Showing posts with label Mahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'Kub (MATTARY). Show all posts
Showing posts with label Mahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'Kub (MATTARY). Show all posts

Mikail Sudah Di Vaksinkan

 


Another Throw back entry....weeeee ~ Haha. Adat bila kau bukan lagi seorang blogger tegar. Dulu tegar, sekarang.... asal ada update jer. Takpe 😛 For your information, before 10 March 2022 lagi Zie sememangnya dah pun daftar Mikail untuk PICKids ni. Tak kisahlah apa rumors sekalipun, tawakal pada Allah swt...itu yang penting.

Zie tak akan sesekali meletakkan anak² Zie risiko jangkitan. Takkanlah diri sendiri complete vaccinated, alih² anak² tak divaksin... adil ke tu? Tu namanya kita dah ambik hak anak² kita... my point of view ye uols. Takpe... tak nak ulas panjang² isu ambil vaksin ni... isu sensitif. Kita kena hormat pendirian orang lain...

So on 10th Mar yang lepas, kebetulan sekolah Mikail ada buka utk pengambilan vaksin. Pada masa yang sama juga, kebetulan ler pulak seminggu sebelum tarikh pergi vaksin di sekolah Mikail, Mysejahtera Zie notified Zie utk pilih tempat Mikail ambil vaksin. Since Zie nak ambil di sekolah dia, senang lagi.

...so Zie ignored je yang di Mysejahtera tu. Ada lah juga tanya pendapat Guru Kelas dia, Cikgu Faris. Katanya ignore je, nanti pihak sekolah akan urusan on 10th March nanti.






So here we are... on 10th March 2020. Semangat turun awal. Sebab tak nak ramai orang. Tapi bila sampai² je...ek eh, tak ramai orang. Pengurusan sangat lah tiptop dan teratur. Tunggu pun tak lama. Kejap je. 

...Psssttt, gambar kat atas tu...Zie paksa dia berposing kat banner PICKids tu. Haha. Ketat semacam je muka dia diri situ. Mana taknye... cikgu² dia dok perati dia dari dalam. Hahaha. Buat kenang-kenangan lah sayang emak oiiii.




Nervous Mikail. Hahaha. Ignore suara emak dia yang over excited. Hihi. Doktor siap terangkan sekian sekian. Takpe doktor, I trust all of you, KKM. InshaAllah...takde apa². 





Alhamdulillah... less than an hour. Siap sudah. Wajib bergamba kat sini. Hehe. And again...sekali lagi I is paksa dia. Lalalala 😚😂 Time umur awak sekarang, memang awak tak nak ambil gambar utk kenangan. Trust me...when awak dah besar nanti. Baru awak akan bersyukur and berterima kasih sangat² emak selalu ambik gambar itu ini utk jadi kenangan.

...when I'm gone one day nanti....this blog awak & adik² awak anak baca berulang² kali tanpa jemu setiap kali awak & adik² rindu emak nanti. Err...kot? Hahaha.





Suruh akak security guard tolong snap gmbar weols 😅




Ni plak, sementara tunggu bapak dia ambil weols balik. Zie tak drive sebab ingat ramai orang and akan susah nak parking. Kalaulah tahu takde orang and banyak parking kosong, takde nya Zie nak jadi Mem Besar mintak dihantarkan. 

...orang kan wanita berdikari. Senang lagi bergerak sendiri drpd dihantar. So to kill the time....Selfie! hihi. Mikail....merungut kawan oiii. Hahahaha. Kesah? 😅😝



Balik dari vaksin, barulah dapat having breakfast kat Sadiqin Lim Cafe. Nak try mee dia. Masakan chinese muslim ye uols. Sedappp. Amboiiiii Mikayla... berselera nampak awak, sayang? 😂

Norma Baharu Persekolahan di MATTARY

 


Akhirnya.... berakhirlah sudah kerjaya Zie dan husband jadi Cikgu yang tidak bertauliah. Hihi. Study at home ends today. Ada 2 perasaan bercampur baur masa nak hantar dia ke sekolah pagi ni. Perasaan risau bercampur dengan perasaan lega. 

Risau sebab takut dia dan kawan² sekolah dia tak patuhi SOP. Paham² je lah budak² ni. Di suruh pakai mask, kau rasa dorang nak? Depan kau, yes...pakai. Sebab takut kau. Depan cikgu²... alahaiiii, not all akan patuh. Takpe... Zie yakin dan trust cikgu² di sekolah akan jaga dan make sure dorang follow SOP dgn tegas. InshaAllah. Sometimes kita tak boleh terlalu risau. Nanti jiwa tak tenteram.

Lega plak sebab.... dah tak jadi cikgu yang tidak bertauliah lagi maaaa. Semua subjek kau kena ajar dan pantau belah malam in where kekadang sejujurnya... tak dapat Zie dan bapak dia nak catch up sebab dua² dah kerja. Malam plak dah keletihan bagai apa. What to do kan... pihak sekolah pun tak mintak covid yg jahat ni muncul.

Redho. Zie dan husband pilih utk hantar dia ke sekolah sebab first, weols tak dapat jadi cikgu dia sepenuhnya... tak nak dia ketinggalan pelajaran since PKP - PKPP ni byk koooo pelajaran dia ketinggalan. I am not fit jadi cikgu dia...hmmm. Dirumah sibuk buat kerja rumah dan urus adik² dia. Terasa cam mengabaikan pelajaran dia je Zie ni...hmmm. 

Tetiba down bila terasa diri not a good mother. I know I am not a perfect mother but I am trying all my best to be a good mother to my children *sigh*





Bila sampai je di lobby sekolah tadi pagi; they'ols ikut procedure SOP dorang berkonsepkan drop by hantar. Parents tak dibenarkan masuk dalam sekolah. Hantar depan lobby je, then cikgu² akan ambil check suhu apa semua bagai dah dorang masok ke kelas masing².

Ada tengok tak Cikgu yang berdiri tu. Tu Guru Besar Mahad Tahfiz tu taw. Sejujurnya, Zie langsung tak expect Guru Besar yang akan berdiri di depan tu sambut kedatangan murid². Dia paling depan okay. I am sooooo impressed! Bukan cikgu biasa okay, GURU BESAR...i repeat. Hihi. Kagum sungguh Zie dengan sikap low profile dan tanggungjawap dia.

Seawal 6:30am pagi tueee dia berdiri gitu. Thumbs up! And thumb up gak kat semua cikgu² di Mattary. Uols semua terbaik. Semoga anak² kita dan seluruh kakitangan sekolah dilindungi dan dijauhi oleh Allah swt dari penyakit Cov-19 yang jahat tu. 

InshaAllah.... Maka bermulalah sudah rutin harian bangun seawal 4:30 pagi ^_^




Sambut Birthday Secara Sederhana di Kelas Dia



Throw back entry pada 30.8.2019 - Birthday Muhamad Mikail tersayang ♥ Petang hari Khamis, lepas ambik dia balik dari sekolah. Zie terus bawa dia collect cuppies dia untuk birthday celeration dia di sekolah hari esok. Guna cuppies je untuk senang nak provide since Ustaz kelas dia gtaw better hidangan yang ringan² je. 

On the way ambil tu, having this kinda conversation dengan Mikail;


Zie : Mikail, Mikail.... Tahun ni emak takde duit taw. Tak dapat
           nak belikan dia jam Baby-G untuk hadiah birthday dia.
Mikail : Oh... Beli dari Shopee pun tak dapat ke, Mak?
Zie : Ye sayang. Even beli ja di Shopee pun takde duit. So tahun ni
        takde hadiah dari emak, ye?
        (actually berharap dia merajuk ke apa. Sengaja usik² dia je)

Mikail : Okaylah emak kalau macam tu. Makan cupcake je Mikail. 
             Itu pun dah syukur dah ada... cukuplah itu, Mak.
Zie : Eh...betul ke ni tak apa?
Mikail : Betul, Mak. Tak apa...syukur apa yang ada. Kesian emak
              takde duit. Emak simpan duit ye. Nanti tahun ke-8 dapat
              emak belikan jam Baby-G


I was like....awwwwwww, terharunya emak. Mula² niat just nak mengusik dia je. Jam Baby-G yang dia nak...kan dah Zie belikan (Pre-Birthday Gift Ke-7 Untuk Mikail <-- Klik untuk baca post), sesaja je Zie. Nak tengok reaksi dia camne. Tak sangka plak reaksi dia menyejukkan hati gitu.

...alhamdulillah, tahu dia erti bersyukur. Tak meminta². Sejuk perut emak mengandung ♥


Tadaaa... inilah cuppies Mikail untuk kawan² sekelas dia.





Sebelah malam terus gigih packing dalam goody bags & tampal birthday sticker. Part birthday anak² ni, sure kita emak² yang sibuk mengalahkan menteri. Si bapak, tukang tengok je kan kan...hahaha






Penuh tangan iols bawa benda alah ni keesokkan pagi. dah set masa untuk meet up dengan Ustaz dia. Untuk pass dia benda alah ni. Since Zie sampai awal beberapa minit...tunggu kejap. Kalau 7:05 tak gak ustaz sampai, memang Zie brief dia melalui whatsapp je.

...syukur, tetap 7am...sampai kooo dia. Menepati masa sungguh. Solute ♥





Small celebration buat dia dia kelas. InshaAllah next year, emak guna birthday cake je. Ambik senang nak bawa. Hihi.




The moment emak bagi dia jam yang dia nak. Terharu dia. Emak ada ambil video...tapi dalam video tu reaksi dia tak seberapa sebab segan kena ambil video. Anak bujang Zie ni pemalu orangnya. Hehe. Bila off record, terus dia tanya...semalam kata emak takde duit.

...terus lah Zie terangkan kat dia, Zie usik dia je. Nak tengok reaksi dia camne. Word paling tersentuh Zie dengar "Terima kasih emak belikan Mikail jam ni. Lama dah Mikail ingin nak pakai. Terima kasih emak. Sayang emak"...terasa menyusuk di hati keikhlasan dia tu.

Memang bebetul dia inginkan jam tu sangat². Uols tau kan feeling bila kau ingin sangat benda tu, akhirnya dapat...haaa that kinda feeling lerr Mikail bagi kat Zie. Sayang dia sangat². Semoga berkekalan berperangai menyejukkan hati emak bapak macam ni sampai bila². 

Selamat hari lahir yang ke-8, Sayang emak ♥ Nah baca balik entry saat kelahiran Mikail --> Lahirnya Muhamad Mikail b. Mohamad Abdillah Ke Dunia (klik untuk view)







Mikail Menang Kuiz Sains



Sampai² je dia kat rumah (time ni bapak dia yg ambik dia balik sekolah), terus ko dia suruh Zie tutup mata. Zie tengok kedua² tangan dia ke belakang pegang something. Macam lerrrr Zie tak dapat tengok hadiah dia kat belakang dia tu. Beso mana lerrrr badan kau tu nak oi. Hahaha.

...tapi still lah Zie ikut rentak dia. Buat² tak tahu yang di dapat hadiah. Haha. Ikut gak la tutup mata dan tunggu dia habis kira..




"1...2..3! Buka mata", katanya. Terus lah emak dia "wahhhhhhhhh.... dapat hadiah anak emak". Excited Zie. Ha... yang ni memang betul excited Zie, bukan buat² excited. Hehe. So terus lah Zie tanya dia, why dia tetiba jer dapat hadiah. Ada apa² acara ke kat sekolah. sambil zie belek² hadiah dia.

...transparent file 2 keping tu, Zie mintak dari Mikail. Dengan bangganya koooo dia bagi. Haha.




Rupanya minggu tu merupakan Minggu Sains kat sekolah dia. Semua pelajar Darjah 1, dorang ada Kuiz Sains. So siapa yang dapat jawap semua betul, dapat hadiah... katanya ceritakan. Means....semua betul ler tu dia jawap...

Wah.... bangga emak nak. Serba serbi awak tu cemerlang dalam pelajaran. Harap kekalkan prestasi sampai bila².... Tahniah Mikail!




Minggu Orentasi Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman-Ya'kub


Ni post throw back awal tahun 2019 ni ye. Haha. Time Mikail still di minggu orentasi di sekolah dia. Pakai seragam sekolah dia ada 2. Uniform & Jubah. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat... dorang wajib pakai Jubah. 

Then setiap Selasa dan Khamis. Dorang wajib pakai Uniform sekolah. Setiap hari Selasa, ada swimming class. dan setiap hari Sabtu, ada kelas Teakwondo. Kehadiran wajib. 





Salah satu aktiviti time minggu orentasi dorang. Buat tempat letak pensil. Cute!Lupa plak nak gmbar versi mikail buat. hihi.





Ni plak sesi belajar sambil tengok Tv pengajaran. Ada nama Ustaz dia sebut. Lupa...hehe. 




Ni plak sesi Kesenian.




First time ambil dia di sini, jemmed gilos! huhu






Menyempat dia bermain di Playground sekolah. Time budak² main ni pun, ada cikgu yang awasi. Semua pergerakkan anak murid, cikgu pantau. So takde isu buli membuli...inshaAllah. Salah satu gak sebab why zie hantar Mikail (Irfan & Mikayla pun akan Zie hantar ke sini gak, Semoga dorg lulus ujian kemasukkan), untuk elak dia dari kes buli.

Kan zaman sekarang ni semakin berleluasa je isu buli ni. Risau! Sebab tu bila dia nak masuk Tingkat 1 nanti, Zie risau...huhu. Takpe...still ada 5 tahun lebih lagi utk Zie start risau. Buat masa ni, just go with the flow, babe. hehe






Dia ni, asal Zie ambik dia balik jer, sure adaaaaaaa jer benda alah dia nak makan. Huhu. Kalau bapak dia, tak kosa bapak dia nak melayan. Haha. Zie, part makanan....tak sampai hati tak tunaikan permintaan anak. Makanan maaa...



Hari Pertama di Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (MATTARY)


Ya ampunnnnn.... 6 months later weh, baru keluar entry ini. Hahaha! Awal tahun ni tadi letakkan gambar² je dulu. Penulisan, aku delayed sampai sekarang. Hahaha. Nak gak publish cerita dah basi kau. Untuk bacaan balik time Zie dah pencen nanti or dia sendiri baca time dia dah besar panjang.

Harap dia hargai penulisan emak dia ni. Berharga okay Mikail, moment ni. Ada gak bila emak dah takde nanti...if rindu kat emak, bukak ler blog mak ni or blog Mikail sendiri (ni blog Mikail Sendiri --> Mikail's Journey)... ibarat mak tengah bercerita dengan awak ye, nak. Hihi.


Okay, berbalik kepada story hari pertama dia ke Mattary. Wajib Zie sediakan sticker nama & cloth label nama untuk Mikail. Untuk label alat tulis, tilam, bantal, selimut dan baju² dia. Ramai ingat di sekolah asrama....tak lah, sekolah harian. Cuma sekolah ni sampai pukul 5:30pm. Kira seharian dia bersekolah....so ada time tido mandi bagai lah.




Budak Darjah 1 dah anak emak ni. Badan kecikkkk jer. Ye, sekolah ni sekolah swasta. Sengaja zie masukkan dia ke sekolah swasta sebab tak perlu sediakan bekal (sekolah provide makan; Breakfast, lunch & Minum petang), tak perlu bawa duit belanja (A to Z pihak sekolah uruskan).... dan reason paling utama adalah, Zie tak perlu risau di kat mana. Bermain ke or belajar sepanjang masa di berkerja. Hihi. 

Kan, bila Zie turun kerja... dia turun sekolah. Zie habis kerja, dia pun habis sekolah. So lega di situ. Tahu Masa 8 jam dia tu, dia guna khas utk belajar. Then time malam, kita kan ada untuk pantau pergerakkan dia. So belah malam, masa untuk dia berehat dan bermain. Sekolah dorang tak bagi kerja rumah unless ada kerja di kelas yang tak habis, then terpaksa siapkan di rumah belah malam.

Tapi sebolehnya cikgu² akan pastikan dorang siap di kelas so that takde ler kerja sekolah yg bawa balik. Coz pihak pengajar pun paham, dorang dah seharian belajar. Belah malam khas utk dorang rehat dan ulangkaji bacaan surah jer.



Kat tempat dorang ambil wuduk ♥ 






Fully air-cond kelas dorang. Siap ada locker untuk dorang. Jangan hairan tgk bag di letak bawah meja tu. Still baru² lagi. Dorang belum paham dan pandai tentang penggunaan locker. Haha. Sekarang semua dah terisi penuh locker tu.
Cuma buat masa ni, Zie tak benarkan Mikail tinggalkan buku² teks dan buka latihan dia dalam locker. Sebab zie belum pandai sangat nak uruskan sendiri. Maybe Darjah 4 or 5 nanti kot. Sampai dia betul² pandai uruskan sendiri...then baru zie benarkan dia letak buku teks & latihan dia dalam locker.

Buat masa ni, takpe...Zie uruskan ikut jadual. 




Di surau dorang ♥ Masa nak solat dhuha





Ni plak masa balik. Yang bestnya, ada cikgu dorang tunggu mak bapak anak murid masing² sampai. If semua dah sampai, baru cikgu balik. Tapi andai kata sampai jam 6:15pm, ada parents yang belum sampai lagi, anak murid akan cikgu hantar ke pondok polis. Then mak bapak akan ambil di situ.

Sekolah ni, Polis bantuan yg jaga. Secured sikit. Masuk keluar semua recorded. Parents semua di bagi sticker sekolah. If takde, then baru kena tahan dgn polis ambil nama bagai. Sayangnya sekolah ni hanya setakat Darja 6 je.

Cubalah ada sekolah menengah gak, kan best. Takpe....who knows soon akan dibina, kan. If tak, then mikail akan Zie apply masuk sekolah agama berasrama penuh.... haaa, this part zie risau. Sebolehnya tak nak mikail masok asrama, belum masa lagi utk dia berdikari...huhu.





Gambar Kelas 6 Cerdik + Tawaran Masuk Mahad Tahfiz


Sesi bergambar bersama Cikgu² di Kelas 6 Cerdik. Cari, mana satu Mikail. Hehehe. Syukur Alhamdulillah...selama 3 tahun, tamatlah sudah sesi pembelajaran Mikail di Tadika Tahfiz. From 0 to Hero anak emak dah. Dari buta huruf, jadi cerdik pandai dah dia.

Berkat kegigihan cikgu² dia memberi didikan dan tunjuk ajar. Bukan senang okay nak mengajar budak² di tadika. Umur 4-6 tahun, umur ni ler budak² tu jenis kuat main & "tak masuk saman"...hahaha.





Alahaiii....sopan je anak emak ni senyum. Sejuk hati tau tengok muka Mikail ni. Penyejuk hati emak dan bapak ♥




Sebelum cuti sekolah bermula, pada 2.11.18.... Zie terima panggilan dari Mahad Tahfiz. Mengucapkan tahniah diatas kejayaan Mikail di terima masuk untuk sesi pembelajaran Tahun 2019 bagi Darjah 1 dengan kelulusan cemerlang! Alhamdulillah.... Boleh refer di entry ini --> Ujian Saringan Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (MATTARY)

Zie dan husband tak push Mikail. If dapat, dapat. If tak dapat, sekolah di sekolah kerajaan yg biasa je. Tak perlu masuk sekolah private ni if dia tak dapat. Tapi bila anak lulus dengan cemerlang; dalam 200 plus anak² yg menduduki Ujian Saringan, hanya 50 orang je yg akan terpilih masuk, nak nak lagi anak ko dia antara Top 3... mak bapak mana yang tak bangga.

The best among the best. Alhamdulillah. Semoga Mikail terus kekalkan prestasi cemerlang dalam pelajaran walaupun hakikatnya, Mikail ni jenis yg kuat main. Zie doakan agar dia sentiasa cemerlang untuk ilmu dunia dan akhirat dan sentiasa berjaya dalam kehidupan dia akan datang. InshaAllah....