Showing posts with label Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (TATTARY). Show all posts
Showing posts with label Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (TATTARY). Show all posts

Gambar Kelas 6 Cerdik + Tawaran Masuk Mahad Tahfiz


Sesi bergambar bersama Cikgu² di Kelas 6 Cerdik. Cari, mana satu Mikail. Hehehe. Syukur Alhamdulillah...selama 3 tahun, tamatlah sudah sesi pembelajaran Mikail di Tadika Tahfiz. From 0 to Hero anak emak dah. Dari buta huruf, jadi cerdik pandai dah dia.

Berkat kegigihan cikgu² dia memberi didikan dan tunjuk ajar. Bukan senang okay nak mengajar budak² di tadika. Umur 4-6 tahun, umur ni ler budak² tu jenis kuat main & "tak masuk saman"...hahaha.





Alahaiii....sopan je anak emak ni senyum. Sejuk hati tau tengok muka Mikail ni. Penyejuk hati emak dan bapak ♥




Sebelum cuti sekolah bermula, pada 2.11.18.... Zie terima panggilan dari Mahad Tahfiz. Mengucapkan tahniah diatas kejayaan Mikail di terima masuk untuk sesi pembelajaran Tahun 2019 bagi Darjah 1 dengan kelulusan cemerlang! Alhamdulillah.... Boleh refer di entry ini --> Ujian Saringan Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (MATTARY)

Zie dan husband tak push Mikail. If dapat, dapat. If tak dapat, sekolah di sekolah kerajaan yg biasa je. Tak perlu masuk sekolah private ni if dia tak dapat. Tapi bila anak lulus dengan cemerlang; dalam 200 plus anak² yg menduduki Ujian Saringan, hanya 50 orang je yg akan terpilih masuk, nak nak lagi anak ko dia antara Top 3... mak bapak mana yang tak bangga.

The best among the best. Alhamdulillah. Semoga Mikail terus kekalkan prestasi cemerlang dalam pelajaran walaupun hakikatnya, Mikail ni jenis yg kuat main. Zie doakan agar dia sentiasa cemerlang untuk ilmu dunia dan akhirat dan sentiasa berjaya dalam kehidupan dia akan datang. InshaAllah....


Throw Back Entry : Mikail Konvo Sudah ♥



Aduhaii...bercinta giler Zie nak blog out tentang hari Graduation Day anak sulung Zie ni. Entah kenapa entah, semakin tua...mood nak menulis tu semakin ke laut. Kekangan kerja maybe. Tapi bila dah free....idea nak menulis tu plak takde. Huhu.

So ni throw back entry tahun lepas. Pssttt.... mini hand Fererro Roche bouquet tu Zie sendiri buat taw. Buat kecik je, senang dia nak pegang. Handsome je dia berjubah konvo. hihi. Tak sangka dah Darjah 1 dah anak emak ni.




Persembahan kelas dorang. Mikail di barisan belakang. No. 5 dari kanan ♥





Tamat sudah sesi pelajaran Mikail di Tadik Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub dan berjaya menghafal ke semua surah dari Juzuk Ke-30 dan 1 Juzuk dari Alquran dengan pangkat Mumtaz (Cemerlang). Alhamdulillah. Semoga Mikail sentiasa cemerlang dalam pelajaran dia. Aminnn.

Sejuk perut mengandung. Hihi.





Gambar buat kenang²an dia dah besar kelak. Hihi. Comel anak emak ni taw. Tahniah sayang emak bapak!






Chocolate bouquet tu dari Mak Chu & Yak Minie dia. Thank you soooo much, sister in law! Sementaran Kamu Bergambar tu, hadiah perpisahan dari Cikgu Tehah & Uncle Habib dia sebab last adalah last dorang tolong zie hantarkan Mikail balik rumah.

Terima kasih Cikgu tehah & habib, jasa kalian yg dah bantu kitorang suami isteri, amatlah weols hargai ♥



Cikgu² kelas Mikail di Kelas 6 Cerdik ♥ Dari Kiri: Cikgu Lieka, Cikgu Mas & Cikgu Ros. Cikgu Ros paling lama jaga Mikail. Dari Tahun 4 sampai Tahun 6. Cikgu Lieka plak, dari Tahun 5 sampai Tahun 6. Dan Cikgu Mas plak, hanya Tahun 6 je start ajar Mikail.

Cikgu Mas: Cikgu Al-Quran & Tahfiz dia.
Cikgu Lieka : Cikgu Akademik dia
Cikgu Ros : Cikgu yg bertanggungjawap uruskan makan minum pakai dia.

Thank you cikgu². Tak lupa gak dengan ex-cikgu dia, Cikgu Bie, Cikgu Syu & Cikgu Zilah...atas tunjuk ajar kali. Hanya Allah dapat balas jasa dan budi kalian dalam mendidik anak kami ♥




Nah...video persembahan Mikail. Yup, Zie siap upload di Youtube. Sebagai kenangan. Senang je nak buka nanti if rasa nak tengok balik tanpa penuhkan phone memory. Hahaha




Hari Pertama Balik Ke Sekolah - Tahun 6



Semalam punya lah kelam kabut Zie turun hantar Mikail ke sekolah dan kerja. Terus terlupa kooo, Zie nak berswafoto dengan Mikail. Setiap tahun wajib kooooo iols berswafoto dengan Mikail masa hari pertama persekolah. Kalau takde mood berswafoto pun, at least Zie akan snap gmbar Mikail sorang dan post kat FB...hihi

Tapi semalam... boleh plak LUPA! Haha. 




Nasib lepas Zohor, cikgu kafa dorang ada bagi gambar dorg selepas sembahyang. So aktiviti akademik dorang selepas solat Zohor adalah bermain Playdoh! Wahhh... teruja lah Mikail main. Sebab main playdoh memang mainan kegemaran dia.




His happy face Day 1 back to school. Hihi. Sayanggg anak mama tok. Syukur lah cikgu Tehah dia still tolong zie hantarkan dia balik. Kalau tak... mahunya extra kelam kabut Zie pagi petang terkejar² dgn masa. Huhuhu

...thanks cikgu tehah. Jasamu amat weols kenang sampai bila². 


Hari Petama Mikail Ke Tadika


Hari tu semangat kooo weols awal² pagi untuk bawa Mikail masuk tadika. Husband balik sekejap sebab dia pun tak nak lepaskan peluang hantar anak ke tadika pada hari pertama ^_^ Weols guna 2 buah kereta. Mikail ikut Zie... husband sorg². Hehe.

...lepas tu masing² gi tempat kerja masing². Tentang Mikail plak... liat nah anak bujang Zie tu nak bagi awal pagi. Drama menangis tak nak bangun and mandi tu memang wajib dia berdrama. Hehe




Alololo...comel! Mula² ok dia. Maybe sebab dia fikir weols ada sekali kot. Bila Zie dan papa dia dah nak balik... tu dia. Mengamok dia melalak seakan nak ikut weols balik. Sampai di luar kawasan masjid kedengaran. Pilu hati weols laki bini dengar. 

...tp kena gak weols laki bini keraskan hati. For his education. Kalau bukan skrg hantar... bila lagi kan? Sooner or later tetap akan hantar gak. So awal² lagi lah kena biasakan dia.





Memandangkan Zie dapat nak ambil Mikail balik sekolah, zie 'tender' bini opismate zie tolong ambilkan memandangkan tempat tinggal weols tak jauh. Syukur dia nak...alhamdulillah. Uols nak tau, bila part aunty Sarah dia nak ambil dia balik. Dia tak nak balik kooooo. Still lagi sibuk main lego.. hahaha. Tadi pagi bukan main lagi dia kan :D

Semalam, hari kedua dia ke sekolah. Dah tak nangis lagi dah dia. Excited lagi ada. Dia kata nak jumpa cikgu n kawan² and main lego, baca quran sama² kata Mikail. Sampai je kat kelas dia semalam, dia bagi salam kat cikgu² dia.

Lepas tu terus dia pergi kat cikgu dia dan tunjuk kat cikgu dia bag sekolah dia dan terus suruhkan cikgu dia letakkan bag sekolah dia kat atas kabinet bag sekolah. Lagak mcm seorg boss bagi arahan koo... epppp! Hahaha. Mcm lah cikgu dia tak tahu mana nak letak bag dia tu. 

Lega zie dia dah tak nangis lagi. Masa hari pertama tu, susah hati giler zie. Takut dia demam je if nangis non stop. Nasib Mikail jenis nak di pujuk ^_^ Harap di permudahkan urusan pembelajaran Mikail. Amin.






Hari Mesra Tadika Tahfiz



Sabtu lepas adalah Hari Mesra tadika Mikail. In where parent perlu hadiri gak. Mula-mula ingat nak pergi sekali dgn husband, alih alih husband outstation for a month ler pulak. Menjawap lerrr zie sorg je yg bawa Mikail pergi Hari Mesra tadika dia. Huhu

..takpe, aku kan supermom  :D Hehe. Excited kooo zie uols. Pertama kali pengalaman... hiksss





Aktivit mewarna ni. Mikail di ajar mewarna ikan tu. Suka hati dia taram je warna tu. Hahaha.




Yg ni plak, buat origami. Lupa plak zie nk snap result origami yg mikail buat. Hehehe. Dia buat Payung.




Yg ni aktiviti buat roti sapu. Yg ni Mikail excited. Sebab dia tak sabar nak makan. Hahaha. Lepas selesai je dia buat, ustazah terlupa nak bagi dia... dia yg pergi minta kat ustazah lepas tu ucap "Thank you".. hehe.. good boy :)




Ni aktiviti tulis nama sendiri. End up Zie ler yg tolong dia tuli nama dia ^_^ Mana nak dia pandai... betul tak. hehehe. Lupa gak nak snap result. huhu Actually ada 6 aktiviti. Setiap aktiviti memerlukan stamping dari cikgu dorg. 

Once semua stamps dah dapat... masa utk ambil hadiah ^_^





Inilah hadiah yg Mikail dapat. Buku koo diat dpt. But Zie tak kasi dia main dulu... kang koyak plak. Tunggu dia dah pandai camne nak baca, mewarna dan melekat... baru Zie bagi :) 

Apa apa pun, hari ni (isnin 4.1.16) adalah hari pertama Mikail ke tadika. Next entry akan story ea ^_^