Showing posts with label Yamaha Y15ZR. Show all posts
Showing posts with label Yamaha Y15ZR. Show all posts

Yamaha Y15ZR Hafizh Syahrin Coverset Edition ♥




Akhirnya, setelah hampir 3 bulan penantian (sebab benda alah ni Pre-Order ya. Made upon order, gitu)... Sampai jugak akhirnya cover set untuk motor Yamaha Y15ZR husband Zie edition Hafizh Syahrin. Siapa yang minat bidang pemotoran sure akan kenal dengan nama Hafizh Syahrin ni. Zie tak minat, so tak kenal dan tak kuasa nak kenal. HAHA.

Motor motor...not my cup of tea. But.... husband minat giler. Since dia minat giler and dia bukan seorang mat rempit, cuma minat dia untuk modified motor/kereta.... Zie 100% being supportive. Sometimes Zie sponsored dia benda yang dia nak modified.

This time, dia beli sendiri. Haha. Excited giler ko dia. Keesokkan hari terus semangat dia pasangkan.... takdenya dia kesah jerubu teruk di Kuching ni...guys... hmmmm.






Tadaaaaaa!!!! Lawa giler arrr dah pasang. Sadly....rasanya cam takde peluang je nak tumpang motor ni lagi. Hahaha. Coz memang tak akan ada peluang untuk keluar berdua. Anak² still kecik.... huhuhu. Takpe takpe....tukang tengok je dah okay. Asalkan husband happy. That's all that matter.

Oh ye, coverset ni Airbursh ye uols. Bukan sticker² ye...tak main ler sticker², eh! Haha. Sebab tu ambil masa lama Pre-Order tu. Husband beli dari Seller Shopee ni --> esan_airbrush (klik untuk buka Link). 100% Puas Hati dengan hasil kerja seller tu. Keep it up bro!




Before & After ♥  Zie awal dah pesan kat husband, join group...takpe. Setakat di Whatsapp je. Konvoi²... BIG NO! Join Motor Autoshow pun.... a BIG NO. Dan no kirim² kat orang lain untuk join dengan bawa motor dia. Big NO NO. Since iols yang belikan...hehe. Bukan apa, Zie belikan motor ni, khas untuk dia. Bukan nak jadi Queen Control ke apa.. 

....tak suka orang lain "bangga" bawa motor dia ibarat cam motor milik diri sendiri. Haaa gitu. Kedekut Zie ni dengan harta taw. Part tak benarkan dia join konvoi² plak... anak² still kecil. Zie perlukan dia untuk tolong Zie jaga anak². Lebih baik masa tu digunakan untuk diluangkan dengan anak².

Akan tiba masanya nanti, anak² tak nakkan perhatian dari kita lagi. Haaa...time tu lah, nak join... join lah. Zie tak kisah. Cuma buat masa ni.... NO is NO. Suami ikut kata isteri, bukan tanda dia takut isteri dan tak juga jadikan isteri tu seorang Queen Control, ye uols. Suami yang ikut kata isteri adalah seorang suami yang tahu menghormati dan menghargai Isteri dia sebab dalam perkahwinan, persetujuan bersama amat penting...

If uols (guys ye) fikir cam nakkan kuasa veto, nak isteri je yang ikut cakap uols...  fikir 2x dulu sebelum nak berkahwin ye. It's not all about u sahaja okay. Marriage is a Team...so work as a team. Get what i mean?...






Wedding Anniversary Ke-7 Buat Suami



Alhamdulillahhhh....awal sampai Ekzos untuk motorsikal husband sebelum our wedding anniversary 11.11.18 semalam. Order dari Shopee jer. hihi. Sekarang apa² je Shopee! Hihi. Harga sah sah murah lagi dari harga pasaran kat sini. Only cost RM600++ jer di Shopee (include postage ke Sarawak). 

Kalau kat Kuching, Sarawak ni kan...utk brand ni, RM1,000++ okay. Yup, kat sini apa² pun serba serbi mahal. Tak menghairankan actually. Thanks too shopee ler. We can get it at cheap price. Ori pun ori ♥





Inilah dia benda alah yg husband nakkkkkkkkk sangat tu. Dia kata bunyi cantik n akan laju. Pada zie cam takde apa² perbezaan je. Yela ye la...cantek la.. Mana² ler sayang oii, janji awak happy dapat hadiah yg awak idamkan sangat ni.

Semangat taw dia. Sampai, terus pasang! amboiiii. Guys.... haha




Tadaaaa!!! Ini lah dia once sudah di pasang. Hmmm... smart.




Psssttt...dah tak kelihatan "kosong" sgt dah si bujang husband Zie ni. Dah bersticker bagai ^_^ Nampak Super smart! I like! 



Selain dari ekzos motorsikal dia tu, zie pun turut bagi dia selipar Under Armour ni. Kesian tengok selipar Adidas dia dah lama sangat. Sekarang dia dah main brand Under Armour. Tak main lagi dah brand Adidas or Nike. Hu hu hu. Zie gak yg still setia dengan brand Guess. Hihi. Brand international yg termurah bagi zie.

If Coach ke, Gucci ke....sorry. Tak nak let husband diri sendiri spending more than RM300 hanya untuk bag or selipar. If sneakers, still okay lagi sebab memang price dorg around tu, takde yg murah unless sales crazy giler. Cam if zie beli Guess bag pun, Zie tak akan pilih New Arrival. Coz price new arrive RM500 ke atas. Tak kuasa iols. Haha.

Zie akan beli yg ada 40% or 50% diskaun. So dapat ler harga below RM300...pilihan kena bijak. Jangan sibuk kejar new arrival sebab within 3 months later, dia akan jadi out-dated item dah. So why bother, kan? Oh ye, hadiah Wedding Anniversary ke-7 untuk zie plak, esok zie blog out ye ♥ 

XOXO..






Yamaha Y15ZR Suami Bertukar Wajah



Hadiah untuk Ulang Tahun Perkenalan Yang Ke-9, Zie hadiahkan husband motorsikal Yamaha Y15ZR ni. Dulu masa Ulang Tahun Perkahwinan yg Ke-4 pada 11 November 2015, Zie hadiahkan dia Yamaha 125 ZR (klik SINI utk view blog entry). Awal tahun 2017, zie settled habis instalment. Memang target nak bayar secara ansuran selama setahun.

Pada bulan July lepas, Husband mengiyau plak nak Yamaha Y15ZR ni plak untuk Ulang Tahun Perkenalan pada 13 July... aiyoooo. Haha. Yela yela.... So trade in je lah Yamaha 125 ZR dia tu. Tauke kedai ambil 6K je. So tu tolak terus as down payment untuk Yamaha Y15ZR. Bayar besar down payment, dapat bulanan kecil je. So RM160 je sebulan.

Zie pun plan akan settled habis tahun depan, guna bonus ^_^ Almaklum lerrr, bonus iols kan 3 bulan gaji. Masyukkkkk!  Insha Allah, gitu lah plan  zie.




Ni ler motorsikal yg husband idam²kan tu. Yang ni dia dah tambah bodykit terus. Dia nak buat jadi mini Super Bike katanya. Ikut suka mu lerrr sayang ku oiii. Asalkan happy. Tapi strictly, zie tak nak dia join club² bagai. A big NO NO. Zie tak suka.

Nasib gak husband bukan jenis yg suka join club motor or motorsport bagailah. Dia just suka modified motorsikal n kereta dia je. Untuk join mana² kelab motor or kereta, dia pun tak minat. Alaaaa... if dia minat pun, iols tak akan bagi. Pepaham je lah if dah berkelab² bagai ni... (tak semua but i don't want to take a risk dia kena sodol or dia menyodol...eh! Hehehe)







Tadaaaaa!!! Wajah baru motorsikal kesayangan dia ni. Di spray warna kelabu. Smart giler kan. Ni nampak kosong je kan. Sebab stickers yg dia order di Shopee belum sampai lagi. Wedding Anniversary yg ke-7 nanti, dia dah awal request nak dihadiahkan Ekzos baru plak. Hahaha... Husband husband.

Takpe, nanti turn zie request dia Charms Tomei 2 ketui. hahaha.