Sambut Birthday Secara Sederhana di Kelas Dia



Throw back entry pada 30.8.2019 - Birthday Muhamad Mikail tersayang ♥ Petang hari Khamis, lepas ambik dia balik dari sekolah. Zie terus bawa dia collect cuppies dia untuk birthday celeration dia di sekolah hari esok. Guna cuppies je untuk senang nak provide since Ustaz kelas dia gtaw better hidangan yang ringan² je. 

On the way ambil tu, having this kinda conversation dengan Mikail;


Zie : Mikail, Mikail.... Tahun ni emak takde duit taw. Tak dapat
           nak belikan dia jam Baby-G untuk hadiah birthday dia.
Mikail : Oh... Beli dari Shopee pun tak dapat ke, Mak?
Zie : Ye sayang. Even beli ja di Shopee pun takde duit. So tahun ni
        takde hadiah dari emak, ye?
        (actually berharap dia merajuk ke apa. Sengaja usik² dia je)

Mikail : Okaylah emak kalau macam tu. Makan cupcake je Mikail. 
             Itu pun dah syukur dah ada... cukuplah itu, Mak.
Zie : Eh...betul ke ni tak apa?
Mikail : Betul, Mak. Tak apa...syukur apa yang ada. Kesian emak
              takde duit. Emak simpan duit ye. Nanti tahun ke-8 dapat
              emak belikan jam Baby-G


I was like....awwwwwww, terharunya emak. Mula² niat just nak mengusik dia je. Jam Baby-G yang dia nak...kan dah Zie belikan (Pre-Birthday Gift Ke-7 Untuk Mikail <-- Klik untuk baca post), sesaja je Zie. Nak tengok reaksi dia camne. Tak sangka plak reaksi dia menyejukkan hati gitu.

...alhamdulillah, tahu dia erti bersyukur. Tak meminta². Sejuk perut emak mengandung ♥


Tadaaa... inilah cuppies Mikail untuk kawan² sekelas dia.





Sebelah malam terus gigih packing dalam goody bags & tampal birthday sticker. Part birthday anak² ni, sure kita emak² yang sibuk mengalahkan menteri. Si bapak, tukang tengok je kan kan...hahaha






Penuh tangan iols bawa benda alah ni keesokkan pagi. dah set masa untuk meet up dengan Ustaz dia. Untuk pass dia benda alah ni. Since Zie sampai awal beberapa minit...tunggu kejap. Kalau 7:05 tak gak ustaz sampai, memang Zie brief dia melalui whatsapp je.

...syukur, tetap 7am...sampai kooo dia. Menepati masa sungguh. Solute ♥





Small celebration buat dia dia kelas. InshaAllah next year, emak guna birthday cake je. Ambik senang nak bawa. Hihi.




The moment emak bagi dia jam yang dia nak. Terharu dia. Emak ada ambil video...tapi dalam video tu reaksi dia tak seberapa sebab segan kena ambil video. Anak bujang Zie ni pemalu orangnya. Hehe. Bila off record, terus dia tanya...semalam kata emak takde duit.

...terus lah Zie terangkan kat dia, Zie usik dia je. Nak tengok reaksi dia camne. Word paling tersentuh Zie dengar "Terima kasih emak belikan Mikail jam ni. Lama dah Mikail ingin nak pakai. Terima kasih emak. Sayang emak"...terasa menyusuk di hati keikhlasan dia tu.

Memang bebetul dia inginkan jam tu sangat². Uols tau kan feeling bila kau ingin sangat benda tu, akhirnya dapat...haaa that kinda feeling lerr Mikail bagi kat Zie. Sayang dia sangat². Semoga berkekalan berperangai menyejukkan hati emak bapak macam ni sampai bila². 

Selamat hari lahir yang ke-8, Sayang emak ♥ Nah baca balik entry saat kelahiran Mikail --> Lahirnya Muhamad Mikail b. Mohamad Abdillah Ke Dunia (klik untuk view)







1 comment:

nona sani said...

Wowww..sy pun rasa terharuu....

Sejuk hatiii...semoga terus berjaya dan bahagia dunia akhirat ye Mikail syg..hehe...