Showing posts with label Buku Resepi. Show all posts
Showing posts with label Buku Resepi. Show all posts

Resepi Chicken Mango | .eat.enjoy.love.



🍗 Bahan² Untuk Ayam
• Isi ayam (bahagian peha/dada)
• Tepung Serbaguna
• Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
• Minyak untuk menggoreng 

Cara Membuat
• Perap ayam dengan lada hitam dan bawang putih.
• Perap selama 20 minit.
• Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
• Salutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna. Goreng hingga kekuningan [deep fry]


🥗 Bahan² Dressing
• Mangga muda
• Carrot
• Daun ketumbar
• Sedikit bawang besar

Cara Membuat
 Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.


🍶 Bahan² Untuk Sos
• Sos Tomato
• Sos Thai 
• Gula Perang
• Cili api potong
• Perahan jus limau nipis

Cara Membuat
• Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
• Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
• Gaul Ayam dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.

SIAP! 👩🏻‍🍳
Simple je kan buat masakan Western ni.
So, selamat mencuba. Xoxo!
.eat.enjoy.love.



Resepi Honey Fried Chicken with Black Pepper Gravy


Tadaaaa... hidangan terbaru Zie malam semalam. Ingat nak ala western je utk dinner semalam. Sooo, i make myself a veryyyy simple dish. Awal gtaw ea... ni bukan chicken chop. My own version of western dish...hehehe.

Ayam tu Zie deep fried with honey. Kira ayam goreng madu. Asingkan. Hihi


Kentang tu Zie goreng dengan tepung kentucky. If takde tepung kentucky, uols boleh je guna tepung gandum dan sedikit tepung jagung (utk fungsi melekat...hehe) dan sedikit perasa. Utk perasa Zie guna perencah 3 Rasa ^_^

...gaulkan sebati then goreng. Sedap koooooo.




Utk sayur² tu plak, Zie steamed kan aje. Sedap taw makan sayur kukus ni. Jgn terlalu lama lah. Nantu sayur overcooked pun tak gak sedap kan. Hilang kemanisan dia. Dan utk kuah blackpepper tu plak... haaa, kat bawa resepi dia ea.


Black Pepper Gravy :-
Bawang Besar -- potong dadu
Lada hitam -- ditumbuk kasar
Tepung Gandum
Sos Tiram
Sos Black Pepper - yang ni Zie skip. Haha
Kicap Pekat 


Cara² Membuat :-
1) Tumiskan bawang besar bersama lada hitam yg di tumbuk kasar tadi. Tumis sampai bawang jadi layu and naik bau. Jgn sampai garing ek. Pahit nanti.

2) Masukkan tepung gandum dan tumis sekali sehingga sebati. Jangan tuang air terus ye masuk masukkan tepung tu. Tunggu dah sebati dgn minyak dan bahan² yg di tumis tadi, baru masukkan air secukupnya.

3) Tuangkan sos tiram, kicap dan sos black pepper (Ehemm... since Zie skip benda alah ni. So Zie hanya tuangkan sos tiram dan kicap sahaja :P). Gaul sebati dan masukkan perasa secukupnya. If tengok kuah terlampau pekat, tambah air lagi ea. Pandai² uols agak², okay.

4) Susun pinggan cantik², tuangkan kuah ke atas susun ayam madu yg di goreng tadi.


That all, folks ^_^ Selamat mencuba menu saya. Malam ni ingat nak try buat Chicken Chop plak. Hihi. 




Resepi Ayam Goreng Pandan... Nak Cuba lah Nanti!




Pagi ni zie kongsi resepi ek uols. Hari tu ex-classmate zie share resepi ni di FB dia...so zie plak, share kat blog. Hehe. Nampak sedap dan cara sediakan pun sgt simple dan senang :D

Pape pun, jom try. Ramadan dah dekat...hehe


Bahan-bahan:

  • 8 – 10 ketul ayam yang telah dibersihkan.
  • 3 batang serai diketuk hancur
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
  • 10 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).



Perencah dikisar untuk peram:

  • 5 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 inchi lengkuas.
  • 1 sudu besar ketumbar.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 15 biji cili padi/api.
  • 100gm santan pekat.
  • 1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
  • 1 sudu besar sos perasa tiram.
  • Garam dan minyak masak.



Cara Membuatnya: 

  1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam. 
  2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejeuk semalaman dalam bungkusan plastik. 
  3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayan dengan lidi pembersih gigi (tooth pick).
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
  5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas.








Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
JUS NONI
-- Click SINI utk view web :) Jom beli
produk kesihatan Jus Noni ^_-


:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::








Nak Try A New Recipe Utk Juadah Raya Lah ^_^



Memandangkan next week kita dh Raya dah. This year cam mls je nk masak menu yg sama tiap tahun. So INILAH solution nya…hehe. Beli je buku resepi. KOMPOM berjuadah baru lah kau utk raya 2011 ni…hiksss.

…nak pick resepi yg plg senang di buat lah noks. AHARKS! :P









Blog Pilihan Entry Ini
:::::::::::::::::::
ROSE'S TREAT.COM
-- Click SINI Tempat menjual
original and authentics branded handbags,
wallets, watches, sunglasses and other's
from USA. Selling it at cheaper than retail
price ^_^

:: (nak being featured in this
section? Jadilah salah seorg
drdp pengiklan zie :) Click
-- Here! utk lihat pakej ::






Redbloodsnow Copyright©