Shopping Bersama Mikail - Part II




Budak kecik yg dah dapat mainan dia, jadi good boy dia duduk sana sambil berzikir munajat. Sejuk perut dengar dia berzikir...hehe. Mama dia ni plak, sibuk tengok kasut sesambil mata tak lepas toleh dia....





Zie mencari wedges shoes mcm ni haaa. Senang bila husband not around dan Zie terpaksa jalan jalan dgn mikail...dapat sarung kasut je. Senang nak bergerak. Hihi. Memandangkan yg nie adalah new arrival... pepaham je lah kau new arrival price kan. Sure lah berapi.

...soo, kirim salam je lah kat kasut ni. Secantik mana pun engkau duhai kasut... tak akan aku spend almost  RM500 over a pair of shoes je. Kalau handbag, still lagi boleh consider lah. Eh! Hahaha. Takde lah... kidding.

Handbag pun Zie hanya sekali je beli yg new arrival lepas tu nyesal tak sudah coz 3 bulan lepas tu... turun harga...grrrr. So what for beli new arrival if 3 months later u might get it cheaper. Betul tak?





Haaa...yg ni ada sales. 50%  Semestinya lah zie nak merembat.




Lawa kan. Tapi sayang seribu kali sayang. New pair untuk size Zie dah takde lagi. Yang tinggal hanya yg on display tu je. Tak nak lah Zie. Sebab kasut sebelah kanan appear loose, lepas tu bahagian bawah tepi tu, dah calar balar.

....what for zie nak ambil kan. Bukannya harga akan berkurangan if kita ambil yg on display tu. So terpaksa lah zie gtaw kat sales girl Aldo, tak jadi ambil. Terus bagi muka masam dia. Well, semestinyalah zie nak yg bagus. Bukan harga berpuluh kasut tu, bai.

dari Aldo butik... weols dua beranak terus ke Plaza Merdeka...




Aiyarkkk! Menyesal plak masa tu nak pergi Plaza Merdeka. Jalan jammed terus koooo noks. Alang alang menyeluk pekasam... redha je lah redah traffic jammed ni. Huhu.




Bila sampai Plaza Merdeka, kaki terus membelok kat butik Guess. Sebab kat depan butik terpampang banner 50% sales. Rugi kooo  tak masuk. Sudahnya membeli lagi handbag dan wristlet ... haha.


Inilah wristlet yg zie terbeli tu. Lawa sangat. But yg ni hanya dapat 30% diskaun je. Still gak beli sebab its perfectly fit for my phone. Memang cun ko size dia. More over warna hitam dan material jenis hard PU rasanya kalau tak silap.

...jenis ni memang tahan lama berbanding dgn jenis wristle pink yg zie beli awal lagi tadi. Oh ye, tote bag yg zie beli... esok zie tayang ek. Hehe 






Layan budak kecik ni makan Burger King. Ingat nak terus ke Speedy Video lepas merembat benda alah di Guess, tapi tetiba dia tarik tangan zie gtaw dia nak makan KFC. Terus zie kata KFC kat bawah bukan kat sini.

...terus dia tunjuk ke arah Burger King and say .. "tue dia mama, KFC"... haha. Burger King koooo dia kata KFC. Terus Zie gtaw dia... tu bukan KFC tp Burger King. Hihi

Mikail je yg makan coz Zie still kenyang. More over a lil bit kurenggg kooo aku dgn Burger King nih. Huhu. So not my tekak. Hihi






Sempat gak merembat sandal Adidas ni utk husband. Kebetulan design dia jenis corak celoreng, suitable for him sebab kan uniform Polis PGA ada celoreng gak. Hihi. Glad he loved it soooo much ヅ

...consider a small gift dari husband.


Shopping Dengan Boyfriend Kecik




Hari sabtu tu tadi, terus terbantut plan nak buat Overtime untuk siapkan kerja yg ada dateline urgent. Alih alih last minute terpaksa cancel sebab si kecik sebelah Zie tu tuntut janji Zie buat kat dia. Huhu. Ingat lagi rupanya dia. Hahaha.

...Since anak ingat, terpaksalah di tunaikan. So seharian tu bawa anak jalan jalan sesambil tu Zie ambil kesempatan shopping. Lama giler tak shopping yg bebetul shopping. Selalunya online shopping je. huhu

Destinasi pertama di tujui adalah Guess butik di The Spring. Sales up to 60% kooo....rambang mata akuuu.... huhu.




Arghhhh!!! Design yg ni hanya tinggal wallet je lagi. Zie dari tahun lepas tunggu design ni on sales. Nak beli time dia new arrival... tak kuasa. Mahal sangat harga new arrival dia utk tote bag. Tu yg tak kuasa... membazir je. Hihi.

...tapi tu ler risiko perlu di ambil, if kau tunggu benda alah tu on sales, jgn berharap sgt benda alah yg kau "aimed" still hado. Huhuhu. Memandangkan wallet Zie still elok (dah hampir 5 tahun pakai..still no defect, tau)... memang tak lah nak beli, kan.




So in love dengan tote bag ni ❣ Material jenis Denim ♥♥♥ Banyak lah design yg lawa lawa... tapi tak dapat sangat nk tengok betul betul sebab Mikail ni haaaa...dah melalak nangis tak nak lama dalam butik ni. Boring kot dia...haha.

....dia nak ajak Zie cepat cepat pergi ToyRus. Huhu. Ngade nah anak tu... should ke sana dulu tadi so that dapat Zie shopping dgn aman. Hehe




Rembat wristlet ni je. Utk letak iPhone zie sebenarnya ヅ Tapi bila ke Plaza Merdeka, tengok butik Guess di Plaza Merdeka pun sales... Terbeli sekali lagi koooo Zie wristlet lagi.. huhu. So yg nie, Zie jual murah sikit dengan kawan Zie.

....nasib baik dia nak beli. Kalau tak... ada dua ler jawapnya wristlet ヅ





ToyRus, ibarat syurga dunia bagi budak kan uols. Exicted seakan budak kecik ni bila masuk ToyRus. Terus ke section mainan kereta. Sampai terus mulut dia dok ngomel... "wahhh... banyak kereta. Wahhh... kacak kereta." Hahaha.

....hampir sejam gak aku kat sini gara gara dia. Rambang kot mata dia nak memilih. Semua dia nak tapi Zie bagi syarat... hanya beli 1 je.







Kan Zie kata hanya beli 1 je kan. So dia ambil yg jenis set per pack ヅ Alahaiiii...mikail mikail. Bijak nah dia kan. Consider satu ler tu.... hahaha.  Mula mula dia rembat set Hot Wheels yg harga RM100 plus... of coz lah tak makna nya Zie nak belikan.

...nasib dia na di suruh pilih yg lain. So dia ambil brand Fast Lane je. Cepat cepat Zie pergi bawa dia bayar sebelum dia tukar fikiran dia. Hahaha. Kalau tak... menjawap lah kau tengok drama dia mengolek golekkan dia atas lantai. Nyampah nah... huhu




Ni dia set kereta dia. Kali ni bukan Hot Wheels. Takpe... tak perlu hot wheels sangat. Janji material besi so that tahan lama berbanding dgn yg plastik. Kalau bagi mikial yg jenis plastik... on the way balik dah hancur dah..huhu.

...tu yg more prefer yg material besi.




Lepas dari ToyRus, weols having our late lunch di Kluang Station. Niat nak bawa Mikail makan Sushi dia Sakae Sushi. Tapi malas nah nak jalan ke entrance luar... jauh. Coz ingat nak pergi Aldo butik lagi lepas ni.

...tu yg makan kat Kluang Station je. Lama gak tak makan Hainanese Chicken Chop.









Kalau tengok uols. Mama belum lagi pakai... dia dah pakai utk letakkan kereta dia. Ngade nah. Hahaha. Bila Zie mintak balik wristlet dia... buat muka nak nangis. So biarkan aje lah. Nasib baik masa makanan sampai, dia dah lupa dah dengan Wristlet tu.

...time tu ler peluang utk masukkan balik dalam kotak wristlet tu lagi. Huhuhu.






Mama makan Chicken Chop, Mikail maka Peanut toast je. Sesekali ada gak dia mensudu chicken chop zie. Selera nah dia makan peanut toast dia.




Habis makan, weols ke Aldo butik kejap. Next entry Zie  storykan ye. Dari Ald butik... weols ke Plaza Merdeka plak. Niat nak beli Dragon Ball DVD dan action figure Piccolo. So, sambung esok ye entry shopping nyopping nih... hehe

...once a year, give a reward to myself. No harm kali ni shoping seakan. Sepanjang tahun berhempas pulas kerja. So inilah masanya berbelanja... hehe.



Akhirnyaaa.. Jumpa Juga Dengan Patung Vegeta



Hari isnin lepas, sebelah pagi... Zie ambil cuti separuh hari. Sebab nk bawa Mak Nek ke hospital. Follow up kesihatan dia di Klinik Pakar kat Hospital Umum Sarawak. Alhamdulillah... kesihatan nenek semakin bagus. 

...Bulan 5 dan 6 nantu, baru sambung follow up check lagi. Semoga nenek semakin sihat hendaknya. Amin.





Selepas hantar emak dan Mak Nek balik rumah. Zie terus gerak pergi kerja. Tapi singgah kejap kat Speedy Video di Plaza Merdeka shopping mall. Niat hati nak beli DVD Dragon Ball Movie je. Alih alih Sales Boy (dia dah kenal dah dgn Zie n husband. Sebab asyik asyik muka weols je dtg beli...haha), tu gtaw ada stock baru datang

....terus pi tunjuk kat Zie stock patung baru yg baru sampai tu. Apa lagi akuuuuuuu.... terus TERRRRbeli. Haha. 




Oh Vegeta... setelah sekian lama aku mencari mu, akhirnyaaaa **muahahaha** Actually nak patung Vegeta yg berambut hitam. Lagi handsome zie tgk. Tp hanya ada Super Vegeta je. Rembat je lah. 100% size yg zie cari cari. Happy giler.

....gaji karang baru beli Piccolo, Goku and Trunks. Koleksi ni hanya ada 4 jenis je termasuk vegeta. Harus kooo aku kumpul. Comel nah.





Letak terus kat bawah monitor. Baru semangat nah buat kerja sebab ada Prince of Saiyan memerhati, Eh! Hahahahaha. Ye ye... tahu, aku memang giler nah dgn Dragon Ball. Dulu kecik kecik mana mampu nak beli. Ni bila dah besar... balas dendam weh. Hohoho



Errr....memandangkan masih belum puas playing with this Super Saiyan Prince, apa lagi... angkut bawa balik rumah dulu. Bagi dia rasa jalan jalan naik kereta. Haha. Nak photoshot dia sebenarnya...hihi.

...Tak sabar nak beli yg lain. Nasib next week dah gaji ^_^





Kembali Ke Sekolah Selepas Cuti Demam Yang Panjang



Semalam bermulalah lagi drama tangis menangis Mikail di awal pagi. Kes dia tak nak pergi sekolah.Meraung lah dia nangis di awal awal pagi. Dia ingat tangisan dia tu weols nak mengalah and turut cakap dia ler kekononya tu.

...sorry, nak. Kau tetap gak pergi sekolah tak peduli kau nangis bagai apa. Huhu. For your own good. For your future. Actually susah hati bila tinggalkan menangis nangis. What to do lah kan. Kena gak keraskan hati if nak anak pandai 





Bila balik sekolah, ceria weh si kecik ni according to Sarah (kwn zie yg tolong ambilkan dia). Sibuk je dia gtaw Aunty Sarah dia, yg mama dia tk dapat ambil sebab mama dia kerja. Hahaha. Cubalah pepagi semangat dia ke sekolah seceria mcm dia balik sekolah.


....alahaiiii... anak anak. 





Baju Renang Mikail




Fuhhh...lega rasa hati bila baju renang Mikail sampai sebelum kelas tadika bermula. Sebab sebelah petang, Mikail ada kelas renang. Camne lah rupanya Mikail swimming nanti ek. Hahaha. Menjawap lerrr cikgu dia nanti if Mikail tak nak keluar dari pool nanti. Hahaha






Tadaaa! Ni lah dia swimming suit Superman mikail. Zie beli dari online store sendiri je. Mls nak cari kat Pakson... mahal nah if kat Parkson kooo. Kat online store sendiri, murah  je. Tak sampai pun RM80 budget taw. 

Siapa nak beli swimming suit utk anak uols, boleh click link --> INI



Alololo.... kegedikkan nah kooo anak bujang Zie ni. Gedik nah style dia berposing... hehehehe. Semoga pandai berenang lepas ni nnti, ye sayang :*






Bila Ibu Bekerjaya Bawa Anak Ke Pejabat




Cerita tahun lepas ni actual. Wahhh... cam kedengaran lama je bila guna ayat "tahun lepas". Walhal baru je minggu lepas actually... hahaha :D Memandangkan tak org nak jaga Mikail di rumah, sebab emak bawa Nenek pergi check up di Poliklinik sama sama dengan Kak Mida.

...sebab Zie tak nak Mikail ikut sekali dengan dorang (kang busy nah dorg nanti, mana nak urus Mikail... mana nak urus nenek lagi), tu yg Zie bawa Mikail ke opis je. Buat kerja sambil jaga dia. Hahaha





Kasi dia main stationery Zie. Baru dia dok diam kooo. Kalau tak... habis meja Zie dia kacau. Sampai tumpah air tin dia...hahaha. Apa lagi akuu... terus jadi singa :D ... hehe





Mintak susu ler pulak... adeh. Pssttt,, survival mode koo. Tarik kerusi dan cantum, terus jadi instant katil. Hahaha. Mikail kalau menyusu, dia selesa menyusu baring. Zie suruh susu duduk je sebenarnya, Dia tak nak.

...nak baring gak katanya. Tu yg zie ala ala... okay boss! Huhu





Pssttt....tak lama lepas dia susu... adalah dalam setengah jam gitu. Berak ler plak dia. Aiyaaaa. Nasib baik kat store opis ada toilet yg uols boleh mandi kat sini. So guna toilet tu je lah utk cuci berak dia. Huhuhu. 

...sambil buat kerja, sambil jaga anak... alahai, memang tak menang tangan koooo. Kalau dia nak duduk diam diam, okay. Ni tak...mcm mcm dia minta. Dahlah siap nyanyi bagai..adoiyai. Hahahaha. 




Hari Petama Mikail Ke Tadika


Hari tu semangat kooo weols awal² pagi untuk bawa Mikail masuk tadika. Husband balik sekejap sebab dia pun tak nak lepaskan peluang hantar anak ke tadika pada hari pertama ^_^ Weols guna 2 buah kereta. Mikail ikut Zie... husband sorg². Hehe.

...lepas tu masing² gi tempat kerja masing². Tentang Mikail plak... liat nah anak bujang Zie tu nak bagi awal pagi. Drama menangis tak nak bangun and mandi tu memang wajib dia berdrama. Hehe




Alololo...comel! Mula² ok dia. Maybe sebab dia fikir weols ada sekali kot. Bila Zie dan papa dia dah nak balik... tu dia. Mengamok dia melalak seakan nak ikut weols balik. Sampai di luar kawasan masjid kedengaran. Pilu hati weols laki bini dengar. 

...tp kena gak weols laki bini keraskan hati. For his education. Kalau bukan skrg hantar... bila lagi kan? Sooner or later tetap akan hantar gak. So awal² lagi lah kena biasakan dia.





Memandangkan Zie dapat nak ambil Mikail balik sekolah, zie 'tender' bini opismate zie tolong ambilkan memandangkan tempat tinggal weols tak jauh. Syukur dia nak...alhamdulillah. Uols nak tau, bila part aunty Sarah dia nak ambil dia balik. Dia tak nak balik kooooo. Still lagi sibuk main lego.. hahaha. Tadi pagi bukan main lagi dia kan :D

Semalam, hari kedua dia ke sekolah. Dah tak nangis lagi dah dia. Excited lagi ada. Dia kata nak jumpa cikgu n kawan² and main lego, baca quran sama² kata Mikail. Sampai je kat kelas dia semalam, dia bagi salam kat cikgu² dia.

Lepas tu terus dia pergi kat cikgu dia dan tunjuk kat cikgu dia bag sekolah dia dan terus suruhkan cikgu dia letakkan bag sekolah dia kat atas kabinet bag sekolah. Lagak mcm seorg boss bagi arahan koo... epppp! Hahaha. Mcm lah cikgu dia tak tahu mana nak letak bag dia tu. 

Lega zie dia dah tak nangis lagi. Masa hari pertama tu, susah hati giler zie. Takut dia demam je if nangis non stop. Nasib Mikail jenis nak di pujuk ^_^ Harap di permudahkan urusan pembelajaran Mikail. Amin.






Diecast Jeep Polis







Menambah koleksi diecast kereta polis utk suami. Kali ni kenderaan polis yg berjenis Jeep :) Actually, Zie belikan utk Mikail sebenarnya. Sebagai upah dia nak pergi beli kasut sekolah. Kan masa nk beli kasut sekolah dia hari tu Mikail berdrama bagai. huhu

...sehari je Mikail main, terus papa dia mintak. Sayang katanya if rosak dikerjakan Mikail. Iyerrr ler tu. Kasi je lah kat papa dia. Since hobi papa dia kumpul diecast kenderaan polis :P






Hari Mesra Tadika Tahfiz



Sabtu lepas adalah Hari Mesra tadika Mikail. In where parent perlu hadiri gak. Mula-mula ingat nak pergi sekali dgn husband, alih alih husband outstation for a month ler pulak. Menjawap lerrr zie sorg je yg bawa Mikail pergi Hari Mesra tadika dia. Huhu

..takpe, aku kan supermom  :D Hehe. Excited kooo zie uols. Pertama kali pengalaman... hiksss





Aktivit mewarna ni. Mikail di ajar mewarna ikan tu. Suka hati dia taram je warna tu. Hahaha.




Yg ni plak, buat origami. Lupa plak zie nk snap result origami yg mikail buat. Hehehe. Dia buat Payung.




Yg ni aktiviti buat roti sapu. Yg ni Mikail excited. Sebab dia tak sabar nak makan. Hahaha. Lepas selesai je dia buat, ustazah terlupa nak bagi dia... dia yg pergi minta kat ustazah lepas tu ucap "Thank you".. hehe.. good boy :)




Ni aktiviti tulis nama sendiri. End up Zie ler yg tolong dia tuli nama dia ^_^ Mana nak dia pandai... betul tak. hehehe. Lupa gak nak snap result. huhu Actually ada 6 aktiviti. Setiap aktiviti memerlukan stamping dari cikgu dorg. 

Once semua stamps dah dapat... masa utk ambil hadiah ^_^





Inilah hadiah yg Mikail dapat. Buku koo diat dpt. But Zie tak kasi dia main dulu... kang koyak plak. Tunggu dia dah pandai camne nak baca, mewarna dan melekat... baru Zie bagi :) 

Apa apa pun, hari ni (isnin 4.1.16) adalah hari pertama Mikail ke tadika. Next entry akan story ea ^_^






Hello 2016!




Hello, 2016! Syukur alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan utk melangkah ke tahun baru. Cewahhh.... skema giler dow statement tu **tgn dibahu, mata ke atas* Well uols, tahun baru bermakna umur pun akan bertambah 1 angka lagi.

...aiyarkkk! this year i am going to be 32 years old. Oh nooooooo... tua sudah aku rupanya. Huhuhu. Takpe, yg penting... young at heart gittew **bluekss.** Azam tahun baru Zie? Ehemm... Malas lah nak berazam azam bagai. Nanti nanti hangat hangat taik ayam je. Seminggu dua je gigih... lepas tu ke laut. Hahaha

....so just no azam at all. Teruskan kehidupan mcm biasa but will make sure going to make tomorrow much better than yesterday.... haaa, inilah motto zie setiap hari sebelum tido. Rasa mcm budak kecik je if nak berazam azam bagai... hahaa

just my 2 cents je ye uols. jgn plak ada yg sentap bila baca statement zie tu :D Chill babe, chill ^_^