Showing posts with label PGA Polis. Show all posts
Showing posts with label PGA Polis. Show all posts

Bermula Lagi Episode Jadi 2in1 Parent




Ada tengok awan mendung tue? Haaa...semendung itulah hati Zie saat hantar kepergian husband ke padang kawad semalam. Huhu. Wife of a PGA police office.... ginie ler uols. 2 bulan ada bersama. 1 bulan... berjauhan. Pergi OPS. Biasa sudah dgn routine kerja husband camni.

Eh...Hi, gais. Lama tak update boleh. Hihi. So Here am I again. Writing this blog again. Make myself busy during my free time bah selain dari Zie main game...hehe. Main game tetap on. But update blog duluan sih ^_^




Husband away for a month. So weols empat beranak stay over di rumah emak ler jawapnya sepanjang bulan July nie. Emak osuruh stay dengan dia. Risau dia Zie sorang² dengan anak² takut apa² terjadi kat anak² katanya. Baiklah...

So menjawap lerrr dorg di kem takde tengok muka yang cantek (eh! ehhh!...haha) ni masuk kem for a month kalau gitu. 



Stay safe & healthy over there nanti, dear husband ♥ My favourite tagline... "Pergi kerana tugas. Pulang kerana Cinta." Hihi. Kejiwangan gitu. So for this month, become a single mother yang berstatus berkahwin dulu ler jawapannya. Tugas suami, kita galas sekali.

Shout out to all wives yang berkahwin dgn PGA & Askar. Kita sangat kuat! We can do this... alone. Yes, we can! ♥♥♥ 





Esok Raya!!! Yayyyy


Yippieeee!!! Esok rayaaaa.. Dan hari nie merupakan hari terakhir zie berkerja sebelum cuti raya bermula. Sooo happy. Actually 50% je mood beraya Zie sebenarnya ni. Why? Sebab plan nak sambut raya semuanya cancel...huhuhu.

...coz husband last minute nama dimasukkan ke senarai pergi OPS. Uwaaaaa. Terpaksa ler beraya tanpa suami di sisi. Penyediaan raya pun zie terpaksa handle sorg².




Selamat bertugas buat suamiku tercinta. Jangan sedih² bila dengar lagu raya kat sentri tu taw nanti. Hihi. Demi keharmonian negara... we owed you guys sooo much. Hero in my heart forever...hihi.

By the way, 1st timer beraya tanpa suami. Huhuhu. Pilu sey...



Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negera. Tahniah, Suami! ♥




Ingat lagi tak kes 3 tahun lepas? Kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah.In where kerajaan Malaysia mengisytiharkan OPS Daulat buat anggota² keselamatan negara (Askar, V69 dan PGA). 11.3.2016 lepas, adalah hari penganugerahan pingat kedaulatan negara buat anggota² yg terlibat.

...husband Zie merupakan salah seorang dari anggota Polis PGA yg terlibat dalam OPS Daulat.







Faces of Wira Negara...cewahhh. Hahahaha :P




Hehehe... tahniah buat husband dan ke semua anggota yg terlibat. Uols worth it dan terima kasih di atas jasa kalian menjaga ketenteraman negara kita. Sejujurnya, sebagai wife salah sorg anggota yg terlibat dalam OPS Daulat dulu....tak tenteram jiwa zie taw.

....asal keluar news je (since tak dapat in contact dgn husband masa tu), nangis. Asal ada news di TV ttg pencerobohan tu... nangis. Huhu. Syukur semuanya dah berakhir dan husband selamat kembali kepangkuan.

Semoga ketenteraman negara kita tidak di cerobohi lagi. Aminnn.





Tahniah Buat Suami Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


Double good news yg weols sekeluarga dapat dalam tahun ni. 1st, husband dapat transfer ke Kuching. Tak lama lepas tu plak... news husband dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ^_^ Sure 2x kali kegembiran dia. hehe.




Well done sayang! Keep up the good works. I am proud of u...xoxo






Call Of Duty





Awal bulan Oct'14 yg lepas, husband zie kena bertugas outstation. Mula mula jadual tugas selama 2 bulan je. Alih alih penghujung bulan Nov'14 tadi... dorg being informed yg tempoh tugasan dorg di panjang selama sebulan lagi.

...bermakna husband zie akan balik Kuching tahun depan dalam bulan Jan'15. Uwaaaaaaa!!!




Sejujurnya zie katakan, sedih memang sedih bila dgr tempoh dorg di sana di panjang dari 2 bulan ke 3 bulan. Tapi nak buat camne kan... redha je lah.

...ginie lah kehidupan sebagai seorang isteri kepada anggota Polis PGA. Akan selalu ditinggal tinggal kan selama berbulan bulan. Zie dah biasa dah hidup berdikari tanpa suami disisi.





Cuma kesiankan anak je, uols. Mikail asyik tanya papa dia je. "Mana papa...mana papa". Sedih zie nak jawap. Nasib mikail belum "mengerti" sangat erti kerinduan. 

...still zie dpt abaikan je. But once dia dah paham erti kerinduan, harap zie dpt handle soalan demi soalan dari dia nanti...

Apa apa pun, Jumpa lagi di Januari 2015. Zie sentiasa mendoakan awak selamat di sana. Amin....









Melawat Suami di Pulapol, Kuching






Minggu lepas, hubby rakan sekursus yg lain tidak dibenarkan keluar bandar gara-gara salah seorg drpd anggota buat hal. Dah nama pun pasuk PGA ni berkonsepkan "Team work"..

...so, sorg buat hal...semua lah kena hukum. huhu. Nasib baik melawat dibenarkan. At least dpt gak Mikail melepaskan rindu kat papa dia :)



Like father, like son..hehe. Semoga Mikail mewarisi sifat papanya yg pendiam dan penyabar orgnya. Amin.

...mintak jauh lah dr mewarisi sifat zie yg baran ni...puh3x





Zie plak, dah biasa dah dgn keadaan tidak jumpa suami dan selalu ditinggal tinggalkan. Rindu? setiap saat merindui sampai dah lali dah..hehe

...siapa yg wife kpd PGA polis, akan paham apa yg zie rasa :) 




Weols dating kat kantin kat kem je. Nasib baik buka. kalau tak, tpaksa ler dating kat dlm keta mcm time minggu pertama suami attend kursus ni dulu..huhu

... awal ambil port kat bwh kipas. sbb putera lilin zie tu bukannya tahan panas. huhu






Dia pun nak mam gak woi...hehe.  rasanya hobi mikail ni makan kot. tp bdn stilll gk mcm tuuuu jer. hehe. Metabolisma tinggi mcm mak pak dia gak kot. haha!

By the way, Mikail dah 1 tahun 2 bulan dh skrg. but still anak zie ni takut nk berjalan. panjat memanjat kerusi meja, reti ler plak. huhu

...2 benda yg x tak sbr nak tengok. 1st, tak sbr nk tgk dia bjalan. 2nd, tak sbr nak tgk dia berambut! haha.






Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
Blog Ardini Humaira
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section?
 Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::






Zie MadinCopyright©

Bawa Mikail Lawat Papa Di Pulapol




Kesian hubby...minggu lepas hubby dan kekawan yg sama Kursus Asas PGA dia still lagi belum di benarkan balik. Biasa lah tu...kata org, selalunya minggu pertama, memang dorg still belum di benarkan keluar dari pusat latihan time weekend.

...selalunya minggu ke-2 or k2-3. Zie dgr org gtaw lah. Tak tahu betul ke tidak. Harap betul lah...dapat gak hubby balik minggu ni nanti...huhu. Ni weols anak beranak gi lawat hubby di pusat latihan.









Hehe...lawak nah muka mikail kat last pic nih..kikikiki. Mikail bila berjumpa dgn papa dia...apa lagiiiii kooo uols, mula la meliuk lentok manja. Cehh...dasar anak papa. hehehe. Tu yg dorg tu muka sebijik tu...ngam! Hehe

W/pun weols hanya di benarkan jumpa sekejap je (1 jam)...Alhamdulillah, at least dpt gak melepas rindu. Since time tu kantin tutup...so terpaksa ler berborak dlm keta je. Hehe. Rindu kat hubby. Sejak hubby kursus ni...belah siang, langsung tiada khabar darimuuu. Uwaaaa!!!

...takpe at least belah mlm dpt bergayut! hehe











Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog WAWA
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::








Zie MadinCopyright©

Hantar Hubby Ke Pulapol di Puncak Borneo




Ahad yg lepas, Zie, Mikail dan emak...1st time ke Pulapol di Puncak Borneo, Kuching. Sebab nak hantar hubby gi kursus di sini selama 3 bulan. Nasib baik koooo kursus dorg kena kat Kuching. Kalau kena kat semenanjung...

...menjawap lah tahun depan baru dpt jumpa hubby. Huhu. Alhamdulillah...di kuching sahaja ^_- winkss






Besar gilos kooo kawasan pusat latihan ni. Time masuk dlm kem...hubby sempat kooo jd tour guide gtaw "haa...itulah tempat weols kursus konstable dulu".. "ni plak tempat weols stay sepanjang kursu tu dulu"...

...zie pun plak..excited lah tgk. Heee heee :D Lupa plak nak snap gambar







Ni plak...sdg bercamwhoring sebab tunggu Tilla dan hubby dia sampai. Memandangkan zie tak pernah ke sini dan tak pernah drive jauh (ini consider jauh ok...hehe), so zie ajak Tilla koncoi balik ke kuching nanti.

...senang maaa konvoi balik. Di jamin tak akan sesat...hehe






Alolololo...si botak kesayangan zie dua org ni...tee heee +_+ Mikail dah reti kooo dia. Dia tahu papa dia akan tinggalkan dia...nangis kooo dia uols. Nak ikut papa dia. ngada ah anak aku ni. Mcm lah sabtu karang tak jumpa...hehe






Hehe...sampai sudah kwn ku ini ^_- Camwhoring itu pasti...kikiki.







 

Our husbands dan start nk masuk bilik sudah. Selepas habis salam²an dan hubby peluk cium mikail (budak tu hover noks! nangis sampai leleh hingus dia dlm keta...huhu. Cian anak mama tu nak ikut papa dia), So have to kiss goodbye lah....

...Insya'ALLAH kalau takde aral melintang, sabtu ni boleh jumpa hubby lg :) Pape pun, enjoy video mikail kat bawah ni sbg penutup entry ^_-

::
::
::
::
::















  Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
JENNY LILLY BLOG
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::



Zie MadinCopyright©

PadaNYA Ku Berserah dan PadanNYA Ku Titipkan Suami Ku....




Luruh segala kekuatan zie selama ini. Gugur je rasa jantung, retak menanti belah bila this morning husband zie bagi new information tentang di mana lagi dia akan di hantar utk call of duty lagi, Seriously uols, tempt yg sgtttt sgttt zie takutkan dia di hantar, tempat itulah yg dia akan di hantar.

Entah ada ke line kat sana nanti...pun tak tahu. Kalau lost contact, what will happen to me here, uols :( Hidup dlm keadaan tidak tenteram. Hati sentiasa berdebar-debar. Zie dh tak nak nangis lg dah. Zie tak nak iringkan pemergian husband bertugas dgn air mati. Tak nak dah!

,,,menangis air mata darah sekali pun, call of duty tetap call of duty. Zie harus iringi dgn doa. Bila Mikail dah besar nanti...jgn harap zie nk izinkan Mikail jd polis/tentera. Zie tak nak dah lalui semua ini lagi. Zie tak nak dah selalu di tinggalkan selama berbulan-bulan demi negara lagi.

...cukup lah hanya ayahnya sahaja yg jd pejuang. Cukuplah hanya ayahnya sahaja yg zie perlu kongsikan dgn negara. Mikail jangan, mama tak izinkan! dan skrg, zie harus berpura-pura teruskan hidup sprt org awam yg lain. Hanya mempercayai media. Media kata keadaan terkawal...yes thats it. Zie akan berpura-pura tak tahu hal sebenar.

Yang zie harapkan,  semoga dalang utama pencerobahan ini akan ke muka pengadilan. Tak kisah lah sapa....janji dalang semua ini akan menerima akibat! And to those yg menghina dan memperlekehkan anggota keselamatan....mudahan ahli keluarga uols akan menjadi sebahagian dr anggota keselamatan in future.

..supaya korg tahu apa yg weols (isteri/family anggota) rasa. The world is round...remember that always.










Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
MY Life Fara
-- Click SINI Untuk membeli produk
kecantikkan seperti Felinna Inchloss,
Ehypra dan banyak lagi :)

:: (nak being featured in this section?
 Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::






Zie MadinCopyright©

Penganas Sulu... Cakap Tak Serupa Bikin!



 
- sumber dari mStar news -



Berita begini-begini lah yg membuatkan jiwa zie kembali tak tenteram. Sejak husband di hantar bertugas di sana...semenjak itu lah i'm having a trouble sleeping :( Otak refused utk stop berfikir w/pun doa tidak putus-putus di lafaskan buat suami tercinta.

Bukankah hari tu, Jamallul Kiram III sudah mengistiharkan gencatan senjata. Nampak gayanya semua itu bullshit. Kata letak senjata but still "angkat senjata"...hemphhhh. Dasar org munafik. Semoga semua in berakhir. Malaysia benci kepada peperangan. Malaysia cintakan keamanan.

Semoga ALLAH SWT melindungi mereka yg involved dlm Ops Daulat, terutama sekali my husband. Amin ya rabbal'alamin.














Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog Izza a.k.a SweetHoney86
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::



Zie MadinCopyright©

Ya ALLAH... Selamatkan Mereka








Inilah dia pejuang² kita yg sedang berjuang sehingga titis darah terakhir di Lahad Datu dan Semporna. Buat weols...sama² kita mendoakan mereka ya. Hentikan tomahan yg tidak berasas terhadap mereka.

..lebih baik mendoakan drpd say itu ini yg menyakitkan hati mereka dan keluarga mereka. Semoga ALLAH SWT melindungi mereka dgn payungNYA. Amin....










Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
AMY AMEERA MEKU-UP
-- Click SINI :) Siapa yg memerlukan
khidmat andaman utk nikah, sanding,
tunang, dinner etc ....MUST hired Amy
Ameera!!! Why??? coz her touch mmg
sgt superb! Dijamin tak akan menyesal ^_-

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::









Zie MadinCopyright©