Mikayla Tolak Menyusu Botol


Nak dijadikan cerita... sehari sebelum Mikayla masuk nursery dan Zie start bekerja selepas 3 bulan cuti bersalin, tetiba Mikayla tolak menyusu botol. Gundah gulana hati beta! Huhu. Before this okay je dia menyusu guna botol. Apa lagi bapak dia, membebel dia kat Zie coz Zie selalu breastfeeding Mikayla.

Kadang² je zie bagi dia susu botol. Mula ler zie panik. Nangis dia bagai apa. Sanggup dia tidur lapa daripada susu dgn botol tu. At first, tak sure...sama ada dia reject botol or reject susu Anmum tu. Nak tukar susu, sayang...ada 4 kotak belum di bukak lagi. Baru je beli utk stock. 



Nak dijadikan cerita, Zie ngiyau ler di FB tentang kerisauan Zie ni. Sorry, status dalam bahasa Sarawak. Diharap uols paham. Hehehehe. So ramai FB friends suggested Zie untuk tukar botol susu. Dorang suggest botol susu Pigeon SofTouch™. Malam tu juga Zie keluar pi beli. 




Zie beli size kecik je dulu. Sebotol je dulu try. Takut nanti kot² Mikayla tak nak...tak gak membazirkan. Macam botol susu Tommee Tippee tu, 2 botol iols beli noks...huhu. Tapi takde lah membazir mana pun. Zie jadikan tempat letak susu badan yg dah di pump je. Nasib aritu ada beli Tommee Tippee Leads.

Ingatkan jenama Pigeon ni, jenama yg murah² je.Ingat murah lagi dari Tommee Tippee.... sekali tengok, RM49.90 kau! Hambih!...huhu. Mahal lagi dari Tommee Tippee rupanyaaaa.. Uwaaaaa! Jangan kau tengok pada botolnya yang tak cute....terus assumed murah. Haha. Kalau yg botol 9oz tu, RM79 okeh...mampus aku! haha

Takpe...demi anak. Janji dia nak isap je. Jangan tak nak plak, kan.




Sampai rumah, terus cuci, rendam dgn air panas kejappp je. Sebab tak sabar² nak bagi Mikayla try. Sekali je sua.....terus kooooo dia hisap! Phewwww....lega mak nak. Kalau tak, rasa nak nangis je. 




Tengok tu, laju je dia hisap. Haus & lapar ko dia. Kesian. Meaning memang dia tolak botol susu, susu Anmum tu dia still nak. Lega.... Biarpun botol susu tak comel, takpe...yg penting quality dia comel sampai hendak baby kite isap dia. Hihi

So uols, highly recommended botol susu Pigeon SofTouch ni. Memang lembut sangat puting susu tu sampai tertipu baby kite ingatkan itu puting ibunya. hihi.1 masalah selesai sudah. 



Now Mikayla ready to go to school! weeehoooo.... ♥





Bila Anak² Terpaksa Di Hantar Ke Nursery...


Sebelum raya yg lepas, last minute zie cari nursery gara² personal babysitter yg sedia ada masa tu tetiba bagi tahu yang dia nak balik kampung & berhenti kerja sebab nak jaga bapak dia sakit & anak kakak dia. Nak tak nak...redha jer zie.

Tak nak cari personal babysitter yg baru (before this babysitter datang ke rumah weols untuk jaga Irfan), better weols hantar je ke nursery. Senang lagi. Takde istilah babysitter jadi "raja" plak. Kesian emak...end up dia juga yang jaga Irfan walaupun dah ada personal babysitter. Bukan nak jaga Irfan bebetul, sibuk dengan hp je 24jam. Live FB la, TikTok la, Video call la...whatsapp la.

Kang kata makan gaji buta nanti, marah. Dah dah...enough membebel. Benda dah lepas.




His first day going to nursery. Muka tu... sejujurnya uols, Zie kalah... kalah sangat² bila tengok muka anak² sedih cam. Terus rasa down giler Zie. Terus rasa berdosa sangat² sebab tak dapat jaga dorang 24jam. Belum lagi part dah reached nursery centre then cikgu² kat sana ambik dorang...

...tengok reaksi Irfan menangis bagai apa. Ya Allah...pecah sangat² hati Zie. Automatik Zie plak yg bertangisan dalam kereta sambil driving. Jiwa kacau sampai ke petang. huhu. Now baru zie rasa apa mak bapak yang lain bila hantar anak² dorg ke nursery.




Mikayla plak okay. Tenang sikit jiwa zie. Mikayla tak banyak ragam. Camne dia time zie jaga dia sepanjang Zie cuti bersalin selama 3 bulan dulu....camtu lah perangai dia di jaga cikgu² dia. Syukur. Syukur gak Mikayla jenis baby yang nak kat semua orang.
Allah permudahkan urusan penjagaan dengan Mikayla. Tp dengan Irfan, Allah uji Zie. Setiap hari Zie nangis sepanjang perjalanan gi kerja selepas hantar dorang dua. Sedih tak terkira. Macam² bermain di fikiran Zie dengan Irfan. Cukup ke dia makan kata situ, bila dia nangis...dapat ke dorang pujuk, part tidurkan Irfan plak....aduhai... macam² bermain di fikiran zie.

End up...buat Zie rasa nak resign.... Jiwa Kacau Sekarang :(



Perkenalkan Baby Nur Mikayla ♥



Throw back entry... hehe. Baru ada masa nak taip story after almost 2 months beranak. Pepaham je lah, once kau dah ada a newborn...di tambah lagi abang dia baruuu jer umur 1 tahun 4 bulan time tu. Chaotic weh. Huhu. 

Tarikh zie perlu admit di SGH pada 18.3.2019. So sebelum tarikh tu, awal² Zie dah ready benda alah untuk di bawa ke hospital. Susu fomula tu Zie seludup (nasib ler nurse tak buat sport check...hehe), in case susu badan belum ada lagi sebab based on pengalaman terdahulu, lambat koooo susu badan nak produce. Huhu.


Lagi² if kau beranak elektif czer ni. Sebab badan belum lagi ready nak beranak, dah di keluarkan baby. Hihi. So awal Zie seludup susu anmum tu. Dalam bilik, senang nak curi² bagi baby nyusu benda alah tu nanti. Hehehe




Ni rutin check up biasa, sebelum admit masuk ward Maternity. Excited kooo aku uols. Tak sabar nak tengok & peluk si bungsu Zie tu. Last zie akan pijak tempat ni lagi utk beranak. BTL terus lepas ni atas nasihat doktor.





Doktor yang perempuan tu lah yang akan bedah Zie keesokkan harinya. Dr. Leong May Shi nama dia. Zie sangat sangattttt puji Dr Leong ni. Why? 1st, sebab dia sangat sangat friendly. Dia siap tanya Zie nak jahitan macam mana, nak tak skin to skin contact dengan baby. 

Inilah pertama kali doktor yang akan bedah Zie tanya Zie gitu. Before this, dorang decide sendiri dan Zie tak pernah skin to skin contact dengan baby (yg letak baby di dada tu, cam beranak normal tu). Syukur...yg terakhir ni, akhirnya zie dah rasa gak pengalaman gitu.

Selalunya nurse akan sua je baby kat muka Zie utk zie cium cium je. Langsung Zie takde peluang nak peluk dia di dada. This time...alhamdulillah, merasa gak iols ♥ Thanks Dr. Leong!

Untuk jahitan czer tu, zie nak jahitan yg akan di buka selepas 7 hari tu. Hairan nurse di KKIA why zie nak jahitan gitu sebab kebanyakkan mommies yg lain, dorang more prefer jahitan yg tak perlu dibuka² lagi. Well...Zie kan special sikit orangnya. Hahaha!

Takde lah...sebab sebelum ni, kedua² jahitan czer zie dulu jenis gitu. Coz kali ni nak gak stay jenis gitu. Confident sikit zie luka czer tu tak terbuka. Hihi...jangan ditanya kenapa berfikiran gitu weh. Haha





This part i hate it soooo much. Huhu. Masukkan tiub tu lahhhhh yang...aduhaiiiii. Takpe takpe...last dah ni ^_^ Yang ni sebelah kiri. Masa kat OT, tgn sebelah kanan doktor pasangkan tuib ni gak. Untuk emergency case katanya if suddenly Zie alami pendarahan. So tiub di tangan kanan khas untuk tambah darah jika perlu. Sakit oiiiiii doktor tu pasangkan..haha. Bukan Dr Leong pasangkan, Doktor lelaki....lupa dah nama.

Sebelum pasangkan tuib di tangan kiri, nurse suruh Zie mandi dulu and then start berpuasa pada jam 12am, mcm biasalah.. Sebab jadual czer Zie awal pagi. Pukul 8am. I am the first case you you. Happy! Hihi

Time ni, memang excited giler. Tak sabar nak beranak. Oh ya, tanda² nak beranak langsung takde. Time ni Zie dah 39 weeks 1 day dah. So tarikh beranak Zie as per planned by doctor lah -- 19.3.19. Cantik kan tarikh lahir anak dara kite....hiksss




Disebabkan Zie ada asthma, sebelum ke OT (yg ni pada hari selasa, 19.3.19), nurse bagi Zie nap dulu. Takut tetiba kena serangan asthma plak time tengah di bedah. huhu. Sempat lagi koooo Zie snap. Hahaha!




Alhamdulillah, almost sejam di OT...akhirnya lahirlah my one and only daughter, Nur Mikayla pada pukul 8:53am pada hari Selasa, 19.3.19 ♥  Pada pukul 11:30am, baru Zie dihantar ke ward bersalin. Sampai je kat katil, husband terus azankan baby Mikayla. Pengalaman terakhir mu duhai suami ku...Lepas ni mana ada azankan baby lagi. hihi

Actually GL husband Zie, Zie patut masuk 2nd Class Room. Tapi memangkan kes Zie perlu pemantauan selama 24 jam, Zie diletakkan kat luar....depan meja nurses & doktor...huhu. Payah weh, nak curi² bagi baby Mikayla susu anmum! haha. Sudahnya, bila Mikayla nangis teruk, baru nurse ambik bagi susu kat nursing room. Huhu

Selepas 24jam lepas czer, baru Zie di masukkan ke dalam 2nd Class Room. Alhamdulillah...lega rasanya. Terus kooo Zie bagi Mikayla susu anmum tu. Kehausan anak dara Zie tu. 




Akhirnya, ada gak Zie buku baby warna PINK! Alhamdulillah. Terima Kasih Allah pinjamkan Zie dan husband anak perempuan untuk dijaga dan disayangi ♥ 




Like always, injection untuk cair darah untuk Zie inject setiap hari selama 10 hari. Di hospital dah start dah self injection...sebab Zie pilih injection yang dihasilkan dari DNA khinzir. Tapi lepas melalui proses saringan demi saringan, takde dah DNA  khinzir tu. Gitu lah dorang explained.

Takpe, Islam itu indah. Untuk perubatan, ada kelonggaran. 





TADAAA!!! Baby Nur Mikayla binti Mohamad Abdillah ♥
Masa ni masih kuning dia. 3x je check kuning dia, syukur...cepat dia sembuh dari Jaundice dia. Gambar ni masa umur dia baru 8 hari 




Ni gambar dia masa umur dia baru 14 hari. 
Dah mula membulat dah dia. Hehehehe



ni plak gambar dia berumur 1 bulan 10 hari. Masih dalam pantang lagi dia time ni.




Yang ni plak gambar di paling terkini. Baru je malam tadi Zie ambil gambar ni. Umur -- 1 bulan 23 hari ♥ Semoga membesar menjadi seorang anak yang solehah, bijak, berbakti kepada orang tua dan sopan. InshaAllah..




Pergi Sekolah Elok Je, Tetiba Demam



Ni masa awal pagi Zie hantar dia ke sekolah dia. Elok je dia ceria dan tak demam. Maybe time tu belum start panas kepala dia kot. Consider Mikail baru² nak rasa tak sedap badan. No wonder lah time mandikan dia, dia ada kata dia demam and nangis. Bila Zie rasa kepala dia, tak panas pun.

...so Zie assumed dia malas nak ke sekolah. Kesian dia. 




Dalam jam 11am gitu, Zie terima Whatsapp dari Cikgu kelas dia mengatakan dia demam. Kuat panas kepala dia kata cikgu dia. Terus lah gelabah Zie pecut kereta fetch dia. Less than a week dari demam....demam lagi. Alahai... risau di buatnya.

Kali ni hilang selera makan dia.







Sampai je kat rumah, terus tukar baju and terus pecut ke KPJ Specialist Hospital untuk pead dia sendiri check up dia. Tak nak dah bawa dia ke klinik biasa. Risau coz kurang seminggu baru sembuh dari demam panas, dah kena lagi. Emak mana yg tak risau kan.

Lepas doktor check dia, doktor suruh pantau demam dia. If tak turun dalam masa 3 hari, then come back lagi jumpa dia. Syukur, keesokkan hari dia dah okay sikit. Lepas tu Zie terus suruh dia rehat selama seminggu je lah. Tak nak dia demam balik gara² tak cukup rehat dari baik demam.

Zie paling takutif Mikail demam. Mikail ni once kena demam, suka nak sampai seminggu lebih dah panas dia tahap menakutkan. Memang tak tidur malam berjaga dia. Syukur kali ni less than 3 days je. So far dia skrg zie bagi makan vitamin Scot's Emulsion je. Utk imune sysem dia.



Masalah Eczema Mikail : Try Cetaphil Pula



Zie kan uols, kekadang geram & frust gak kooo dengan masalah eczema Mikail ni. Pantang salah makan, pantang salah mandian....sure teruk lerrr kulit dari dry dan gatal². Mati kutu dah Zie. Sebab sebolehnya Zie tak nak arrr keeps on sapu ubat dari klinik. Since ramai yg kata Ceptahil bagus utk eczema, then zie try la.




Nasib di Watson ada jumpa this trial Set. Less than RM12 harga dia. So gigih try sapu. 3 hari je zie try....aduhaiiiii, semakin tak elok jadinya. Makin teruk! Tak sesuai kulit mikail dgn cetaphil. Huhu. Before this Sebamed pun dah try, tak okay gak. Rosken pun dah....sama.

End up Zie decided, no choice...terpaksa ambil lotion & cream gatal dari Dr Chen, skin specialist dia. Tak sanggup dah zie nak buat try and error lagi dah kat Mikail. Kesian dia. Dia bukan bahan uji kaji. Harap in time, hilang masalah eczema dia ni.

In the meantime, zie just stay je la guna lotion dari klinik pakar kulit tu. More better dari tengok kulit anak semakin hancur. haishhh. Stress hakak

Mee Kolok Warung Kak Bedah


The power of viral.... hehe. Gara² ramai nah tengok post warga kuching di news feed FB post mee kolok di Warung Kak Bedah ni sedap giler.... apa lagi mak buyong yang suka makan niiiiiiii. Terus lerrr craving weh. 1st attempt ke situ, TUTUP. Huhu. Sebab pergi hari Ahad....dorang tutup setiap Ahad.

So Isnin malam lepas balik kerja ler weols sekeluarga kat situ. Nasib weh pergi awal. Kalau tak...kempunan lagi coz dah full house dah. Time weols datang pun, kebetulan ada 1 keluarga ni dah selesai makan n cepat² blah. Kalau tak....merasa kooo mak buyong nangis kempunan. Haha




While waiting ~ Selfie dengan my dear cousin merangkap babysitter anak² Zie ♥ Manis orangnya kan.





Teh Tarikh Peng! Tengok buih dia tu....fuhhh! Kaw rasa dia! Sedap! Penyumbang gula dalam darah ku. Hahaha. Takpe, lepas ni iols minum aek kosong bykkkkkk bykkkk.




Inilah mee kolok yg viral tu. Sedap! Tapi bagi Zie lah, still tak dapat tanding Mee Kolok Mangkuk Merah. Sambal kicap dia power giler weh. Yang di Warung Kak Bedah ni, sambal kicap dia bagi Zie so so je. Maybe sebab zie ni jenis kuat pedas kot.

Bagi yg lain, pedas giler dorang kata. Bagi zie.... biasa je. Hahaha. Sedap tu, yup...memang. But for me, still Mee Kolok Mangkuk Merah di hati. Hihi





Husband makan kemudian. Since baby chair takde kat warung ni, terpaksa bergilir makan sebab nak bawa Irfan sekali gus bagi Irfan makan gak. So tu tugas bapak dia. Zie makan dulu. 





Berselera je dorang makan. Hihi. So uols dari Semenanjung, kalau berkunjung di Sarawak...wajib pergi makan Mee Kolok di Warung Kak Bedah (Lokasi : Belakang Matang Mall) dan di Mee Kolok Mangkuk Merah (Lokasi : Kubah Ria Food Court) okay.

Kalau nak ke Mee Kolok Mangkuk Merah tu, jangan pergi terlalu awal. Dorang lambat bukak. After 9pm baru pergi....okay.




Maternity Leave Untuk Eskinol by Zie Madini Online Store


Khas buat customers zie dari Eskinol By Zie Madini facebook page, online store Zie akan zie tutup selama 1 bulan 14 hari bermula dari tarikh 18.3.2019 - 30.4.2019 sebab nak beranak dan berpantang time tu. Online business zie akan resume back on 1.5.2019 ye. 

18hb tu, Zie dah admit masok sepital dah. 19hb plak... Zie akan di beranakkan secara caesarean ^_^  Doakan semoga dipermudahkan urusan zie bersalin nanti ye uols. Thank you so much in advance. XOXO.




Cuba Foot Reflexology di Tribal Remedy



Sejak kandungan masuk 9 months (sekarang dah 38 weeks 3 days) ni, kaki ni....especially part betis, tapak kaki dan tumit.... aduhaiiiiiii, sakit tahap ya ampunnnnnn. sakit lenguh² gitu. Tegang urat + angin, mana tak nya... berat dah cecah 80kg, then size kaki plak Size 5...kaki kecik tampung berat over weight....mana taknya sakit all the time kan. Huhu.

Actually Zie selalu berfoot reflexology di Rene Beauty Centre di MJC Batu Kawa, Kuching. Selalu buat kat situ coz 1st, harga murah. 2nd Masa urutan lama. Hihi. Thats why. Tapi jauh lah dari office zie kerja. 

Memandangkan zie nak buat during lunch break. so terpaksa ler try Tribal Remedy ni sebab tak tahan dah. Lenguh selenguh lengguhnya dah kaki. Nak melangkah pun tak larat je. huhu. So booked ler slot untuk Zie during lunch break.






Environment dalam centre ni, cantik sekali!






Urutan, sedap giler. Agnes nama kakak tukang urut ni. Pandai dia urut. Tp tu lah, cam tak cukup je masa 1 hour tu. Rasa nakkk je nak tambahkan lagi ½ hour. Kalau lah tak kerja time tuuuu...heavennnnn! Hihi. Lunch break office weols hanya 1 hour je koooo uols. 

Nak buat camne kan.




Ni dia harga massage dorng buat. Zie buat Foot Reflexology untuk 1 jam je. RM38 fee dia. Kalau kat Rene Beauty... dorang rendam dulu kaki kita selama 10 minutes. Then baru dorang start urut selama 1 jam 20 minit. Fee dia hanya RM25 je. 

Murah kan? Sebab tu zie selalu buat kat Rene Beauty tu. Tp environment dia tak lah secantik di Tribal Remedy ni lah. Hihi. Apa² pun, this 3rd pregnancy...memang sakit all the time je zie. Huhu. Macam² gak dugaan dari segi health dan kehidupan. Fuhhh....




Throw Back Entry : CNY Visiting Yang Terbantut!


On the 5th day on CNY yg lepas....since Zie dah sembuh dari Asthma, as planned...weols berempat sekeluarga semangat koooo nak visiting CNY. Kiranya ke rumah semua colleagues yang ke rumah Zie time hari raya tahun lepas. Berbalas kunjungan maaa. Tak aci ler if dorg je sibuk visiting, tp time perayaan dorang, kita tak visiting. Niat memang target nak kumpul Ang Paw untuk anak² ye. Suka suka tabiat kumpul ang paw tu. If ada, rezeki...if takde, takdenya nak berbunyi "Ceh...takde ang paw."

Oh ye, Zie dah hubby warna tema purple black. Anak² plak warna red black. Hihi.



Si kecik Irfan tengah nyenyak tido. Sebelum mulakan visiting, weols sekeluarga gi brunch dulu. Lapa. Sebab nak masa visiting CNY, sah sah lerrr minum air soda & biskut² kekacang etc je kan. So, brunch duluan since belum breakfast, tu yg brunch terus.





Si adik main chopstick & sudu




Si abang layan Mobile Legends.... ZzzZzz.




Like always, ke rumah geng keras dulu. Lepas ni dia akan ikut kami ke rumah colleagues yg lain. 







Rajin amoi ni melayan my boys. Hahaha. Nak dijadikan cerita, dah cantik² kooooo weols semua planned. Lepas dari rumah ni, ke rumah ni...then ke rumah ni so and so lah. By the time weols nak gerak ke 2nd house.... baru je nak kuar dari rumah amoi ni, terus husband terima on call duty.

Haishhhhh! Spoil the mood terus. Penat² taw melawa. Ini lah yg payahnya when u are married to a policeman...uwaaa! part dia on call duty tuuuuuuuu lah yg amat menyakitkan hati. Kalau di rumah je, no hal. Kalau kena macam ni, tengah kuar jalan² spending time dgn family....alih² dapat on call duty, ko ghase?

Redhooo je laaaa jawapnya. Nak buat camne, dah nama kerja kan. So terpaksa lerr say sorry kat Beverly & Pei Shi...dorang terpaksa visiting berdua je tanpa weols. Huhuhu. Next year je lah weols visiting sama². What to do kan....



Surprise Gift Buat Husband : Air-Val Spiderman Gift Set - EDT




A surprise gift for dear husband ❤️ Letak di driver seat, then bila husband nak pergi ambil Mikail balik sekolah nanti... then, SURPRISEEEE!!! Hehe And yes, he is surprised. Terharu dia 😅 Bagi dia hadiah kejutan ni takde apa² sambutan. Memang sesaje je nak bagi dia.

....untuk mengeratkan lagi kasih sayang weols laki bini. Tak perlu tunggu apa² occasion baru nak bagi hadiah kooo. Hari² biasa pun boleh.





Zie belikan dia set ni. Lama dah dia idamkan Air-Val Spiderman Gift Set - EDT ni tau uols. Zie sesaja je buat buat tak layan bila dia cam berbunyi "Sayang... nanti birthday saya, saya nak set ni boleh?"... then saya eksen² ler jawap... "Bukankah perfume awak masih byk lagi di rumah. Jangan membazir."...

....padahal memang dah plan pun bila nak beli dan surprise kan dia. Haha! Actual birthday gift dia untuk 9th April ni...benda alah lain. Yang tu lagiiiii lah dia suka sampai ke bulan nanti kot. Hahaha.




Babysitter Baru Irfan




Like always, throw back entry. Hihi. Ni story masa 2nd day of Chinese New Year awal bulan February lepas. Masa ni weols tengah on the way balik kampung. Last minute koooo.... berebut² berkemas. Ambil peluang time cuti CNY. Husband plak, venture je la dia ke luar daerah tanpa submit borang cuti ke luar daerah. Nasib dia tak on call duty time tu. Kalau tak....abeh laaaa.

Why rushing balik? Sebab kena ambil kazen zie (belah emak zie) di kampung untuk jaga Irfan dan baby. Babysitter yg sedia ada berhenti kerja. Ada story gak disebalik why dia berhenti kerja, kalau ikutkan deal, in March dia last kerja. If dia still nak sambung jaga....in June baru start lagi.

Apa story disebaliknya, biarlah weols sekeluarga je tahu ye. Hihi. For me, we as her boss berhak letakkan syarat since gaji di demanded terlampau tinggi. Dan dia as a worker, yup...hak dia untuk end her service sekiranya rasa syarat tu dia tak berkenan. 




So back ke story balik kampung ambil kazen zie tu tadi, memandangkan jadi dari Serian - Sri Aman tahap yaaaaa ampunnnnnn, teruk bebenor jalannya. Kan zie dah sarat mengandung.... tak dapat koooo drive laju² & terhentak kuat. Sudahnya dari pukul 10am gerak, sampai Sri Aman pukul 3pm. 5 hours journey...ko ghase?

Tu belum sampai lagi tu. Baru half way. Dari Sri aman, ke Engkelili/Lubok Antu plak tu....Aduhai. End up,  pukul 5pm baru weols finally sampai kampung halaman emak zie. Tak sempat plak nak ambil gambar kampung. Rushing. Hihi.

Almost 1 hour di kampung, then weols terus gerak balik Kuching. 6pm gerak sampai Kuching 11:30pm....bayangkan. 12 hours plus journey overall. Giler letih weh. Dahlah esok kerja dan zie tak sihat sebab dari day 1 CNY, zie memang kena Asthma dah. So end up, ambil emergency sick leave koooo aku. Huhu









Tadaaaa! Ni ler dia my new babysitter merangkap kazen sendiri. Christina Mandang nama dia. Syukur sangat² Allah swt permudahkan pencarian babysitter. Kalau tak risau zie. Berhenti kerja is not an option bila kau banyak commitment dan kau ada emak untuk kau sara. Takkan nak semuanya bergantung dgn suami. Kesian suami. Mampu dia tanggung kami sekeluarga, part tanggungjawap Zie dari segi kewangan untuk emak zie.... tak mampu dia nak bagi sebanyak yg zie bagi & support emak zie setiap bulan. Dahlah Mikail ke sekolah swasta...paham² je la perbelanjaan yuran bulanan sekolah swasta. Bayar rumah & kereta 3 buah lagi...bills lagi. Takkan nak harapkan suami je.

So zie tak nak pentingkan diri sendiri, Zie still ada tanggungjawap. So... resign is not an option. Syukur sangat² kazen zie ni dia tak demand gaji. Dia terima je brapa weols kami ikut budget weols. Alhamdulillah. Terus dapat babysitter yang dapat tolong zie jaga anak² siang dan malam. Felt so thankful. Ditatang bagai minyak yg penuh! ♥

Awal Zie gtaw dia, termasuk tahun ni...contract dia dengan dia selama 4 tahun je. Kira dia hanya jaga irfan & baby utk Tahun 2019 & 2020 je. Tahun 2021, Irfan dah masuk tadika Tahun 4. So tinggal jaga anak dara zie tu je sampai lah baby NM masuk tadika. Lepas tu andai kata dia tak nak cari kerja lain and nak balik kampung je....then up to her lah.

Harap berjalan lancar semua yg di rancang ni. Amin.