Father's Day dan Cotton On




Sempena Father's Day semalam (18 Jun 2017 - Ahad), Since husband tak nak celebrate gi makan² sangat. Hadiah sempena hari bapa hendak plak dia. Hahaha. Biasalah kan, asal hadiah je... semua orang nak. Termasuk ler zie ni. hihi



Weols ke Cotton On store di Plaza Merdeka shopping mall. Nak carikan seluar panjang cotton warna hitam utk di padankan dengan Kurta (warna mustard hitam). Kurta tu awal² lagi zie dah beli... secara online. Part pants ni, payah sikit nak beli online. Kena beli and try... baru tak salah beli size.

...mula² niat nak beli seluar cotton tu di Levi's... tapi takde plak. Ke Espirit pun takde. Tu yg ke cotton on je lah. First beli barang brand Cotton On. hehe.




Terima kasih sayang for being a good father buat anak kita Mikail. Walaupun selalu away (berkhidmat utk negara..) Still u are the best dad ever! Soon akan jadi father of two awak ♥ Love u til jannah... xoxo



Pertama Kali Dia Berpuasa




Dapat spotted mana satu Mikail? hiihi. Budak lelaki kecik dari kanan, nombor 3... haaa tu lah Mikail ^_^ Isnin ni tadi dorg kan dah start sesi persekolahan balik selepas 2 minggu cuti penggal. Masuk² je sekolah... belah petang, terkejut terima whatsapp di group dari cikgu dorg gitaw muka² di dalam gambar tu lah yg berpuasa sampai ke petang.

...belum pecah lagi. Dia kata di berpuasa dgn cikgu² dia. excited dan penuh semangat lagi tu. Wahhh... surprised kooo zie. No wonder lah sejak dia tahu orang berpuasa, dia pun sibuk gak gitau dia puasa n bila di suruh makan, dia tak nak. Rupanya dia semangat nak puasa. 

Walaupun hakikatnya sepanjang cuti sekolah tu dia dok minum air je. hahaha. So far belum lagi start latih dia berpuasa. Ingat nak mula tahun depan. Syukur lah dia sendiri yg nak mulakan seawal umur 4 tahun lebih ni. Alhamdulillah.

Ada gak zie pesan kat cikgu² dia. If dia tak larat, bagi di pecah puasa. Hihi. Sejuk perut mengandung koooo nak ♥






Beli Shampoo Sunsilk, Dapat Tudung Adijuma




Baca tajuk entry ni... haaa, best ke sangat best tu? Pengguna tegar Shampoo Sunsilk dan peminat tudung Adijuma???... wajip kooo rembat peluang ni. Tapi tak tahu lah if kat Semenanjung ada offer camni ke tak. Tapi rasanya should be ada kot...

Beli 2 botol shampoo sunsilk bersize 350ml... automatik akan dapat tudung bawal Adijuma sehelai. Zie bukan ler peminat tudung adijuma sangat. tapi bila ada free offer camni, terpengaruh. Haha. Walhal pakainya idak...haha.

Sudahnya zie bagi adik ipar zie je tudung adijuma tu. Lama tak pakai tudung bawal, jadi tak reti plak kooo...hihi. Warga Kuching, if nak ginie gak... pi terjah nearby Emart. Sementara stok masih ada ^_^




Alhamdulillah... Dah Boleh Dah Ke Dapur



Hehe... kesian sang suami. Sejak 1st month sampailah 4 months plus pregnant,  zie memang tak lalu nak ke dapur. Alah cium bau masakkan. Kalau zie paksakan gak dirik ke dapur memasak, muntah teruk ler jawapnya. Bukannya tak letih bila muntah² bagai...

...end up, zie stop ke dapur. Family menjawap kooo makan tapaw je. Or kalau husband tak letih, dia yg akan memasak. Nasib dapat suami yg memahami. Syukur sangat² ♥

Bila dah masuk 18 minggu ni, alhamdulillah... baru henti dah alahan ke dapur tu. Takde lagi dah nak mengelat dari memasak ea? Hahaha. Once husband tahu (since dia kerinduan masakkan bini dia ni...kesian dia. Huhu), terus koooo dia request masak Black Pepper Steak.

::
::
::
::




Taraaaa!!! so Black Pepper Steak it is. Anything for u my dear. 




Shopping Raya Buat Mikail




Last week, awal zie dan suami shopping raya buat si kecik Mikail. Barang dia weols dahulu kan. Niat nak rembat; seluar jeans (pendek dan panjang) dan baju "smart" utk dia. Yg ni, zie keluar fulus...hihi. Nanti baju melayu dan songkok Mikail...sekali gus shawl (2 helai) dan baju raya (2 helai).... suami yg sponsor. Yayyy!

Baju kurta dan seluar slack buat sang suami plak, zie yg sponsor. Ginie lerrr weols husband and wife... saling give and take. Takde nyer kau menerima je kan. Both kerja... kalau hanya husband je yg kerja, tu lain citer ler. Tu memang 100% husband keluarkan. hihi





Mula² ingat nak belikan Polo jeans utk Mikail... tapi nan hado yg sesuai utk Mikail. Yang lawa semua utk budak² yg dah besar je...huhu. Yg utk budak² umur mikail... takde yg lawa di mata weols. Hihi. Cuba lerrrrrrr Levi's ada keluarkan jeans utk budak² gak...takde nya nak pening kepala cari yg lawa

...di Guess utk budak², ada memang ada. Tapi harga cecah RM200 ke RM500 sehelai... kau rase??? Kuasa ku. Buat cepat membesar. Hihi. So beli di parkson yg ni je lah. Papa dia suruh belikan warna hitam. Nanti jeans pendek, baru warna navy blue.




Si budak kecil tgh mengomel tak suka jeans tu. Memilih kau ye nak... kuasa layan. Guna kuasa veto mak bapak. A is A... tak boleh melawan. Hahaha. Terasa jahat sekejap weh...buli anak. Hihi. Then ingat nak belikan terus seluar pendek jeans dan baju "smart" dia..

...alih² zie plak yg tak larat nak jalan. Semput...haha. 




Pendek nafas bawa perut...haha. Tu baru je 4 bulan... dah pendek nafas kan. Belum lagi dah cukup bulan nanti. Syukur kali ni pregnant, hanya perut zie je membesar dengan jayanya. Badan still maintain mcm biasa. Syukurrr...

...tak susah nanti lepas bersalin nak kuruskan badan. Hihihi




Kereta Sewa Di Kuching, Sarawak




Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sekiranya anda ke Kuching, Sarawak dan memerlukan kereta untuk di sewa? Perodua Axia (Auto) bersedia untuk di sewa ^_^  Jimat minyak, condition pun still tip top. Mana taknya, baru berusia setahun kooo our baby Axia tu. hihi


Selain kereta Perodua Axia, ada pelbagai kereta gak ler. Bukan hanya Perodua Axia ^_- Boleh direct hubungi my husband di talian di bawah :- 

Dillah - 016 862 9727


Dapat Souvenir Dari Bali


Best je bila opismate gi travelling. Confirm once dia balik, akan bagi souvenir buat weols. Dan paling best lagi utk weols yg being close to each other ni... for sure akan ada extra souvenirs lain dari other colleagues... hihihihi. Heaven! Hihi

Zie dapat gelang, keychain dan errr...pe nama benda alah tu ek? Hehe. Permainan untuk budak :) Beverly kata yg tu, khas buat baby nanti. Buat dia main....wahhhh, terharu. siap baby dalam perut pun dapat weh...hihi. 

Advance gift buat si kecik zie ni.hihi. Thank you Beverly sayang. Love u deep deep

Bila Si Redbloodsnow Bertukar Nama Pena



Hehehehe...Ye saya. Sayalah si Redbloodsnow itu. Skrg dah bertukar guna nama sendiri instead of nama pena. Warna blog pun dah bertukar gak. Zie rombak sehabis mungkin. Kalau dulu warna tema blog tak lari dari warna Merah Hitam...

...skrg, Putih suci je. Hahaha. Why? Entah... rasa cam nak tukar kot. Blog pun dah tak begitu semak sgt. Template pun just guna basic template je. Maybe dah semakin tua kot...bhahahaha. So untuk readers lama yg kenal zie under nama pena Redbloodsnow...

Zie Madini dan Redbloodsnow org yg sama. Selain daripada tu, if terjumpa nama selain dari nama Zie Madini or Redbloodsnow... itu adalah penyamar tegar ^_^ But now memang dah tak lagi lah pakai nama Redbloodsnow. Just Zie Madini je.

Zie adalah nama panggilan. Nama penuh, Hazizah binti Madini ;) winks ~



Shopping di Lazada ♥




Alhamdulillah... sampai sudah Hybrid Shockproof Cover utk iPad Mikail. Cover lama dia yg di beli di Switch dah lunyai dah. Tak kuasa nak beli kat situ... mahal. Hahaha. Buat budak pakai, tak yah cover original bagai... nanti kejap je lunyai. Membazir je.

...yg ni zie beli di Lazada. 360 Full protection dan anti-shock gak. Means kalau mikail terjatuhkan ipad dia, takyah mama dia ni nak drama heart attack bagai. Dijamin tahan... Insha Allah. Asalkan jngn ler sengaja kau pergi hempas. Yg tu memang ler tak tahan. Kalau kepala kau sengaja di hempas, pun tak tahan gak kan...eh! Hahahaha :P




Sky Blue + Black combination colours. Cantik sangat. Mikail tu okay je apa warna yg di nak. Tp kalau kau suruh dia pilih sendiri... if ada warna kuning, kompom dia akan ambil warna kuning. Minat tegar kuning kot anak bujang zie nie..hihi



Nuffnang Oh Nuffnang Earning



Alololo.... earning Nuffnang terkumpul dari 22 Aug 2015 - 5 June 2017 . Hahahaha... Ceciput wehhh. But syukur alhamdulillah. Rezeki gak tu kan walaupun memakan masa bertahun². Dah kau bukan blogger tegar lagi... takkan ler earning nuffnang mencanak² naik bagai apa.

Unique visitor blog pun dah semakin ceciput per day. Kalau zaman kegemilangan berblogging dulu, perhhhh... unique visitor sampar berbelas ribu sehari... but now???? Krikkkk krikkkk. Haha. Sayang nak retired terus dari blogging.

Banyak kenangan tertulis sini. Biarlah berhabuk blog tanpa update takpe... janji blog still ada. Tak kisah ler ada readers ke tak... sendiri jadi reader pun okay gak. Hahaha :P



Earning history terdahulu. Tahun 2010 - 2011 adalah zaman kegemilangan zie as a blogger. Masyuk woooo income.Itulah perbezaannya bila kau aktif berblogging & berblogwalking dengan tak aktif langsung. Kekangan masa buat zie tak dapat nak committed lagi dgn blog. Apatah lagi nak berbalas kunjungan other readers...huhu

...rindu dgn zaman jadi blogger tegar dulu. Sana sini jalan² orang (my silent readers ler tu), pi tegur zie "awak blogger Redbloodsnow tu ke ea?"...wahhh terasa retis koo dulu. Tu duluuuu... skrg idok lagi ar. Hahahaha. Tettttt...





Weehhuuu... Sarawak Cuti Gawai ♥




Ehemmm ehemmmm orang² semenanjung, hari ni dan hari esok... Sabah Sarawak cuti umum sempena Hari Gawai tau. Yayyy! 3 hari je hari bekerja utk minggu ni. Jangan jeles arr... hihi. Buat yg mengenali zie dan sanak saudara Zie yg menyambut perayaan Hari Gawai ( zie anak kacukkan Melayu-Iban, of coz zie ada relatives berbangsa Iban ♥ ), Selamat Hari Gawai ^_^

"Gayu Guru Gerai Nyamai, Oohh Haaa" ♥ Anang palau² au.. hehe. Oppss... tercakap bahasa iban plak. Hihi. Buat yg mengenali zie yg tidak menyambut Hari Gawai, Happy Holiday Uols... Xoxo




Pertama Kali Online Shopping di 11st Street.my


Sempena birthday mikail yg ke-5 tahun ni pada 30.8.17 nanti, memandangkan tema sambutan hari jadi dia bertemakan Hot Wheels, wajib ko emak dia ni gigih cari kat internet online shop mana yg boleh di percayai ada jual T-Shirt Hot Wheels utk budak. Kebanyakkan website jual utk orang dewasa je.

...nasib baik di 11st Street.my ni ada jual utk budak². syukurrrrr. Ada 2 pilihan warna yg zie berkenan. Kalau ikutkan hati zie... memang akan rembat yg warna merah. Memandangkan anak bersama, have to tanya husband warna mana yg dia rasa bagus utk mikail.

Tak nak lah Zie guna kuasa veto merah walaupun dalam hati berharap sangat² husband akan pilih yg warna merah. Hahahaha




Hahaha...paham idak uols apa yg di kata tu? Haha. Husband pilih warna biru. Baju mikail yg warna merah dah terlampau banyak katanya..hihi. Biru pun biru lah..janji lawa. 




Hari Jumaat petang order, Isnin pagi terus sampai. Super pantas lah penghantaran dari 11st Street.my ni. Tapi, baju size 4 tahun ni besar arrr. Sesuai utk budak usia 5-6 tahun. Walaupun mikail consider umur 5 tahun, tapi anak zie tu super kecik...hihi.

...still pakai baju budak umur 4 tahun. Hahaha. Tedah anak ku ya ..hehe. Baju ni zie belikan utk dia utk sesi photoshoot Mikail nanti. sebab zie plan nak buat sticker label utk di tampal kat goodies bag dia. Tahun ni, mikail celebrate birthday dia kat kelas dia di tadika je.

Nanti, zie lah yg akan jadi Photographer, Graphic Designer dan Party Planner. Serba boleh idak aku? Hahaha. Skrg nak google ideas utk photoshoot tema hot wheels or cars. Skrg still ketandusan idea. Walaupun lama lagi birthday mikail. Pelan² buat... bukan senang koooo semua kau yg uruskan. Hiiii hiiii.






Buku² Supaya Anak² Anda Cepat Membaca




Throw back entry kali ni, lagiiiiiiiiii lah lama dari throw back previous entry...haha! Ni story awal tahun 2017 ni tadi.. he he he. Order 2 sets series buku yg cikgu akademik kelas Mikail request us parents utk belikan. So that senang dorng nak ulang kali time kat rumah.

Sekali beli sampai 3 set each series ni, sebab emak² kawan mikail pun tumpang sekali. No hal, semakin ramai tumpang order semakin murah postage fee sebab bahagi sama rata bah..hihi. Buat emak bapak yg anaknya bakal masuk tadika, kalau boleh seawal umur 2-3 tahun dah start ajar dorg guna ni.

At least ajar camne sebut fonik. Sayang zie baru tahu tentang buku ni masa Mikail masuk Tahun 5, kalau tak... awal² lagi dah belikan. 



Untuk siri Read Easy Phonics, boleh click link ni --> Entry Buku Read Easy Phonics Series


ginie rupa dalam 1 set siri Bacalah Anakku. Sekali datang dgn buku panduan dan kad huruf. Sebutan fonik A B C lain taw. Tak sama time kita² dulu ni belajar. Kira pembelajaran style fonik ni pembelajaran alaf baru ^_^ Buat uols parents yg tak tahu camni bunyi² fonik ni... boleh je uols belajar melalui You Tube.

...mak bapak kena gak tahu n belajar sekali, baru dapat pantau anak dan ulang kali mata pelajaran anak. Syukur alhamdulillah, less than 6 months... after di perkenalan oleh cikgu buku² ni, mikail dah boleh membaca dah.

Dah hampir habis dah set series Mikail baca. Siri Bacalah Anakku, dah masuk Buku 8 dan dia. Meanwhile siri Ready Easy Phonics (versi english), dah masuk buku 3. English dorang lambat sikit cikgu dia mula ajar. Bulan 3 baru cikgu dia start ajar. Happy juga tengok perkembangan pembelajaran Mikail.

Nanti esok² zie story tentang keputusan Mikail di kelas untuk semester pertama bagi tahun 5 ni. Proud of you my dear son ♥




Throw Back Entry : Hadiah Mother's Day dari Suami


Hehe... punyalah lamaaaaaa baru update blog. Once kau dah tak jadi blogger tegar, ginie ler adat dia ek...hih. My bad :P Okay, throw back entry ni pasal hadiah hari ibu dari husband. Tak perlu ler dapat bungai or kek bagai. Asalkan dapat hadiah...eh! Haha...

actually tak kesah pun dpt hadiah ke tak. If ada, adalah. If takde, takde makna nyer nak paksa² suami beli. Jangan membebankan suami, okay ^_^



Untuk hadiah Hari Ibu bagi tahun ni, husband bagi 916 charms dari Tomei. Rambang koooo mata Zie tengok charms yg super comel semuanya. Kalaulah zie kaya, mahu nya rembat semua kot. Hahaha. Seriously, comel sangat.



Pilihan hati zie dan suami. Memandangkan emas skrg ya ampunnn, mahal ya amat! RM220 per grams... gluppp glupp! So hanya mampu rembat 2 ketul je charms pandora ni.





Tadaaaa!!! lawa tak? comel je. Pelan² beli charms. Drpd buat duit beli handbag guess je memanjang, baik beli emas. Betul tak? Thank you sayang. Nanti Father's Day... your turn kite belikan apa yg di hendak ye ^_^



Ada Sedikit Pendarahan :(



Masa usia kandungan 8 minggu yg lepas, zie mengalami pendarahan sedikit. Sedikit je lah. but enough to make me worried like crazy... huhu. Yelah... masa pregnant Mikail dulu, mana ada berdarah berdarah bagai kan. Wajib koooo risau.

...terus pergi ke B.Teo Clinic untuk buat check-up. 



alololo... si comel mama di dalam tu. Kecikkkkk je dia tgh tido kat tepi corner tu. Hihi. Syukur alhamdulillah.... okay dia ko uols. Heart beats dia lajuuuuu je berdegup tanda di sihat di dalam sana, according to Dr. Bibiana Teo lah. hihi.

Syukurrrr....






Gambar masa 10 weeks. Baby bump dah kelihatan sedikit :P Tak lama lagi membesar dgn jayanya ler tu. hihi. Doakan semuanya baik² aje di sepanjang kehamilan zie ye ♥