Showing posts with label My Insurance Agent. Insurans Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label My Insurance Agent. Insurans Anak-Anak. Show all posts

Health Protector Takaful Menjadi Pilihan


Another more throw back entry ðŸ˜„ Pertengahan bulan June yang lepas after discussed dengan husband... after kira budget, tolak mana² yang tak penting. End up Zie decided untuk percepatkan untuk ambil Takaful buat diri sendiri. So here I am...

...Duduk semeja sekali lagi with my Takaful Agent, Razin Amran (klik nama untuk ke FB dia). Bezanya sekarang, is for my own. Anak² semua dah settle dah takaful dorang. Lega disitu. Takde rasa bersalah kat diri sendiri tak sediakan insurans kat dorang.




Plan asal nak ambil next year. Kira gaji dah naik sebab this year konon² nak enjoy shopping, nak enjoy habiskan duit beli supplement kecantikkan budget² tak nak tua gittuh...LOL! Tapi bila fikir², semakin hari semakin tua. 

Semakin hari plak, semakin penyakit akan start datang perlahan². Kita tak tahu bila sakit akan menyerang. Sekarang ni having a medical card is A MUST sudah. Pada pandangan Zie lah ye. Ala...kau mampu. Memanglah cakap macam tue <--- Eh, silap tu uols. If nak cakap pasal mampu tak mampu ni, alahaii.... sejujurnya. Tak mampu.

Gaji, yes. Nampak besar. Lagi besar income seseorang, lagi besarlah periuk dorang. Paham tak? hihi. That's why Zie katakan tadi. Zie tolak mana² perbelanjaan bulanan yang Zie kategorikan sebagai kehendak. Budget untuk my beauty supplement is RM500 sebulan. So I cut it from there. If sakit nanti, kecantikkan terus hilang... betul tak? So kena balance. Kecantikkan + Kesihatan... semua need a backup plan.

So dari RM500 budget, Zie set ke RM300 je. Balance RM200 tu... khas utk Zie bayar takaful Zie. Another more RM42 (monthly contribution utk takaful Zie is RM242, FYI)... Zie cut beli air Starbucks, Haha! Termasuk gak weh frappe Starbucks dalam list. Hahaha.




Nih...my last Starbucks frappe for June. LOL. Lepas tu in July baru beli lagi. sebulan sekali, okay ler tu berbanding dgn seminggu sekali. Hihi. Cut kehendak, gantikan dengan keperluan. Haaa... gittuh uols.  Lepas bincang itu ini... Zie ambik Health Protector plan. Plan nya sama dengan anak dara Zie, Mikayla.

Actually nak ambil Prulady sebenarnya. Tapi lepas dgr penerangan, better ambil yang bacis je dulu. Tak dapat nak ambil serentak. InshaAllah andai ada rezeki lebih nanti² baru add on Prulady tu plak. Janji dah ada takaful. Itu yang penting. 





Thank you for your time, adik² ku berdua ♥ 

Lega bila my whole family dah ada insurans sendiri. Husband stay dgn insurans lama dia. Taknak dia tukar. Takpe. Janji being insured. That's all matter, kan :) Siapa belum ada takaful tu, better ambil ye. Tak kisahlah uols nak ambik dari siapa. Janji agent tu jenis yg amanah, dedikasi dgn kerja dan aktif. Sebab if ada apa² masalah, uols nak merujuk apa² or do the claim part... takde lah M.I.A. Benci sungguh kalau agent insurans gitu, kan.





Zie Pilih PruBSN Takaful Untuk Mikail & Irfan


Sementara menunggu agent insurans Zie sampai, layan minum Mocha Frapp duluin. My favourite ♥ Weols meet up di Starbucks Plaza Merdeka untuk pass Policy PruBSN Takaful + Medical Card untuk anak² Zie, Mikail dan Irfan.

Zie insured anak² Zie bulan 11 tahun lepas. Need to wait 120 hari utk policy insurans siap dan boleh di gunakan. Untuk minor accident, dalam tempoh 120 hari tu, pay & claim konsep dulu. Syukur dalam 120 hari menunggu policy siap tu....anak² Zie takda apa²  :)




Inilah dia my trusted Insurance Agent, Razin Amran (klik nama da untuk ke FB dia).  Banyak menang Awards dia ni taw. Thats why zie putus untuk insured anak² zie (soon akan diri sendiri...kena tgk budget. buat masa ni, zie utamakan anak². Zie kemudian² once financial dah okay...kena betul² plan)

Lupa plak bergambar dengan PA dia, Nabilah. Both of them sangat friendly. Higly recommended, siapa plan nak ambil insurans, boleh direct roger dia di Facebook dia --> https://www.facebook.com/razin.amran <-- dari duluuuuuu lagi zie nak belikan insurans utk anak² Zie, tapi tak jumpa agent yg betul² Zie rasa zie dapat percayai.

...Razin ni was recommended by my sister-in-law, Chu. Then tgk plak pencapaian dia buat insurans etc etc...he is 100% fully committed. Zie nak agent yg 100% committed, senang if ada apa² hal...zie boleh refer.

InshaAllah...andai kata one day, Zie memang memerlukan utk guna medical card or claim, he will be there to assist me. Coz far dgr feedback dari clients dia... dia memang agent insurans yg bertanggungjawap n jaga kebajikan client dia. No wonder menang byk awards kan. Hihi




Alhamdulillah. Anak² zie dah fully protected sudah. Tak perlu dah Zie risau lagi. Zie pilih policy yg linked dgn saving. Tak payah anak² Zie nanti loan PTPTN if dorang nak sambung belajar di Universiti. Dah merasa dah bebanan bayar Study loan. Zie nyer study loan, tinggal 3K je lagi...phewww!~

Insha'Allah... harap perancangan Zie ni berjalan lancar untuk masa depan dorang. Semua ayah ibu nakkan yg terbaik untuk anak² dorang. Zie tak terkecuali. Sebolehnya....selain zie masih hidup, selagi tu zie akan sediakan yg terbaik untuk dorang.

InshaAllah...once dah melahirkan nanti, after 15 days... InsyaAllah, Zie akan insure baby terus. Tak nak tangguh² (andai rezeki cukup...inshaAllah). Baru dapat next year, turn zie plak. Hihi.