Showing posts with label Emak. Show all posts
Showing posts with label Emak. Show all posts

Jari Emak Kena Jangkitan Kuman



Kesian emak. tak lama nak raya, tetiba ibu jari dia bengkak bernanah² ler plak. Terpaksa bawa emak pergi jumpa doktor utk tengok²kan ibu jari dia tu. Mula² zie ingat ibu jari emak terkena penyakit kulat kuku. Once dah jumpa doktor mlm tu, rupanya ibu jari dia terkena infection...huhu

...kena infection gara² apa, tak sure gak ler. Adalah something yg emak buat, sebabkan terkena jangkitan kuman bagai tu. Actually kena buat minor operation utk keluarkan nanah. But dorg tak buat surgery pada waktu malam. Only pada siang hari je.

Kebetulan plak esok hari adalah last day kita muslim berpuasa, meaning if emak nak buat minor operation tu.... terpaksa ler dia tak boleh berpuasa coz after operation kena makan antibiotik selang 4 jam. Of coz ler emak tahan nak. Last day puasa tu... dia nak puasa penuh.



So terpaksa lerr doktor bagi dia injection tahan sakit je memandang ibu jari dia terlampau berdenyut² sampai menggeletar jari dia tahan sakit. huhuhu. Cian dia taw.





Nampak mcm kecik je kan...tp kesakitan dia, ya ampunnn, sakit ya amat katanya. Lepas makan antibiotik, keesokkan hari, nanah tu pecah sendiri. Baru kurang rasa sakit katanya. Now dah 80% sembuh dah. Alhamdulillah....

....bila emak kesakitan, kite sbg anak ni jadi tak tenteram jiwa tgk dia sakit.




Pergi Klinik dan Makan Tengah Hari




Last year story ni uols...diperam lama giler dalam draft...hahaha. Walaupun dah lama, still gak nak blog it out. Hihi. Last year bulan 12 yg lepas, bawa emak check up di Chan Clinic. Kali ni emak check darah. Syukur alhamdulillah kooo uols, blood test result emak bagus. Hormon tyroid dia dah stabil. 

....tak perlu lagi dah on medication. Syukurrrr sangat². Hujung bulan ni nanti, emak akan buat ujian dapat lagi. Utk make sure tyroid dia stay stabil atau tidak. Mudahan² takde apa² kan...amin






Balik dari Chan Clinic, weols terus ke The Spring. Mikail masa tu mengiyau tak nak balik. Tahu kooo dia jalan utk balik rumah. Apa lagi, drama ler budak kecik tu. Nak tak nak terpaksa ler zie bawa dia jalan². Dari plan nak jimat, terus tak dpt jimat...haha

...bawa dorg kesayangan ni gi makan²...





Fried Wings tu utk Mikail sebenarnya...but still gak kentang menjadi pilihan hati dia. Takpe... share je Chicken Chop zie ni dgn anak :D





Iftar di Kluang Station -- Mengidam Hainanese Chicken Chop




Semalam balik je kerja...cepat-cepat balik rumah jemput emak dan Mikail. Memandangkan Zie dh jemu makan makanan di tapaw di bazaar setiap hari (menu hampir sama je setiap hari), so zie call emak. 

...suruh dia siap siap berkemas. Sampai je Zie nanti terus keluar.




Pecutan dgn jayanya. Sempat lagi sampai sebelum org berbuka. Hihi. Zie kan driver terhebat...ceaaa. Cuma bodoh part parking je bai. Hahaha. Weols ke Kluang Station di The Spring. Zie mengidam nak makan Hainanese Chicken Chop.

... time puasa ni, nafsu nak makan itu ini membuak-buak. Kalau di turutkan sangat... boleh bankrupt wooo dibuatnya. Huhu




2 org je makan tapi org air sampai 4 gelas. Haha. 2 gelas utk emak, 2 gelas utk Zie. Emaik air suam + Ice lemon tea. Zie plak, Ice Lemon Tea + Milo Ice. Hihi. Zie kongsi dgn Mikail sebenarnya :P




Eeee...sik maluuu. Sik puasa, Hehe. Awal je dia menyedut air tu. dahlah Zie terlupa bawa ear phone. Tak dpt ler nak pasangkan radio di handphone jawapnya. Nasib baik ler The Spring mall tu bersebelahan dgn masjid.

...so, no hal terlupa bawa ear phone. Kompom dengar azan berkumandang :D




Chicken Rice utk emak. Rasanya mcm menu baru di Kluang Station je ni. Ke... zie yg tak perasan. Haha. Yelah...asal mkn ke sini. Tak yah tengok menu bagai. Dah tahu dah nak makan apa. 



Inilah menu favourite zie di Kluang Station. Hainanese Chicken Chop! Terbaik wok... hehe





Fried Wings ni plak utk Mikail dan emak. Adalah gak zie ambik sekerat je. Selebihnya biar emak dan Mikail yg makan.






Syukur alhamdulillah... semenjak duak menjak ni, sudah mula mahu makan Mikail. Tu yg badan dia ada sedikit berisi dah. Kalau dulu...alahaiiii, payah giler nak bagi dia makan. Asyik nak menyusuuuuu je memanjang. Makan tak nak...

...risau di buatnya. Walhal takde pun kasi dia jajan. Kalau kurma setipa pagi. ada zie bagi. Apa-apa pun syukur anak manja zie tu dah mahu makan. Harap berkekalan lah selera makan dia tu. Aminnn...





Terpaksa Beralah Demi Anak....




Minggu lepas, terpaksa weols sekeluarga last minit keluar beli Tab buat mikail untuk menggantikan tab dia yg sudah rosak tu. Mana tak nya, mengamuk kooo dia nak main. Asyik kacau hp zie je. Tahu je budak² kan, for sure punya akan buat hp kita terjatuh...

....kalau hp rosak, lagi parah nak repair or beli baru kan. So... nak tak nak, tak dapat lagi nak lengahkan beli tab utk dia.




Tengok tu... excited dia taw bila tgk weols ke kedai handphone and dia tgk banyak tab. Asyik kata "mama, beli tab, ma. Maok tab"... adehhh! Budak² zaman sekarang. Huhuhu. Apa yg bestnya kan... Mak Nek dia yg offer nak bayar...

...katanya kali ni dia yg belanja beli tab utk Mikail. Birthday gift in advance katanya. Meaning masa birthday mikail yg ke-3 tahun nanti, nan hado ler Mak Nek dia bagi hadiah lagi...hehe




Beli brand Lenovo lagi. Model yg sama gak macam yg pecah tu. Tak nak tukar beli yg lain memandangkan Mikail dah biasa dah dgn function dlm lenovo ni ^_^ Harap kali ni bertahan sampai setahun dan bertahun² lah ea... aminnn.

...Pssst, nasib emak hadiahkan buat Mikail. Selamat duit aku... hahaha :D




Ceaaaa...suka ler tu. Main elok² ye syg. Jgn pecahkan lagi taw. Kira birthday gift in advance tu ^_^





Telaga Air Seafood





Hehe...dua beradik yg sengal :D  Story lama ni uols....entry tertunggak. Hehehe. Pertengahan bulan Januari hari tu, Kak Midah ajak Zie sekeluarga makan seafood kat Telaga Air. Dia belanja katanya. Laju je kooooo aku...Haha. Makan free maaa :P





My lovely little small family :) 2 lelaki yg paling Zie sayang dalam hidup Zie selepas arwah ayah :) Suami Zie dan anak kesayangan Zie ^_- Sejujurnya, baru pertama kali koooo Zie pijak Telaga Air. Umur dah nak masuk 31 tahu weh.

...baru tinggalkan kesan tapak kaki kat sini. Hahahahaha. Zie ni jenis perempuan duduk rumah type arrr...that's why :P 





Comel je gelas air ni kan. Dah mcm botol dah. Unik :D Gelas cawan cam gnie if gune utk buat infused water, best ni...hehe




Mama dan Mikail!

Zie dan Kak Midah


Okay... entry ni zie takde buat part part bagai ek Sekali gus je zie tempek gambar. Malas kooo aku nk berpart bagai dah skrg. Hehehe. So entry ni akan penuh dgn gambar ea ^_-



Ketam Masak Telur Masin. Menu yg sangat superb!

Umai Obor Obor, Sayur Midin Belacan dan Dabai ^_- Kesemuanya kegemaran zie ni taw. Terutama sekali umai obor obor tu. Nyummmmm!

Ini plak Ikan 3 rasa. Lupa plak zie ikan apa entah ni. Rasanya ikan Siakap kot.. kot aje eh. Hehe

Ikan steam ni plak khas utk Abg bo je. Sebab tu ceciput...hehe Pun lupa ikan apa :P

Ni plak, sotong goreng tepung. Sedapnyaaaaaaaa

Kak Midah dan keluarga

Ok tu je menu weols berenam...hehe. Zie paling suka Ketam masak telur masin tu. Nangis giler weh rasa dia. Buatkan zie sentiasa ngidam nak makan je taw. Hahaha. Sangat terbaik!




Emak dan Qeera. Cerdik budak ni taw. Setiap tahun jadi pelajar cemerlang. Sejuk perut kak midah mengandung. hehehe




Tengok si gedik kecik Zie ni...hehe. Kalau mood dia baik, nak aje dia berposing bergambar. Tapi kalau mood dia ke laut... kau nak tengok, memanjang je muka dia berkerut tengok camera...hahaha!

Pape pun, thanks kak midah for the treat! Next time my turn ya...hihi










Makan Tengah Hari Dengan Yang Tersayang


Balik je dari klinik, dah nak tengah hari. So kira brunch lah ni ea. Hehe. Emak ajak makan kat Secret Recipe. Dia nak makan Thai Fried Rice. 






Ceaaa...tgk lagak Mikail tu uols. Kekonon dia pilih menu dia sendiri ler tu. Hehehe






Inilah dia the best ever Thai Fried Rice. Kegemaran Zie dan emak. So wajib zie pun order yg ini gak. Sambal belacan dia...perhhhhh! nangis ow. Meleleh hingus kau makan. Seriously...pedas. Tapi sedap giler :D





Ni plak sherpherd Pie untuk Mikail. Jadi anak mat salleh kooo anak zie uols. Lunch pie je. hehehe.





Muka teruja nak makan tp mama dia nak suruh posing dulu dengan pie dia. Hahaha. Sorry anak ku...adat beremakkan blogger. Lalalala....







Lepas makan bawa Mikail jalan jalan tawaf The Spring. Bawa dia main kat playground ToyRus gak. Yang jadi mikail emak. Zie sibuk pilih hot wheels kat dlm...hehe. Tu yg takde snap gambar mikail tgh main kat playground...






Penat jalan jalan...masa utk balik rumah :D Penat kooo jalan bertiga dgn mikail takde husband. Sbb mikail asyik mintak di gendong je. Kalau papa dia ada, memang tugas dia lah yg gendong. Hehe









Check Up Tyroid Emak


Rutin setiap bulan... bila ubat emak dah tinggal 1 strip, akan gagah ler bangun awal-awal pagi sebab nak bawa emak ke klinik utk monthly check up utk tyroid dia. Emak zie sejak zie tak aktif blogging dulu, zie kena sakit hyper tyroid uols

....kesian emak. Kurus kering dia dulu. Now alhamdulillah... dah kembali berisi :)







Hehehehe....myempat weh selfie kat dlm klinik. Mentang mentang lah clinik bapak kawan sendiri and semua nurse kat situ dah kenal zie. So permaisuri selfie in action ler jwap nya. hehehe. Actually nak promote baju yg zie pakai tu.

...baju dari online store zie sendri. Lawa kooo baju tu :)





Siapa nak cepat cepat place order sementara store masih ada. Actually peplum ni tak include belt tu ek. Belt tu sendiri punya :D Kain jenis Polyster...sgt puas hati :) Tak berapa panas gak kain ni. Can fit from S to M sahaja ye.


Oppss...terpromote bisnes plak. Hehe. Berbalik dgn check up emak. Alhamdulillah uols...semakin baik dan stabil hormon tyroid emak. Tapi still perlu makan ubat. Now ubat reduce ke 2 biji sehari je. Syukur alhamdulillah....