Showing posts with label Shopeemy Shopping Mobile Apps. Show all posts
Showing posts with label Shopeemy Shopping Mobile Apps. Show all posts

Pertama Kali Kena Kes Penipuan Di Shopee


Bertahun dah bershopping di Shopee, inilah pertama kalinya Zie terkena dengan Seller penipu. Silap Zie tak check dulu Rating shop tue. Selalunya sebelum Zie buat pembayaran, Zie akan skodeng dulu rating shop tue camne. Slow ke, bagus ke jual barang so on and so on...bla bla bla.

Tapi kali ni, terus main beli je. Without thinking... huhu. Actually bukan beli barang untuk diri sendiri. Tolong manager Zie, Miss Lu belikan Kipling bag. Dia bagi link, then Zie terus place order je. Ingatkan dia dah check rating shop tu bagai.

Time tu rushing, tu yang Zie tak terfikir nak double check. 




Ordered handbag, bila sampai.... haiyaaa! Cincin mainan yang harga 20sen tu. Ko ghase? Geram ler plak kite.





Terus Zie click Refund and membebel ler Zie kat bahagian Reason tu. Knowing me lah...tak sah kalau tak membebel! Haha. Nasib Zie memang away of benda alah Return/Refund ni. Kalau kena dengan customers yang totally tak familiar dgn system shopee or tak tahu tentang Return/Refund.... kenyang lerrr Seller tu makan duit haram. Not much amount tue but money is still a money bah. Satu sen pun Zie tak nak dia makan duit Zie... haha.

Kebaikkan shopping di Shopee ni, dia protect both parties. Seller tak dapat tipu customer, customer tak dapat tipu seller bila pembelian still under Shopee Guarantee period. Asalkan uols jangan Click Accept or jangan sampai Shopee Guarantee expired. Kalau tak, putih mata ler uols kerugian.

So perlu tahu tentang benda alah Return/Refund ni ye. Baru selamat duit engkau.




Beli lain yang dibeli, lain yang sampai. Baruuuuu ler sibuk nak skodeng shop si penipu besar ni. Ni dia shop si Scammer ni, Ararwwo.my (click untuk view shop dia). Hati² uols dengan Seller ni di Shopee, jangn tertipu. Time ni, still penuh barang jualan dia di Shop dia. Tapi bila Zie dah report dia dan complained dia dekat Customer Service Shopee melalui Live Chat...

...tak sampai 1 jam. Deleted terus ke semua product dia. Pandai pun takut kau ye.





Ni uols tengok, kat Rating Shop dia tu, hampir ke semua feedback dari Customers dia dapat cincin mainan tue. Alahai... tektik terbaru si Scammer. Post benda lain yang murah, kekononnya dia tersalah send barang ler tue. Konon! If customer bertanya kat dia... kekonon ler tu dia minta maaf kata salah post... then minta kita click accept then nanti dia akan post yang baru. Konon!

If we do so... habis ler, hilang ler duit mu duhai customers. So, we have to act smart! Return/Refund action ada. So jangan jadi part of the game. Play smart. Malang ler dia dapat customer macam Zie. Tak cukup dengan buat report... Zie siap personally complained dia lagi dengan pihak shopee.

Siap suruh pihak Shopee buat siasatan ke atas Seller ni sebelum Seller ni burukkan nama Shopee.  Ni Zie dalam process tunggu duit Zie kena refund. 4 working days katanya. Sebab still tunggu response dari Seller Penipu tu. Andai kata Seller penipu tu reject request Zie, then baru kes Zie akan di transfer ke Distribute Department. Tengok lah Jumaat ni nanti... camne.

Hopefully Seller dok diam² je lah. Jangan reject my request. Baru smooth je duit akan di transfer ke my Shopee Wallet. Malas nak tunggu lama². Duit orang maaa.... Susah hati pegang duit orang.


|| Shoes Review || Kasut LED Pertama Irfan



First time beli kasut anak dari oversea a.k.a dari China. Hihi. Beli kasut LED....sebab nak tengok Irfan excited kasut dia kelip kelip. Warna merah tetap menjadi pujaan hati Zie walaupun sejak dah tua ni, jarang dah nak sarung baju merah. Suka sarung hitam je selalunya. Bukan apa....nak ilusi kurus gitu. 

Sekarang badan dan berisi...huhu. Stress! 







As expected. Kalau beli benda alah ginie ginie dari China, confirmmmmm lah ada adaaaaa je yang tak functioning. Nyampah. Huhu. Sebelah okay, berfungsi dengan jayanya. Sebelah lagi....pemalas! Tidur dia tak berkelip kelip. Hahahaha. Rasanya batteri mati dah kot.

Nanti la Zie beli battery baru. Tunggu ada duit banyak ke Mr DIY. Nama je kedai murah Mr DIY tu, tapi bersaka taw. Kalau uols pasang niat nak beli Battery macam Zie ni, dari budget just RM3-RM5 jer kan...terus jadi RM100 keatas. Benci nah.

Sebab tu ler kena tunggu ada duit lebih banyakkkkkk baru nak pijak kedai bela saka tu. Hahahaha.  




Tengok...excited giler dia pakai walaupun hanya sebelah je berkelip kelip... hehe.





Muka Cina tapi Melayu...inilah Borneo! Hehehehe. Anak Zie sorang ni je gitu...lain dari yang lain. Sebab dia ikut mata sepet bulat bapak dia. Kulit, dia gak yang paling putih. Rambut plak, blonde. Take after his late Grandpa. 

Dia ni gak ler satu²nya berlesing pipit. Abang & adik dia berlesung dagu macam Zie. Abang & Adik dia ikut mata Zie, besar. Dia je yang lain dari yang lain. Perangai pun lain dari yang lain gak. Hahaha. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang pandai...InshaAllah ♥


Akhirnya! Kau Ku Miliki ♥


Yayyyy! Akhirnya dapat juga Zie set Tupperware LAT edition ni. Dari tahun lepas koooo Zie dok intai di Shopee. Tunggu ada seller buat stock clearance. Hehe. Zie kan pembeli yang bijak. Bukan apa bayar mahal sekiranya akan ada harga murah nanti, betul tak? 

Sebab tu sekarang Zie dah malas dah nak renew member or apply membership lagi sebab even harga member di East Malaysia pun still tak semurah harga di Shopee. Zie bukan nak kejar sales pun. Zie join member sebab nak dapatkan harga murah je sebenarnya dulu...hihi 




Tengok tue price untuk EM → RM154.90 kau! Bapak giler mahal! Parkinson terus iols. Haha. Tapi di shopee, bila ada seller buat stock clearance, Zie hanya dapat RM66 jer per set tu okey. FREE POSTAGE lagi tu. Syukur sangat² wujudnya Shopee. Dapat gak miliki benda alah mahal dengan harga yg murah. Lalalala...

Tupperware LAT ni Zie ngiyau husband untuk belikan. Haha. Buat letak susu anak² alasannya weh. Hahaha. Next target, Tupperware Rice Smart nanti. Tapi tunggu ada keluaran warna cantik sikit la. Putih hitam ke...kalau ada lah. Sebab warna tema rumah dah segala apa dalam dapur bertemakan putih hitam kelabu...haaa gittew.



"Baju Baru" Buat Phone Saya




Last week, zie nyopping lagi di Shopee Mobile App ... hehe. Kali ni buat shopping tupperware ye. Jemi dah husband zie dok tengok asyik asyik bawa balik tupperware... haha

Kali ni zie beli phone accessories plak. Actually niat hanya nak beli phone cases je. Tapi gara gara nak cukupkan kuata pembelian RM25 ke atas utk enjoy Free Postage...

...makanya have to be Fish Eyes smartphone lens itu utk cukupkan kiata. Hehehe






Tadaaaa.... redblood in colour. Im loving it! Kelihatan sooooo exclusive koooo. Amat teruja bila terima parcel last week. Diluar jangkaan zie.

Coz harga hanya RM12 jer utk iPhone 6s Plus. Phone case warna biru tu plak, utk husband. Untuk iPhone 6, hanya RM10... murah giler kan.

Terus zie place order baru. Nak order lain warna plak... haha. Sangat2 puas hati. Serupa dgn kualiti yg harga berpuluh puluh if kau beli dikedai handphone itself kooo...





Percuma Penghantaran di Shopee di Panjangkan


Alhamdulillah :) Extended free shipping program di Shopee. Meaning pihak Shopee still tanggung pembayaran postage buat customers. What a happy news ♥♥♥ So uols, pe tunggu lagi. Dah gaji kan? Jom shopping Zie Madini Store di Shopee mobile app ^_^

...ni link shop zie --> http://shopee.com.my/redbloodsnow OR search je nama Zie Madini Store di Shopee app... for sure akan keluar shop profile zie :) Happy shopping my dear :*




Suprise Gift Buat Suami


Shopee oh Shopee. Semoga Free Postage engkau extended sampai bila²...hihi. Kali ni terima 2 parcels dari Poslaju. Memang jemu koooo courierman tgk muka zie ni. Kenal teramat² dah dorg kat zie. Siap berborak² kejap bila hantar parcels... hehe




Beli benda alah ni. Power Bank Pineng dan Hot Bag. Badan selalu nak sakit²... amat berguna benda alah ni time sengal² sendi dan period pain. Bila dah order, baru sedar ada jenis electric...haissshhh. 





Murah je Zie beli. RM13 je (free postage). If kat pharmacy, RM30-RM40 benda alah ni. So berbaloi sangat² beli online.



Yang ni plak, beli utk husband. Coz hari tu tengok Power Bank dia dah tahap nak meninggal nah dah. Belikan dia Transformer edition.





Seee...lawa kan. Ada 3 warna. Putih + Biru, Kuning + Putih dan Hitam + Merah. Memang sah² ler Zie rembat warna Merah Hitam. Soooooo my colors maaa. Hihi



Gigih je pi balutkan. Coz nak bagi kat husband as a suprise gift.... hehe. Happy bila dia terima benda alah ni, suka dia. Meleret² je senyuman di bibir dia. Hihi




Zie Madini Store di Shopee Mobile Shopping Sudah




Yuuuhuuu.... Zie Madini Store sekarang sudah available di Shopee Malaysia ye. Sila download Shopee app di mobile phone uols ye. Sebab pembelian via Shopee semua melalui mobile phone. Hehe. Sekarang ni setiap pembelian bernila RM20 ke atas, akan dapat Free Postage ye uols.

...via Shopee je lah ea. Sebab Shopee baik hati utk tanggung postage fee. Minimum RM20 ye. Uols plak di nasihatkan utk buat 1 pembelian dalam satu masa ea. Kan free postage.... no worry lah if uols sampai ada 6 packages sampai nanti. hehe




Semua items yg Zie jual memang kebanyakkan bernilai RM20 ke atas, KECUALI eskinol product yg tanpa antibiotik. So mana² uols nak cuba pakai Eskinol Cleanser, boleh lah try beli Eskinol cleanser yg zie jual di Shopee ye...

...Free shipping via Shopee hanya valid until 31.8.2016 saja. Masuk je 1.9.2016, bermula dah uols bayar standard postage rate RM6 utk West Malaysia dan RM9 untuk Sabah dan Sarawak. Melainkan product Eskinol lah... yg tu ada lain sikit postage fee dia sebab direct pos by zie sendiri dari Kuching, Sarawak ^_^

So uols... feel free to check out my store at Shopee app ♥

 www.shopee.com.my/redbloodsnow


Place Order Cepat²... Last Free Shipping Kooo


Hehehe...setiap hari, confirm ada satu parcel sampai ke tangan zie. Rasanya jemu dah kot abang poslaju nengok muka zie ni. Asyik² nyoping online je kerja. hahaaha. Gaji tadi, zie place order tahap over kooo di mobile online shopping Shopee. 

...Sebab sampai bulan ni je di Shopee offer kita Free Shipping promotion. Harus kooo rebut² place order. Masuk 1st of August nanti, jad budak baik. Tak dapat nak hari² online shopping coz berkira part nak bayar postage. haha

Di Shopee ni... memandangkan items sell by different sellers, if kau beli let say lah 3 items dari 3 sellers... bermakna kau akan byr postage sebanyak 3x. Sebab seller yg akan direct pos...bukan pihak Shopee. 




Day before yesterday, received handphone case for iPhone 6s buat husband zie. Baik hati nah seller handphone case ni taw. Banyak plak tu dia bagi free gift. Walhal harga handphone case yg zie beli tu baru je RM5 (sebab dia buat promosi...normal harga RM10. still consider murah berbanding di kedai..hehe).

...as a customer, happy ya amat! hahaha




Semalam plak, sampai Tobot X buat Mikail. Happy je dia bila zie balik kerja dapat kereta robot baru. Kat shopee, seller hanya jual RM10 je taw. Yg hari tu Zie beli Tobot Y (klik utk lihat) di kedai kat Kuching ni, RM17.90 kooo harga dia.

....di shopee, RM10 je. Seee...pilihan bijak tak? hehehe. Jauh lebih murah. wajib membeli di Shopee...hikss





Haha....banyak tak? Semua ni zie sedang tunggu utk sampai. Tak sabarnyaaaa. Tgk harga² yg tertera tu... murah² je kan if compare dgn price di kedai². Siapa tak rambang mata...hehe. Baru je tadi zie menambahkan lagi 1 order. Beli Pineng charging cable. 

So...all together parcels yg zie tunggu, ada 6 parcels. Yayyy! Tak sabar nak dapat semua. Di zalora, nyopping selipar Roxy plak. Hahaha. Berhantu nah zie online shopping skrg :P Takpe...duit sendiri. Tu yg bestnya sendiri cari duit ^_^





Shopee Oh Shopee... Ketagih Sudah


Dulu ketagih dengan Zalora. Since sekarang ada kurenggg sikit nyopping di Zalora coz barang barang kat situ mcm dah semakin naik harga je. Plus voucher code dia pun sekarang minimum order untuk guna voucher code pun dah semakin tggi.

Contoh : "This coupon code only valid for purchase above RM150"

Haaa..ala ala gitu lah. Bermakna kau kena spend RM150 above, baru dpt pakai. Memang tak lah zie nk nyopping. Unless utk raya. Hihi. Berbalik pada Shopee ni...kat sini best. Konsep dia similiar dgn lelong. Cuma takde bidding period je lah.

Kira pelbagai brg yg sama di jual but lain lain harga. Because seller lain lain maaa. If kau bijak, kau cari ler harga yg offer murah.






Kali ni zie rembat Pineng 2in1 Charging Cable ni. Yang ni, Zie beli bagi husband. Niat hati nak aje ambil yg ni utk diri sendiri. Sebab merah maaa...hehe. Tp apa kan daya,cable putih tu hadiah hari jadi in advance. mana leh tukar tukar kan. 

...kecik hati colleague yg memberi nanti. Hehe. By the way, cable ni kan... kalau kau beli di Boulevard IT (di kuching la ea), RM29 harga benda alah ni. If beli di kedai handphone di Sukma Ria, RM23.

But di Shopee ni, hanya RM20 je. Since sekarang Shopee on Free Postage, consider murah ler yg ni if dibandingkan beli di kedai. Hihi. Original okeh. bukan tiruan. Love it!




Organik Chia Seeds + iPhone 6s Plus Casing



Puas mencari di Kuching... Errr...jumpa memang jumpa. Tp bapak giler mahal weh. Yg sebijik dgn packing n brand ni, hanya ada di jual yg size besar je.Lupa plak brapa grams or kilo. Yang ingat hanya harganya je...hehe. RM80++

...kau tahu aku lah kan uols. If mahal² gitu, ibarat kau makan duit. So tak kuasa nak beli. But that day, since blogger Ardini Humaira kenalkan Zie dgn shopping mobile apps Shopee, jumpa benda alah ni. Happy weh. Murah plak tu...




Sebelum raya dah sampai sebenar. Hihi. Mlm ni placed order, esok dorg proceed order and pos... lusa terus sampai. Bapak giler laju weh. Thumbs up kat seller Chia Seeds ni. Laju service dia.




Ginie ler rupa Chia Seeds tu. Sangat bagus kebaikkan pengambilan Chia Seeds ni taw. Uols boleh google kebaikkan makan Chia Seeds ni ek. Oh ye, for sure uols nak tahu how much kan.. kann. Hehe.  Untuk Chia Seeds bungkus kecik ni in where kandungan seeds dia 168g + 34g (free), hanya cost me RM19.90 je.

...Since zie new customer, Shopee ada bagi RM10 voucher code with minimum order RM20, baru boleh guna diskaun code tu. So zie belikan iPhone casing untuk cukupkan kuata. hehe.


Inilah dia iPhone 6s Plus casing yg zie order tu. Zie beli jenis 360 full protection warna hitam. Mula² ingat kat belakang casing tu nak modified tempek bling²...alih² tak jadi. Tak lawo...hahaha. Sudahnya pakai mcm tu je. Legam pun legam ler. Janji simple...hihi

...so bila dah guna RM10 diskaun voucher tu, untuk Chia Seeds, Zie hanya bayar RM14.03 dan untuk iPhone casing tu, zie hanya bayar RM9.87 je. Murah kannnnnn. Suka! Hihi. Bukan online shoppaholic, di nasihatkan uols nyopping di Shopee apps...lalalala :P

Manager dan adik ipar boss Zie dah terjebak dah dgn Shopee gara² zie... haha! My bad ^_^