Showing posts with label Mcdonalds Happy Meal. Show all posts
Showing posts with label Mcdonalds Happy Meal. Show all posts

Hari Khamis Adalah Hari.... Mcd Happy Meal!




Hari Khamis minggu lepas, bermula nya new toys untuk Mcd Happy Meal. Kali ni koleksi Transformers & Little Pony. Gigih gak Zie lepas ambik Mikail balik sekolah, ambil Mikayla dari nursery.... terus pecut ke Mcd. Sekali sampai... ya ampunnnnnnn, panjang barisan di drive through.... huhu.

...adat bila koleksi dia HOT! hehe. Since dah gtaw Mikail...redha je menunggu dengan penuh kesabaran.



Sampai tenganga Mikayla tidur dalam berbaris ni. Hujan lebat kat luar. Mana taknya heaven baby pipi pau ni tidur. Letih bebenor dia nunggu emak dia ambil dia dari nursery. Huhu. Traffic jammed. Nasib sampai nursery dia sebelum pukul 6:30pm. Kalau 1 minit lewat, kena byr denda iols. Hihi

Actually untuk bulan ni, Zie & husband bayar extra RM100. Contract sampai pukul 6:30pm. Sebab nursery dia tutup pukul 5:30pm, kan masa tu Zie baru je balik kerja. Selalunya husband yang ambil Mikayla. Zie just ambil Mikail je. Tapi bulan ni, kan husband OPS selama sebulan... so Mikail & Mikayla dua² Zie yg ambil.

...tu yang have to bayar extra RM100. Bermaksud yuran nursery Mikayla utk bulan ni RM435... huhu (biasanya RM335 je). Guys out there, are ready to get married? Hihi...make sure financial cukup taw before tied-the-knot. Zaman sekarang ni semua perlukan duit... 




Berbalik ke kisah Mcd, haaaa... ni dia Koleksi toys Happy Meal untuk bulan Oktober ni. Comel! A must have ni. Esok lagi ler Zie "menderma" dengan Mcd. Haaa...jangan kecam dok kata support yahudi yahudi ye. Kau nak boikot, boikot kau seorang ye, Takyah condemn orang lain yang tak boikot.

At least Zie tak munafik.




Utk minggu pertama, Bumblebee ♥ Zie beli 1 set je Happy Meal. Nanti dorang kongsi main. Tak kuasa Zie nk beli 2 set untuk benda yang sama. Lainlah if berlainan, kan. Nak belikan Little Pony, Mikayla still belum tahu erti permainan lagi. So why bother? ..hehe

....pepandai ler Mikail & Irfan kongsi². Dari kecik ni lah kita didik dorang berkongsi barang. InshaAllah bila besar nanti, hubungan adik beradik dorang akan erat dan tak kedekut or berkira dengan adik beradik sendiri. InshaAllah... kita as parents akan cuba sebaik mungkin untuk mendidik. Andai kata bila dorang dah besar nanti, tak seperti yang kitorang inikan....redha dan syukur. Kita hanya merancang, Allah swt yang tentukan.

Always remember... perangcangan Allah swt lah sebaik-baiknya perangcangan. Always bersangka baik. InshaAllah.


P/S:
Ni koleksi Happy Meal last week
This week collection, balik kerja 
nanti Zie pergi menderma di Mcd
...hehe.



Bersahur di Luar


Kau tengok budak ni. If weols ke rumah papa dia di Kem polis, kompom lah dia excited. Sebab kat situ ada byk mainan. Yg paling dia happy nak main, basikat and skuter dia tu. Skuter tu jenis yg electric, guna battery. Basikal tu...normal je. Guna kaki kayuh. But budak tinonet tu sampai skrg tak reti mengayuh...alahaiii.

...kedua² benda alah tu dia keluarkan. semakin besar rumah, semakin byk mainan dia selerakan. 




Tgok...kejadahnya entah dia pi bawa naik tilam. Errr...weols ni, bilik tido ada 3 bilik. Tp still gak kooo nak tido di ruang tamu. Maybe depan tv kot. Hahahaha. Tabiat. hahahaha.






Pukul 3am, Mikail terpaksa terkebil kebil mata di kejutkan utk bangun sahur. Dia, sahur org... sahur gak dia. Puasanya tidak. Hahaha. Budak lagi... takpe. baru je 3 tahun 10 bulan tu. Insha Allah once dia dah paham erti berpuasa, akan start train dia.

...skrg still kecik lagi. Dia perlu makan utk tumpembesaran :) Oh ye, tak best arrr menu awal pagi di Mcdonald. Awal nak dorg serving breakfast menu. Kalau tahu terus ke Mcdonald di pusat bandar. Kat situ still lagi available normal menu during this hours. huhu,.

Tak kenyang sangat bersahur benda alah ni. Hihi. Takpe, dugaannn... :P




Koleksi Angry Bird Mcdonnal Happy Meal Mikal


Kau tengok expression muka dia tu uols. Senyum lebar tanda puas nah dia. Hihi  Lately ni asyik mintak ke Mcdonnallll je dia memanjang. Zie tahu "udang di sebalik batu" dia tu. Dia bukannya nak makan sangat pun

....dia nak permainan Angry Bird dari Happy Meal je sebenarnya. Grrrrr... grrrrrr.




So far dua dah dia kumpul. Mula mula malas nak ambil pusing sangat dgn toys dia ni. Aritu terpanggil ler plak nak skodeng benda alah 2 ekor tu. Rupanya kau boleh "tembak" guna tu rupanya...hehehe.

...aku plak yg teruja woi. No wonder Mikail berhantu nah dgn koleksi Happy Meal kali ni.Hehehe




Angry Bird yg warna putih tu, kau tekan je ekor dia tu ke bawah. Tertembak lerrr cekera bulat dari benda alah coklat tu. Meanwhile yg Angry Bird warna Yellow tu plak, kau tekan benda alah warn hijau tu.... terbang lerr si burung kuning tu tepat kat batang hidung kau...haha!

...itupun if kau "aimed" hidung orang ler ek. Hihi. Habis zie and Mak Nek dia, dia pi tembak. Sampai marah pun ada gak dibuatnya. Hihi. Last sekali zie ugut dia, akan nak pi beli lagi if dia keeps on tembak kat orang or Olin (err...Olin tu nyau zie...hehe)

Baru dia tembak dinding je...hehe. Tahu takut :P




Tengah Malam Mencari McDonalds


Tekak ni memang ngengada tau uols. Tengah malam org nak tido... tekak ni plak sibuk mengiyau ngiyau nak makan Mcd. Nasib husband dah stay sama sama... tak jauh lagi.

...dapat lerrr ngiyau manja kat husband. hihi. Nasib gak husband jenis nak melayan karenah makan Zie ni haaa... hiksss.



Kesian Mikail... dapat toys yg dah rosak :( Sepatutnya bila di pusing benda alah kat belakang mummary (errr... betul ke eja nama tu. Haha. Biarlah), kaki dia akan berjalan terkedek kedek dgn sendiri.

....but yg ni, idak kooooo noks. Huhu. Takpe lah mikail. Main campak campak je k. hihi