe for June. LOL. Lepas tu in July baru beli lagi. sebulan sekali, okay ler tu berbanding dgn seminggu sekali. Hihi. Cut kehendak, gantikan dengan keperluan. Haaa... gittuh uols.  Lepas bincang itu ini... Zie ambik Health Protector plan. Plan nya sama dengan anak dara Zie, Mikayla.

Actually nak ambil Prulady sebenarnya. Tapi lepas dgr penerangan, better ambil yang bacis je dulu. Tak dapat nak ambil serentak. InshaAllah andai ada rezeki lebih nanti² baru add on Prulady tu plak. Janji dah ada takaful. Itu yang penting. 





Thank you for your time, adik² ku berdua ♥ 

Lega bila my whole family dah ada insurans sendiri. Husband stay dgn insurans lama dia. Taknak dia tukar. Takpe. Janji being insured. That's all matter, kan :) Siapa belum ada takaful tu, better ambil ye. Tak kisahlah uols nak ambik dari siapa. Janji agent tu jenis yg amanah, dedikasi dgn kerja dan aktif. Sebab if ada apa² masalah, uols nak merujuk apa² or do the claim part... takde lah M.I.A. Benci sungguh kalau agent insurans gitu, kan.





No comments: