Showing posts with label Majlis Birthday Mikail. Show all posts
Showing posts with label Majlis Birthday Mikail. Show all posts

Sambut Birthday Mikail Ke-7 di Kuali Emak Cafe


There go again.... blog kembali krikk krikkk, tidak updated. Haha. Busy kooo Zie sepanjang bulan Ogos, siang dan malam busy memanjang. Tu yang tak dapat nak buat Auto Publish entries di blog ni,. So menjawap ler post kebanyakkan throw back stories ye, uols. hihi

Pada malam Sabtu (311.8.19); FYI... birthday Mikail is on 30.8.19 ye...kiranya belated sehari je sambutan. Untuk birthday Mikail yang ke-7, weols sekeluarga celebrate di Kuali Emak Kafe & Restaurant je. Takde sambutan besar²an...budget²... hehe




Weols tema Merah Hitam malam tu. Bapak di palak, gara² kulit dia kena sunburn...terus tak nak bergambar. Ceh! So jangan hairan ye, bapaknya takde dalam gambar. Huhu.

Alololo...besar dah anak sulung emak ni. Genaplah sudah dia berusia 7 Tahun ♥ Dia request birthday cake dia tema Spiderman. Baiklah anak emak tersayang... Spiderman it is ^_^




Cantik giler! Zie sangat sangat berpuas hati dengan kek hasil ciptaan adik Ika ni. Sebiji cam gambar google yang Zie bagi kat dia sebagai sample. Zie ordered Butter Cream Cake je. Tak nak jenis fondant sebab membazir bagi Zie. Nanti fondant dia, mana ada yang hendak makan. Sebab manis... 

At least butter cream ni still lagi dapat telan. Itu pun Zie tak bagi Mikail makan cream tu. Kan banyak colouring....tak baik untuk kesihatan...so kesimpulannya, still juga membazirkan, kan! Hahaha. At least idok ler semahal kek fondant, betul tak?




Weols ambik package A. Cukup ler tu untuk makan kmk sekeluarga. Ini pun tak habis. Terpaksa Zie yang habiskan. Husband ordered kuah Masala. Sedap giler! Lepas makan, terus telan ubat allergik. Kalau tak...mejawap ler tergaru² kegatalan & flu. 




Birthday Boy dengan MakNek dia ♥ Adik Irfan dia tu ngadap iPad dia jer...alahai. Kids nowadays....huhu. Tapi time makan, Irfan stop tengok taw. Dia makan. Hobi dia kan makan, rugi kooo ngadap iPad. Hahaha




Dia ni plak, terpaksa keluar dari warna tema weols. Break sampai bocor ler plak si anak dara ni. So menjawap ler dia pakai baju tidur. Haha. Untuk dijadikan cerita plak, bapak dia hanya bekalkan Mikayla seluar je. Baju, semua baju Irfan dia bawa.

Nak tak nak, sarungkan aje lerrr baju Irfan. Tu yang kebesaran tu...haha. Irfan kan tema dia Batman. Hihi. Mikayla plak, belum lagi jumpa tema dia. Maybe Owl, Maybe Unicorn kot....kot lah.





Ngegeh! Hahahaha. Ngobek indah dia. Eh...tercakap sarawak ler plak. Malas betulkan dan ulang. Hahaha. Hadap jer ler uols baca. Buat² paham utk yang tak paham :P







Emak dia pun nak gak berselfie dengan Birthday Boy. Kek tu, kat rumah baru weols potong. Awal Mikail kata, next year dia nak tema Hulk plak. Baiklah.... Nasib ko nak, dapat emak yang rajin turutkan engko buat birthday bertema tema. Hargai okay, hargai. hehe




Utk warga Kuching. Ni dia menu package untu Makan Tabur ala Shellout tu ye ♥ Highly recommended. Sedap!



Sambut Birthday Secara Sederhana di Kelas Dia



Throw back entry pada 30.8.2019 - Birthday Muhamad Mikail tersayang ♥ Petang hari Khamis, lepas ambik dia balik dari sekolah. Zie terus bawa dia collect cuppies dia untuk birthday celeration dia di sekolah hari esok. Guna cuppies je untuk senang nak provide since Ustaz kelas dia gtaw better hidangan yang ringan² je. 

On the way ambil tu, having this kinda conversation dengan Mikail;


Zie : Mikail, Mikail.... Tahun ni emak takde duit taw. Tak dapat
           nak belikan dia jam Baby-G untuk hadiah birthday dia.
Mikail : Oh... Beli dari Shopee pun tak dapat ke, Mak?
Zie : Ye sayang. Even beli ja di Shopee pun takde duit. So tahun ni
        takde hadiah dari emak, ye?
        (actually berharap dia merajuk ke apa. Sengaja usik² dia je)

Mikail : Okaylah emak kalau macam tu. Makan cupcake je Mikail. 
             Itu pun dah syukur dah ada... cukuplah itu, Mak.
Zie : Eh...betul ke ni tak apa?
Mikail : Betul, Mak. Tak apa...syukur apa yang ada. Kesian emak
              takde duit. Emak simpan duit ye. Nanti tahun ke-8 dapat
              emak belikan jam Baby-G


I was like....awwwwwww, terharunya emak. Mula² niat just nak mengusik dia je. Jam Baby-G yang dia nak...kan dah Zie belikan (Pre-Birthday Gift Ke-7 Untuk Mikail <-- Klik untuk baca post), sesaja je Zie. Nak tengok reaksi dia camne. Tak sangka plak reaksi dia menyejukkan hati gitu.

...alhamdulillah, tahu dia erti bersyukur. Tak meminta². Sejuk perut emak mengandung ♥


Tadaaa... inilah cuppies Mikail untuk kawan² sekelas dia.





Sebelah malam terus gigih packing dalam goody bags & tampal birthday sticker. Part birthday anak² ni, sure kita emak² yang sibuk mengalahkan menteri. Si bapak, tukang tengok je kan kan...hahaha






Penuh tangan iols bawa benda alah ni keesokkan pagi. dah set masa untuk meet up dengan Ustaz dia. Untuk pass dia benda alah ni. Since Zie sampai awal beberapa minit...tunggu kejap. Kalau 7:05 tak gak ustaz sampai, memang Zie brief dia melalui whatsapp je.

...syukur, tetap 7am...sampai kooo dia. Menepati masa sungguh. Solute ♥





Small celebration buat dia dia kelas. InshaAllah next year, emak guna birthday cake je. Ambik senang nak bawa. Hihi.




The moment emak bagi dia jam yang dia nak. Terharu dia. Emak ada ambil video...tapi dalam video tu reaksi dia tak seberapa sebab segan kena ambil video. Anak bujang Zie ni pemalu orangnya. Hehe. Bila off record, terus dia tanya...semalam kata emak takde duit.

...terus lah Zie terangkan kat dia, Zie usik dia je. Nak tengok reaksi dia camne. Word paling tersentuh Zie dengar "Terima kasih emak belikan Mikail jam ni. Lama dah Mikail ingin nak pakai. Terima kasih emak. Sayang emak"...terasa menyusuk di hati keikhlasan dia tu.

Memang bebetul dia inginkan jam tu sangat². Uols tau kan feeling bila kau ingin sangat benda tu, akhirnya dapat...haaa that kinda feeling lerr Mikail bagi kat Zie. Sayang dia sangat². Semoga berkekalan berperangai menyejukkan hati emak bapak macam ni sampai bila². 

Selamat hari lahir yang ke-8, Sayang emak ♥ Nah baca balik entry saat kelahiran Mikail --> Lahirnya Muhamad Mikail b. Mohamad Abdillah Ke Dunia (klik untuk view)







Mikail Turns 7 : Birthday Preparation ♥






Sampai sudah goody bags, cupcake covers, cupcake toppers (actually cupcake toppers ni tak di pakai nanti kot...ada sebab dia 1 set dengan cupcake cover tu haaa...huhu) dan Spiderman stationery set ♥ Spiderman stationery set tu, beli dari local seller di Shopee. Yang lain tu, directly from China. Cepat sampai, tak sampai 1 minggu tunggu.

Birthday tahun ni, Mikail request nak sambut di Kelas dia, sama² dengan kawan² dia. Baiklah. Menurut perintah. hihi. Memandangkan Ustaz kelas dia kata, makanan jangan terlampau heavy. So Zie tempah cupcake je lah untuk ganti birthday cake Mikail. Janji ada celebration di kelas dia.



Zie tempah kek exactly macam ni.
Harap once siap nanti hasilnya exactly
macam yang ni juga... InshaAllah.

Kek Spiderman ni plak, khas untuk weols sekeluarga. Just sambut kami anak beranak je. Bawa Mikail makan di luar, bawa kek ni sekali....then sambut di kedai makan je. Ala kadar. InshaAllah tahun depan, kita sambut di rumah sendiri dan akan throwing a birthday part buat dia.

Cake pun Zie order size kecil je. Below checklist untuk sambutan birthday mikail yang ke-7. Mak akan cuba sebaiknya utk buat Mikail happy. Bersederhana ye, nak. Janji ada sambutan dan tiup lilin. Tak payah mewah² ye....


• Goodies Bags ✓ 
• Goodies Bag's Gifts 
   - untuk Kawan² ✓
   - untuk Cikgu²
• Goodies Bag's Sweets Treat
• Cupcake Covers ✓
• Tempah Cupcake ✓
• Tempah Birthday Cake ✓
• Birthday Stickers 
• Birthday e-Card & Thank you Tag


Haaa tu dia checklist untuk birthday preparation yang Zie perlu sediakan. Yang belum ada tanda ✓ tu, bermaksud belum lagi ada tu. Akan Zie ikhtiarkan nanti. Goodies bag's gifts untuk cikgu² tu belum tahu lagi nak beli apa. Mesti bagi yang dorang akan selalu pakai. 

Maybe akan bagi pocket mirror untuk cikgu perempuan dan pen or butang baju melayu untuk cikgu lelaki kot. Maybe la....tengok camne nanti. 




Goodie Bags Untuk Hari Jadi Mikail Ke-5




Yayyyy!!! Syukur akhirnya jumpa gak twisted handle paper bags untuk Goodie Bags birthday Mikail nanti. Puas cari hari tu. Cuma warna paper bags je out dari plan. Actually nak warna Orange utk lelaki dan Pink utk perempuan. Nan hado plak benda alah tu

...sudahnya ambil je lah warna Merah (utk pelajar lelaki) dan Peach (utk pelajar perempuan) ni. Janji ianya twisted handle paper bags. Hihi. Kalau nak buat sendiri... reti, bukan tak reti. Tapi letih weh. Mana larat lagi mak buyung ni nak berkraf² sangat khennn... hihi




Tgk mikail, sibuk je dia letakkan dinasour robot tu and suruh zie snap. Hihi. Stickter birthday tu, zie sendiri yg desigan taw. Bangga sat. Hahaha. 





Start packing gift utama utk pelajar perempuan dulu. Gift utama utk pelajar lelaki, Hot Wheels car... tak boleh packing awal. Kena tunggu budak kecik tu tido dulu... baru dpt packing. Kalau tak... naya semua dia buka nanti. Hahaha

...yg tang Barbie dolls n Headbands ni dia tak kisah sangat. Coz kan utk girls... so dia sibuk "tolong" packing je. Tolong katanya... tp mengacau bagi kita. Hahahaha





Muka excited dia bila zie kata, semua ni utk kawan² perempuan di kelas dia sempena birthday mikail nanti. Terus dia tanya., "nanti mikail ada birthday cake kan...".... tetttt! soalan bonus weh. Mesti lah hado nak oiiii. Apalah maknanya birthday celebration kalau nan hado birthday cake...hehe




Akhirnyaaa!!! Belah petang dia tido. HAHA! Jenuh kooo aku tunggu dia tido. Akhirnya pengsan gak budak ni. hihi. Terus ko emak dia ni ambil peluang utk packing gift utama utk pelajar lelaki kelas dia




Tadaaaa!!! Hot Wheels cars utk pelajar lelaki ^_^ Aman berkerja bila si kecil tu dah pengsan. Hahaha. Selain dari gift ni... nanti bila dah dekat² tarikh birthday celebration dia, baru zie belikan jajan² utk penuhkan goodie bags tu ^_- 




DIY Cupcake Flag


Memandangkan majlis hari jadi mikail pada hari sabtu ni nanti, semangat koo zie buat DIY sendiri...hehe...

Kali ini zie buat 12 pcs cupcake flag utk cupcake hari jadi mikail nanti 





Inilah hasil nya. Jumaat lepas hampir jam 1am siap taw. Tengok macam simple je buat tapi memakan masa yg lama utk siapkan 12pcs cupcake flag.

...demi anak, ku sanggup berpenat lelah. cewah! hehe




Ginie ler di bila dah di cucuk di cupcake nanti. oh ye, cupcake tu buka  cupcake birthday mikail ek... tu hanya pre-birthday cupcake je...hihi.

....Cupcake zie tempah dgn Medina Chocolate N Cake. Kek birthday mikail nanti, beli dari secret recipe je lah nanti.

Buat majlis kecil2 je nanti. Hanya invite keluarga zie dan keluarga suami je. Lepas tu close friends je ☺ Rumah weols kecik je...tak muat utk ramai org...huhuhu :(






Blog Pilihan Entry Ini :) 
POP DONNA
-- Click SINI utk view website :)
Pop Donna Concept Boutique
No 19 - 1, 1st Floor, Jln BBU 2,
Ayer Keroh 75450 Melaka
Atas PHD, Dima Restaurant
MONDAY (CLOSED)
Open from : 11 am-8.30 pm
popdonnamelaka@gmail.com

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 


Click ----> Here! utk lihat pakej ::