Showing posts with label Birthday Celebration. Show all posts
Showing posts with label Birthday Celebration. Show all posts

Happy 3rd Birthday Mikayla

 


My little princess is turning 3 years old pada tarikh 19 Mar 2022...hihi. Throw back post ni ye, uols 😜 Trying my best to write a memory of them untuk hari tua Zie nanti. Dapat Zie baca balit bila dah retire nanti... haaaa gittew.

Since sekarang kita di zaman covid, still Zie belum lagi berani nak buat majlis birthday untuk anak². Dahlah dorang belum lagi dapat vaksin (hanya Mikail je...1st dose baru. In next entry Zie story). So weols hanya sambung weols 5 beranak je. 




Mikayla's 3rd Birthday Cake dari Secret Recipe 💖 Boston Chocolate Cake, beli yang size kecik ni je. More than cukup untuk weols berlima. Zie tak berapa sangat dgn kek² bagai ni. Manis. Zie diet gula...katanya 😅





Yummy! kata Mikayla... hihi. enjoy dia makan kek dia. Dia sendiri tau yang request nak pakai dress frozen tu. Agaknya rasa diri tu tuan puteri ler tu...hehe.




Zie masak sikit je. Spaghetti Bolognese + Fried Chicken. Tue je... 😛



Her 3rd birthday gift. Zie dan husband kongsi belikan dia this mini home playground. Sengaja beli warna biru dinasour so that abang² dia dapat tumpang sekaki main 😅




Seee...kan dah kata 😂 Papan gelongsor tu je yang weols benarkan Mikail main. Yang buaian tu....big NO NO! Patah nanti. Next, Birthday Mikail plak in Aug. Same birthday month dengan Zie. Husband Zie plan nak belikan dia basikal lipat since basikal dia yang sedia ada dah kecik.

...Zie actually plan nak belikan dia Garmin Forerunner jam. Tapi bapak dia tak bagi sebab baru je belikan dia jam Fitbit last year. Jangan membazirkannya. Jangan asal Mikail request, bagi. Asal request, bagi. Nanti takut terbiasa. 

Ye la ye la....basikal lipat lah. Bapak dia tu bukannya apa, dapat di sekali gak kayuh basikal tu. Bukan tak tahu. hahahaha


Happy Birthday To ME!



Semalam secara rasminya umur Zie genap 35 tahun. Selamat tinggal umur 34 tahun, awak akan saya rindui selama²nya...sebab awak tinggalkan saya buat selama-lamanya... huhu. Assalammualaikum umur 35 tahun, please be kind on me, okay. Stay young like always...eh! Hihi.

Husband ajak celebrate di Secret Recipe. Every year birthday Zie akan di celebrate kat Secret Recipe cuma berlainan brand je. Kali ni di The Spring. Ambik senang sebab kat sini ada sekali jual kek. So takyah tempah kek bagai. Sepotong dua, cukup ler tue.




Hokkaido Cheesecake & Chocolate Moist Cake. 2 potong ceciput ni pun weols berlima (Mikayla tak masok share...haha) tak dapat habiskan. kek kek ni not really my cup of tea. Manis. Tak berapa suka Manis. Since Mikail & Irfan sebelum keluar dah makan di rumah...


...so dorang melantak makan kek je. Zie n Dillah, sudu sikit² je. Emak plak, langsung tak makan kek. Mak bukannya suka pun makan kek ginie². Hehe.  




Us! Tanpa Mikayla... huhu. Mikayla dalam baby stroller. Tidur dia time weols snap gambar ni. So malas nak kejutkan dia takut nanti tak aman nak makan...so biarkan dia tidur dengan tenang, aman damai dalam tu ^_^




Kemana Zie pergi, akan selalu ajak dia sekali. If dia tak nak ikut, tak dapat buat apa ler. Kadang² emak more prefer duduk kat rumah. Letih berjalan katanya. Biasalah uols, orang tua ni kan. Mana larat nak ikut kita ke hulu ke hilir. Amanah Zie di dunia dan di akhirat ♥




Menu weols ♥ Anak² dorang dah kenyang. So sudu² dorang sikit dari makanan weols. Okay dah...




Redoxon wajib bawa ke hulu ke hilir! Nak sihat dan cantik katanya. Plus menjimatkan. Kau order je plain water or mineral water, if nak sejuk...mintak ice. Masukkan Redoxon... sama cam kau minum air berkarbonat gak ape. Tips jimat dan sihat dari Zie. Sila dicontohi. Haha

Air yang lain, lupa plak Zie nak snap. Emak, air Ice Lemon tea. Mikail Chocolate oreo milkshake ke kalau tak silap. Husband plak, apa entah nama miniuman diat tu. Hipster sangat. haha




Selfie sebelum makan. Tapi husband and Mikail tak kuasa nak layan Zie...dorang ngap terus. Dasar! Emak gak yg sporting ♥ u mak! Hihi



Amboiiiii baby bawang nah dorang dua tu ea. Tengok reaksi Mikayla tu....hahahaha. Bawang! Muskhil gak Zie nak tahu apa yang dorang so interested tengok tu entah. Huhu




My 35 years old birthday gift dari Tomie fully sponsored by my Husband. Chomel Charms. Love it soooooooo much. Nak baca entry time weols beli ni, boleh klik link → INI



Genap Sudah Umur Ku 33 Tahun




Hari Sabtu lepas, genaplah sudah umur Zie berusia 33 tahun. Another year means another more 1 number adding in our aged. Hahaha. Tua mengejar kita. Kita semakin tua, anak pun semakin membesar. Like always, tak nak ada birthday party bagai. Too old for that tho ^_^

....hanya celebrate bertiga anak beranak je. Just makan² dan birthday shopping fully sponsored by husband. Hihiiiii.




Ke Secret Recipe ler kekiter. Sebab nak makan kek kat situ. Craving for Blueberry Yogurt Cheese Cake. Malas nak beli whole cake. Just a slice of cake will do. kalau beli whole cake, takut tak termakan je lagi. Hanya Zie n Mikail je yg "giler" cake. hihi




My birthday cake ^_^ Api di lilin tu awal² dah padam... lom sempat lagi nak nyanyi happy birthday n selfie dgn api ternyala... mikail awal² dah tiup...grrr. Malas nak mintak lighter dari waiteress...hihi




Menu sang suami... Black Pepper Chicken Chop. Dia kongsi dgn Mikail. Tak nak order kids menu utk Mikail. Nanti dia tak makan habis... mama dia ni juga yg habiskan nanti. So better dia kongsi je dgn papa dia.





Like always setiap kali ke Secret Recipe. Akan ordered ini. Thai Style Fried Rice. My super favourite ^_^ Sambal dia tu yg buatkan zie tergila² bayang sebenarnya. Hahaha




My small little family. Insya'Allah... hujung tahun ni berempat weols. Aminnn aminnn. 2 bulan je lagi... pastu, Mikail dah ada adik ♥




And As for my birthday gift dari husband, Mula² plain nak beli kasut Nike sepasang dengan Mikail. Alih² dah takde lagi dah kasut tu utk orang dewasa. semua tinggal utk budak² je...huhu. Sodih... Takpe². Since takde lagi, zie plain ler nak beli jacket.

...So H&M Leather Jacket yg di photo sebelah kiri tu menjadi pujaan hati. Dari dulu actually cari leather jacket gitu. Dia nampak cam "panas" je. Tapi tak taw. sejuk je dalam bila di pakai. Sesuai utk cuaca kta di malaysia ni.

Nak jadi mama stylo bah. Hihi. Apa² pun thanks husband belanja kita makan dan shopping ^_^ Love u deep deep...hehe





Throw Back Entry : Birthday Chika, Fawas & Khatijah







Lawa seyyy kotak kek dari Taka bakery ni. Red + Black with polka dot theme youu youu. Ailike! Actually Birthday celebration ni utk 3 org anak buah husband Zie. Weols hanya beli 2 kek je. 1 kek kongsi 2 org memandangkan 2 org perempuan dan satu lagi design utk anak buah husband yg lelaki :)




Dalam perjalanan pulang, zie dok makan ni. Ngidam nak makan cheese cake. Tp yg over makan adalah mikail. Emak dia ni terpaksa sentiasa mengalah. Haishhh. Adat beranak. Hihi




Kek Frozen ni utk Chika dan Khatijah. Dua² ni anak kepada kakak husband, Kak Shidah :)




Kek elmo ni plak, utk Fawas. Anak kepad abang husband, Abg Agus :) Yg elmo ni zie berkenan giler. Zie kan suka elmo dan paling penting, warna merah! sebab tu berkenan. hihi. Weols beli 2D kek je. Tak sempat dah nak ber3D kek bagai. Hihi. Last minit beli kek :P




Kalau buat celebration yg ada BBQ, kompom husband Zie yg jadi chef nya. Hehe. Dia sgt lah rajin part panggang memanggang nih :P




BBQ chickeng wings dan Lamb shoulders. cooked by my husband ^_^




Before start menjamu selera... harus ler kooo buat doa selamat utk mereka bertiga ^_^ Ada tgk budak yg berbaju hijau yg duduk di pangkuan bapak org tu? Kenal idak uols sapa budak tu? hehehe. Yup! Mikail ler tu.

....sibuk je dia tu meletak bontot dia ke pangkuan bapak org. Nasib lerrrr anak Abg agus jenis yg tidak jelas. Haishh...ngade tau mikail tu.



\
Sangat suka mee hoon berlada! Makanan fav zie. Hihi. Tp if sendiri buat, malas. Bila nak makan selalu je request husband utk masakkan. Hahaha




wefie dengan cinta hati jap :P


...with Birthday boy, Fawas
...with birthday girl, Chika

Birthday yg seorg lagi tak sempat Zie nk bergambar bagai. Tido dah dia. Hihi. Still baby lagi actually. Birthday dia yg pertama. Khatijah nama dia.


Budak yg super excited! Main tak ingat dunia lagi dia. Habis basah baju dia berpeluh bagai kena siram dgn air. 2x tukar baju. Haishhhhh.... bermain bagi je kat Mikail. Number 1. Mesra alam mikail ni. Campak je kau dia kat kelompok budak²... tak sampai pun 5 minit, dah bergeng koooo dia :P

...bagus², tak perlu zie risau dia bergaul nnti bila dah start sekolah. Sebab dia jenis yg mudah bergaul.



On the way balik....hahaha, pengsan kawan! hihihihi. Tidur disepanjang perjalanan koooo dia. Keletihan yg teramat ler tu. Mana tak nye, main sampai tak hengat dunia. Of coz ler keletihan. Hihi. Mikail²... **sambil geleng² kepala**




Rania's Birthday Goodies Bag




Hari isnin tadi, masa masuk opis... terkejut tgk 2 benda alah ni atas meja. Rupanya Iskandar (colleague zie) yg letakkan atas meja. Ahad lepas birthday anak dia. Bestnya dpt goodies bag. Actually untuk Mikail sebenarnya...bhahahaha.

....emak mikail plak yg over excited :P




Dorg celebrate birthday  Rania di Mcdonal. Vavavav...klass uuu. hehe. By the way, jajan... emaknya yg mamam. Toys baru Zie kasi mikail..haha. Bukannya apa... jajan tak elok utk budak kecik. Ceaaa... haha. Kata je sendiri nak NGAP! lalalala =_=



Oh ye, yg ni plak goodies bag birthday anak sulung dia, Rayyan, tahun lepas. Heheh. Baru tahu ni nak tayang. Well, kan tahun lepas tak aktif sgt berblogging kooo noks. Still gak nk tayang. Kira throw back ler ni ea. Hihi.

Apa apa pun, thanks Iskandar dan Sarah! Xoxo




Mikail 3rd Birthday Celebration : Captain America Theme



Ceaaa... My Captain "M"... hehe. Mikail jadi Captain America Junior... hihihi. Throw back entry nie ea uols. Pada malam 30th August bulan lepas, weols celebrate birthday Mikail. Celebrate kecil²an je.... among family members jek.

...antara keluarga madini dan keluarga morsit  :)





Teruja kooo dia sambut birthday dia. Berpeluh² je kawan kecik si ni lari sana sini. Last² terjatuh tersungkur dan pipi terkena bucu kerusi. Haaaa... hambik kau. Dah kena baru reti dok diam...hehehe.






Antara juadah² utk majlis hari jadi Mikail. Tahun ni zie tak tempah cupcakes. Zie ganti cupcake dgn shepherd pies je. Gigih je aku buat pies...hiksss.




Paper props sponsored by Chu Majorflava (click to view her blog). Sangat comel! Berebut je ipar duai nak rembat. Nasib some zie cakap zie nk simpan utk kenangan. Hihi




Mikail with Uncle Benjamin dia. Mikail ni memang taw... dgn org lain nak dia bergambar senyum² posing ². Cuba suruh dia bergambar dgn mama dan papa dia... huh! Payah beb, payah!




Emak Zie - Mak Nek Zie - Makcik Zie. Hehehe. Baru balik dari kampung dorang. Sekarang Mak Nek zie dah duduk dgn weols. Alhamdulillah... takde lah nanti emak sentiasa susah hati terkenangan emak dia.





Hehehe...kalah mikail. Mikail part zie suruh dia pegang topeng tu, takut weh dia. Ceh! Super hero mender nyer if dgn topeng sendiri takut. Hahahaha






Masa utk tiup lilin! Terlupa plak zie nk snap dekat gambar kek dia. Actually ada kes ke tue. Malas nak bising lagi. dah puas bising di FB hari tu. Hahahaha. 




Selfie sat dgn mama, nak :D







Hehehe..teruja dia dapat hadiah. Thank you ipar duai dan adik beradik yg sudi datang memeriahkan majlis hari jadi Mikail yg ke-3 ni. And thanks for the gifts as well ^_^ Dan buat mikail, semoga membesar menjadi anak yg soleh.