Restocking Kali Ke-2 Bento Squid Snack


Gila ah! Stock jajan je sampai almost RM80! Hahaha. Addicted sangat². Sekali dah makan, payah nak stop mengunyah taw. Isi dalam pun ceciput je sebenarnya....huhu. Tu pasal ler kejapppppp je dapat habiskan 1 dozen tu. Huhu

Sekarang ni dah naik 20sen. Aritu beli RM9 je per dozen. 





Tadaaa!!! Sampai sudah! Kali ni takde yang warna Kuninggggggg. huhu. Paling suka warna kuning sebab dia sangat sangat pedas dari yang lain. Tanya kat Seller, seller kata di Thailand pun dah sold out. Wahhhhh! Laku nah ek. Mana taknya, Malaysia tukang borong! Hahaha.


Takpe lah, next restock je Zie beli kuning & biru je. Biru utk Mikail. Sebab biru tak brapa pedas sgt. Kali ni mayba nak restock yang 20g tu. Sbb yang 5g ni...alahai, tak puassss!




|| Book Review || BBW Little Hippo Book: Augmented Reality 4D Magic Series ⟿ ABC




Alhamdulillah, Sampai sudah buku buat Mikail dan Irfan (Well actually untuk Irfan sebenarnya tapi Mikail boleh tumpang sekaki gak). Menyesalllllll sangat² masa cikgu BI Mikail, Cikgu Faris, rekemen weols parents di group kelas untuk beli buku ni time book fair di Mydin Demak ke kalau tak silap. Time book fair tu kan, RM15 per book okay! Menyesal ya amattttttttt.

....sebab malas nak ke MPH cari. Ambik senang je, order dari Shopee jer. RM25 per book (Free Postage utk pembelian RM19 ke atas). Beli 1 buku je dulu. Since buku ni khas utk Irfan, Zie beli ABC dulu buat dia. Supaya dia kenal huruf. InshaAllah next, akan beli numbers plak. 

Lepas tu baru start beli buku cerita. Tang buku cerita tu, khas utk Mikail. Untuk asah sebutan dan ejaan BI dia. Oh ye, seller bagi kite Eyes Mask tu as a free gift. Macam tahu tahu je yang mata Zie kepandaan. haha!





Yang bestnya tentang buku ni, it's 4D okay. Means, once uols dah beli buku ni, cepat² uols install Hippo Magic App (available in iOS & Android). Free App, FYI ^_^  Then uols tengok sendiri ler Magic! hihi





All u have to do, scan cover buku tu dulu.....then tadaaaa! Muncul ler si Hippo yang comel tu welcoming uols ke alam Little Hippo Book dia. Love it so much! Sure budak² akan bertambah² minat nak baca buku sekalian akan improve sebutan english dorang.

....cuma satu je yang tak best. Not all pages uols can scan and come to life taw. Hanya yang bertanda Hippo je kat tepi sudut bawah buku tu je dapat. Page sebelah yang takde tanda Hippo tu, hmmmmm....still a normal book. Hehe.

Apa lah kedekut nah nak letak all pages, entah. Cuba lah letak dari A sampai Z. Baru ler budak² tahu sebutan setiap huruf tu especially untuk budak² yang macam Irfan ni haaa...yg belum belajar ABC. Tu je ler bad side BBW Little Hippo Book ni bagi Zie.

If semua pages come to life, then Zie bagi 5 stars. Since ianya mcm main lompat katak, 4 stars je lah. Hihi. Apa² highly recommended uols beli untuk anak²/anak-buah uols. So much fun!




Complete Sudah Koleksi Lunch Set Anmum X Fisher Price




Pertengahan bulan Julai ni tadi, ajak Miss Wong temankan Zie gi beli susu Mikayla sebab Zie malas nak drive. Amoi sentiasa je okay and no problem untuk temankan. As long as dia takde meeting sebab kadang² meeting dorang selalu drag ke lunch time. Syukur sebelum lunch time, meeting dorang habis dah. 

So here we are! ♥ First time naik kereta baru dia. Vios you you...curlas lah kau choo choo! Hihi




Awalnya niat HANYA nak belikan susu Mikayla je. Sekali Zie terpandang dengan Food Jar ni. Tinggal satu kotak ni je lagi. Apa lagi....terus rembat kooooo. Sebab Zie memang carik this collection untuk cukupkan koleksi Anmum X Fisher Price Lunch Set. 

So Happy! Zie kan jenis suka kejar koleksi....LOL!



Hehehe....jadi Tukang Bawa Kotak Susu Dia :P


Memandangkan budget tak cukup. Beli sekotak je la dulu Susu Mikayla. Nanti dah gaji baru share dengan husband beli lagi. 




Inilah dia Insulated Food Jar by Fisher Price. Dekat Shopee Zie tengok ada seller jual ler pulak benda alah ni. Dari RM30 - RM40, aduhaiiiii. It's supposed to be FREE okay. No wonder lah payah bebenor nak carik food jar & water bottle tu. Dorang dok jual balik di Shopee...hmmmm.

Tu if ada yang buat aduan, siap!








Gitu ler design insulated food jar ni depan, belakang & dalam. Comel kan. Buat letak bubur Mikayla time keluar berhuha² nanti². Dengan ini, complete lah sudah koleksi Fisher Price :Lunch Set Zie...yayyyyy!





|| TOMEI || Belated 10th Years Anniversay Gift + Birthday Gift In Advance


Hari sabtu lepas, bawa emak dan anak² pergi jalan². Kesian dorang terperuk je kat rumah for a month sepanjang bapak dorang pergi OPS bulan lepas. Destinasi pertama sebelum ke Vivacity Shopping Mall, weols makan Mee Kolok Merah di Megabite Kopitiam. Dari hari tu nak bawa mak makan mee kolok kat situ....baru tercapai hajat. 

Kat situ if kau datang lewat (dalam jam 12noon), sorry lah....dah habis. So kena sampai awal. Baru kau tak kepunan.




My favourite boys in red ♥ Zie pun in red gak...emak dan Mikayla je in dark blue...hihi. Mikayla nan hado baju gi jalan² Merah....that's why sarung je sama warna dengan Nenek dia.





Please read carefully notice di dinding Pintu Lift tu. Tertulis "Please Give Priority To Those In Need" dalam bulat² tu, terpampang gambar orang OKU, Warga Emas, Ibu Mengandung & Parent Bawa Anak guna Baby Stroller ← Still lagi uols (yang bodoh sombong selfish!) nak menafikan hak keutamaan weols lagi ke? 

Ikut turn la, siapa datang dulu dia masuk dulu la...WTF! Takde makna nya uols gitu. Uols dapat kemudian punnnnn uols akan berebut² utk masuk dulu (bangsa kita selalunya berperangai ginie yang selalu Zie jumpa...bukan nak condemn bangsa sendiri. But that's the ugliest truth!) 

Dah cacat ke apa tak reti nak naik esclalator? Exercise sikit lah, muda belia lagi kan...






Okay, done bebel! If ada yg tinggalkan komen kecam tentang isu lift tu, SAH kau tergolong dalam orang yang bodoh sombong SELFISH! Who Cares! Want goes around will come back around...ingat tu! 

Di Vivacity, weols hanya nak ke Tomei Gold & Jewellery. Niat awal nak trade in Charm handbeg yang Zie beli di Habib Jewels yang patah tu (Klik SINI untuk baca post entry), tapi boleh kooo lupa bawa plak. Dari plan nak beli 3 charms baru...terpaksa lerrrr 2 charms je. Yang 2 ni husband belikan.

Sebagai hadiah 10th years anniversary & birthday gift. Awal² dah dia keluarkan duit Tabung Haji dia. Haha.




Tadaaa! My favourite Tomei girl yang Cantik! She always gave me best price. Roziana nama dia. Warga Kuching : Ingat ktk urang mukanya dan nama nya, ok. Mun ktk urg nak beli emas or mana² jewelleries di Tomer.... highly rekemen Roziana tok. Nya di branch Tomei Vivacity okay. She'll give u best price...senang rondeng nya tok ♥

FYI, she's my ex-schoolmate sebenarnya. Junior few years dari Zie kalau tak silap. Sentiasa gituuuu je muka & badan dia taw. Envyyyyyy...haha. Kakak dia kawan sekelas Zie time sekolah rendah.




Actually Zie reserved 2 charms, ketupat & love bulat. End up love bulat besar ler plak. Tak sesuai utk di jadikan charm gantung² di bangle chomel Zie tu. So terpaksa rejected yang dah di reserved satu tu...Zie pilih design lain je lah.

Husband berkenan dengan design Baby Rocking Horse....Zie pun tengok comel je. So On. dia bayar kan. Hehe.




Roziana @ Nana tengah susunkan charms ikut kecomelan dia...haha. Zie request dia untuk aturkan bahagian lock bangle yg bentuk love tu. Longgar dah. Berkali dok terbuka je. Nasib ada getah stopper, kalau tak...jatuh tanpa sedar Zie charms iols semua.

Plus nasib gak jelang tu jenis bangle, kalau jenis gelang biasa....rasanya lamaaaa dah bye bye. Rezeki halal ♥






Tadaaaa!!! Inilah dia my new 916 Chomel Charms by Tomei. Ketupat tu untuk hadiah 10th Years Anniversary. Baby Rocking Horse tu plak, birthday gift in advance Zie. So time birthday Zie nanti, just celebrate makan makan je la...takde sambutan pun takpe. Janji hadiah dah dapat. Hihi





Love it sooooo much! Am not going to make it full. 2x je lagi tambah charms. Lepas tu, baru beli stopper lock dia. Then habis...no more mengiyau for emas tomei! Hahaha. Nana going to miss me rasanya nanti when that's happen. Hehe.

Once dah habis, Eyeing for Jam tangan Coach. Ada satu design ni kat Zalora Zie tengok wow nah. Soooo my style. Maybe for wedding anniversary nanti kot. Maybe la. Kalau husband nak cucuk Tabung Haji lagi....hahaha. Kalau takde, takpe....ikut kemampuan suami maaa. Jangan bebankan dia. Zie sendiri boleh belikan utk diri sendiri...no problemo ^_^

Apa apa pun, Thanks Hubby!



|| 1st Day Jogging || Muscle Pain ☹


Gara² stucked di berat 70kg selama 2 minggu (klik SINI untuk baca balik post entry), terus hati berkata².. "It's time for me to start jogging",....cewahhh, fefeeling speaking omputih gittchu you ㋡. So set ler date and time dengan Kak Pidah (kakak kepada biras Zie) untuk jogging sama². 

Lokasi weols di Pustaka. Sesambil jogging, sesambil ambil view kedamaian tasik gittew. Seawa 6:30am weols sampai sini. Semangat nak kurus. Apa kira! Haha




1 round je Zie jogging, terus give up dah. Semput termengah² bawa berat 70kg ni....uwaaaaa! Then gitaw Kak Pidah, dia teruskan je lah 1x round lagi. Zie nak rehat and buat exercise ringan² je...like squatting etc etc.





Me and my jogging partner. Hihi. Solute, dia 2x round you you. 





Rehat kejap then main badminton weols. Untuk kecilkan lengan katanya...haha! Bergilir² takes turn. Lepas main dengan Kak Pidah, Zie main dengan anak² dia plak. almost 30 minutes, then Zie rehat...turn Kak Pidah plak main lagi dengan anak² dia.





Oh ye, mak iols ikut je. Dia jadi bodyguard Zie jogging...hehe. Zie suruh dia duduk je dalam pondok berehat tu sesambil makan breakfast dia. 8:30 balik weols.... cukup untuk hari tu. Katanya nak jogging lagi keesokkan hari...katanyaaaa. Huhu.

...kita hanya merancang, Allah yang menentukannya...cewahhh!




See my body tu....besarrrrrrrr! Tak pernah pernah Zie sebesar ni taw! Kalau tak mengndung la. Water retention Zie time mengandung si bungsu tu still lagi belum surut². Risau nah water retention stay gitu je....takuttttt. Huhuhu.

Letih taw bawa badan berat camginie taw.




Sampai rumah, time nak bukak kasut...eh! terbukak tapak kasut kite. Ini tandanya kasut yang lama dibeli (almost 2 tahun beli) tapi tak di pakai². Kan plan nak berjogging selalu je ke laut....huhu. End up terperok je dia kat dalam bonet kereta. Kena haba panas etc etc...terus once dah di pakai, ICU terus dia...kesian. 

So jadikan kasut rosak ni sebagai alasan utk skip jogging keesokkan hari. Belah petang, start dah muscel di kaki Zie bertindak balas. Sampai ke malam....sakitnya tahap ya ampunnnnn. Terpaksa sapu hot balm untuk reda. Keesokkan hari, semakin teruk. Naik ke paha ler plak muscle pain tu. Nyampah nah iols. 

Tue yang husband Zie bebel, for 1st time sepatutnya Zie jalan² dulu. Jangan berlari. Baru muscles Zie tak terkejut culture shock gitu. Benda dah jadi, tahan je lerrr. Huhu. Hari Ahad sebelah malam plak, rasa cam nak kena demam urat ler plak....uwaaaa! Bisa.

End up bangun pada pagi Isnin nak gi kerja, Allahhuuuu....seluruh badan kena "kejutan budaya"...haha! Sakitnyaaaa sampai hilang mood nak kerja. Sampai office, nasib Mira datang awal... mintak tolong Mira uratkan bahagian bahu, belakang & depan bahu. Baru ada okay sikit. Tapi still sakit ler....lenguh² the whole body!

Sudahnya terpaksa telan 2 biji Panadol utk tahan sakit....huhu. Kalau tak susah kooo nak tumpukan perhatian buat kerja. Rasa cam nak give je jogging. Baik Zie buat workout di rumah je. Janji ada keluarkan peluh. Bed workout ke apa ke....ikut je start n jadual workout di youtube. Taubat ah Zie nak jogging lagi. Gemuk pun gemuk lah...janji sehat. Benarlah....beauty is pain. 


P/S: 
Badan Zie menaik giler
ni adakah kesan dari BTL?
Hormon bertukar ke? Doktor
kata tak effect berat naik ke 
apa. Hmmm....siapa ada
pengalaman BTL & bdn naik
mcm Zie ni, leave komen ye.




Hilang Demam, Kena Blocked Nose Dia :(





Kesian anak dara Zie ni... baru je baik dari demam (klik SINI untuk baca blog entry), berganti dengan selsema plak dia. Blocked nose plak tu. Rasa kau jugak ler bila kena blocked nose. Susah weh nak bernafas especially time nak tido. Allahhuuuu.... 

Tidur dia terganggu, tidur Zie pun terganggu. Dahlah bapak dia still not in town.... gagah je Zie jaga anak² sakit. Huhu. Dah brapa kali Zie bawa dia jumpa paed dia, Dr Bibiana (B.Teo Child Specialist Clinic). Still Dr Bibiana tak nak bagi ubat flu. Huhu

Ye la...ubat²an untuk bayi memang limiteddddd sangat². Paham.



Air Garam. Untuk drops 2 titis disetiap nostril's Mikayla

Autumnz Nasal Aspirator

Dr Bibiana just bagi dia air garam ni jer untuk cuci dalam hidung dia so that hingus dia tu mencair, jadi senang bila nak sedut guna nasal aspirator. Zie beli Autumnz Nasal Aspirator. Senang sikit nak sedut.... instead of yang jenis sedut main picit² tu.

Helping dia sekejap je....Pastu, blocked lagi. Takkan setiap minit zie nak buat gitu....sakit kang hidup dia nanti.








Memandangkan macam takde perubahan je masalah blocked nose dia. Zie whatsapp ler pharmacist Zie (tauke pharmacy tempat Zie ambil stocks Eskinol toner yang Zie jual). Kot kot dia nak bagi ubat flu,..hehe. Seperti dijangka, tanda nak gak dia weh. Tapi dia syorkan this Iliadin Nasal Drops for Infants ni.

...Alhamdulillah, baru dapat dia tido 2-3jam sepanjang malam. If bangun pun just nak nyusu je. Before this, Allahhuuuu.... menyusu pun susah dia sebab takde nafas. Tidur plak ternganga je dia sebab automatik dia bernafas guna mulut. Kesian.



Bagus Iliadin Nasal Drops for Infants tu. Memang berkesan untuk blocked nose. Tp tu lah...flu dia tu stillll lagi belum sembuh sepenuhnya... risau dibuatnya taw. Ni since bapak dia dah balik dari OPS, nak bawa bapak dia bawa Mikayla jumpa pead dia lagi. Just to let her paed tahu yang masalah blocked nose dia still lagi belum sembuh²...

so that dapat di check dengan lebih terperinci lagi. Get well soon, sayang emak ♥


Injection Vaksin Japanese Encephalitis (JE) Buat Irfan




Awal Zie standby mini USB fan...hehe. Sebab di KKIA, lama nah aircond kat situ tak di repair. Guna Kipas angin je....1 je kipas angin untuk the whole ruang menunggu... mana cukup untuk ibu² dan anak². Takpe, free kita pergi check up kesihatan anak² kat sini, bersyukur apa ada nya ye, uols. Sebab tu la Zie bawa kipas angin sendiri.

Hanya Zie sorang je yang bawa. Terus kakak nurse tu gtaw yang lain "Haaa...puan² semua ikut macam dia ye. Bawa kipas angin macam tu sendiri sekiranya tak nak panas. Kalau ada dekat rumah"... Alahai, segan iols semua mata pandang kite. Haha.

Semalam petang, Irfan ada injection untuk vaksin JE. Last dia terima vaksin di KKIA...lepas ni just monitor BMI dia dan kesihatan dia je. InshaAllah, ada rezeki lebih nanti...nak bawa dia ke klinik luar, utk injection vaksin Pneumococcal plak. Dah survery harga, RM260 per dose. Ada  2 dos, FYI




Habis je urusan di KKIA, terus pecut ambil Mikayla di nursery. Actually nursery tutup pada pukul 5:30pm. Suka je nak ambik Mikayla balik awal. Sebelum pukul 3pm, Zie ambil Mikayla. Zie memang macam ni, andai kata Zie half day kerja. Selesa je urusan, terus ambil Mikayla.

Bagi Zie, rehat Zie adalah bersama² dengan anak². Tak perlu berhitung nah tentang masa di nursery yang kita dah bayar tu. Masa dengan anak² jauh lebih berharga bagi Zie.





On the way ambil adik dia, pengsan dia tidur. Haha. Oh yeah, masa Irfan terima injection tu kan...tak nangis weh dia. Siap tengok lagi nurse cucuk lengan dia tu. Tapi lepas habis...haaa merengek sikit dia. Maybe terasa nyilu kot. Tangan dia luruskan je, tak nak dia bengkok²kan. Haha.

...terus manja mintak di gendong. Bila Zie dah gendong. Senyap dia. Berat dia plak, 11.30kg. Nurse kata, dialah baby yang paling besar bagi umur dia (1 tahun 9 bulan) yang pernah dia attend, katanya. Aah...Irfan memang. Besar lagi dari usia dia. Hahaha. 




Alololo....sayang emak si bungsu emak bapak ni ♥ Flu dia....dah almost a month dah. Dah berapa kali gak bawa dia jumpa Pead dia. Still pead dia bagi nasal drop je...ubat cair kahak, ada dia bagi. Tapi ubat flu takde. Yelah...untuk baby umur Mikayla.... byk oral medications are restricted for infants. Huhu. Paham.

So Zie just guna iliadin nasal drop je untuk dia. Once ada bunyi² hingus tersumbat, sedut guna nasal aspirator. Gitu je lah caranya. Nak google petua orang dulu² untuk ubati baby flu nanti.



Pencarian Bahan² Untuk Projek Seni & BI Anak




Bila anak last minute bagi Zie list benda alah yang hendak dibeli cikgu² dia suruh, apa lagi emaknya...kelam kabut lerrr pi bercarik during lunch break. Geram pun ada gak dengan Mikail ni. Suka nah bagitahu last minute taw. Nasib sempat. Kalau tak sempat....haaa menjawap ler dia masa kelas tu dia langsung takde apa² bahan...

Brapa kali dah remind dia, jangan bagitahu last minute. Haishhh...kids....





Sejam je masa lunch break weols, Zie hanya dapat carik ni je. Kertas warna dan kertas keras je. Kotak tisu, kat rumah ada...so takyah. Tinggal batang ice cream je lagi. Benda alah tu kan...time kita perlu, time tueeeee lah jugak payah nah nak jumpa. 

Dari DIY ni, ke DIY tu Zie carik. Dari Supersave ni, ke Supersave tu carik....semua kata sold out. Nyampah nah! Huhu. So sambung esok je lah carik.





Syukur bila cari ke Mr DIY branch The Hills shopping mall, nah....berdozen dozen packs kat situ ada. Nak yang mana? Plain? Warna warni...semua ada. I is HAPPY! Hihi. Terasa tugas sebagai seorang ibu terlaksana bebenor weh. Hahaha

Zie beli 4 packs (2 packs warna warni dan 2 packs plain). Sengaja beli lebih so that seandainya ada kawan² dia yang lupa bawa ke or tak bawa ke...Zie suruh dia bagi kat mana² kawan yang takde. Sempat gak ek fikirkan tentang kawan² dia. hihi.


Ke Kelas Teakwondo Abang Mikail ♥




Alolololo....kesian dia bangun awal temankan emak bawa abang Mikail dia ke Kelas Teakwondo. Kelas Teakwondo di sekolah Mikail 2 minggu sekali pada hari Sabtu, FYI. Selalunya bapak dorang yang gi bawa. Zie nak rehat dari tugasan hantar anak. Hari sabtu, turn bapak dia plak.

Tapi kali ni, tak dapat koooo ngelat. Sebab kan husband gi OPS selama sebulan. Belum balik lagi. Nak tak nak, gigih gak lerr Zie bangun pagi (kelas pukul 8am actually), siapkan Mikayla, Siapkan Mikail. Irfan je tak bawa. Stay dengan nenek dia kat rumah. The reason why bawa Mikayla sekali, tak larat kooo emak nak jaga 2 baby dalam 1 masa.

Hendak Zie bawa sekali Irfan, Zie plak "takde tangan" nak handle Irfan yang super aktif tue.





Kehadiran untuk ke kelas Teakwondo ni adalah WAJIB. If 3x tak hadir...akan dikenakan tindakan oleh pihak sekolah sebab part of pembelajaran.




Baruuuu je mula kelas, anak dara Zie ni dah hanyut tidur yang lena. Hahaha.





Kesian, still tali pinggang putih. Hihi. Masa di Tadika dulu, Zie selalu ngelat bawa dia ke kelas teakwondo. Asal husband away gi OPS je...takde nya Zie akan bawa. Ponteng kelas jadinya Mikai. Sudahnya kan dah effect prestasi anak. Huhu.

Takpe, inshaAllah ada rezeki lebih nanti, nak daftarkan dia terus di Teakwondo Academy jer. At least kelas dia sebelah petang...takde lah pepagi kelam kabut. Bagi Zie, ilmu mempertahankan diri pada zaman sekarang wajib kita bagi kat anak² untuk self defense. Tak kisahlah anak laki ke anak perempuan ke...bagi Zie, wajib dorang ada ilmu martial art.

Sekarang macam² je kes buli la, kes keganasan rumahtangga la...ishhh, mintak dijauhkan lah dari anak² Zie.....







Rutin Setiap Pagi & Tengah Hari




Inilah dia rutin harian Zie setiap pagi. Checking online tender since Zie semakin tua semakin alah Zie dengan carbon newspaper. So tugasan baca newpaper beralih kepada Mira ♥ Sampai je office jam 7:30am (actual jam kerja adala pukul 8:30am...seee iols is RAJIN! haha), terus online dan pergi ke setiap website kerajaan untuk check tenders.

Sesambil click click, sesambil iols breakfast. Bila settled checking online tenders, jam dah nak 8:30am...so masa untuk start kerja! Baru tak ganggu masa Zie buat paperworks dan akaun walaupun checking online tenders tu memang sebahagian dari kerja Zie. Suka jer start awal, bo eng maa. Kena pandai uruskan masa kerja so that kerja dapat disiapkan on time. Amanah okey!


Lagipun Zie hantar Mikail ke sekolah, if Zie tak breakfast di luar...memang akan sampai around 7:20am - 7:30am gitu. Tapi kalau Zie breakfast di luar....akan sampai office dalam pukul 8am.




Yang ni plak, rutin Zie setiap tengah hari (if Zie tak keluar ke poslaju post Eskinol zie ler ye...)..... TIDUR! Hehe. Belah malam sentiasa broken sleep (adat kooo....beranak kecik). So ni ler peluang Zie untuk berehat sekejap. Nanti lepas balik kerja, terus sambung uruskan anak² dan kerja di rumah lagi. Kalau husband ada, senang sikit...husband selalu cover kerja rumah.

Hargai lah 1 jam masa rehat. Amat bermakna buat a working mom macam saya! ♥