Showing posts with label Dillah. Show all posts
Showing posts with label Dillah. Show all posts

Bermula Lagi Episode Jadi 2in1 Parent




Ada tengok awan mendung tue? Haaa...semendung itulah hati Zie saat hantar kepergian husband ke padang kawad semalam. Huhu. Wife of a PGA police office.... ginie ler uols. 2 bulan ada bersama. 1 bulan... berjauhan. Pergi OPS. Biasa sudah dgn routine kerja husband camni.

Eh...Hi, gais. Lama tak update boleh. Hihi. So Here am I again. Writing this blog again. Make myself busy during my free time bah selain dari Zie main game...hehe. Main game tetap on. But update blog duluan sih ^_^




Husband away for a month. So weols empat beranak stay over di rumah emak ler jawapnya sepanjang bulan July nie. Emak osuruh stay dengan dia. Risau dia Zie sorang² dengan anak² takut apa² terjadi kat anak² katanya. Baiklah...

So menjawap lerrr dorg di kem takde tengok muka yang cantek (eh! ehhh!...haha) ni masuk kem for a month kalau gitu. 



Stay safe & healthy over there nanti, dear husband ♥ My favourite tagline... "Pergi kerana tugas. Pulang kerana Cinta." Hihi. Kejiwangan gitu. So for this month, become a single mother yang berstatus berkahwin dulu ler jawapannya. Tugas suami, kita galas sekali.

Shout out to all wives yang berkahwin dgn PGA & Askar. Kita sangat kuat! We can do this... alone. Yes, we can! ♥♥♥ 





Rezeki Dapat Suami Macam Dia



Weehoooo! Ayam Goreng Mamak byDillahMorsit. Hihi. Weols laki bini pandai masak sedap² tau. Cewahhh! Puji diri sendiri kau! Hihi. Bila husband off day, sure dia akan masakkan dinner untuk weols sekeluarga. Zie bila sampai rumah, heaven kooo. 

...terus makan jer. Ni dia dah away pergi OPS selama sebulan, merindu ler Zie dgn masakkan husband. Huhu.




The reason why dia tetiba masakkan Ayam Goreng Mamak ni, sebab masa Zie lunch dengan dia hari tu.... Zie gtaw ler kat dia, Zie suka makan ayam goreng Mamak. Sedap. Macam mana entah dorang buat, kata Zie. Google ler resepi kata husband... then Zie jawap, Malas! Haha.

...keesokkan harinya, tetiba terima whatsapp dari husband bagi gambar Ayam Goreng Mamak. Wahhhh... terharu iols. Belajar masak Ayam Goreng Mamak terus kooooo dia uols. Haha. Sia ada perapkan lebih lagi ayam....utk dinner nanti katanya.

Alhamdulillah.... Allah swt bagi Zie pasangan hidup yang sangat ringan tulang tolong Zie segala apa kerja di rumah yg selalunya orang perempuan yang buat. Zie nak didik Mikail & Irfan nanti macam perangai bapak dia. Sama sekali Zie tak akan benarkan dorang jadikan Mikayla "maid" dorang. 

Biar dorang hidup berpandukan sunnah Rasullullah. Bukan berpandukan amalan budaya orang kita. You know what i mean? Hidup tolong menolong. Bukan jadi raja dengan main tunjuk itu ini dan harapakan semua dah terhidang dan tersedia kemas². 

...Emak, Isteri, kakak perempuan dan adik perempuan BUKAN orang gaji tak berbayar, FYI.









100% Macam Papa Dia




Alahaiii... anak oh anak. Kenapalah kau photostate muka papa kau 100% nak oiii. Penat tau mama mengandungkan kau, pastuh betapa sakitnya mama bertarung nyawa melahirkan kau... alih² lahir je, ikut muka papa. Haha. 

...well, siapalah kita hendak mempersoalkan ciptaan Allah swt, kan :) At least kulit dia putih ikut Zie... tu pun dah syukur. Ni baru lah dinamakan hadiah buat suami. 100% ikut papa dia. Hihi. Tengok tu gambar papa dia time umur dia. SEBIJIKKKK... hahaha

Jeles mama tau, Mikail.



Masa Untuk SUSHI!!!





Ni entry sebelum husband pergi OPS ni...hehe. Lamaaaa bebenor baru di publish ek. Hihi. That night, sampai je kat rumah... husband ngiyau nak makan sushi. Since Zie tak reti nak buat sushi... so, makan di luar ler malam tu... yes!!!

...heaven koooo tak perlu masak lepas balik kerja. Hahahaha. Letih maaa :P Weols ke Sakae Sushi di Plaza Merdeka, Kuching :)






Budak ni excited dia tengok sushi² tu bergerak. Kau tengok muka dia uols. Hahaha. Dahlah bising... asyik warning kat dia dok senyap². Tapi kau pun paham² je lah dgn budak...telinga kuali sikit. Haha. Kejap je dok senyap.

...pastu dia start balik mekak **Mata ke atas**




Order ni untuk Mikail. Untuk senyapkan dia. Hahaha.




Tak sampai 10 minit dia dah habiskan weh. Pastu start lagi bising...Arghhhhhh!!! Stress mak kau nak oiiiii.




Papa dia still pening nak pilih menu yg mana satu. Hahahaha. Rasanya semua dia hendak kot. Hihi




Zie pilih set ni. Apa entah nama set ni. Tak kuasa nak ingat nama dia apa :P




Try Green tea Sakae Sushi. Sedap koooo rasa dia. I love tea sooooo much! Terasa ala² herba² gitu.... ailike!





Menu husband... nasi goreng apa entah. Psstt... kalau zie sendiri yg masak, lagi sedap kot. Bhahahaha. Lariksss.




Zie plak order bento set ni. Rasa cam ayam masak kicap je. Huhu. Kalau compare dgn masakan sendiri, mine 100% win...ceaaaa. Puji masakan sendiri weh...lalalalaa :D





Bila kenyang perut, selfie! Hihi. Nak plak budak kecik tu bergambar time nie. Siap buat muka happy seakan... hihi. Mikail kongsi makanan Zie. coz dia mana reti nak makan sushi mushi bagai ni. 

Itu pun liat dia nak telan nasi...hemprhhhh.




Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negera. Tahniah, Suami! ♥




Ingat lagi tak kes 3 tahun lepas? Kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah.In where kerajaan Malaysia mengisytiharkan OPS Daulat buat anggota² keselamatan negara (Askar, V69 dan PGA). 11.3.2016 lepas, adalah hari penganugerahan pingat kedaulatan negara buat anggota² yg terlibat.

...husband Zie merupakan salah seorang dari anggota Polis PGA yg terlibat dalam OPS Daulat.







Faces of Wira Negara...cewahhh. Hahahaha :P




Hehehe... tahniah buat husband dan ke semua anggota yg terlibat. Uols worth it dan terima kasih di atas jasa kalian menjaga ketenteraman negara kita. Sejujurnya, sebagai wife salah sorg anggota yg terlibat dalam OPS Daulat dulu....tak tenteram jiwa zie taw.

....asal keluar news je (since tak dapat in contact dgn husband masa tu), nangis. Asal ada news di TV ttg pencerobohan tu... nangis. Huhu. Syukur semuanya dah berakhir dan husband selamat kembali kepangkuan.

Semoga ketenteraman negara kita tidak di cerobohi lagi. Aminnn.





Melawat Rumah di Briged PGA Batu Kawa




Adat ler bila weekend or cuti umum.... ada ada je agenda kekeluargaan. Hehe. Time ginie je baru dapat luangkan masa sepenuhnya dengan family kooo uols. Kalau time kerja, balik kerja dah keletihan. Mana nak uruskan kerja rumah lagi...

...so, during weekend or public holiday lah consider a perfect gateway utk kau dgn keluarga kau :)




Since lama dah aku dan Mikail tak menjengah rumah weols di kem, rasanya nak masuk 3 bulan kot tak ke sini. Sebab sibuk uruskan nenek...kan tak sihat, kena lagi masok hospital. So memang takde masa aku nk menjengah rumah weols kat kem.

....hari sabtu minggu lepas (bukan sabtu ni tadi ea...), baru bertandang lagi ke sini ã‚·



Selfie kejap. Hehehe. Suka aku dgn suasan di kem ni. Aman damai je... sunyiiii je rasa. Utk org yg jenis mcm Zie yg suka pada suasana kesunyian... kat kem ni mcm such a perfect place to stay ã‚· Alangkah bestnya if hari hari duduk sini...

....aku ada alasan tersendiri why tak stay sini and still stay kat rumah emak. Tak perlu lah tanya ek... hehe.






Wefie dengan suami plak...hehe. Husband zie kan... alahai... di pi gunting rambut style gitu, terus jadi cam kebudak budakkan je figure dia. Haishhh. Idok sukaaaa... kang ada yg tetiba dok keluar statement "..ni adik dia ea"... huhh! selalu kena taw.

...kena kat kawan kawan emak arrr. Yg tak pernah jumpa weols. Huhu. Sodihhh...




Kali ni weols tak stay kat sini. Weols just singgah kejap je jengguk rumah sebab husband still dlm proses mengecat bilik. Rumah ni kalau tak di cat dalam dia... tak tahan kooo aku dgn bau, ermm... camne nak terangkan in BM ek. If dalam bahasa sarawak, dapat je aku terangkan bau camne tu Hahaha.


...org sarawak kata, bau bekum... hehe. Sorry, tak tahu in BM apa. Hihi. Once dah selesai cat, baru start lagi stay kat sini during weekend.




Telaga Air Seafood di ABC Corner




Off we go to Telaga Air! Weehooo...hehe. Family gathering sebenarnya. Lama dah aku plan nak bawa keluarga Madini pi makan makan sempena husband dapat transfer ke Kuching... tapi kekangan masa dan kerja tak mengizinkan.

...akhirnya ambil peluang during CNY holiday ni utk keluarga Madini berkumpul ã‚· 




Here we are di ABC Corner (err...kalau tak silap lah. Hanya ingat nama ABC je. Nama lepas tu idak ingat kooo aku. Rasanya Corner lah...haha). Sorry ea uols, gambar makan takde. Hanya gambar weols lepas habis ngappp je yg ada. Hahaha

...tgn kotor, tu yg tak kuasa nak ambil gambar makanan. Sambar makanan sebelum kehabisan. Miaahahaha :D





Hehehehe..tengok Mikail tu, apa yg di temernungkan dia tu.





Mikail dan Kak Mida ♥






Tengok kooo aku tu, Uols. Tak sedar sedar dorg ajak bergambar. Tengah syok mentedarah weh... shut down all my surrounding gittew...hahaha.




Nie baru perasan. Itu pun bila kak Mida meng-Hoi-kan aku...hahaha 






Habis makan, wefie lagi...kihkihkih. Kenyang perut sampai terpaksa tanggalkan waist belt kooo akuuuu. Penangan makan ketam masak telur masin...hahaha. Awal makan pill allergik lepas tu. Tak nak mata bengkak, hidung gatal dan tekak gatal. Harus take medicine sebelum kegatalan menyerang...hihi


....if uols nak makan seafood di Telaga Air, highly recommended ABC Corner kedai makan ea. Sedap koooo masakan dorg. Plus... murah je bayar kalau dibandingkan makan di Topspot di Bukit Mata. Memang sangat sangat rekemen uols utk menseafood di sini ^_^




Majlis Perpisah Suami di Kem PGA Temudok, Sri Aman



Pada 30 Ogos yg lepas, itulah hari terakhir husband Zie bertugas di Sri Aman. Sebelah malamnya dorg adakan majlis perpisahan buat dia dan 2 org anggota yg lain. Hanya 3 org je permohonan transfer dorg lulus. Syukur alhamdulillah... husband zie salah satu dari 3 org tu. Hehe.

...penantian selama 4 tahun berakhir pada 30.8.2015. No more perhubungan jarak jauh lagi. Syukur²


Hehehe.... dapat hadiah eh kawan :D




Ceaaa...karok babe! Zie seumur hidup tak pernah karok. segan weh. But husband, part karoake tak plak dia segan. Pelik bin ajaib aku. Takpe... suara merdu. Ok la. Kalau suara sengau mcm zie ni... mmg wajib keseganan. Hihi




Ni lah yg husband zie dapat masa majlis perpisahan aritu. Sebagai kenang²an. Bila lah lagi weols akan ke Sri Aman lagi ek? Maybe time Pesta Benak kot. kot je lah...kalau dapat cuti. Hihi. 




Penantian Hampir 4 Tahun Berakhir...


Alhamdulillah.... akhirnya penantian kami suami isteri berakhir sudah. Sejak mikail berusia 2 bulan di dalam kandungan, husband Zie dh mohon utk bertukar tempat kerja di Kuching. Dia bertugas di Sri Aman rasanya hampir 9 tahun dah kot...kalau tak 8 tahun. Lupa ingat plak Zie. Hihi

Nampak nya birthday wish Zie yg ke-31 tahun ni tadi Allah swt merealisasikan. My wish... Zie tak nak sebarang hadiah. Hanya nak permohonan pertukaran tempat kerja yg husband zie apply di luluskan. 

Itu je zie pinta for my birthday gift. Walaupun hampir sebulan birthday Zie berlalu... still Zie anggap as my belated birthday gift :)




Syukur sgt sgt zie. Genap umur Mikail 3 tahun... husband akhirnya bertukar bertugas di Kuching. Yippieee! Tak perlu lagi dah nanti zie dok letih menjawap pertanyaan mikail bertanyakan papa dh ^_^ 16 oktober ni nanti... bye bye long distance marriage!

...say hello to a normal marriage life! Hihi. Syukurrr. Takde sorg pun isteri yg sanggup duduk berjauhan dari suami melainkan terpaksa demi tanggungjawap dan amanah. Tak sbr nak tunggu 16 october ni.



... Pssttt, dah mula packing kawan utk siap² move out. Hehe. I am soooo excited.  Selamat berpindah, syg! Love u to the moon and back :*





Sakae Sushi




Pertama kali cuba makan kat Sakae Sushi ni. Husband zie tu arr... tetiba je ngidam nak makan Sakae Sushi ni. Zie kalau nama sushi sushi ni, ada kurenggg sikit zie. Bukannya apa... harga dahlah mahal, sikit. Tak mengenyangkan plak tu...hahah.

...kan zie ni jenis yg kuat makan :P






Selfie kejap sementara tunggu order sampai. Gempak kooo... order pakai iPad je. Cayalah :D Pssttt.... pandangan Mikail sgttttt lah comel. Gerammmm. Dah tahu erti bergamba kooo dia uols :D

...thats my son! Hehe






Set ni buat husband sebenarnya. Tapi husband kongsi dgn Zie. Sebab dia tahu bini dia kuat makan. Takdenya nk kenyang makan sejepit dua jepit je. hehehe





Sedap :) Berbaloi order set ni. Tak berapa suka sangat dgn wasabi tu. Tak boleh nak terletak banyak sikit wasabi tu. Sure rasa berangin pedas tu sampai ke otak kepala terasa taw. Hahaha. Berair mata kau! :D

....Mikail sibuk gak nak interframe mama dia tgh selfie. Sudahnya gegar... hambik kau nak. Tak sempurna gmbar kau...hiksss :D






Menu Mikail plak ambik set utk budak budak je. Terhidang dgn Vitagen. Suka je dia makan. Bagus.. mkn byk byk ye nak... dpt membesar dgn sihat ^_^






Papa mithali :D Kalau ada husband... sure punya husband yg akan layan Mikail. Zie plak jadi mem beso... hehehehe :D 






Salmon Teriyaki... haaa ni baru menu Zie. Sedap giler weh! Tapi tu lah..sikitttt nah. Kalau ikut kepuasan Zie makan sampai kenyang... kena order 5 pinggan benda alah ni. Baru kenyang. Hahaha. Tp sumpah... sangat sedap salmon teriyaki ni.

....next time, nak try ramen noodle plak :D Maybe kali ni men-sushi di Sushi King plak.