Showing posts with label Anak Demam. Show all posts
Showing posts with label Anak Demam. Show all posts

Demam Panas Yang Pertama Mikayla


Actually, Hari Jumaat sebelah malamnya... Zie perasan badan Mikayla cam panas² gitu. Bila check suhu, normal. So Zie assumed body heat dia tu gara² haba panas rumah. Hari Sabtu & Siang ahad pun sama.... normal je suhu dia. Until lah pagi Isnin, tertiba terasa badan dia panas giler.

...bila check suhu, 38.2! Tinggi dah demam dia. Mendadak plak tu naik. So terus weols bawa dia ke Klinik.




Kali ni weols tak nak dah bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic tu. Sebab charge bayaran dia semakin hari cam tak masuk akal plak. Sometimes almost RM200. Mahal lagi dari charge Dr Lim di KPJ. Huhu. So decide nak tukar doktor. So weols try bawa dia ke another child specialist physician, Dr. Lee.

Alhamdulillah, murah charge dia. Hanya RM40 jer. Ramai yg recommended Zie Dr Lee ni. Baru tergerak hati register anak² under his care bila demam/sakit.





Since dia baru je umur 6 bulan lebih, Dr Lee tak berani nak bagi dia banyak ubat. Just ubat demam & antibiotics je. Actually Mikayla ada batuk berkahak, blocked nose & fever. 3 serangkai penyakit. Huhu. Untuk blocked nose dia, Dr Lee suruh Zie continue bagi dia iLiadin Nasal Drops

Bagi Zie lah, iLiadin Nasal Drops ni hanya helps buka blockage je untuk bagi dia senang bernafas. Tapi utk cure flu tu, cam takde kesan je. Huhu. So Zie continue monitor demam dia. Demam dia mula² on and off sampailah masuk hari Selasa (8.10.19) which is semalam. Start suhu dia tak surut²....





Cam semakin teruk dia. Tapi syukur fever dia belum lagi cecah 39 or 40 celcius. Syukurrrr. Kalau tak...dah admitted dah Mikayla. Panas dia main dalam 37 ke 38 celcius gitu. Selalunya, bila Zie dah bagi ubat, dalam 4jam macam tu.... baru start lagi panas dia andaikata demam belum kebah. 

...tapi kali ni, pelik Zie tgk demam Mikayla ni. Belum sampai 2jam... panas dia dah naik. Bila suhu badan dia sikit lagi nak reach 39 celcius. Terus Zie bagi ubat Panadol yang jenis insert ke bontot tu. Sepatutnya around 6jam ke 8 jam expected demam dia akan datang balik.

Tapi tak kooo...kali ni belum sampai 3 jam lepas insert, datang balik panas dia. Terus mati kutu Zie. Buntu sangat². Cam hilang akal pun ada gak. Ubat "Bom" tu kot...takkan tak kuat lagi. Nak bagi syrup, tak berani sebab belum masa. Takut Mikayla nanti overdose. So resultnya...gara² Zie terlampau risau... menangis tua Zie.

Dahlah husband not in town. Takde orang dengan Zie untuk berganti ambik cuti untuk jaga Mikayla. Nak di hantar ke nursery, time dia tengah high fever ginie....tak sampai hati Zie nak bagi orang lain jaga dia. Bukan tak yakin or tak trust babysitters dia kat nursery tu. Cuma...Zie nak Zie sendiri yg jaga... she needs me.

Lagipun tak elok hantar anak kita yg still sakit ke nursery. Nanti jangkit anak orang. Jangan pentingkan diri je....fikirkan tentang anak orang yg sihat tu




Uols tengok keadaan dia tahankan sakit dia. Sedih Zie. Mana taknya Zie nangis tengok anak gitu. Kalau boleh Zie ambik demam dia tu, Zie sanggup ambil. Ganti tempat dia. Tak sanggup Zie tengok dia lemah gitu. Berterusan gitu sampai malam. Pelbagai dah cara Zie untuk kurangkan panas dia. still tak kebah². Sampailah emak Zie try rukyah kan dia...

Sebab mak tengok cam lain macam je demam Mikayla ni. Dia takut "campur" dengan "benda lain". So mak rukyah. To my suprise... Alhamdulillah. Baru dropping koooo suhu panas dia. Tak menaik lagi. This morning bangun tido... di paras normal dah suhu dia sampai sekarang. Mak kata, dia "terkena" benda masa weols dalam perjalanan balik rumah. Terus Zie teringat... Masa Zie ambil dia balik hari Jumaat tu... lewat sangat dah masa tu gara² kereta Zie buat hal plak. Battery bodo...geram aku. Haha. Later story tentang tu. Menyakitkan hati nah time tu taw.

Disebabkan kereta rosak, sebab tu lah Zie jadi lewat fetch dia dengan abang dia balik sekolah. Time Zie sampai nursery, dah almost senja dah. Tak lama lagi masuk maghrib. Disebabkan nak beli bateri kereta baru... so Zie direct je terus since jarak nursery Mikayla dengan bengkel tak berapa jauh. Hendak di jadikan cerita, time Zie lalu masuk simpang utk ke bengkel, persimpangan tu memang orang kata ada keras sikit. Time tu...Mikayla terus meraung nangis... Zie ingatkan dia nak susu. Terus Zie suruh abang Mikail dia ambilkan susu dalam bag nursery dia. Biasanya babysitter akan sediakan. 

So sambil driving, sambil Zie susukan dia. Senyap plak dia. Tu Zie fikir dia haus nak susu. Pastu merengek² dia...Zie ingatkan dia nak tidur. Biasanya gitu Mikayla bila nak tidur. Merengek sampailah sampai rumah... Rupanya time tu ler dia "terkena" benda tu. Bayangkan... time dah maghrib, still lagi on road... bawa baby lagi tu. Unlucky...so terkena ler. Jahat betul benda alah tu, sanggup dia kacau baby. Hmmm. Inilah bad side bila jadi 2in1 parent. Kaulah emak, kaulah bapak. Takde sesiapa untuk kita bahagikan tugas as parent. What to do... dah pun nama kau bersuamikan polis PGA. Telan jer walaupun pahit.

Nasib nenek dia sendiri tahu rukyah sikit². Kalau tak.... lesson learned. Lenkali if ada apa² hal, Zie akan sentiasa hantar anak² balik rumah dulu sebelum Zie settlekan urusan dunia, Huhu.




This morning, syukur...demam dia tak datang lagi sejak selepas di rukyah oleh nenek dia. Kira baru dalam process sembuh dari demam lah Mikayla ni. Mula² Zie plan nak ambil cuti lagi. Malam tadi dah awal² dah whatsapp manager inform Zie ambik cuti lagi utk jaga Mikayla. Syukur bangun tadi pagi...her temperature di paras normal. So Zie tak jadi ler ambil cuti. Since dapat di hantar ke nursery. Nanti mintak tolong Mak Rina dia monitor ubat dia.

Lepas susukan dia, Zie terus bagi dia ubat² dia...tadi Zie follow up dengan Mak Rina dia, Mak Rina dia kata dia okay, still normal suhu tak panas. Tengah bermain dengan kawan², So Zie suruh dia bagi ubat pada pukul 11am nanti. Kira continue on medication untuk hari ni & esok. So that demam panas yang jahat tu tak datang lagi. 

Baru lega jiwa Zie dia dah free dari demam panas. Takde lagi dah nangis sampai bengkak mata iols...huhu. Zie ni memang cenggeng sikit. Nak nak lagi if anak demam. Ever koooo aku nangis depan Pead dorang, Dr Lim (pead di KPJ Kuching Specialist Hospital) padahal anak just demam panas je pun. Haha. Time tu Irfan tu haaa...demam panas sampai menggigil².

Time dorang nak masukkan "ubat bom" ke dalam bontot Irfan, tengok irfan meraung nangis tak nak... haaaa apa lagi aku, berciciran air mata nangis sampai meleleh hingus. Sampai tergagap² serak² suara bercakap dengan doktor. hahaha. Over nah bila di ingat balik taw. Bukan dibuat² ar. Perasaan sedih tu meruntun jiwa...huhu



Si Adik Sembuh, Si Abang Pula Yang Demam



Penghujung bulan September, anak² bersilih ganti plak demam. One after another. Huhu. Nasib Mikail tak kena demam. Baru je sembuh Mikayla dari demam (klik untuk view post), keesokkan harinya pulak... abang dia Irfan plak yang kena demam panas. Zie paling binggung kali Irfan ni demam.

...sebab sure dia akan termuntah². Huhu. Dahlah sejak dua menjak ni dia pandai tak nak makan ubat plak. Terpaksa bagi dia makan ubat secara paksaan. Kesian dia. But no choice... demi kesihatan dia.




Irfan ni kan, if nak tengok dia demam serious... dia akan stop bermain & tidur je kerja dia. Tu tandanya serious na ler demam dia. Kalau tak berapa serious, dia akan continue main walaupun demam dia naik 38 celcius... still aktif mcm tak demam.

...kalau dia gitu, kurang sikit Zie risau. Tapi dia cam ginie, tak nak main...tak nak makan. Just tidur and merengek jer....haaa, risau Zie. Sebab dia akan keeps on muntah. Zie hanya akan bagi dia ubat tahan muntah dari doktor sekiranya dia dah 3x muntah.




Syukur... hanya 2 hari je dia demam. Lepas tu kembali sihat dia. Start sudah di susun kereta mainan dia. Time jerubu, weols survived. Langsung tak kena sakit. Tapi after jerubu dah takde lagi kat Kuching ni, tewas juga akhirnya. Kira after haze effect ler ni. Hihi

...Now turn Zie sendiri plak yang tak sihat. Tapi kita emak² ni, tak sihat & keletihan sangat² pun... kita still akan keeps on going. Siapa lagi nak uruskan dorang kalau bukan kita, kan? Nak nak lagi husband dah start away gi OPS...hmmm. Supermom 24jam jadinya.

Takpe, semoga Allah swt kurniakan kekuatan & tenaga yang luar biasa buat Zie so that Zie akan sentiasa stay healthy & fresh walaupun hakikatnya Zie teramat sangat letih... Kalau kaya, dah ambil maid dah iols. Ni sederhana je kehidupan, dalam mimpi je la ambil maid... hahaha :P




Demam Lagi Mikayla





Kecundang jugak akhirnya Mikayla gara² jerubu ni. Mula² kena flu dia. Pastu terus kena demam dia. Syukur hanya demam biasa je dia. Bukan demam panas. Semalam on sick leave dia. Tak pergi sekolah dia. Mak dia ni haa...jaga dia sepanjang hari. Apa yang Zie noticed, sejak dua menjak ni... semakin manja bossy² dia...

...tak nak dengan bapak dia. Nak melekatttt je dengan Zie. Penyudahnya...Zie yang keletihan tak cukup rehat. Adat beranak kecik, kan. Masa rehat dan tidur yang cukup terpaksa engkau korbankan demi membesarkan anak² mu.... kasih sayang seorang ibu ♥

Before this, senang je nak tidurkan dia. Dia hisap² jari je...dah tidur. Tapi sekarang.... alahaiiiii. Mengamok nangis sepuas²nya dia dulu, pastu baru hendak dia tidur. Anak oh Anak! huhu





Hari ni ke sekolah dia. Memandangkan demam dia dah kebah dah. Hanya tinggal flu sikit je lagi dia. Since bapak dia pun keletihan Zie tengok, Zie hantar je lah dia ke nursery. By right kalau ikut plan, nak bagi dia rehat sehari je lagi kat rumah.

...tapi kesian plak kat bapak dia. Perlukan rehat gak since dia night shift. Lagi pun dia dah okay...so tak perlu risau. Cuma Zie bekalkan aje ubat paracetamol dia in case demam dia datang balit. Semoga temporary je dia being bossy. 

Harap² bukan start being bossy lah. Kalau tak....pengsan Zie. Dahlah sepjg bulan Oktober nanti, bapak dia outstation. Huhu. Bertabahlah duhai Hazizah...




Mikail Kena Eczema dan Demam Panas




Here we are....again. Ke Chen Medical And Skin Clinic lagi. Mikail eczema kembali teruk. Huhu. Sampai berkudis je gatal² dia disebabkan dia garu sampai terluka kulit dia. Haiyaaa. Budak² kan...memang tak reti nak kawal garukan dorang. Kalau tak sampai luka berdarah, jangan harap dorang akan berhenti garu... hmmmm





Kalau pergi sebelah malam, memang ramai orang sedang tunggu giliran. Kalau datang sini untuk beli ubat je...sekejap je. Tunggu jumpa doktor tu haaaa...yg lama nah.




Kesian Mikail ni, dahlah semakin kurus. Memilih sangat makan. Tak tahu Zie apa yg dia nak makan. Kalau makan nasi, dua tiga sudu je. Sakit plak hati kite taw. Sayur langsung tak nak makan. Kalau tak di paksa makan....kompom tak makan. Buah apatah lagi...


...Air pun sama. Berpaksa suruh dia minum. Tu yang kering kulit dia tu mengundang kuman² eczema dia bertandang. huhu.... So Zie mintak Dr Chen untuk bagi Mikail sick leave untuk esok sebab susah dia hendak berjalan. Terkangkang² je dia berjalan gara² celah paha dia luka akibat garuan yang terlampau...hmmmm.





Belum lagi sembuh luka gatal dia tu, tetiba naik plak panas dia. Demam kooooo dia uols. Nasib ada cool fever & ubat paracetamol dia. Terus cepat² bagi dia paracetamol syrup dan terus tampal cool fever. Satu tempek kat dahi, satu lagi tempek kat belakang tengkuk dia...

...dengan harapan cepat turunkan panas dia. So overtime lagi ler emak diat. Mikayla baruuuu je sembuh dari demam. Disambung abang dia ni plak. Menjawap ler emak dia ni non-stop jadi nurse sebelah malamnya.

Mata mulanya mengantuk yang teramat²... tapi bila tahu Mikail demam. Terus fresh okay. Kasih sayang emak kepada anaknya...




Memandangkan Zie rehatkan Mikail selama 2 hari dirumah dan takde sura sakit dari doktor....jadi buat ler surat rasmi untuk rujukan dan simpanan cikgu kelas dia. Syukur kali ni Mikail demam panas cepat je turun. Selalunya makan masa seminggu gitu baru okay demam panas dia.

...syukur. Maybe antibodi dia dah kuat kot. Alhamdulillah.... Nasib lepas tu Irfan tak kena jangkit demam. Lega.... hihi


Demam Terkejut Kot Mikayla




Hari Sabtu lepas, elok je dia. Takde sebarang tanda² nak demam ke apa. Sampai ler ada satu kes ni...alahaiii, Irfan Irfan... Hmmmm. Kisah dia begini, sebelah malam hari Sabtu tu, bapak dia tengah susukan dia. Kebetulan time tu, Irfan tengah main kereta hotwheels dia depan Mikayla & bapak dia. 

....elok je si cina Zie tu main taw. Dia tengah sibuk susun kereta, bus dia masuk parking (hehe). Camne entah, bas tu...dia susun tepi tilam, asyik terjatuh je. Bila asyik² terjatuh, marah ler si Irfan tu. Terus di ambiknya bas hotwheels tu... dicampak dia ke depan.

So...tak sengaja terkena lerrr kat kening adik dia. Dahlah bas tu material dia jenis besi tau...ko ghase? huhu. So menjerit terus lah adik dia nangis. Biru kening kawan...huhu. Nak marah sangat² kat Irfan...dia bukannya sengaja pun. Plus kita yang cuai. Sepatutnya jangan suruh dia main depan adik dia, kan. 


Kena ler dia pukul sikit untuk bagi pengajaran kat Irfan supaya next time jangan main campak² barang mainan lagi. Menangis ler Irfan pujuk bapak dia cium²...tahu dia, dia buat salah. Bila adik dia dah okay, dia datang kat adik dia and usap kepala adik dia then cium...awwwww, sejuk mata memandang weh ♥

Ye...anak² Zie penuh dengan drama TV..hahaha.



Selepas dari kejadian tu, keesokkan hari (pagi Ahad)....Zie dah start perasan, kepala Mikayla cam panas sikit. Zie ingat gara² suhu rumah. Coz cuaca sejak dua menjak ni...alahai, panas berbahang! Check suhu, still di paras normal. So chill ~

...Sampailah sebelah malamnya, Chu, Minie & Tara datang ke rumah. Bagi hadiah birthday buat Mikail. Time tu baru lah perasan panas nah badan dia. Chu yang perasan terus dia gtaw Zie. Check suhu, dah 37.6...alahai. Terus bagi dia paracetamol dia sendiri.

Start lah monitor ubat dia. 




On Off demam dia pada hari Isnin. So menjawap ler Zie hari Selasa tu ambil emergency leave. Jaga Mikail sendiri kat rumah. Tak turun ke nursery ler Mikayla jawapnya. Belah pagi, Zie on leave. Bila bapak dia dah balik kerja...then baru Zie turun kerja. Bapak dia balik pukul 1pm...

Menjawap ler Zie lewat 30 minit masuk office. Huhu. Tapi awal² dah informed Miss Lu yang Zie akan masuk lewat sebab tunggu husband dah balik kerja baru dapat turun kerja. Alhamdullah. Sekarang dah kebah dah demam dia. Tapi still on medicine lah....

Tak bossy kooo dia. Merengek sekejap je, pastu tidur dia. Syukur nah dapat baby cam Mikail ni. Cukuplah abang Irfan dia je yang bossy kan...hehe. Speedy recovery sayang emak!