Buy 1 Free 1... WOW!





Semalam lunch break, tetiba je last minute Zie ajak Mira (kawan seopis Zie), keluar shopping. Nak beli kasut tumit tinggi (ceaaaa....cam skema je kedengaran, kasut tumit tinggi ah...haha). Semua heels Zie ROSAK! Badan still elok, getah tumit yang bermasalah. Repair juta kali, juta kali gak tertanggal lagi. If getah tumit elok, tapak dalam kasut plak tertanggal.

Kesian heels² kite. Hampir setahun dia tak di pakai²...mahunya tak rosak. Memangkan dah takde lagi kasut untuk pergi kerja. Menyopping ler jawapnya....guna masa rehat tengah hari je. Baru aman sikit Zie beli barang Zie




Mula² niat nak beli pump heels di H&M je...kot kot ada jenis Zie selalu pakai. Bila lalu si butik kasut SOS, tengok ada offer Buy 1 Free 1....apa lagi, terus ler skodeng tengok. Tak pernah Zie masuk butik kasut SOS selama ni tau. Inilah pertama kali. Selalunya ke butik kasut Charles & Keith, Aldo, Guess and Heatwave je sebelum ni.

...but now, sorry lah. Tak kuasa nak bazir duit ratus² over sepasang kasut. Haha. Insaf dah Zie koooooo uols. Sekarang Zie tak kisah dah apa brand, janji tahan lama dan cantik. That's all ♥ Cubalah dari dulu lagi Zie ginie².... byk saving dah kot rasanya. HAHA




Sementara tunggu sales assistant ambil stock size kaki Zie. Mira candid rupanya. Haha. 




Orang tengah try boots orang...pun dia candid rupanyaaa. Gitu rupanya iols dari belakan.. Adoiyai. Nampak berisi. huhu. Takpe, baru je beranak....bluekss :P




Tadaaaaa! Dua heels ni Zie rembat. Sepasang jenis Pump Heels dan Sepasang jenis Boot Heels. Before this setiap pasang kasut ni, RM100 plus taw. Since dorang tengah buat stock clearance dan promotion Buy 1 Free 1.... 2 pasang kasut ni harga berharga RM79 sahaja okay. RM79 SAHAJA!

....bermaksud sepasang hanya RM39.50 sahaja. WOW! Murah giler!




Zie ni ada cerewet sikit bila nak beli high heels. Zie akan make sure heels dia jenis plastic ataupun fabric, macam dalam gambar tu. Secantik mana tu kasut tu, if heels dia jenis PU Leather (kalau real leather, memang tahan lah tp Zie tak mampu beli...haha)... sik tak akan beli. Why?

....sebab, if heels dia jenis PU Leather tu...tak sampai seminggu Zie pakai....dah macam apa entah rupa heels tu. Kaki Zie ni jenis ganas. Kalau jenis plastick or fabric cam tu....takde lah immediately rosak. Tahan lama ler jugak berbanding PU Leather tu.

So tips dari Zie if nak beli kasut tumit tinggi sekiranya uols jenis kaki ganas macam Zie ni.... belilah tumit jenis plastic/fabric. Pssstt....4 inch tau ketinggian heels tu taw. I LIKE! Dari dulu sampai sekarang still suka pakai heels.

Cuma sekarang dah ada anak²... tak dapat dah Zie nak pakai platform heels. Ada kang tersungkur nanti time nak kejar anak² or gendong anak. Huhuhu...






Koleksi Gawai & Raya 2019 Kad Starbucks


Zie kan Startbucks Cards collector, Wajib koooo bila starbucks keluarkan kad perayaan, iols pi merembat. Hihi. Cantik tahun ni kad Gawai dorang. RM50 upon activation. Mula² nak beli Gawai & Raya.... tapi bila dengar activation dia RM50 satu, terus jadi cam...errr errr, berkiranya nak keluarkan RM100 one go. hahaha.

....tapi sebenarnya tak rugi pun. RM50 tu kita boleh pakai buat beli makan or barang di Starbucks. Ala...macam topup coupon gitu (info utk yg tak tahu pasal starbucks kad ye uol. Yg dah tahu, duduk diam² sana. hehe)




Jumpa budak comel ni di Starbucks. Hi Tara sayang! Actually memang nak meet up dengan abang Minie Zie kat Aeon mall. Senyum jumpa dorg, weols singgah kejap kat Starbuck sebab nak beli kad tu. Tak sangka plak dorang ke situ gak...




Si periang Tara! Happy je dia ketawa² lari². Excited dia jumpa kazen² dia. Hihi




Pandai dah dia berbual² dengan abang Mikail dia. Tapi abang Mikail dia satu pun tak paham apa Tara kata. Tapi dia layankan aje. Haha. So cute weh!






Syukur kali ni tak mengamok anak dara Zie ni kuar jalan² shopping. Ada ler dia terngekkk ngekkk sekejap. Terpaksa ke Baby Room sekejap bagi dia menyusu. Lepas tu okay dia. Kenyang ler tu. Once kenyang, senyap....pastu, tidur! Hehe




Pssttt.... Yayyy! Raya kad Starbucks saya. Husband belanja. Apa dia letih dengar Zie dok mengomel je tentang kad starbucks tu. Terus dia kata, "Beli lah. Nanti saya bayar..." Wahhh...terus happy iols! haha.





Dah RM0 duit dalam card tu, baru ler masukkan ke dalam Starbucks Card Album Zie. So far gitu je zie buat. Belum ada masa nak berkraf sangat. Okay ler gitu je daripada letak sana sini. Kang hilang, nangis.





Jadual Diet Style Intermittent Fasting Saya


Start sudah Zie berIntermittent Fasting ^_^ Mana taknya, tak tahan ko kaki ku yg bersize 5 ni hendak menampung berat badan 67kg ni. Asyik asyik, sakit kaki. Asyik asyik, sakit kaki. Letih nak ke foot reflexology tiap minggu. Sayang duit koooo. Sekali pergi dah RM25...kalau dah tiap minggu? You do the math lah. Baik simpan buat tabungan, iyer idok? Huhuhu.

Untuk kesihatan diri dan keselesaan diri, bermulalah sudah Intermittent Fasting diet iols. 






Nak get back this 55kg looks lagi. Dulu kan, time zaman berat 55kg ni, suka nah mengomel diri gemuk la...nak diet la. Now bila tengok balik gambar ni, betapa Zie menghargai berat 55kg ni. dah cukup kurus dah di mata Zie. 55kg adalah ideal weight untuk ketinggian Zie yang 160cm ni.

Takpe, pelan² kita berdiet cara sihat. If dah dapat berat 59kg, syukur nah dah oi. Hehehe. If dah capai target berat sekian sekian, next akan target flat tummy plak...lalalala. Chaiyok Zie! You can do it.





Minggu Orentasi Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman-Ya'kub


Ni post throw back awal tahun 2019 ni ye. Haha. Time Mikail still di minggu orentasi di sekolah dia. Pakai seragam sekolah dia ada 2. Uniform & Jubah. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat... dorang wajib pakai Jubah. 

Then setiap Selasa dan Khamis. Dorang wajib pakai Uniform sekolah. Setiap hari Selasa, ada swimming class. dan setiap hari Sabtu, ada kelas Teakwondo. Kehadiran wajib. 





Salah satu aktiviti time minggu orentasi dorang. Buat tempat letak pensil. Cute!Lupa plak nak gmbar versi mikail buat. hihi.





Ni plak sesi belajar sambil tengok Tv pengajaran. Ada nama Ustaz dia sebut. Lupa...hehe. 




Ni plak sesi Kesenian.




First time ambil dia di sini, jemmed gilos! huhu






Menyempat dia bermain di Playground sekolah. Time budak² main ni pun, ada cikgu yang awasi. Semua pergerakkan anak murid, cikgu pantau. So takde isu buli membuli...inshaAllah. Salah satu gak sebab why zie hantar Mikail (Irfan & Mikayla pun akan Zie hantar ke sini gak, Semoga dorg lulus ujian kemasukkan), untuk elak dia dari kes buli.

Kan zaman sekarang ni semakin berleluasa je isu buli ni. Risau! Sebab tu bila dia nak masuk Tingkat 1 nanti, Zie risau...huhu. Takpe...still ada 5 tahun lebih lagi utk Zie start risau. Buat masa ni, just go with the flow, babe. hehe






Dia ni, asal Zie ambik dia balik jer, sure adaaaaaaa jer benda alah dia nak makan. Huhu. Kalau bapak dia, tak kosa bapak dia nak melayan. Haha. Zie, part makanan....tak sampai hati tak tunaikan permintaan anak. Makanan maaa...



Giliran Mikail Tak Sihat



Semalam, around 3:30pm macam tu... Zie terima whatsapp dari Cikgu Faris. Cikgu kelas mikail. bagitahu yang Mikail muntah² dan pening kepala. Zie paling susah hati bila terima whatsapp/panggilan dari sekolah, nursery & emak zie tau. Sebab if takde apa²...takde nya dorang whastapp or call. Huhu.

Cepat² Zie reply. Tengok cikgu Faris belum reply balik (tengah mengajar rasanya), terus Zie call dia. Huhu. Sebab nak tahu keadaan Mikail. If tak berapa lemah sangat, alang² sampai balik je. Coz buat masa ni pun Mikail tengah berehat kat Bilik Guru.




Cikgu Faris kata kelihatan lemah je dia. So terus Zie pi jumpa Miss Lu, minta kebenaran balik awal sebab nak ambik Mikail dari sekolah dan terus bawa gi jumpa doktor. Tengok muka dia, sedih & lemah nah kelihatan.

Baju sekolah tu plak, baju ganti yang pihak sekolah sediakan khas untuk murid² sekiranya baju dorang kotor. Ketara nah kurus Mikail ni. Part makan dia...aduhaiiiii, payah bebenor. 2-3 suap je makan, pastu kenyang katanya.

Bergaduh dulu Zie & dia, baru hendak makan banyak². Risau Zie part bagi dia makan tau. Ikut mood dia je nak makan. Hmmmm.





Sementara tunggu doktor panggil nama dia. Zie suruh dia baring dulu kat riba Zie. Sesambil Zie picitkan kepala dia,. Kesian dia, dialah satu²nya harapan Zie untuk tolong² Zie jaga adik or kemas mainan adik dia. Sebab kan bapak dia pergi OPS selama sebulan. 

Haaa...part husband gi OPS tu.... redho :( What to do, dah kerja dia. Letih giler Zie bila jadi 2in1 role. Zie lah emak, Zie juga lah Bapak. A to Z urusan keluarga dan anak² Zie buat sendiri. Letihnya... Allah je yg tahu.

Sesekali ada gak lah Zie merungut dengan husband bila Zie stress dan terlampau letih. Zie hanya manusia biasa jer....huhu.




Berbalik pagi story mikail. Lepas jumpa doktor tu, doktor syak dia ada salah makan. Sebab lepas makan tengah hari, few hours pastu dia muntah². Tapi syukurlah belum lagi sampai tahap food poisoning lah. Kalau tak...menjawap lerrr pihak sekolah if Mikail kena food poisoning. Sebab makanan, pihak sekolah yang sediakan.

Zie mintak sick leave dari doktor buat Mikail untuk hari ini. Dia okay dah, cuma Zie suruh dia rehat je di rumah memandangkan doktor pun dah bagi sick leave. Esok je dia ke sekolah. Semoga dia cepat sembuh. Risau Zie bila anak² tak sihat macam ni....




Hari Pertama di Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (MATTARY)


Ya ampunnnnn.... 6 months later weh, baru keluar entry ini. Hahaha! Awal tahun ni tadi letakkan gambar² je dulu. Penulisan, aku delayed sampai sekarang. Hahaha. Nak gak publish cerita dah basi kau. Untuk bacaan balik time Zie dah pencen nanti or dia sendiri baca time dia dah besar panjang.

Harap dia hargai penulisan emak dia ni. Berharga okay Mikail, moment ni. Ada gak bila emak dah takde nanti...if rindu kat emak, bukak ler blog mak ni or blog Mikail sendiri (ni blog Mikail Sendiri --> Mikail's Journey)... ibarat mak tengah bercerita dengan awak ye, nak. Hihi.


Okay, berbalik kepada story hari pertama dia ke Mattary. Wajib Zie sediakan sticker nama & cloth label nama untuk Mikail. Untuk label alat tulis, tilam, bantal, selimut dan baju² dia. Ramai ingat di sekolah asrama....tak lah, sekolah harian. Cuma sekolah ni sampai pukul 5:30pm. Kira seharian dia bersekolah....so ada time tido mandi bagai lah.




Budak Darjah 1 dah anak emak ni. Badan kecikkkk jer. Ye, sekolah ni sekolah swasta. Sengaja zie masukkan dia ke sekolah swasta sebab tak perlu sediakan bekal (sekolah provide makan; Breakfast, lunch & Minum petang), tak perlu bawa duit belanja (A to Z pihak sekolah uruskan).... dan reason paling utama adalah, Zie tak perlu risau di kat mana. Bermain ke or belajar sepanjang masa di berkerja. Hihi. 

Kan, bila Zie turun kerja... dia turun sekolah. Zie habis kerja, dia pun habis sekolah. So lega di situ. Tahu Masa 8 jam dia tu, dia guna khas utk belajar. Then time malam, kita kan ada untuk pantau pergerakkan dia. So belah malam, masa untuk dia berehat dan bermain. Sekolah dorang tak bagi kerja rumah unless ada kerja di kelas yang tak habis, then terpaksa siapkan di rumah belah malam.

Tapi sebolehnya cikgu² akan pastikan dorang siap di kelas so that takde ler kerja sekolah yg bawa balik. Coz pihak pengajar pun paham, dorang dah seharian belajar. Belah malam khas utk dorang rehat dan ulangkaji bacaan surah jer.



Kat tempat dorang ambil wuduk ♥ 






Fully air-cond kelas dorang. Siap ada locker untuk dorang. Jangan hairan tgk bag di letak bawah meja tu. Still baru² lagi. Dorang belum paham dan pandai tentang penggunaan locker. Haha. Sekarang semua dah terisi penuh locker tu.
Cuma buat masa ni, Zie tak benarkan Mikail tinggalkan buku² teks dan buka latihan dia dalam locker. Sebab zie belum pandai sangat nak uruskan sendiri. Maybe Darjah 4 or 5 nanti kot. Sampai dia betul² pandai uruskan sendiri...then baru zie benarkan dia letak buku teks & latihan dia dalam locker.

Buat masa ni, takpe...Zie uruskan ikut jadual. 




Di surau dorang ♥ Masa nak solat dhuha





Ni plak masa balik. Yang bestnya, ada cikgu dorang tunggu mak bapak anak murid masing² sampai. If semua dah sampai, baru cikgu balik. Tapi andai kata sampai jam 6:15pm, ada parents yang belum sampai lagi, anak murid akan cikgu hantar ke pondok polis. Then mak bapak akan ambil di situ.

Sekolah ni, Polis bantuan yg jaga. Secured sikit. Masuk keluar semua recorded. Parents semua di bagi sticker sekolah. If takde, then baru kena tahan dgn polis ambil nama bagai. Sayangnya sekolah ni hanya setakat Darja 6 je.

Cubalah ada sekolah menengah gak, kan best. Takpe....who knows soon akan dibina, kan. If tak, then mikail akan Zie apply masuk sekolah agama berasrama penuh.... haaa, this part zie risau. Sebolehnya tak nak mikail masok asrama, belum masa lagi utk dia berdikari...huhu.





Dah 3 Bulan Beranak, Baru Dapat Fetal Kick Tracker






Masa abang poslaju hantar parcel ni, blur gak Zie. Sepatutnya abng ABX yang dapat hantar parcel. Sebab Zie tgh tunggu barang yg Zie ordered di Shopee dihantar sebenarnya Sebab status dah out for delivery. Lain yg di tunggu lain yang sampai.

Terus fikir, "Okay, maybe barang yang husband ordered kot...sign je lah since memang under nama Zie."... Dengan penuh keraguan membuka (cewah...ayat skema!)




Once dah tengok apa di dalam, terus automatik mulut sebut " Ooooo....dari Anmum Club rupanya." Baruuuuu ler ingat dulu every apply for this Fetal Kick Tracker. Ceh! dah 3 bulan koooo orang beranak. Nak track kicking apanya lagi....Mikayla dah lahir. Hahaha!

Zie dapat ni FREE je ye uols. Tiada bayaran dibuat or collect point ke apa ke. Just join je Anmum Club (actually memang lama dah Zie join Anmum Club, sejak Mikail lahir lagi...)

...time tu zie kira daftarkan kandungan ke-3 zie kat Anmum club tu. Sebab tu ler dapat benda alah ni. Best kan Anmum. Camne cara pakai? Nanti lah Zie skodeng. Belum ada masa nak baca manual. Malam ni kot, if tentera² Zie tidur awal. Haha.




Mikayla Selsema




Kesian si bungsu kecik emak ni. Selsema dia. Zie suspected if tak kena jangkit abang Irfan dia.... maybe air masuk dalam hidung dia ketika mandi time di nursery. Sebab time dia balik dari nursery ari jumaat lepas, terus kedengaran bunyi krokk krokkk hidung dia sumbat.

Since dah berlarutan selama seminggu flu dia tu. Zie bawa dia sekali jumpa doktor time bawa abang Irfan dia jumpa doktor sebab demam hari tu. 




"Souvenir" dari Dr. Bibiana buat Mikayla. Hihi. Ubat dia actual satu jenis je. Dr. Bibiana just bagi ubat titis ke dalam hidung dia je. Asal dgr bunyi sumbat, titiskan 2 drops katanya. Since umur dia ni belum boleh makan ubat....hmmm, kesian anak emak.

Yang lain tu, since itu adalah pendaftaran pertama Mikayla di B.Teo Child Specialist Clinic, seperti kebiasaan..pihak klinik akan bagi gift utk pesakit baru. Part 2 kotak susu Anmum tu plak, dorang bagi Free je sebab dah nak expired katanya. Bulan Oktober nanti akan expired.

....sayang buang kata nurse. Tu yang Dr, Bibiana suruh bagi kata mana² pesakit dia yang minum susu Anmum ni. No wonder lah time Dr. Bibiana check, dia ada tanya Mikayla minum susu apa. hihi. Rezek Mikayla.






Si comel cantek emak ni. Sayang dia! Ada okay sikit lah sumbat hidung dia lepas titis ubat tu. Part nak menitis benda alah tu lah part yang paling mencabar. Biasalah budak....sure tak bagi kerjasama punya. Nangis bagai kena pukul! Hahahaha

Semoga cepat sembuh si comel emak! ♥ Xoxo


Patah Charm Habib Jewel Kite...



Sedihnyaaaaaaaa.. patah charm emas Habib Jewel kite. Huhuhu :( Self reward hasil dari jualan eskinol zie tue taw (klik --> SINI <-- untuk baca entry). Nasib weh Zie perasan. Nasib gak dia jatuh kat tempat kerja Zie and nasib gak Zie sendiri yang tengok dia terbaring injurt kat atas carpet tu. Kalau orang lain jumpa, wallahu'alam ler. Haishhh....duit lagi nak pi hantar repair tu.

Terus whatapp husband gitaw emas patah. Terus husband suruh trade in je dengan emas di Tomei. If perlu tambah jumlah, nanti dia tambahkan. Wahhhhhh! Rezeki jangan di tolak kau! Hahaha. Dari sedih, terus jadi excited. 



Terus koooo bukak Facebook Page Tomei untuk skodeng charms Chomel dorang. Hahaha. Okay, Zie aimed yang Zie dah tick merah tu. Harap² pihak Tomei ambik charm patah tu besar sikit coz berat grams dia. Dapat gak ada 3 charms baru nanti.

...tapi if tak ambik besar, rasanya still gak ko nak 3 ketul tu. Haha. See how lah. Since husband yang bayarkan, Eh! Hahahahaha




Irfan Terpaksa Dikeluarkan Dari Nursery




Kesian anak emak. Akibat terlampau kerap nangis, asal ambil dia balik je...muka sedih, mata bengkak. Sudahnya....demam ko dia uols. Huhuhu. Hanya 12 hari je dia ke sekolah. Antibodi dia belum kuat lagi kot. Plus dia belum terbiasa gak bangun awal² pagi.

Kurang tido, kerap nangis...sudahnya, demam ler makanan dia. Hmmmm.





Like always, bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic. Since bapak dia on night shift, so husband sendiri yang jaga di rumah. Tak perlu Zie ambil cuti. 2 hari Zie tak hantar dia gi nursery.





Hari Isnin aritu, okay dah dia. Kebah dah demam dia. Just tinggal flu & batuk sikit. Memandangkan husband off day hari tu, husband sudah sia still rehat je. So husband bawa Irfan ke rumah emak dia di Segedup. Dapat dia main denga abang Furqan dia.

Everything just fine. Hari Selasa dia masuk sekolah balik. Then drama tangis start lagi ler. Huhu. Jumaat pagi, terima whatsapp dari Cikgu dia informed Irfan demam lagi. Kali ni panas teruk. Walhal baru je baik dari demam...




Zie called ler emak informed yang Irfan demam lagi. Mendapat lerrrr Zie kena bebel dengan emak. Emak mintak Irfan dikeluarkan dari Nursery. Sebelum ni, emak memang tak suruh weols hantar Irfan ke nursery. Dia jaga katanya sebab Irfan dah biasa dengan dia. Sebab dia takut kes camni ler.... Irfan asyik nangis cari dia, end up demam. 

Setiap minggu demam dia sejak hantar ke nursery. Kesian anak. Teruk Zie kena bebel emak Zie. Zie terpaksa akur, ikut cakap emak keluarkan Irfan dari nursery. Adik dia jer yg stay di nursery. Sebab nak resign pun, bukannya akan selesaikan masalah, satu masalah lagi timbul nanti - masalah kewangan! Huhu





Sebelah malamnya, sekali lagi weols bawa Irfan ke B.Teo Child Specialist Clinic. Kali ni Zie mintak antibiotik. Aritu doktor tak bagi sebab demam menurun. Bila doktor dgr dia kenak demam panas sekali lagi...kali ni memang must on antibiotik.

Nasib yuran untuk bulan July, dapat refund.So duit yuran untuk irfan tu, bagi emak je. Since emak jaga. Ada gak dia extra duit selain dari duit nafkah Zie bagi kat dia. Plan nak cari personal babysitter lagi untuk datang ke rumah... tapi fobia.

Takut nanti babysitter yg jadi raja. Takpe, tahun ni dan tahun depan je emak jaga. Lepas tu Irfan masuk tadika dah. Lagipun Irfan dah senang di jaga. Tahu bawa diri. Nasib bukan Mikayla yg kena ginie. Kalau tak...nak tak nak, memang resign zie. Takkan emak nak jaga baby kan. Bukan senang jaga baby. Letih. Sebab tu Mikayla stay di nursery sampai dia masuk tadika.

Harap kekal gitu ler hendaknya as planned.