Showing posts with label Kuarters Polis. Show all posts
Showing posts with label Kuarters Polis. Show all posts

Mencuci Rumah di Kuarters




Huhu... ada berpindah rumah. Tak kisahlah pindah ke rumah baru atau rumah lama... kompom akan ada sesi cuci mencuci rumah. Hihi. Weols dapat kuarters yg bekas org tinggal. Terfikir gak weols, mcm mana lah penghuni lama tu boleh tinggal kat dalam keadaan rumah yg tak bersih.

...bahagian dapur paling teruk "berkarat" dinding tu. Huhu. Gotong royong kooo weols laki bini cuci. Zie tukang gosok dan lap. Husband plak final mopkan dinding kasi betul² bersih. Mana² bahagian yg tak tercapai dek Zie, husband yg sambung.




Tadaaaa!!! Bersih sudah dari segala kesan² kotoran. Boleh bukan iklan pembersihan ni. Gunalah Cream Cif! Bhahahaha :P Letih koooo...but seronok! :D Bila keadaan dinding dapur dah cantik, putih bersih... baru ler berselera sikit nak masak memasak. hihi

...moral buat kita, tak kisahlah kita duduk kat rumah sendiri ke, rumah sewa ke mahupun rumah kerajaan... harus rajin²kan lah diri tu bersih rumah. Pesekitaran nya bersih adalah "Cermin" diri kita. Dari situ org dapat nilai tahap kebersihan kita.

Buat yg duduk kuarters/rumah sewa,... jgn sekali² kita tanam dalam minda kita "ni bukan rumah aku, watpe aku jaga elok²"... jangan, okay. JANGAN! Tak baik gitu. Fikirkan org lain yg akan duduk selepas kita. Semaikan sifat tanggungjawap tu sikit.