Showing posts with label Marvel Captain America. Show all posts
Showing posts with label Marvel Captain America. Show all posts

Surprise Gift Buat Husband : Air-Val Spiderman Gift Set - EDT




A surprise gift for dear husband ❤️ Letak di driver seat, then bila husband nak pergi ambil Mikail balik sekolah nanti... then, SURPRISEEEE!!! Hehe And yes, he is surprised. Terharu dia 😅 Bagi dia hadiah kejutan ni takde apa² sambutan. Memang sesaje je nak bagi dia.

....untuk mengeratkan lagi kasih sayang weols laki bini. Tak perlu tunggu apa² occasion baru nak bagi hadiah kooo. Hari² biasa pun boleh.





Zie belikan dia set ni. Lama dah dia idamkan Air-Val Spiderman Gift Set - EDT ni tau uols. Zie sesaja je buat buat tak layan bila dia cam berbunyi "Sayang... nanti birthday saya, saya nak set ni boleh?"... then saya eksen² ler jawap... "Bukankah perfume awak masih byk lagi di rumah. Jangan membazir."...

....padahal memang dah plan pun bila nak beli dan surprise kan dia. Haha! Actual birthday gift dia untuk 9th April ni...benda alah lain. Yang tu lagiiiii lah dia suka sampai ke bulan nanti kot. Hahaha.




Captain America Collection & Cake & Pies Toppers





Last month punya kisah :D Penat koooo dok cari toys Captain America. Ni je yg dapat jumpa. Yg patung² tu memang bersepah lah byk. Tp yg tang kereta dan bike dia tu ler yg payah bebenor nak mencari. Nasib ada gak jumpa daripada tak de kan...




Ni rupa dia  bila sudah di keluarkan dari packing. Mikail hanya excited keta tu je. Patung tu dia tak pandang. Adoiii...memang kaki kereta nah anak bujang zie tu. Jangan jadi racer bila besar nanti, sudah. Mama tak izinkan...huhu

Since mikail tak suka patung captain america tu, memandangkan husband zie collector benda alah gnie²... so bagi dia je lah. Biar dia simpan dlm cabinet collection dia.




Paling benci bila kita dah beli, last² terserempak yg lagiiiiii besar dan lagi lawa dari yg kita sudah beli. Sakit jiwa aku tgk yg ni taw. Murah lak tu harga dia jika dibandingkan dgn yg zie dah beli tadi...uwaaa! Rasa nak beli utk husband ah.

...insya'Allah sekiranya ada rezeki lebih ^_^





Last minutes, sempat gak zie siapkan cake & pies toppers. Kali ni buat yg ala² 3D design. I loveeee paper craft. Nak beli equipment utk buat paper craft tu ler yg bikin nangis. Mahal nah! Kalau nk qualiti bagus lah. Kalau qualiti yg so-so je... ada di jual kat Super Save or segala bagi save save kedai. Hehe.

...kalau beli kat super save, depends on kau punya luck. If lucky, dapat yg qualiti bagus dan beli pd harga yg murah. Kalau luck tak bagus... sekali punch terus rosak paper kau. Hihi. Sayang... craft paper pun bukannya murah weh.




Mikail 3rd Birthday Celebration : Captain America Theme



Ceaaa... My Captain "M"... hehe. Mikail jadi Captain America Junior... hihihi. Throw back entry nie ea uols. Pada malam 30th August bulan lepas, weols celebrate birthday Mikail. Celebrate kecil²an je.... among family members jek.

...antara keluarga madini dan keluarga morsit  :)





Teruja kooo dia sambut birthday dia. Berpeluh² je kawan kecik si ni lari sana sini. Last² terjatuh tersungkur dan pipi terkena bucu kerusi. Haaaa... hambik kau. Dah kena baru reti dok diam...hehehe.






Antara juadah² utk majlis hari jadi Mikail. Tahun ni zie tak tempah cupcakes. Zie ganti cupcake dgn shepherd pies je. Gigih je aku buat pies...hiksss.




Paper props sponsored by Chu Majorflava (click to view her blog). Sangat comel! Berebut je ipar duai nak rembat. Nasib some zie cakap zie nk simpan utk kenangan. Hihi




Mikail with Uncle Benjamin dia. Mikail ni memang taw... dgn org lain nak dia bergambar senyum² posing ². Cuba suruh dia bergambar dgn mama dan papa dia... huh! Payah beb, payah!




Emak Zie - Mak Nek Zie - Makcik Zie. Hehehe. Baru balik dari kampung dorang. Sekarang Mak Nek zie dah duduk dgn weols. Alhamdulillah... takde lah nanti emak sentiasa susah hati terkenangan emak dia.





Hehehe...kalah mikail. Mikail part zie suruh dia pegang topeng tu, takut weh dia. Ceh! Super hero mender nyer if dgn topeng sendiri takut. Hahahaha






Masa utk tiup lilin! Terlupa plak zie nk snap dekat gambar kek dia. Actually ada kes ke tue. Malas nak bising lagi. dah puas bising di FB hari tu. Hahahaha. 




Selfie sat dgn mama, nak :D







Hehehe..teruja dia dapat hadiah. Thank you ipar duai dan adik beradik yg sudi datang memeriahkan majlis hari jadi Mikail yg ke-3 ni. And thanks for the gifts as well ^_^ Dan buat mikail, semoga membesar menjadi anak yg soleh.





Hadiah Kedua Untuk Mikail Sempena 3rd Birthday




Tengah hari semalam ajar amoi ni keluar. Actually dia yg drive...haha. Skrg ni Zie malas nah nak drive. Tu yg asyik2 suruh dia drive. Lebih rela bayar parking drpd driving. Haha. Zie mintak Ngiik Choo temankan zie byr bills dan cari patung Captain America utk birthday dia ahad ini nanti..

...like always, Ngiik choo sentiasa On je. Hehehe





Excited! Lawaaaa. Whatsapp husband gmbar ni gtaw dia zie dah belikan utk Mikail. Boleh kooo dia tanya, dia punya bila nak beli? Hahaha. Husband minat Marvel Super Heroes sebenarnya.Sorry sayang, this one is for Mikail.

...no for you, hun! Lalalala :D




Simpan dalam drawer di meja kerja dulu. Tak nak bawa balik. Tahu je si Mikail tu, pantang tengok toys baru. Kompom dia tak sabar sabar nak buka and main. Budak budak... biasalah tu. Zie plan nak letakkan patung Captain America ni sebagain hiasan kek hari jadi dia nanti.

...coz zie tak tempah kek. Beli mana-mana kek yg ready made. Save budget maa. Lagi pun bukannya ramai yg suka makan kek...hihi. Daripada membazir, baik beli je kek di secret recipe, pastu hias sendiri... jimat babe, jimat :D





Actually semalam dok cari benda alah ni gak. Pun untuk dijadikan hiasan di kek hari jadi mikail...hehe. Tapi takde plak di jual kat ToyRus di The Spring. Takpe, hari ni ajak Ngiik Choo ke ToyRus di The Hills. Cari kat situ plak...

....harap harap ada. Zie actually sambut birthday mikail kecil kecilan je Just among family members dan close friend je zie jemput. Rumah kecik kooo uols, tak muat nak jemput ramai ramai unless zie sewa khemah letak kat luar.

Kalau dah bersewa khemah bagai, bukanlah lagi dinamakan sambut kecil kecilan je kan. Dah jadi besar besaran tu. Hihi. Apa apa pun, nanti uols tgk result kek hiasan Zie ea :P



Ni kek birthday mikail tahun lepas. Tema Disney Cars birthday dia tahun lepas. Zie hias sendiri kek mikail guna toys cars. Simple but comel..hehe. Lepas sambut birthday, hiasan kek tu dapat di main bertahun tahun. hehe.

...save cost kooo uols :D Sangat save cost daripada tempah fondant cake yg amount kadang2 cecah RM300 in where lepas majlis jadi taik... hehe. Tp buat yg mampu takpe. Buat yg tak mampu nak berfondant kek bagi, haaa...guna kaedah zie ni :)