Reaksi Mikail Dapat Surprise Gift




Hari Sabtu yg lepas, awal² lagi dah zie keluar. Kira keluar senyap² sebab tak nak Mikail ikut. Haha. Bukannya apa, if dia ikut... payah nah nak bercari benda alah taw. Sebab akan senantiasa mengawasi dia. Geram bebenor zie nak belikan safety harness utk ikat kat dia.

..tapi husband tak approved. Tu yg susah. Habis beli barang², Zie singgah di Parkson dulu. Sebab nak belikan Mikail hadiah. Hari tu zie ada janji dgn dia, if dia hafal surah Al- Fajr, Al-Ghaasyiyah, Al-‘Alaa, Ath-Thooriq, Al-Buruj dan surah Insyiqaq... Zie akan belikan dia Playdoh yg baru.

So... Taraaaa! As promised :)




Tetiba terfikir nak balutkan plak hadiah tu. Imagine camne dia excited nak buka nanti. Tu yg terus beli present paper and suruh customer service Parkson balutkan. Sampai rumah, bagi kat Mikail plastic Parkson tu...dan tengoklah sendiri reaksi dia di video kat bawah ni ^_^

::
::
::
::
::





Ignored dinding yg penuh dgn contengan Mikail. Huhu. Papa nya lom ada masa nak cat... hihi ^_^ Seriously, tak sangka reaksi Mikail akan sehebat itu taw. The power of wrapping a gift. Dulu selalu belikan hadiah dia, tak berbalut. Main letak je dlm plastik gitu² je. Dia teruja n seronok... tp reaksi dia tak sehebat kali ni.

...sebab berbungkus kan hadiah tu. So... he is really surprised! haha. Sayang anak mama dunia akhirat ni. Semoga semakin hari semakin terang hati mu anak dalam menimba ilmu. Semoga kamu dan adik kamu membesar menjadi anak² yg soleh dan berbakti kepada kedua² orang tua mu

Mama garang memang garang bila come to part belajar. Garang bukan sebab supaya kau dapat nombor dalam kelas or dalam keputusan cemerlang supaya mama dapat berbangga² dan banding²kan dgn yg lain. No no no... mama tak gitu sayang. Mama garang, mama nak kamu score yg terbaik... sebab untuk masa depan kamu...Bukan untuk bermegah²

Bagi Zie, asalkan anak² zie ada improvement dalam pelajaran dia. Tak kisah lah, dapat nombor ke... tak dapat nombor ke. Asalkan dia ada improvement je dari semester pertama. Syukur dah zie. Harus kita ingat, katakan lah dorang tak pandai dalam pelajaran, tapi bila kita tua nanti... dia pandai jaga, cuci berak kita. Always ingat tentang itu ~



Kuasa Viral - Tsunami Terima Order Eskinol Toner




Last week Pre-Order untuk Eskinol dalam sejarah terima order sebanyak 26 botol. Ada 14 bungkusan kesemuanya. Hairan plak zie, kenapa tetiba macam terkena Tsunami Orders je. Start petang Khamis sampai lah hari Ahad... non stop orang bertanyakan tetang Eskinol.Ada yang terus beli, tapi kebanyakkan bertanya je lah.

...in where i don't mind at all. Layan customers sama rata, tak kisah dia beli atau tak ^_^




Packing batch 1. Ada 11 botol kesemuanya. Bila pink pocket bubble wrap tu dah habis. Time tu la terasa bertapa letihanya nak balut manually guna bubble wrap sebotol demi sebotol. Hahaha. Tak dapat nak balut cincai. Kena rajin dan takyah nak lokek sangat dgn bubble wrap.

...Kena balut bagus², baru selamat sampai ke tangan customers.




Ni plak packing Batch 2. Ada 16 botol ke semuanya. Order di terima pada hari Jumaat - Sabtu sahaja. Memang dok hairan, kenapalah mendadak sangat orang order serentak ni. Terus terdetik dalam hati, ada orang viralkan Eskinol ke???

Then zie up ler status di FB tentang kemusykilan zie tu...




Tak lama lepas tu, adalah kawan FB zie tag zie this viral post. Time tu 4.5K shared her post okay! No wonder lerrrrrr order masuk macam apa. Hehehehe. Syukur alhamdulillah. Rezeki tak di duga dari Allah swt. Kalau hari² masok orang sebanyak ni....perghhhh! Hihi




Hari Isnin, si budak demam ni teman mama dia gi post eskinol customers. Kebetulan plak zie ambil sick leave. Disebabkan dah janji nak post orders hari isnin tu... kena tunaikan janji. Gigih gak kooo zie gi post, then balik dari poslaju... terus gi klinik weols dua beranak.

Si Mikail tu, dengar je keluar jalan. Dari demam, terus jadi sihat dia...huhu. Oh ya, siapa nak order Eskinol toner ni, jangan segan² Inbox zie di FB page zie ye --> FB Inbox - To Order. Harga semua ada dalam FB page tu... Xoxo





Bling Frosted PC Phone Case Review



Still lagi tak dapat move on dengan casing yang super gorgeous nie. Sooooo bling bling ♥ Its sooooo me! How much it cost??? Cheap jjer...no worries. 

The black one, i got it from Shopee. Only cost me RM35 including postage. Waited for almost a month for it to finally arrived... phewww ~ 

Meanwhile the Red one, i got it from Taobao. Only cost me RM19. More cheaper than shopee, huh. So regret didn’t bought the black one at taobao too...aiyoooo. Waited less than 7 days for it to arrived. Cheaper and faster compare to Shopee, right ^_^

Now u know where i get it... so, what are u waiting for?! Make sure u can read chinese if u plan to shopping at Taobao website. Hehehe



Nah, video dia plak. Shine Bright Like A Diamond! ♥




Rezeki Buah Dabai dan Engkalak


Sekarang ni di Sarawak, tengah musim buah Dabai (yang warna hitam) dan buah Engkalak (yang warna pink). Sana sini akan tengok org jual buah² ni terutama sekali buah dabai tu. Tapi kan di Kuching ni, mahai kooooo. 1kg RM25 macam tu....mahal gilos kan. Haha

...so zie, since stil baru² musim dabai. Kebetulan chinese colleague zie balik kampung; Sarikei. Apa lagi... terus koooo Zie kirim kat dia beli 2kg dabai. Uols nak tau harga dabai sekilo di Sarikei... hanya RM10 per kilo okay. Murrrrrr giler ah.


Dalam gambar ni bukan 2kg ye. Ni zie ambik sikit untuk sekali makan. Ingatkan nak kirim dia beli. Alih alih dia bagi free jer. Souvenir dari dia balik kampung katanya. Hihi. Alhamdulillah... rezeki. Zie sorg je dia bagi 1kg buah Engkalak tu.

...Sebab dia tahu buah tu pun salah satu buah favourite zie. Hihi. Thank you Miss Wong! ♥



Renew SHOM Membership


Last week, selesai je weols tiga beranak (Irfan tak bawa. Tinggal kat rumah dengan emak) terus pecut ke lubuk rezeki, Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM). Nak renew membership Zie. Actually bulan depan baru expired. Sesaja je renew awal since ambil 1 day leave.

Memang purposely ambik 1 hari cuti sebab banyak tempat nak pergi.




Min Cha milk tea tu memang stock laku keras ler uols. Setiap kali ke stokis, setiap kali tu ler Min Cha out of stock. Mana taknya, baru je sampai stock... terus kena rembat dek agent agent Hai-O yg lain. Haha. Nasib koooo di STG, weols under 1 team ni sangat lah membantu dan tolong menolong.

...siapa takde stock itu ini, team lain yg ada stok tu...akan pinjamkan stock dia pada team member yang kehabisan stok. Best kan bisnes secara berjemaah macam ni. Tak perlu loan² bagai if join STG. Akan guide dari A to Z sampai berjaya.

Yang penting, mahu berusaha... tak malu, rajin dan IKUT apa yg leader guide. Insha'Allah... akan pegang income 3 angka, 4 angka, or 5 angka.. uols yg akan bentukkan sendiri.




Less than 30 minutes bebaris, siap sudah kad member zie yg. Renew setahun je dulu. Out of budget plak nak renew 2-3 tahun one go. Haha. Almaklum ler, register anak sekolah kan...byr yuran tadika, fuhhh... gegar tangan. Haha.


Taraaa!! Perbezaan kad yg lama dan kad yang baru. Kad lama tu pihak HQ yg keluarkan time register as member dulu. Nak story tentang renewing membership fee ni. Fee dia hanya RM35 setahun. Tapi kan, SHOM akan bagi RM35 e-voucher upon renewal. Consider free ler tu renewal fee tu kan.

...if uols time renew tu terus beli barang, dorg akan direct deduct terus.



Ni dia e-voucher yg zie maksudkan tu. Buat yg suka berbusines, sah memang kena join SHOM! Zie akan guide uols. If takde masa nak uruskan pengambilan stock... zie akan uruskan. If berminat nak join Projek STG under team Zie, jgn segan² email zie ye.

Email : ziemadinistore@gmail.com
Subject : Nak Join Projek STG

Welcome gift dari Zie buat my new team member, 1 x Lipstick Cozuma or Marine Essence Shampoo/Bodywash; pilih salah satu okay. Insha'Allah... kita akan jadi team member yg hebat. Together we make it on top!



Irfan Kena Injection


Last week, pada 3 haribulan Januari... bawa Irfan monthly check-up di nearby KKIA untuk injection bulan ke-2 dia. Kali ni, good boy anak mama ni nak ke klinik. Tak merengek dia nangis walaupun time tu dia tengah tido. Terpaksa kejutkan dia tido. Biasanya if dia tengah tido, kau kejutkan...

...memang kompom ler dia melalak nangis. terus jadi baby boss dia, bossy! haha.




Alololo... cian dia. Menangis sekejapppp je dia tadi. Masa kena cucuk tu menjerit dia nangis sampai hilang suara dia. Lepas Zie pujuk dia...senyap terus dia. Walaupun dia still mencebik cebik tahan sakit. hihi. This is for your own good, sayang mama.

...kalau tak, takde nya mama sanggup tengok dia nangis sakit.





Balik dari Klinik, weols terus gi makan. Baru dapat lunch...huhu. Kebulur tahap apa entah Zie. Having lunch pun kat nearby house je. Malas nak drive jauh jauh. Pening kepala. Hehe. Irfan lunch susu je. Sebelum keluar dari keta, breastfeed dia dulu.

Satu je yg best breast feeding. Tak yah bawa bekalan susu, air panas bagai. Just bawa pampes and romper n wet tissue je. Semua sumbat kat dalam bag Zie. So takde nya bawa diaper bag. Zie jenis malas nak bawa ^_^




Alololo sayang! Tengok mata dia uols. Still terkandung air mata dia. Sakit sangat ye sayang mama. Tapi dia tak merengek lagi lah. Bagi dia puting, terus tido dia lepas tu. So Zie dan emak bergilir² makan, mak makan dulu. Lepas tu baru zie. Sebab nak gendong Irfan.

Payah nak makan sambil gendong Irfan. Makanan asyik terjatuh kat tudung je. Hihi





Nona Manis OH Nona Manis


Akhirnyaaaa... dapat jugak Zie makan kuih Nona Manis ni. Berminggu² kooooo Zie suruh husband carikan untuk. Punya ler susah nak jumpa orang jual kuih ni kat gerai² tepi jalan kat Kuching ni. Huhu. Pagi jumaat yg lepas... masa husband turun kerja, jumpa juga dia akhirnya kuih Nona Manis ni.

...sanggup kooo dia patah balik rumah semata² nak bagi zie kuih ni. Awww... appreciate it dear hubby ♥ Nasib time tu zie belum lagi turun kerja. Tengah berkemas. Walaupun yg ni rasa dia kurang manis dan kurang berlemak... takpe, syukur akhirnya dapat gak makan kann...




Ada lagi Gift Untuk Irfan


Kali ni dari my colleagues, Miss Lu & Miss Ong. Ni throw back entry ya. Hihi. Bila Zie start kerja balik after a longggg maternity leave; on 18.12.17 yg lepas... sampai² je. Terus Ms Lu panggil masuk dalam bilik dia. Ingatkan nak serah tugasan zie balik ke zie...haha. Rupanya kasi hadiah buat baby Irfan.

...time tu Miss Ong on leave. So dia mewakili Miss Ong sekali. Dorg bagi 1 tabung (yg singa tu tabung ye...kira 2in1 item...hehe), dan 2 helai baju. Thank you so much Miss Lu and Miss Ong. Xoxo

My Half Siblings


Uols, perkenalkan... inilah dia adik beradik Zie yang sama ayah. Anak arwah ayah dulu ada 3 orang. Kak Bibah tu anak sulung dia. Abg Ponie, anak tengah dan Abg Piee... anak bongsu. Lama dah tak jumpa dorang. Kak Bibah stay di Kuching... masing² busy, tu yg tak jumpa².

Abg Ponie... lost contact dah dgn dia ni. Huhu. Abg Piee, dia duduk kat kampung. Jauh dari Kuching. Buat weols in contact via whatsapp/Facebook ^_^ Abang Ponie, muka dia iris² arwah ayah zie tau. Bila tengok gmbar dia.... terubat sedikit rindu zie kat arwah ayah...

Al-fatihah buat arwah ayah.

Hari Pertama Balik Ke Sekolah - Tahun 6



Semalam punya lah kelam kabut Zie turun hantar Mikail ke sekolah dan kerja. Terus terlupa kooo, Zie nak berswafoto dengan Mikail. Setiap tahun wajib kooooo iols berswafoto dengan Mikail masa hari pertama persekolah. Kalau takde mood berswafoto pun, at least Zie akan snap gmbar Mikail sorang dan post kat FB...hihi

Tapi semalam... boleh plak LUPA! Haha. 




Nasib lepas Zohor, cikgu kafa dorang ada bagi gambar dorg selepas sembahyang. So aktiviti akademik dorang selepas solat Zohor adalah bermain Playdoh! Wahhh... teruja lah Mikail main. Sebab main playdoh memang mainan kegemaran dia.




His happy face Day 1 back to school. Hihi. Sayanggg anak mama tok. Syukur lah cikgu Tehah dia still tolong zie hantarkan dia balik. Kalau tak... mahunya extra kelam kabut Zie pagi petang terkejar² dgn masa. Huhuhu

...thanks cikgu tehah. Jasamu amat weols kenang sampai bila². 


Hello 2018

~ Photo sumber dari Google ~
Pic Credit : Liew Ted Ghee

For me, nothing special. Every new year to me are all the same... just aged change 1 number. HAHA. New Year resolution? Hmmm....malas nak berazam bagai. Takut tak dibuat². Hihi. Cuma starting this year hanya nak kurangkan tabiat shopping dan tingkatkan tabiat menabung. Hihi.

Thats all. Hihi. Happy new year my dear blog readers ♥ xoxo