Showing posts with label Nursery. Show all posts
Showing posts with label Nursery. Show all posts

Mikayla di Nursery




Amboiiiiii kau Mikayla... Manis senyum dok ngaco orang bujang sebelah tu. Haha. Kalau tak silap, Danish nama kawan satu nursery dia tu. Semua gambar² dalam post entry ni dari Cikgu Rina dia ♥ 




Again....gambar mereka berdua. Was wondering, bila dorang dah besar nanti...tetiba jer berjodohan tanpa sengaja...eh! hihi. 





Seronok ler Mikayla bila dah umur tahun² nanti.... ramai kawan². Bila dia dah masuk tadika nanti, rasanya takde kot dia drama menangis dihantar ke Tadika sebab dah terbiasa dari kecik di hantar ke nursery. Bila terima gambar² Mikayla dari Cikgu Rina dia, tenang je rasa....sebab tahu anak dalam jagaan yang baik di situ....InshaAllah.



Inilah dia Cikgu Rina dia ♥ 



Cikgu Ena | Cikgu Ogy | Cikgu Rina


Ni lah cikgu² yang ditanggungjawapkan jaga babies di Nursery tu. Lega selega²nya Zie bila tahu ketiga² cikgu ni sayangkan Mikayla bagai anak sendiri. Dan Zie tengok sendiri Mikayla happy je bila di pass kat dorang setiap pagi. Zie doakan dorang bertiga berjaya dalam kehidupan dorang dan dimurahkan rezeki dorang bertiga.

....jasa dorang dah jaga Mikayla dengan baik, penuh kasih sayang... tak dapat Zie balas dengan wang ringgit. Hanya Allah je dapat balas jasa dorang. Uols pun tahu kan, camne perasaan Zie bila nak terpaksa hantar Mikayla ke nursery. Sebelum Zie start hantar, setiap hari nangis...takut Mikayla kena dera la...dibiar nangis tak di pujuk la.

Fobia koooo coz kan banyak kes gitu² di nursery. Bila kita serahkan segala² pada Allah swt dan yakin dengan perancangan Allah...nah, dapat babysitter yang ikhlas berkerja ♥ Syukur tak terhingga Zie. No more tears tentang urusan penjagaan Mikayla lagi.

Zie pun dapat bekerja dengan jiwa yang tenang ♥♥♥


Irfan Terpaksa Dikeluarkan Dari Nursery




Kesian anak emak. Akibat terlampau kerap nangis, asal ambil dia balik je...muka sedih, mata bengkak. Sudahnya....demam ko dia uols. Huhuhu. Hanya 12 hari je dia ke sekolah. Antibodi dia belum kuat lagi kot. Plus dia belum terbiasa gak bangun awal² pagi.

Kurang tido, kerap nangis...sudahnya, demam ler makanan dia. Hmmmm.





Like always, bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic. Since bapak dia on night shift, so husband sendiri yang jaga di rumah. Tak perlu Zie ambil cuti. 2 hari Zie tak hantar dia gi nursery.





Hari Isnin aritu, okay dah dia. Kebah dah demam dia. Just tinggal flu & batuk sikit. Memandangkan husband off day hari tu, husband sudah sia still rehat je. So husband bawa Irfan ke rumah emak dia di Segedup. Dapat dia main denga abang Furqan dia.

Everything just fine. Hari Selasa dia masuk sekolah balik. Then drama tangis start lagi ler. Huhu. Jumaat pagi, terima whatsapp dari Cikgu dia informed Irfan demam lagi. Kali ni panas teruk. Walhal baru je baik dari demam...




Zie called ler emak informed yang Irfan demam lagi. Mendapat lerrrr Zie kena bebel dengan emak. Emak mintak Irfan dikeluarkan dari Nursery. Sebelum ni, emak memang tak suruh weols hantar Irfan ke nursery. Dia jaga katanya sebab Irfan dah biasa dengan dia. Sebab dia takut kes camni ler.... Irfan asyik nangis cari dia, end up demam. 

Setiap minggu demam dia sejak hantar ke nursery. Kesian anak. Teruk Zie kena bebel emak Zie. Zie terpaksa akur, ikut cakap emak keluarkan Irfan dari nursery. Adik dia jer yg stay di nursery. Sebab nak resign pun, bukannya akan selesaikan masalah, satu masalah lagi timbul nanti - masalah kewangan! Huhu





Sebelah malamnya, sekali lagi weols bawa Irfan ke B.Teo Child Specialist Clinic. Kali ni Zie mintak antibiotik. Aritu doktor tak bagi sebab demam menurun. Bila doktor dgr dia kenak demam panas sekali lagi...kali ni memang must on antibiotik.

Nasib yuran untuk bulan July, dapat refund.So duit yuran untuk irfan tu, bagi emak je. Since emak jaga. Ada gak dia extra duit selain dari duit nafkah Zie bagi kat dia. Plan nak cari personal babysitter lagi untuk datang ke rumah... tapi fobia.

Takut nanti babysitter yg jadi raja. Takpe, tahun ni dan tahun depan je emak jaga. Lepas tu Irfan masuk tadika dah. Lagipun Irfan dah senang di jaga. Tahu bawa diri. Nasib bukan Mikayla yg kena ginie. Kalau tak...nak tak nak, memang resign zie. Takkan emak nak jaga baby kan. Bukan senang jaga baby. Letih. Sebab tu Mikayla stay di nursery sampai dia masuk tadika.

Harap kekal gitu ler hendaknya as planned.



Bila Anak² Terpaksa Di Hantar Ke Nursery...


Sebelum raya yg lepas, last minute zie cari nursery gara² personal babysitter yg sedia ada masa tu tetiba bagi tahu yang dia nak balik kampung & berhenti kerja sebab nak jaga bapak dia sakit & anak kakak dia. Nak tak nak...redha jer zie.

Tak nak cari personal babysitter yg baru (before this babysitter datang ke rumah weols untuk jaga Irfan), better weols hantar je ke nursery. Senang lagi. Takde istilah babysitter jadi "raja" plak. Kesian emak...end up dia juga yang jaga Irfan walaupun dah ada personal babysitter. Bukan nak jaga Irfan bebetul, sibuk dengan hp je 24jam. Live FB la, TikTok la, Video call la...whatsapp la.

Kang kata makan gaji buta nanti, marah. Dah dah...enough membebel. Benda dah lepas.




His first day going to nursery. Muka tu... sejujurnya uols, Zie kalah... kalah sangat² bila tengok muka anak² sedih cam. Terus rasa down giler Zie. Terus rasa berdosa sangat² sebab tak dapat jaga dorang 24jam. Belum lagi part dah reached nursery centre then cikgu² kat sana ambik dorang...

...tengok reaksi Irfan menangis bagai apa. Ya Allah...pecah sangat² hati Zie. Automatik Zie plak yg bertangisan dalam kereta sambil driving. Jiwa kacau sampai ke petang. huhu. Now baru zie rasa apa mak bapak yang lain bila hantar anak² dorg ke nursery.




Mikayla plak okay. Tenang sikit jiwa zie. Mikayla tak banyak ragam. Camne dia time zie jaga dia sepanjang Zie cuti bersalin selama 3 bulan dulu....camtu lah perangai dia di jaga cikgu² dia. Syukur. Syukur gak Mikayla jenis baby yang nak kat semua orang.
Allah permudahkan urusan penjagaan dengan Mikayla. Tp dengan Irfan, Allah uji Zie. Setiap hari Zie nangis sepanjang perjalanan gi kerja selepas hantar dorang dua. Sedih tak terkira. Macam² bermain di fikiran Zie dengan Irfan. Cukup ke dia makan kata situ, bila dia nangis...dapat ke dorang pujuk, part tidurkan Irfan plak....aduhai... macam² bermain di fikiran zie.

End up...buat Zie rasa nak resign.... Jiwa Kacau Sekarang :(