Mikail Kena Hay Fever @ Allergic Rhinitis




Kesian Mikail. Dari umur 4 tahun sampai ler sekarang (masa sebelum ke ENT Specialist ni), asyik fluuuuuuuu je dia memanjang. Jumpa doktor, doktor bagi ubat flu biasa....nasal spray biasa. Still macam tueeee gak Mikail. Silap Zie, tak terus bawa dia ke ENT Specialist (Ear, Nose & Throat Specialist). Kalau terus je ke pakar ENT, sure takde la bertahun.

Masa dia umur 4 tahun, on & off je dia kena Flu (tak sampai demam...just flu je). Masuk umur 5 tahun, haaa situ dah nampak cam semakin kerap. Kadang² setiap bulan flu. Dengar orang cakap, dia resdung coz tanda² dia ke arah tanda² resdung. So beli Memoreen, good utk remedy redung.

Bebulan consume, hilang...then lepas, start balik. So stop amalkan memoreen. Macam tak berkesan dah dengan Mikail. Sejak tu, zie risau sangat². Sampai mata dia gatal² & bengkak....kesian anak mama. Maaf, mama khilaf. Sampailah one day, baru tergerak hati nak google... penyakit apa ya ada berkaitan dengan flu setiap hari.

Syukur Zie jumpa entry dari website ni --> Resdung, Alahan Rhinitis dan Selsema (klik untuk baca). Part pertama yang Zie baca adalah Simptom² Resdung (kannnn dok dgr org kata, Mikail ada resdung kannnn). Tapi, hanya 1 dari 5 Simptom² Resdung je Mikail ada. The rest semua tak ada. So beralih ke bahagian Alahan Rhinitis plak.....




Once baca Simptom² Allergic Rhinitis ni, kelima² simptom tu ada pada Mikail. Nahhhhh! Betul lerr firasat zie kuat mengatakan mikail bukan resdung. Tapi allergic. Cuma tak tahu dia allergic apa. So bila ke semua simptom Allergic Rhinitis (also known as Hay Fever) ada pada Mikail dan dalam artikel tu pun sarankan untuk kita ke pakar ENT tu pemeriksaan lebih details...

Terus Zie call KPJ Kuching Specialist Hospital untuk setkan appointment buat Mikail. Since klinik pakar ENT tu tak bukan pada hari sabtu. Terpaksa lerrr hari Isnin zie ambil half day leave. Bawa Mikail ke pakar ENT sama² dengan husband. Baby Irfan tak bawa...tinggal kat rumah je sebab tak digalakkan baby ke hospital unless baby yg perlukan rawatan.

So baby Irfan stay dengan emak Zie kat rumah.




Selepas Dr David (pakar ENT) checked Mikail, yup...as expected, Allergic Rhinitis. Gambar tu zie terpaksa hitam putih kan. Kang geli plak uols tengok. Haha. Syukur, Mikail still belum kategori teruk. Tapi ada bengkak sikit dah benda alah tu (lupa apa nama sains benda alah tu. Hahahaha).

Dr David kata lagi, if teruk... terpaksa di operate. Fuhhh! Gerun dengar. Doktor suruh makan ubat selama 1 minggu je. Dan guna nasal spray yg dia akan prescript setiap hari.



Dua ubat ni Dr David prescripted untuk Mikail. Aerius Syrup tu, Zie bagi selama 7 hari je. Dan untuk Nasonex nasal spray tu....pun zie bagi selama 7 hari je. Tak nak lah zie setiap hari spray dia. If tengok hidung dia start gatal²...haaa baru zie spray. 

Moral dalam entry ni... selagi uols tak jumpa doktor yg pakar dalam bidang sakit masing². Jangan dengar cakap orang or jangan gak based on googled simptom. Google untuk info je boleh...tapi MESTI gak jumpa doktor. Jangan memandai² je. Contoh, kot kot lah ada parents yang terbaca entry zie ni. Tengok zie ada tayang apa ubat untuk rawat allergic rhinitis tu. Terus pi pharmacy, beli pastu terus bagi anak makan. No no...tak boleh gitu ye uols.

Kena gak sahkan dengan doktor. Biar doktor yg bagi ubat apa utk di makan. Mana tahu uols rasa allergic rhinitis, tp sebenarnya resdung....haaa, bahaya tu salah makan ubat. So, dapatkan info... pergi doktor untuk buat pemeriksaan.

Sekarang, alhamdulillah. No more flu dah mikail. Kalau tak.... SETIAP HARI okay. Mak Bapa mana yg tak risau, betul tak?...




Susu Kurma Viral Farm Fresh




Yuuuhuuuuu..... Pssssttttt, Zie pun tak nak ketinggalan gak koooooo untuk merasa susu kurma viral ni. Dok asyik tengok je benda alah ni melimpas di news feed FB. Teringin ler plak jadinya. Nak cari dari kedai kedai or supermarket ke supermarket, macam tak rajin je. So order je dengan mana² online seller yang ada buat COD.  Senang je sekarang if nak benda alah kak. Search n Order....zupppp, terus sampai ke pintu rumah. Ceaaaaa... hihi

Zie try 2 kotak je dulu. Takut taste dia tak kena dengan tekak ni. Pepaham je ler, tekak pregnant lady. Sedap jadi tak sedap. So takut membazir, zie beli 2 kotak je dulu




RM5.50 sekotak untuk 200ml seller tu jual. Okay ler tu. Sekali minum....fuhhhhhhh! sedap weh. Terus lerrrrr mengiaw suruh husband cari kat mana² tempat yg netizen di kuching infokan. Sedihnya.... semua tempat yang disebutkan....semuanya dah kehabisan stok. Ceh! Benda viral kannnnnn...sureeeee lah gtu. Alahaiiii....

Takpe, since belum lagi dikategorikan mengidam.... so still dpt tunggu. If beli online 1L, mahal ler pulak. Sampai RM18 kot..huhuhu. If di KL kalau tak silap 1L just RM8, kan uols? Jauh giler beza dia kan. Takpe.. adat beli dari reseller. Sure nak untong, betul tak.

Apa apa pun, memang sedap lah Susu Kurma bran Farm Fresh ni. 5 bintang bagi!




3rd Pregnancy Diary : OSCAR Scan & GP4J test a.k.a Minum Air Gula




Check-up untuk minggu ke-12, kali ni OSCAR Scan. Scan untuk tengok sama ada baby ada penyakit down syndrome or not. Alhamdulillah, result adalah normal. Hopefully gitulah hendaknya bila dia lahir lagi. Aminnn aminnn.

My Gynae suruh, sebelum next appointment check up...make sure zie buat GP4J test dulu. Blur sekejap Zie apa tu GP4J...haha. Kalau di KKIA, nurse akan gtaw -- Minum Air Gula. Haaaa kalau tu, Zie tak blur. So tanya gak ler apa tu GP4J test, then my Gynae explain then baru tahu GP4J tu adalah Glucose Test during Pregnancy. Yg orang kita selalu akan sebut... "Nanti nak minum air gula...bla bla bla".

Ayat doktor kooo uols, idak paham iter. hahaha. If tak paham, tanya... jgn buat² paham. Betul tak? ^_^





Zie buat OSCAR Scan pada hari Rabu, hari Sabtunya plak Zie sekali lagi ke KPJ Kuching Specialist Hospital untuk buat GP4J test ni. Kali ni tak jumpa my Gynae. Terus direct lab hospital tu. Tak lama tunggu, terus giliran zie. Satu je best check pregnancy di hospital swasta, tak perlu nak ambil leave. hihi

Zie selalu pergi belah malam or hari Sabtu. Jimat my leave. hihi




Steps dia sama je macam biasa di KKIA -- Puasa selepas 11pm, ambil darah pastu minum air gula. Then tunggu 2jam. Still tak boleh makan or minum air selain air kosong. Bezanya di swasta, air gula dia berperisa...yipppiiiieee!!! Rasanya dia still uweekkkkk...but not that bad as di KKIA. Yang plain je tu

...syukur dapat merasa perbezaan follow up check di KKIA dan di swasta. Both layanan bagus, cuma masa menunggu je beza lah. di KKIA, of coz ler lama. Ramai orang bah....kan Free. Di swasta, masa menunggu...of coz cepat. Sebab tak ramai orang.




Pukul 12:30 tengah hari, baru selesai semuanya. Perut lapa tahap...aduhaiiiii. Sampai pening kepala. Zie alas perut makan chicken floss bun ni je. Tak nak mengejut makan heavy dish. Kang meragam plak perut nanti. Sampai rumah baru zie makan nasi.

Result dia, on Monday baru my Gynae staff call zie untuk inform result dia. To my suprise. 9.6 koooooo reading dia. PENGSAN! So i am officially disahkan ada diabetes gestasi (kencing manis semasa hamil). Sangatttttttt lah tidak best okay uols. My Gynae suruh Zie on diet. huhuhuhuhu. Harap² next GP4J test nanti turun sugar level zie....aminnn aminnn.

Reason why sugar level zie tinggi? Is because masa 1st trimester, Zie EVERYDAY makan gula² Hacks untuk hilangkan loya teruk Zie. Makan asam boi, tak jalan. Makin buat teruk muntah, adalah. Huhu. Sudahnya baruuuu je stop makan gula² hacks sebab alahan dah beransur hilang, few days after that.... kena plak minum air gula. Mahunya tak shoot tinggi.

So solutionnya, jaga pemakanan lerrrr iols. Hu hu hu. Doakan Zie bebas dari kencing manis during pregnancy ni ye uols. Not cool okay...not cool! Hahaha





RIP Sepupu dan Nenek Tersayang




Sebelum Zie mulakan story Zie, Zie awal nak bagi pencerahan tentang kenapa penggunaan RIP (Rest In Peace) Zie gunakan. Kenapa bukan guna Al-Fatihah ataupun انّا للہ و انّا الیہ راجعون untuk merujuk kepada kematian? Sebabnya, relatives yang meninggal dunia... mendiang bukan beragama Islam ye. Tetapi Christian. Keluarga belah emak bukan beragama Islam sebab emak zie, dia masuk Islam. Yup, Zie mix-blooded. Half Malay, Half Iban. Buat pembaca blog yg lama...sure tahu dah status Zie.

Awal bulan Ogos yang lepas, weols sekeluarga di kejutkan dengan berita sedih dari family belah emak Zie. kazen Zie (anak kepada abang emak zie) dan Nenek zie, meninggal dunia :( 





Inilah dia mendian sepupu Zie. Penghujung bulan Julai yang lepas, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Motor dia di langgar kereta dan di dimasukkan ke ICU. Hanya dapat bertahan selama seminggu je dia di ICU, Miri sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pada 1.8.18.

Still muda lagi dia. Baru 36 tahun, bujang. Semoga dia tenang dia sana.




Kurang dari seminggu sepupu zie meninggal, emak masa tu baru je balik dari kampung. Awal pagi Khamis (9.8.18), weols dapat panggilan telifon dari Pakcik zie, gtaw yang Nenek sudah meninggal. Akhirnya, takde lagi dah sakit yg nene derita selama 2 tahun.Semoga nenek tenang di sana.

...Zie dah takde lagi dah nenek mahupun atok tempat zie bermanja. Semuanya dah tiada. Yang hidup pasti akan mati. Kita ni pun bakal menyusul... sooner or later. Semoga kita sempat bertaubat sebelum ajal tiba....




3rd Pregnancy Diary : Check Up 7 Minggu





Merujuk kepada entry ini ---> I'm Back and I'M PREGNANT!!!! (klik untuk buka), Dr. Tan suruh datang balik dalam masa 2 minggu dari last visit hari tu. Memandangkan dorg bekal bagi Zie Buku Biru (Kalau kat KKIA, buku Pink...hehe), just bagi Zie appointment card ni zie, so semangat kooo datang awal dengan husband lepas balik kerja.

Punya lerrrr syok weols tunggu. Tak perasan lerrrr plak dorg ada letakkan Memo kat pintu tu gitaw dorang ada function malam tu. Tunggu sampai 1 jam taw...bongok nah. Haha. Nasib nurse kat KPJ tu tanya... "You waiting for Dr Tan, is it?".... kalau di tak tanya, memang tunggu sampai 7pm kot. haishhhh

Hairannya dorang tak call gitu klinik tutup malam tu. Bukannya takde appointment pun....huhu. redha. So keesokkan hari zie call dan tanya dan reschedule balik tarikh appointment. Zie pilih untuk pergi pagi hari Sabtu.





Memandangkan masa tu husband still OPS.... kebetulan plak emak zie balik kampung, Nenek Iban zie meninggal, sebab zie mengandung and perjalanan ke rumah panjang nenek jauh like 4 hour on road + 1 hour jalan kelapa sawit (jalan berbatu besar)... mak tak izinkan zie ikut sekali. Tak nak nanti jadi apa² plak kat kandungan dan Zie, Zie akur.
So zie bawa Kak Midah untuk temankan Zie check up pregnancy. Senang sikit nant ada yg jaga Irfan dan Mikail masa Zie check up.





Video masa zie check time tu. Hihi. Disebabkan Zie dah kencing (sepatutnya if nak buat ultra sound scan, jgn kencing. So that senang nampak baby kat dalam tu. Lupa plak zie part ni). Nasib ada gak lerr nampak sikit si kecik buat hati kat dalam tu.

Kalau husband yg temankan, takde nya dia nak ambil video bagai ni. Dr Tan tak kesah pun, Kak Midah sebelum rakam, dia minta izin dulu. Dr Tan just say "Sure, go ahead" ♥ Priceless moment....Xoxo






Sebelum balik, weols singgah kat Secret Recipe untuk lunch. Ni yg bestnya bawa kak Midah. Sure dia akan melayan Irfan. Dah mcm jadi anak dia plak Irfan. Hahaha. 




Yg ni kak Midah nye. Chicken Cordon Blue kalau tak silap.




Zie, like always if ke Secret Recipe....sure punya akan order Thai Fried Rice ni. My favourite! Hihi. Separuh je dapat zie habiskan. Kenyang gilos. Time 1st trimester, makan sikit je...dah kenyang. Tp once dah masuk 2nd trimester ni...aduh haiiii, tiap saat nak makannnn je kerja. Haha

Apa² pun, thanks kak Midah temankan adikmu ini check up pregnancy. ♥U




Koleksi Pertama 916 Gold Charm Habib Jewel





Self Reward! Hehe. Memandangan penjualan Eskinol zie, alhamdulillah.... semakin masyuk. Sekarang Zie dah jadi Eskinol stokis taw. Zie ambil agent under zie dan supplies stocks Eskinol kat dorg di seranto Malaysia ♥ Syukur, berkat yakin dengan niaga Eskinol. Dari tahun 2014 sampai sekarang taw zie jual.

So sebagai tanda .... "Haaa, ini ler duit dari hasil jual Eskinol." ... Zie decided untuk belikan charms dari Habib Jewel untuk bangle emas Tomei zie. 






Tadaaa! Beli ni je. Lupa dah brapa grams. Bagi Zie aduhaiii...mahal nah. Haha. RM800 plus untuk seketul ni je. Kalau di Tomei (since ada member kerja di Tomei, dia always bagi best regular customer price untuk Zie), RM800 lebih tu dapat 3 charms taw. Hihi. Tapi takpe lah...since berkenan

So inilah my first collection gold dari Habib Jewel ♥ self Reward yg paling best bagi saya. 




I'm Back and I'M PREGNANT!!!!






Tadaaaa!!! A welcome back news untuk uols. Inilah the reason why blog Zie lama tak berupdate. Alahan teruk time 1st trimester aritu. Sekarang baru je masuk 2nd trimester ♥ Sure uols terkejutkan...and sure tertanya tanya brapa umur anak zie yg ke-2 sekarang. Hihi.

Anak kedua zie berumur 10 bulan sekarang. Dan zie pregnant lagi masa umur dia baru 7 bulan. Bermaksud... selepas 7 bulan beranak secara pembedahan (Caesarean section), Zie pregnant lagi. Rezeki Allah swt uol. Bukankah sepatutnya 18 moths - 24 months baru boleh mengandung selepas C-section? Yup... sepatutnya gitulah uols. Itu plan doktor, jarakkan.

But Zie tak ambil any ubat perancang coz not good for my health. Effect dari ubat perancang (injection & Pills), buatkan badan Zie everyday sakit. If nak ambil Birth Control Implants or IUCD tu, tak nak lah zie. So sendiri control, kira kalendar macam zie planning untuk jarakan Mikail - Irfan dulu.

Tapi tu lah uols, kita hanya merancang...Allah swt yg menentukan. Camne entah, sekali je... SEKALI sahaja zie tersalah kira, terus conceived. Haha! Sekali check tengok, Double Line koooo. Terjawap sudah kenapa sebelum tahu diri pregnant, setiap minggu akan demam dan sakit². Rupanya berbadan dua. Hihi. Alhamdulillah....




Zie dan suami confirmkan kehamilan zie di KPJ Kuching Specialist dan sekali gus register kandungan zie dibawah jagaan Dr. Tan. Dulu Dr Tan juga yg jaga kandungan zie time Irfan dulu. Bezanya dulu zie follow up kat 2 clinic. Di KPJ ni dan di KKIA. But kali ni, sebab nak kena marah dengan nurse & doktor di KKIA sebab refused ambil pill perancang dan sudahnya mengandung... Tu yg zie hanya follow up pregnancy zie kat KPJ ni je.

Tapi tu bukanlah the only reason why zie tak register pregnancy zie di KKIA ye. Sebab utama adalah kandungan Zie kali ni adalah sangat berisiko tinggi. So better doktor pakar je lah yang jaga kandungan kali ni. InshaAllah, akan beranak kat sini je nanti dan akan berikat terus (sebab sudah 3x C-section, after that kena berikat. Nasihat dari my Gynea). Terpaksa ler weols keluarkan simpanan weols nanti untuk beranak kat hospital swasta.

Zie dan husband budget 15K nanti, biar lebih jangan kurang. Takut ada komplikasi lain time nak beranak nanti kan. Duit nanti² dapat lagi cari dan kumpul. Doakan Zie dan baby yg dikandung zie selamat sehingga masanya untuk melahirkan ye uols. Doa dari uols zie harapkan agar semua nya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi kelak...aminnn.



Kata Untuk Raya, Tapi....


Aduhaiiii....sedap giler koooooo Acar Timun yang Cikgu di tadika Mikail jual. Cukup mantap rasa dia. Mulanya beli konon² untuk buat jamuan masa hari raya nanti. Alih² asal time nak buka puasa jer, sure lah iols mengoreng keropok ikan untuk di makan dengan Acar timun ni buat juadah berbuka puasa. Haha.

....mula² untuk try jer, beli yang 500g tu. Disebabkan yg 500g ni dah tak cukup untuk di hidang time raya. Terpaksa lerrr ngorder lagi kooo Zie.huhu. Kali ni order banyak terus. 1kg....haaa hambik! Tak rugi beli banyak² taw. If simpan elok² dalam peti sejuk, tahan berbulan gak apa.



Tadaaaaaa! Aduhaiii...kecur plak liur tengok acar timun ni. Bagi zie lah. Kesedapan makan keropok ikan goreng ni terletak pada acar timun dia. Kalau sedap acar timun tu, maka sedaplah keropok ikan tu. Tp ada gak kadang² keropok ikan sedap, mantap je rasa ikan dia...tapi bila part acar timun, alahaiiii....ada yg terlalu masamlah. timun tak menyerap sangat lah etc etc

...kali ni best. Keropok ikan sedap, acar timun lagi lah sedap. Kuching peoples, highly recommended. Siapa nak order, boleh je direct order kat Cikgu Ros ye, ni Facebook dia --> Arlyn Rosz (klik untuk view Facebook dia). Sedap gilos!




Nak Beraya ke Nak Akad Nikah?


Actually last month dah baju raya zie ni sampai. Like always, setiap tahu baju raya zie sure zie beli dari Zalora je. Malas Zie nk survey dari kedai ke kedai dengan keadaan kita tengah berpuasa lagi. Tu yg setiap tahun, Zie akan beli baju raya via online je dan semestinya di Zalora. Sebab, 1st... Free Shipping. 2nd... if tak muat, kau still boleh return and exchange size dan postage 100% di tanggung pihak Zalora.

Kali ni pertama kali zie curang dengan Brand Zalia. hihi. Setiap tahun Zalia je lah brand baju raya iols. Tapi kali ni, baju raya brand Zalia....aduhaiii, tak berapa lawa di mata zie. Tu yg try brand Lubna™ ni. Kot kot best kan.
 




Sampai je, wahhhhhh...teruja giler Zie kooo. Lawa yg teramat amattttt lah sayang. Dah macam baju untuk Akad Nikah je gamaknya. HAHA. Lace dia memang PERFECT! Love it so much. Tapi....haaa ada tapinyaaa. Huhu.

Kain dia, alahaii...awat nipis. Nampak "bayang²" tau. Terpaksa lerrrr carik inner dress lepas ni nanti. Huhuhu.




Tadaaaa!!! Ini lah dia my baju Raya saya yg ke-2. Warna putih suci murni. Tapi akan berhandbag Hitam, heels hitam dan tudung hitam. Takde lah nampak sangat cam orang nak pi nikah. HAHA. Kebaya Moden ni. Suka sangat². Kalau make comparation between Zalia dan Lubna™.... Zalia still di hati. Sebab kualiti kain dia tak nipis, tak nampak bayang² bagai.

Lubna™ ni plak, kain nipis (maybe utk design kebaya ni je kot nipis. design lagi not sure arrr. jgn kata aku kondem Lubna plak. This is my review okay, review khas utk baju ni) tapi design dia.... fuhhhh! memang lawa giler. Nipis takpe , dapat pakai inner. Janji design dia macam anak dara iols pakai...eh! Haha




Saya Dah! : Tabung Harapan Malaysia




Saya dah! Anda bila lagi? Tiada paksaan dari kerajaan Pakatan Harapan untuk rakyat menyumbang. Siapa nak menyumbang, amatlah dihargai. Siapa yg tak mampu, tak perlu...jangan bebankan diri sendiri ye. Siapa yg mampu tapi tak nak... haaa yg tu, dok diam diam tepi katil je ea. Jangan kondem kecam or jadi keyboard warrior bash Tabung Harapan Malaysia ni

...like me, I'm not into politic. Jauh sekali penerimaan BR1M or mana² bantuan dari Kerajaan. Still Zie pilih untuk menyumbang sedikit rezeki zie buat negara ku tercinta. Teringat zie zaman dulu² masa Tunku Abdul Rahman nak pergi London untuk kemerdekaan Tanah Melaya dulu, sanggup sesetengah rakyat sampai jual tanah gadai apa semua untuk ringankan perbelanjaan Tunku demi untuk generasi dorang sekarang.

It's almost the same scenario here...bezanya, sekarang nak bebaskan Malaysia dari hutang yg melampau². Bukan untuk bebaskan Malaysia dari penjajah.




Khas untuk yang hendak menyumbang buat Malaysia ^_^ Last words dari Zie --> "Jangan tanya apa sumbangan negara untuk kita..tapi tanya diri sendiri apa sumbangan kita untuk negara.." ♥




Tabung "Hijau" Buat Anak²


Selain dari monthly saving untuk anak². Zie buat gak tabung hijau ni. Baru je nak mula. hehe. Cara untuk tambahkan lagi jumlah saving anak². Kalau diri sendiri buat tabung hijau ni... hmmmm, ke laut. Mula² je semangat, pastu korek balik! Haha

Kalau buat untuk anak², Insha'Allah....tak kot main korek² ni. Hahaha. Tabung Superman, untuk Mikail. Tabung Batman, untuk Irfan. Rezeki buat masa depan anak² ♥




Dia Suka Mewarna!


Lately ni, Mikail suka sangat mewarna. Satu aktiviti yang sihat ni. Kalau dia tak main lego, dia akan mewarna. Apart from main youkids (youtube untuk budak²) lah. Sebab Zie hadkan hanya sejam je dia on gadget. Lepas belajar pe semua, baru main youkids tu. Syukur dapat anak yg mendengar kata walaupun hyper dia tahap memeningkan...hehe.

actually dia bukan ler kategori hyper lah. Cuma dia super active je.



Sampai je kat rumah, semangat dia ambik set pencil warna dia and terus warna. If dia lupa apa warna utk watak² robot dalam cerita Transformers tu kan, sure dia akan berbunyi "Mama, pinjam handphone. Kamek nak tengok youtube apa warna Megatron..." amboiiii, kids nowadays.

Emak kau ni, nak.... umur² kau tu, nan reti kooooo apa itu internet. Zaman² mak ni dulu, siapa ada internet.... ORANG KAYA! hahaha. zaman dulu²...hehe. sekarang everything dah mampu milik. idok ler semahal dulu. hihi. Semoga berkekalan minat dengan buku.

Ada part zie bagi dia main gak. sejam main internet, 2 jam belajar (during weekend. kalau weekdays, 1 jam je untuk belajar sebab dia seharian dah belajar kat sekolah) ....dan selebihnya khas utk dia buat apa dia suka. Dunia budak² umur ginie, bermain. Jangan kita rampas dunia kanak² dorg tu dengan gantikan dengan belajar je. Mak it balance ye parents out there ♥



Under Armour Set Hadiah Hari Jadi Buat Suami


Sebelum dia gi OPS selama sebulan hari tu, Zie ada suruh husband pilih sendiri mana satu kasut Under Armour yang dia kenan. Nanti once birthday dia Zie belikan untuk dia. Malas zie nak surprise bagai. Takut nanti pilih yg lawa di mata Zie, tp tak lawa di mata dia. Susah gak kan. So suruh dia pilih sendiri. 

Nani tinggal Zie nak bayar je. Husband tahun ni jadi suka dengan brand Under Armour ler plak. Huhuhu.
 




Taraaaa!!! Beli sudah utk dia sempena hari jadi dia yg ke-33 semalam. Zie belikan bag sandang pattern celoreng sekali. Untuk dia bawa benda alah dia gi kerja. Baju tu pun zie belikan pattern celoreng gak. Sama cam celoreng bag tu. One set kooo. hihi.
 
Happy je dia. Dia ingat dia hanya dapat Kasut je. Sekali tgk siap ada bag & baju sekali. Hihi. Happy Birthday, Sayang! My turn nanti, nak request hari birthday Jam Swarovski... hohohoho


Crazy VIRAL Sales di Victoria Secret!


Starting hari Sabtu hingga Ahad lepas, Victoria Secret ada buat crazy sales. Body Mist & Lotion hanya berharga RM29 each. Normal price is RM79. Rasanya seluruh Malaysia kot butik Victoria Secret ni buat sales gitu. First time gak lerrrr Zie ikut serta part viral sales ni. Hahahaha.

Masa Zie sampai kat butik Victoria Secret di The Spring, Kuching. Butik VS tu dah tutup separuh. Kiranya dorang dah tak terima walk-in customers lagi. Tapi bila Zie tengok ramai je yang dok tersorok² dari shutter tu, ikut gak koooo orang. Hahaha




Alhamdulillah, dah gak Zie masuk. Syukur customers di Kuching ni takde lah segila customer Victoria's Secret di Imago, Kota Kinabalu. Tengok kat video viral di Imago mall tu, perhhhhh! Cam nak roboh shutter VS to dorg kerjakan. Siap jerit² lagi tu...alahai. Malu tengok.

Di VS kat kuching ni, takde gitu. Cool je semua customer. Barisan pun tak pajang sangat. Zie orang Ke-4 berbaris. Ada dua kaunter. Tak sampai pun 10 minute, keluar terus.





Taraaaaa!!! Beli sebotol je. Ni pun ambik yg tercicir kat tempat lain. In nak ke shelf body mist & lotion ni sendiri, jangan harap lah. Penuh sesak kau! Tak kuasa aku nak bersesak²...hehe. Baru ingat nak keluar balik, terpandang benda alah ni staff VS tu tengah kemas² letak masuk dalam shopping bag VS. 

Terus zie tanya. Tu dah ada orang punya ke....then staff VS jawap takde, dorang tingalkan merata² katanya. Terus lerrr Zie ambil. Hihi. Rezeki iols. hihi




Taraaa!!! Zie suka bau Sheer Love body mist Victoria's Secret ni. Bau dia damaiiii je rasa bila sembur. Kebanyakkan bau² body mist or perfume VS nie berunsurkan bau bunga gitu. Kira Floral scent lah...ailike! Sebab tak menyakitkan hidung ku yg super sensitif ni. hihi

Saya dapat. Korang, dapat tak? Hihi


Harta Dunia Akhirat


Sejuk je mata bila tengok anak² tengah nyenyak tido. Tetiba cam rasa bangga je dapat lahirkan dorang ni dengan Izin Allah swt. Pinjaman dari Allah swt yang takde tolok bandingnya....priceless. Si abang, tahun ni nak masuk 6 tahun dah dia. Si adik plak, hari Ahad tadi... genap sudah dia berumur 5 bulan

...cepat je masa berlalu, kan. Sedar² dan besar dah dorang dan kita ni pun dah semakin tua. Tetiba rasa nak nyanyi lagu Fin Jamal - Arjuna Beta lah. Kena sangat dgn dorg tengah tido. Hihi

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Verse 2

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Chorus

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa