Showing posts with label My Birthday. Show all posts
Showing posts with label My Birthday. Show all posts

Belated Birthday Dinner Dengan Amoi Berdua Ini ♥

 
 
On last Saturday (15.8.20), sebelah malamnya. Dua orang amoi cantek ni bawa Zie having dinner sama² sempena hari jadi Zie yang ke-36. Ni lah first time Zie keluar lepak seorang dirik dengan kawan sejak dah berkahwin ni koooo. Almost 9 years okay. 1st time keluar hanging out with my girls lagi.

....heaven. For sure lah Zie mintak izin suami. Keluar tanpa bawa anak. Just me having my me time with friends. Weols ke Sushi King di Aeon Shopping Mall. Ambik dekat dengan area rumah weols. 





Beef Nabeyaki Udon. Ni Zie punya. Wheat Noodles with pan-fried beef, beancurd skin and spring onion. Tekak rasa nak makan sup² and Mee. Then untuk individual plate tu, Zie ambik Chuka Likado x 1 plate dan Tsubukko x 1 plate. Tu je. Namo banyak², diet katanya. Haha

Untuk Tsubukko tu, lupa plak nak snap gmbar. 






Grilled Cheese Curry and Inari ni untuk Miss Tay. Inari tu plak dorang ordered 2x plates. one plate each dorang. Lepas tu ada lagi set vegetarian. In where Zie lupa nak snap. Kebulur dah. hahaha. Sampai sana 7:30pm... lepak punya lepak, borak punya borak. Tak terasa jam dah 9:30 malam. 2 jam kooooo weols duduk situ. 

Lama sungguh! Haha




Aku dengan Beverly ni, nama je satu office. Tapi weols jaranggggggggg sangat jumpa each other. Weols tak sama department. Zie di bahagian account. Beverly plak di bahagian project & techincal. Ditambah lagi dia selalu pergi meeting and jumpa clients. So menjawap lerrrr jarang semakin jarang jumpa dia di office.

...dulu time still di tempat yang sama. Selalu je dia singgah di workstation Zie berborak kejap release stress. hihi.




Ni plak, Miss Tay. Secara rasminya dia adalah my ex-colleague. Last dia kerja di company kitorang pada bulan June ni tadi. Resigned kooo dia. Dapat new job di tempat baru. Walaupun kitorang dah tak satu tempat kerja lagi, bukan alasan utk weols spending time with each other.

....I valued this friendship. Tipu lah if Zie kata time working dulu takde bertekak urat leher. Haha. Adaaaaa.... mana boleh takde. For us, kerja is kerja. If salah, kena marah lor. Tak simpan di hati pun. Adat bekerja maaaa. 

Apa² pun, thank you Beverly & Miss Tay belanja Zie makan sempena birthday Zie yg ke-36 tahu ni. Terharu. Jarang ada kawan² nak sambut birthday Zie sejak dah tua ni taw. Haha. Thank you sekali lagi. LUDD!



36 Tahun Sudah ♥

 


Semalam, genaplah sudah Zie berusia 36 tahun. No longer dah seumur dgn husband, 35 tahun. Hehe. Ye ye ye... Zie tua setahun dari husband (pada yg tak tahu). Sempena birthday month ni, boleh ke Zie nak buat wish, makan² banyak mana pun.... body tetap tak naik². Boleh ke wish tu tercapai?Tetttt!!! Dalam mimpi baru boleh kot ^_^






Makanan pertama Zie di usia 36 tahun. Since pagi semalam Zie ada kerja di luar (jumpa dgn goverment officer with my managing director), breakfast duluan di Oyes Food Court di MJC, Batu Kawa. Nak makan Beef Noodles di stall David's Stewed Beef Noodled (tekan link untuk baca food review entry). Tetiba teringin plak tekak nak makan tendons. 

So Zie ordered Extra Special Beef Noodles (with extra Tendons). Fuhhhh....heavennnnnnn.




Oh ye, on my birthday's eve.... husband make a surprised ♥ Lamaaaaa dia tak buat surprise untuk Zie taw. I LOVE SURPRISES! To me.... it's not about the gifts nor the cakes. It is all about he putting his effort on it. That's what makes it soooooo special. The reason why I love surprises.

...dapat kita lihat effort sesorang tu kat kita. Keikhlasan.... haaaa gittuh. Time Zie sampai rumah on my birthday's eve lepas balik kerja. Hairan kenapa ruang tamu kosong. Biasanya ada je dorang anak beranak melepak kat ruang tamu.

So terus lerrr ke master bedroom. Bila bukak je pintu bilik... terus di sambut dengan nyanyian Happy Birthday dari husband dan Mikail. Awwww...so sweetttt. I am surprised. 





Weols anak beranak terus ke Secret Recipe di MJC, Batu Kawa. Ambik dekat dari rumah. Letih nak pi jauh². Since Zie craving for Penang Assam Laksa.... so tadaaaa. Craving fulfilled ♥ Thank you for everything. Zie tahu, Zie bukan seorang isteri yang sempurna dan baik. 

InshaAllah Zie akan cuba untuk jadi yang terbaik buat mu dan anak². I love u so much, dear hubby! Thank you for your sweet effort.



Okay.... tue kisah on birthday's eve. La ni plak, kisah on the birthday morning nyer plak. Lepas breakfast, kenyang. Terus pecut kereta ke DBKU. Appointment pukul 9am time tu. Since my driving skill memang super fast. 10 minit je dah sampai wei. Cilok mencilok je orang taw. Tak nak sampai lewat. Tak suka buat orang tertunggu² sebab Zie jenis yang tak suka tunggu orang.

The reason why, Zie akan selalu sampai awal 10 minutes setiap kali ada appointment dengan orang. Tak kisahlah kerja or personal matter. It just.. prinsip Zie gitue. Nak dijadikan cerita, managing director lerrrr plak yang kelewatan sampai. Alahaiii. 9:30am baru sampai.

....ko ghase? Segan nah nak ngadap officer tu. Hmmm. 




Sampai² je kat office tengok workstation kawan² seopis buat ginie ler plak. Awwwwwww. Korang ni. Why tetiba tahun ni jadi sweet ginie oi. Hahaha. Thank you uols.




Dapat gift dari Mira. Awww.... terharu kita. Thank you, Miri ♥ Jarang dapat birthday gift dari orang lain taw. Zie ni jenis kenalan ramai, tapi kalau kawan.... can be count by fingers. Zie look for quality dari quantity. Mana² yg Zie rasa kawan toksik... Zie akan jauhkan diri. Malas nak peningkan kepala. I'm more to myselft & family je actually.

...entah lah. Lebih senang gitu. Hard for me to trust peoples sebab byk kali dikhianati oleh insan yang bergelar KAWAN. Baik depan, tp cucuk di belakang. Eh... tak suka lah gitu.




Dan ni plak, hadiah birthday Zie yang ke-36 dari husband Zie. Dia tanya sendiri Zie nak apa. Then Zie gtaw lerrr tahun ni just nak running shoes je. Untuk Zie berjogging and workout di rumah. Tak nak emas since emas sekarang ni mahal nah. 

Handbag, awal tahu ni husband dah belikan. So tak perlu banyak². Nanti almari yang pakai. Haha. Apa² pun, buat yang dah wish birthday Zie semalam... thank you uols semua for the wish. Hargai sangat² ♥ 




Happy Birthday To ME!



Semalam secara rasminya umur Zie genap 35 tahun. Selamat tinggal umur 34 tahun, awak akan saya rindui selama²nya...sebab awak tinggalkan saya buat selama-lamanya... huhu. Assalammualaikum umur 35 tahun, please be kind on me, okay. Stay young like always...eh! Hihi.

Husband ajak celebrate di Secret Recipe. Every year birthday Zie akan di celebrate kat Secret Recipe cuma berlainan brand je. Kali ni di The Spring. Ambik senang sebab kat sini ada sekali jual kek. So takyah tempah kek bagai. Sepotong dua, cukup ler tue.




Hokkaido Cheesecake & Chocolate Moist Cake. 2 potong ceciput ni pun weols berlima (Mikayla tak masok share...haha) tak dapat habiskan. kek kek ni not really my cup of tea. Manis. Tak berapa suka Manis. Since Mikail & Irfan sebelum keluar dah makan di rumah...


...so dorang melantak makan kek je. Zie n Dillah, sudu sikit² je. Emak plak, langsung tak makan kek. Mak bukannya suka pun makan kek ginie². Hehe.  




Us! Tanpa Mikayla... huhu. Mikayla dalam baby stroller. Tidur dia time weols snap gambar ni. So malas nak kejutkan dia takut nanti tak aman nak makan...so biarkan dia tidur dengan tenang, aman damai dalam tu ^_^




Kemana Zie pergi, akan selalu ajak dia sekali. If dia tak nak ikut, tak dapat buat apa ler. Kadang² emak more prefer duduk kat rumah. Letih berjalan katanya. Biasalah uols, orang tua ni kan. Mana larat nak ikut kita ke hulu ke hilir. Amanah Zie di dunia dan di akhirat ♥




Menu weols ♥ Anak² dorang dah kenyang. So sudu² dorang sikit dari makanan weols. Okay dah...




Redoxon wajib bawa ke hulu ke hilir! Nak sihat dan cantik katanya. Plus menjimatkan. Kau order je plain water or mineral water, if nak sejuk...mintak ice. Masukkan Redoxon... sama cam kau minum air berkarbonat gak ape. Tips jimat dan sihat dari Zie. Sila dicontohi. Haha

Air yang lain, lupa plak Zie nak snap. Emak, air Ice Lemon tea. Mikail Chocolate oreo milkshake ke kalau tak silap. Husband plak, apa entah nama miniuman diat tu. Hipster sangat. haha




Selfie sebelum makan. Tapi husband and Mikail tak kuasa nak layan Zie...dorang ngap terus. Dasar! Emak gak yg sporting ♥ u mak! Hihi



Amboiiiii baby bawang nah dorang dua tu ea. Tengok reaksi Mikayla tu....hahahaha. Bawang! Muskhil gak Zie nak tahu apa yang dorang so interested tengok tu entah. Huhu




My 35 years old birthday gift dari Tomie fully sponsored by my Husband. Chomel Charms. Love it soooooooo much. Nak baca entry time weols beli ni, boleh klik link → INI ♥



Genap Sudah Umur Ku 33 Tahun




Hari Sabtu lepas, genaplah sudah umur Zie berusia 33 tahun. Another year means another more 1 number adding in our aged. Hahaha. Tua mengejar kita. Kita semakin tua, anak pun semakin membesar. Like always, tak nak ada birthday party bagai. Too old for that tho ^_^

....hanya celebrate bertiga anak beranak je. Just makan² dan birthday shopping fully sponsored by husband. Hihiiiii.




Ke Secret Recipe ler kekiter. Sebab nak makan kek kat situ. Craving for Blueberry Yogurt Cheese Cake. Malas nak beli whole cake. Just a slice of cake will do. kalau beli whole cake, takut tak termakan je lagi. Hanya Zie n Mikail je yg "giler" cake. hihi




My birthday cake ^_^ Api di lilin tu awal² dah padam... lom sempat lagi nak nyanyi happy birthday n selfie dgn api ternyala... mikail awal² dah tiup...grrr. Malas nak mintak lighter dari waiteress...hihi




Menu sang suami... Black Pepper Chicken Chop. Dia kongsi dgn Mikail. Tak nak order kids menu utk Mikail. Nanti dia tak makan habis... mama dia ni juga yg habiskan nanti. So better dia kongsi je dgn papa dia.





Like always setiap kali ke Secret Recipe. Akan ordered ini. Thai Style Fried Rice. My super favourite ^_^ Sambal dia tu yg buatkan zie tergila² bayang sebenarnya. Hahaha




My small little family. Insya'Allah... hujung tahun ni berempat weols. Aminnn aminnn. 2 bulan je lagi... pastu, Mikail dah ada adik ♥




And As for my birthday gift dari husband, Mula² plain nak beli kasut Nike sepasang dengan Mikail. Alih² dah takde lagi dah kasut tu utk orang dewasa. semua tinggal utk budak² je...huhu. Sodih... Takpe². Since takde lagi, zie plain ler nak beli jacket.

...So H&M Leather Jacket yg di photo sebelah kiri tu menjadi pujaan hati. Dari dulu actually cari leather jacket gitu. Dia nampak cam "panas" je. Tapi tak taw. sejuk je dalam bila di pakai. Sesuai utk cuaca kta di malaysia ni.

Nak jadi mama stylo bah. Hihi. Apa² pun thanks husband belanja kita makan dan shopping ^_^ Love u deep deep...hehe





Genaplah Sudah Usia Ku 32 Tahun


Muka birthday girl... hihi. Peace yow! Tua semakin mengejar kita. Hari ni, genaplah sudah usia Zie 32 tahun. Whoaaa... tak terasa kan. Ingatkan still 23 tahun koo...eh! Hahahaha. Well, Happy Birthday to me. Semoga Allah swt melimpahkan Zie  kesihatan yg berpanjangan, kegembiraan, kebahagiaan dan rezeki yg tak putus² dalam hidup zie sampai akhir hayat Zie... Amin

...thats all im asking from Allah swt buat birthday wish Zie. Hihi. Sudah dah aku koo. Tak lama lagi, budak² dah start panggil aku MAKCIK dah, no more KAKAK. Alahaiii.... huhu





Throw Back Entry : 11th, 12th & 15th Birthday Celebration!




Hehehe...kali ni throw back entry tidak begitu lama lah. Hehe. On 15 ogos yg lepas, weols celebrate birthday kak mida yg ke-36. Memandangkan birthday zie 3 hari je awal dari birthday kak mida, bisnes partner dia, Paul.... sekalian letak nama zie kat birthday kek tu

....Paul yg sponsor. Thank you paul! xoxo




Actually nak tunggu Chu time nak potong kek. Sebab birthday chu is on 11 ogos. Kiranya nak celebrate sekali. But since dorg kelewatan sikit, chu suruh weols proceed je dulu tanpa dia dan Abg Minie. So weols mula lah mentedarah dulu.

...Zie malas nak bergambar potong kek. So just let kak Mida je lah potong...hihi




Elololo...suap menyuap bagai kooo. Hihi. Actually time ni Abg bol malu koooo. Hahaha. So cute dorg couple ni. Bini kaki selfie (mcm zie), husband jenis yg tak suka bergmbar. Ok ler tu kan... menyempurnakan each other gitu :D




Zie pun nak gak selfie dgn hubs...hihi




Kau tgk husband zie tu uols. Org sibuk berselfie....dia sibuk nak bagi kain lampin Mikail utk zie pegang. Hello, i am BUSY here oi. Hahahahhaa...





Juadah² weols. Nyummmm! 





Our birthday Red Velvet Birthday cake! Super yummy!!! Bila kenyang, apa lagi....jom kita selfie ^_^











Hihi...3 leos ber selfie :P





Sepotong kek dan sebiji strawberry ni plak buat si tukang sponsor kek...hehe. Siapa lagi kalau bukan untuk Paul Ajah! hihi. Thanks bro for this delicious kek.