Genap Sudah 11 Tahun Bersama ♥



13.7.2020 yang lepas, genaplah 11 tahun Zie dan husband together. Ni adalah tarikh in where husband pertama kalinya SMS Zie untuk berkenalan. Still I remembered that moment. Precious moment in my life. Zie ni a type of person that is not easy to "get". 

But with him... immediately I felt for him. Inilah yang dinamakan jodoh kot.




This photo, forever akan Zie simpan dan akan Zie repost balik setiap tahun di media sosial. Masa first tengok MMS ni dari dia (Dulu weols send photo guna MMS jer. Dak² sekarang mana tahu apa itu MMS...haha)...fuhh, terkena panah Cupid terus I tell u. Haha.

I was his first love. He was my 3rd love and inshaAllah will be my last love. Being someone's first love is great but to be their last is beyond perfect... to me.






Hadiah Ulang Tahun Ke-11 buat husband. Zie surprise kan dia with this Dry Clutch untuk YSuku dia. Hobi dia kan modified motor perhiasan dia tu. Haha. Tak sabar lah jawapnya dia nak habis OPS dia so that dia boleh start dengan next YSuku project dia.

Apa² lah...janji dia happy. Zie sokong 100% minat permotoran dia. Minat motor takpe. Janji minat dgn perempuan je... gittuh! ^_^




And as for me... Kuali Tefal ni. Ni husband awal² dah beli sebelum dia masuk OPS bulan ni. Last month dia dah belikan. Gara² Zie asyik bebel kuali kecik. Sekali... nah, besar dia belikan. Haha. Ingatkan ni je hadiah ulang tahun ke-11, rupanya ada lagi ko..





Tadaaaa!!! Dia surprised Zie dengan Fit Gun ni. Happy giler dapat benda alah ni. Sebab Zie sekarang tak dapat buat ABS Workout disebabkan C-Sec Zie tak mengizinkan. The other day I injured myself. Now Zie just doing Booty, Leg & Arm Workout je. Tak dapat dah Full Body Workout. huhu

...hopefully this mobile fitness dapat membantu and berkesan seperti yang diiklankan.



Semoga keluarga kecil weols ni sentiasa bahagia sehingga ke hujung nyawa. InshaAllah. Semoga jodoh weols berkekalan sehingga ke jannah. Gaduh, salah faham etc etc adat dalam rumahtangga. Harap Zie dan husband dapat menepis setiap ujian yang bakal tiba...

Looking forward for many years with you ♥ XoXo





Health Protector Takaful Menjadi Pilihan


Another more throw back entry 😄 Pertengahan bulan June yang lepas after discussed dengan husband... after kira budget, tolak mana² yang tak penting. End up Zie decided untuk percepatkan untuk ambil Takaful buat diri sendiri. So here I am...

...Duduk semeja sekali lagi with my Takaful Agent, Razin Amran (klik nama untuk ke FB dia). Bezanya sekarang, is for my own. Anak² semua dah settle dah takaful dorang. Lega disitu. Takde rasa bersalah kat diri sendiri tak sediakan insurans kat dorang.




Plan asal nak ambil next year. Kira gaji dah naik sebab this year konon² nak enjoy shopping, nak enjoy habiskan duit beli supplement kecantikkan budget² tak nak tua gittuh...LOL! Tapi bila fikir², semakin hari semakin tua. 

Semakin hari plak, semakin penyakit akan start datang perlahan². Kita tak tahu bila sakit akan menyerang. Sekarang ni having a medical card is A MUST sudah. Pada pandangan Zie lah ye. Ala...kau mampu. Memanglah cakap macam tue <--- Eh, silap tu uols. If nak cakap pasal mampu tak mampu ni, alahaii.... sejujurnya. Tak mampu.

Gaji, yes. Nampak besar. Lagi besar income seseorang, lagi besarlah periuk dorang. Paham tak? hihi. That's why Zie katakan tadi. Zie tolak mana² perbelanjaan bulanan yang Zie kategorikan sebagai kehendak. Budget untuk my beauty supplement is RM500 sebulan. So I cut it from there. If sakit nanti, kecantikkan terus hilang... betul tak? So kena balance. Kecantikkan + Kesihatan... semua need a backup plan.

So dari RM500 budget, Zie set ke RM300 je. Balance RM200 tu... khas utk Zie bayar takaful Zie. Another more RM42 (monthly contribution utk takaful Zie is RM242, FYI)... Zie cut beli air Starbucks, Haha! Termasuk gak weh frappe Starbucks dalam list. Hahaha.




Nih...my last Starbucks frappe for June. LOL. Lepas tu in July baru beli lagi. sebulan sekali, okay ler tu berbanding dgn seminggu sekali. Hihi. Cut kehendak, gantikan dengan keperluan. Haaa... gittuh uols.  Lepas bincang itu ini... Zie ambik Health Protector plan. Plan nya sama dengan anak dara Zie, Mikayla.

Actually nak ambil Prulady sebenarnya. Tapi lepas dgr penerangan, better ambil yang bacis je dulu. Tak dapat nak ambil serentak. InshaAllah andai ada rezeki lebih nanti² baru add on Prulady tu plak. Janji dah ada takaful. Itu yang penting. 





Thank you for your time, adik² ku berdua ♥ 

Lega bila my whole family dah ada insurans sendiri. Husband stay dgn insurans lama dia. Taknak dia tukar. Takpe. Janji being insured. That's all matter, kan :) Siapa belum ada takaful tu, better ambil ye. Tak kisahlah uols nak ambik dari siapa. Janji agent tu jenis yg amanah, dedikasi dgn kerja dan aktif. Sebab if ada apa² masalah, uols nak merujuk apa² or do the claim part... takde lah M.I.A. Benci sungguh kalau agent insurans gitu, kan.





Bermula Lagi Episode Jadi 2in1 Parent




Ada tengok awan mendung tue? Haaa...semendung itulah hati Zie saat hantar kepergian husband ke padang kawad semalam. Huhu. Wife of a PGA police office.... ginie ler uols. 2 bulan ada bersama. 1 bulan... berjauhan. Pergi OPS. Biasa sudah dgn routine kerja husband camni.

Eh...Hi, gais. Lama tak update boleh. Hihi. So Here am I again. Writing this blog again. Make myself busy during my free time bah selain dari Zie main game...hehe. Main game tetap on. But update blog duluan sih ^_^




Husband away for a month. So weols empat beranak stay over di rumah emak ler jawapnya sepanjang bulan July nie. Emak osuruh stay dengan dia. Risau dia Zie sorang² dengan anak² takut apa² terjadi kat anak² katanya. Baiklah...

So menjawap lerrr dorg di kem takde tengok muka yang cantek (eh! ehhh!...haha) ni masuk kem for a month kalau gitu. 



Stay safe & healthy over there nanti, dear husband ♥ My favourite tagline... "Pergi kerana tugas. Pulang kerana Cinta." Hihi. Kejiwangan gitu. So for this month, become a single mother yang berstatus berkahwin dulu ler jawapannya. Tugas suami, kita galas sekali.

Shout out to all wives yang berkahwin dgn PGA & Askar. Kita sangat kuat! We can do this... alone. Yes, we can! ♥♥♥ 





Masa Untuk Pap Smear & Pelvic Screening



Akhirnya, selepas 10 bulan melahirkan... baru Zie ada kekuatan untuk buat Pap Smear 😝😂 Actually buat Pap Smear ni bukannya takut sakit kah apa. Bagi Zie lah... more kepada malu. Ye lah, suami kita je yang tengok, alih² terpaksa bagi orang lain tengok walaupun doktor dan nurse perempuan. Still okay, malu.

Tapi demi kesihatan rahim, nak tak nak.... kena juga pergi buat. Sepatutnya 6 bulan selepas melahirkan. Then setahun sekali. Tapi Zie.... last Zie buat adalah time tahun 2013. Hahaha! My Bad. Nasib takde apa² kan. So sekarang, insaf dah. Akan displin buat setahun sekali.





Before this, Zie selalu buat kat Helen Ngu Women Hospital. Tapi kali ni Zie nak try kat Sarawak Family Planning Associates (SFPA) ni. Dengar khabar murah. And indeed... memang murah. Jauh giler beza dia. Dulu tahun 2013, price die Helen Ngu Women Hospital tu Pap Smears je cost RM200. Kat SFPA ni, Pap Smear hanya RM25 je

...tapi of course lah, tempat dia takde lah secantik dan so comfy seperti di Helen Ngu tu. What did you expect, kan. Bagi Zie.... tempat tak jadi masalah. Asalkan nurse & doktor yang akan buat Pap Smears tu semua perempuan. Should be okay dah.

Jangan membazir, uols. Ada tempat murah, why not ke tempat murah kan. Sama je procedure dorang. Tapi kalau uols mampu, why not goes for a better place. Up to you. Zie... zie pilih kat SFPA. 





Since murah, Zie buat sekali Pelvic Scanning. Pelvic screening ni untuk check rahim kita ada sebarang ketumbuhan or not. Wajib buat ni setahun sekali. Ni Zie share price yang SFPA ni charge Zie ye...

Register : RM5
Pap Smear : RM25
Pelvic Screening : RM30
Total = RM60.00


See.... not even close to RM100 😍 Dari segi layanan nurses dan doktor.... sangat² friendly. 10/10 Zie rate service staff SFPA ni. Selepas uols buat Pap Smear tu kan, doktor akan automatik check breasts uols ~ for Breast Cancer checking la ye, FYI. Alhamdulillah... normal.

Lepas tu baru doktor buat Pelvic Screening. Part ni pun, alhamdulillah... takde masalah Zie. Rahim sihat walafiat hendaknya. Penampakkan cyst pun takde. Alhamdulillah 😉 As for result Pap Smear plak... kena tunggu 2 minggu selepas checking.

Kalau di Helen Ngu, hanya tunggu 1 minggu je. Kalau di KKIA plak, 1 bulan tunggu result. Hihi. SFPA, 2 minggu. See perbezaan antara bayar marah ke bayar murah ke free (di KKIA kira Free. RM1 utk pendaftaran je). Why Zie tak nak ke KKIA... hehe, segan. Sebab nanti tiap bulan bawa anak² gi check up...so a big no also.

Sanggup Zie pergi tempat berbayar. For your information, SFPA ni bukan badan kerajaan ye. Dia badan NGO. Sebab tu berbayar.





2 weeks later. Zie call tanya result Pap Smear Zie. Nurse di SFPA gtaw semuanya normal. Alhamdulillah.... No need to worry. So keluar sekejap during working hours untuk ambil result Pap Smears Zie ni. So uols, Zie sudah.... uols ladies bila lagi?

Jangan tak buat ye uols. Itu je satu²nya cara untuk kita tahu "kewanitaan" kita sihat ataupun tidak. Jangan nanti dah terlambat... menyesal tak sudah. Buang malu ke tepi. Utamakan kesihatan diri, okay? 🙆



Tahniah Mikail! Yellow Belt Sudah Dia




Ingat lagi tak uols dengan entry Zie yang ini ⟶ Good Luck, Mikail! Taekwondo Belt Upgrading Test (klik untuk lihat). Last year, 28 Oktober 2019.... Mikail ada Upgrading Test. Dari White belt ke Yellow Belt. Result, penghujung Januari 2020 baru cikgu kelas dorang inform.

↓ ↓
↓ ↓
↓ ↓
↓ ↓
↓ ↓
↓ ↓


Alhamdulillah.... LULUS Mikail ♥ That's my son! Proud of him. Actually Zie dari duluuuuuu lagi nak hantarkan dia ke Kelas Taekwondo di WTF Academy Centre itself. Tapi sampai sekarang asyik tak jadi je. All because... adik² dia still kecil. Takut nanti time bapak dorang away pergi OPS sampai 2-3 bulan... 

...haaa time tu takut nanti Zie tak larat nak handle uruskan anak² seorang dirik. Bukan senang okay nak uruskan 3 orang anak yang masih kecil & aktif seorang diri. Takut terleka sekejapppp je...benda tak diingin terjadi. Nauzubillah min zalik (نعوذ بالله من ذلك)....

InshaAllah, once Mikayla dan senang diurus and Irfan dah tak hyper active sangat. Baru Zie hanyar Mikail & Irfan ke kelas taewondo serentak...




Beli sudah di Shopee! Hehe. Takde masa Zie nak ke academy centre belikan yellow belt dia. So... beli je di Shopee. Ada free postage kau. Worth it. Belum lagi ada kesempatan nak snap gambar Mikail in his new Taewondo belt. Kelas renang pun dalam perangcangan Zie gak utk anak² Zie.

...Semoga Allah swt permudahkan hendaknya ♥



Starbucks CNY Frappuccino Offer



Hahahaha.... bila kau die hard fan be like! 😂 Semakin tua semakin gila ler plak Zie dengan Vegeta ni. Buang tebiat dah agaknya kot. Minta maaf lerr duhai suami ku andai engkau terasa diri mu ku duakan... ceaaaa. Hihi

Barista : Can I have your name, please?
Zie : ...Vegeta

Barista : Wahhh.... you really a real fan of Vegeta. Your shirt also Vegeta. 
Zie : HAHAHA... Yes, I am

Barista : The other one should be Bulma, right?
Zie : No... just put Zie will do. I don't like Bulma.
Barista : Oh... Okay *Smile*

Actually, Zie bukan tak suka Bulma. More to jealous i guess... eh! Hahahahahahaha. Okay dah dah. Nak talk about CNY frappe offer. Bukan nak cakap pasal me and my vegeta obsession 😂😂😂



Time CNY hari tu, masa Zie beli 2 venti frappes di Aeon Mall's Starbucks.... barista kat situ bagi Zie voucher ni. Cute je bentuk voucher tu kan 😝

↓↓
↓↓
↓↓
↓↓
↓↓


RM28 for 2 frappes - Grande size. Voucher valid sampai 29 Februari ni. Nice offer ni. So apa lagi... next week terus guna. Hihi. Zie pilih yang paling mahal frappe...hohoho 😋😋😋 




Berubah Cara Hidup Sebelum Masuk Umur 40 Tahun


Pernah dengar tak... some people says, "Kalau nak ubah lifestyle kau, ubahlah cepat² sebelum kau masuk usia 40 tahun. Once kau dah masuk usia tu dan life style kau still gitu jer.... stucked ler kau dgn life style kau tu for the rest of your life..." Oh tidak! 😓 I don't want to stay 70kg or more than than when I'm 40 yo... a BIG NO!

Semestinya Zie tak nak stuck dgn unhealthy lifestyle Zie sekarang. Overweight, tak bersenam dan tak jaga pemakanan. Tang overweight tuh... memang ketara nah! 😭😭😭 Ideal weight Zie around 54kg - 64kg, FYI. 

So here I am. Trying to change my unhealthy lifestyle into a healthy lifestyle ♥




Phewww! After displin on diet...buat sedikit home workout (since keadaan tak mengizinkan Zie untuk ke gym), finally my weight ada sedikit penurunan. Dari 70kg, drop ke 68kg. Latest... drop ke 66kg. Syukurinnn...

...bukan senang untuk berat menurun. 1kg turun pun dah happy giler taw. Siapa yang on diet tu, tau ler camne struggle nak turunkan berat badan. Lagi² dah berumur ni. Even makan sikitttt je... dah naik timbang. Wat sakit hati je. 




First thing first.... Zie kena ubah cara pemakanan Zie. Selalu setiap pagi Zie akan take heavy breakfast (Nasi lemak lah, laksa lah etc). By right telur kuning tu Zie tak boleh makan sebenarnya. Tapi sayang lah pulak nak buang. Nangis kang telur kuning tu dibuang gitu je. Jangan membazir. No harm pun kalau makan sikit je, betul tak?

...tak baik buang makanan. Rezeki tu. Now, kalau tak breakfast sayur²an... Zie akan breakfast Oat + Buah²an jer. Tak pun just Oat kosong. Kalau Zie tak sempat nak masak awal pagi. Biasanya kalau terlajak tidur, memang tak sempat ler nak memasak untuk diri sendiri. Just sempat masakkan untuk bekalan Mikayla ke nursery je.

Sugar dalam minuman, memang dah lama kurangkan. Coffee tanpa gula... air kaler² lama dah tak minum dan soft drinks, kurangkan juga. InshaAllah...semoga berkekalan tabiat pemakanan camni.




Setiap malam.... lepas siap semuanya. Zie akan start home workout selama 10 - 20 minutes without skipping nights. Untuk permulaan, Zie set 10 - 20 minutes dulu. Tak nak muscles Zie terkejut. Kang muscles sakit²...siapa susah? Zie perlukan tenaga & badan tak sakit² untuk jadi Supermom setiap hari taw. Haha.

Dumbbel Zie beli yang 2kg dulu. Nanti² akan tambah slow² kg dia tu. Buat masa ni, 2kg just perfect 😏 Zie follow home workout steps di Youtube! No need personal trainer...haha. FOC jer 😝😝😝

Nih dia Home Workout steps yang Zie follows buat masa ni

↓
↓
↓
↓
↓


10 Minutes Booty Workout 😍 Franking speaking, azab giler koooo nak complete setiap steps dia dalam masa 10 minutes ni. Nampak cam senang. Cuba buat... kau nak rasa dia camne. Nak nak lagi yang jenis badan "sihat" cam Zie ni. Azab beb! Haha 😂




As for my Belly workout, Zie choose untuk follow steps dari Emi Wong ni. Atas katil je buat...sambil² ko jaga anak²... sambil² ko berworkout. So takde lagi alasan jaga anak so tak dapat workout, kan 😜 

Steps dia simple. Senang nak ikut. Tahap burning dia...aduhaiii. Ingat, don't push yourself. Enjoy it ♥ So officially 10 minutes + 10 minutes = 20 minutes sudah. Kalau Zie letih sangat. Zie akan buat each working 5 minutes gitu. Ambil steps yang paling cepat burn. Ngelat kooo. haha.

Hopefully hilang ler lelemaks yang degil ni. Since C-Section Zie pun dah okay.... so hunt for 6 packs abs. Dapat ke idok ye? Hmmm... we'll see. But of course ler uols tak dapat tengok. Hanya hubby iols je yang akan dapat tengok my 6 packs nanti. Itu pun kalau berjaya lah ye. Hahaha.

Sure berjaya. Mesti positif! 🙆





Hadiah Perkahwinan Yang Ke-10 Buat Suami


Alhamdulillah.... dapat jugak Zie bagi hadiah iPhone 11 Pro Max untuk husband. Awal bulan Januari 2020 yang lepas Zie bagi kat dia. Belated wedding anniversary gift. Sepatutnya bagi pada 11.11.2019, somehow Zie tak nak berbelanja ribu² dulu sebab anak² nak masuk sekolah. Tunggu dah lepas pendaftaran sekolah anak².. then baru lah rembat.

Masa 11.11.2019, Zie just wish je kat dia and bagitahu dia yang Zie takde apa² gift buat dia. Actually niat Zie, Zie nak surprise dia sebenarnya. Hihi





Zie pilih warna Green with 256GB. Happy bukan main lagi dia bila Zie bagi dia ni. This year wedding anniversary tak tahu lagi apa nak belikan untuk dia. Kalau PS5 dah release... maybe akan bagi dia hadiah tu kot....



NH Colla-Plus Advance Review



Alhamdulillah, sampai sudah NH Colla-Plus Advance yang Zie ordered dari Shopee Mall, kedai Watson. Walaupun kat Kuching ni ada jual benda alah ni... tapi mahal uols. 1 box tu je dah RM129 gitu harga dia. If nak murah, tunggu Watson or Guardian buat sales. 

...Tapi itu pun still diatas RM100 harga. Di Shopee... hanya RM96 jer. Free postage plus siap dapat RM12 diskaun. The reason why harga jadi murah. Kita ni kena gak pandai beli di Shopee.... sungguh harga murah tapi kalau plus postage akan jadi lebih mahal... better don't.

Sebab tu Zie hanya akan beli bila ada Free Shipping voucher je.



Sebelum Zie mulakan dengan cara pengambilan dia, ada baiknya Zie terangkan serba sedikit tetang NH Colla-Plus ni. Actually dia ada 3 jenis. NH Colla-Plus (warna hijau), NH Colla-Plus 3 (warna purple) dan NH Colla-Plus Advance (Warna turquoise). Ke semua main purpose beauty drinks ni sama je... anti-aging dan cantikkan kulit.

Yang membezakan hanya kandungan dia je. Zie plak pilih NH Colla-Plus Advance sebab dia advance lagi fomula dari yang dua tu. Result dari pengambilan yang konsisten (ikut pengambilan dosage yang ditetapkan) selama 3 bulan, jelas ketara okay.

Kawan Zie amal benda alah ni. Pun dia ambil yg Advance ni gak. Kulit dia sekarang... fuhhhhh! flawless! 100% all-natural ingredients... so memang safe. Lagipun beauty drinks dari drugstore.... wajib selamat koooo. so no worries.




Now cara pengambilan plak. 20 botol ni cukup untuk stock sebulan. If uols baru mula² nak ambil ni NH Colla-Plus Advance ni... untuk 6 hari pertama, minum setiap hari sebotol. Masuk hari ke-7 consumed benda alah ni.... start ambil selang sehari. Mcm Zie... hari ke-7 Zie minum sebotol (kirany 1-7 hari... setiap hari Zie ambil)... lepas tu hari ke-8, Zie tak minum. Hari ke-9 baru Zie minum sebotol lagi.

...berterusan ler selang sehari gitu sampai lah masuk 3 bulan. Bila dah genap 3 bulan uols ambil.... if rasa nak cantik lagi skin (kiranya kes belum puas hati lagi lah ni ye), setiap 3 hari... minum 1 botol. Paham kan? Kalau dah start minum 3 hari x 1 kali tu... 20 botol tu, cukup stock utk 2 bulan. See semakin jimat! 



Ni dia chart Skin Condition dari NH Colla-Plus Website. Seawal hari ke-6 uols dah nampak perubahan sikit demi sedikit pada kulit uols. For my case, yang Zie perasan perubahan pada kulit... dari dry skin jadi normal skin. In where i love it so much! Tak perlu dah Zie pakai night moisturizer. Dapat gak lerr muka rehat dari bahan kimia kan.... hihi. Then dari kusam, jadi tak kusam dah. Segar & healthy je kulit.

Untuk jeragat (since umo dah tua kan...ada ler sikit jeragat nak menampakkan diri. Huhu), dah semakin memudar dah kat bahagia tepi pipi. Love it! Tak sabar nak tunggu skin jadi flawless lawa & putih pinkish. Hehe.

Oh ye uols, benda alah ni bukan untuk uols consumed forever ye. Stop consumed bila uols rasa puas hati dah dengan kecantikkan kulit. Andai kata lepas stop....few months later or few years later (depends dgn kondisi kulit sesorang) uols rasa kulit kembali tak wow lagi...then baru consumed balik. Back to day 1 routine pengambilan ye.

FYI, entry review ni bukan entry berbayar ye. Memang Zie ikhlas nak review untuk rujukan uols yang nak consume benda alah colla colla ni. Lets  Chantek girls!



Zalora 11.11 Spin & Win




Start awal bulan ni tadi permainan 11.11 Spin & Win ni. Almost setiap hari jugak lerrrr Zie bertandang di Zalora untuk spin roda impian tu. Yang sakitnya... bila dah dapat RM110 cash voucher, ada minimum spend ler plak. RM500 pulak tu minimum spend. Tak kuasa iols.

...takde lah juga Zie nak spending RM500 di Zalora. Paling² pun RM200 jer...paling banyak. Takpe. Zie share je di FB Cash Voucher tu. Kot kot ada kawan yang kaya raya di FB tengah shopping RM500 ke atas gitu. Boleh je dia guna.

Jangan membazir. Kita tak guna, mana tahu ada yang nak guna. Sharing is caring ♥







Yippieee! Akhirnya dapat juga Zie apa yang Zie aimed ni. Tapi ni pun belum tentu kau akan dapat cash voucher RM500 tu ye. Hanya 11 Winners je akan di umumkan via email pada 20.11.19 ni nanti. Tak sabarnyaaaa nak tunggu. Memandangkan Zie dan husband, dua² ada akan Zalora.... wajib kooo Zie try dapat ni lagi.

...Alhamdulillah. Dua² dah email address dah registered under RM500 Cash Voucher ni. Mudahan salah satu sangkut kan kan. Kalau boleh, memang nak dua² sangkut. Hahaha. Dapat gak 1K tuuuu kalau combine...hohoho. InshaAllah.... kalau dah tertulis tu rezeki weols laki bini, dapat ler nanti tu

Tak berharap sangat. Kalau ada, ada ler. Kalau takde... takpe. Harap if menang nanti, jangan ada Minimum spend pulak macam yag RM110 tu lah ye, Zalora.my. Wish me luch, uols!

♥ XOXO



8th Small Wedding Anniversary Celebration ♥



Semalam, 11.11.2019.... adalah ulang tahun perkahwinan weols yang ke-8. Alhamdulillah.... genap sudah 8 tahun usia perkahwinan weols (kenal each other dah 10 tahun dah... feels like forever knowing him). Tak terasa, kan. 

Growing up and getting old together gittew ♥





So semalam, ajak husband celebrate berdua time lunch hour. Time tu je weols ni dah keluar makan berdua tanpa rasa bersalah tak bawa anak²... hehe. sesekali, kena gak weols dating berdua kannn. Sayangnya cuti tahunan Zie dah habis, kalau tak...memang Zie ambil half day terus.... hehe.





Weols celebrate makan² biasa² je di Secret Recipe. Ala kadar jer uols. Janji husband tak pernah lupa. Zie ni haaa yang kerap nah terlupa setiap tahun. di kepala ni hanya ingat deadline kerja urgent je... huhu. Hari Ahad tue, dia tetiba tanya... hari ni berapa haribulan. Zie jawap ler 10hb... kenapa?

...then dia tak jawap Zie. Instead dia tanya lagi. Hari Isnin nanti brapa haribulan ye. Zie plak lurus bendul... jawap "11hb ler. Kenapa?". Then husband tanya lagi... "Hari Isnin hari apa ye.." Dia tanya lagi. Jujur Zie langsung tak ingat.... nak marah Zie bila di tanya berulang² kali and then pertanyaan Zie dia tak jawap² sebaliknya dia pi tanya soalan lagi.

Seriously, annoyed Zie time tu. Dahlah orang tgh busy cuci pinggan mangkung. Tak semena² telinga Zie kena dia jentik. Hahahaha. Terus dia kata ... "LUPA isnin hari apa."... merajuk masuk dalam bilik kawan oiiiii. Hahaha

Then baruuuuuu ler Zie perasan... Isnin bertarikh 11.11.... adoiyaiii! Hahaha. My bad






Sayang dia! Dia tak pernah pun lupa tarikh² penting weols. Zie ni jer haaa yang kerap lupa. Bukan tak sayang ke apa ye uols... cuma di kepala ni banyak sangat benda alah nak di ingat. Kalau Zie tak ber-Reminded... jgn harap Zie dah ingat. His birthday pun Zie letak yearly reminder. Hahaha.

...tak nak dia merajuk tiap tahun maaa. Hahaha. Terbalik weols kan. Selalunya Lelaki yang lupa... ni, Zie yang lupa. Alahaiii. 




Apa² pun, Happy 8th Anniversary to Us. Looking forward for more anniversaries to come with you, sayang. Thank for the gift by the way.


♥ You! XOXO



Pertama Kali Anak Kena Chicken Pox




Throw back entry ye uols. Tak menang tangan nak update blog. Huhu. Pada 31 Oktober yang lepas, sebelum pukul 8am...terima Whatsapp dari penyelia Taski Mikayla. Bagitahu yang Mikayla kena chicken pox dan sarankan Zie untuk bawa dia pergi jumpa doktor untuk disahkan. Gambar di atas adalah gambar dari Mak Rina dia. 

Rupanya kena chicken pox si anak dara Zie tu rupanya. Zie perasan... kenapa kat bontot dia ada biji²...ingatkan nappy rash. Then perasan gak kat mulut atas bibir dia ada cam pox satu. Tapi masa tu mati² koooo Zie ingatkan Mikayla kena gigitan semut.

Then belah belakang plak, ingatkan dia kena gatal². Kan Mikayla ni eczema. Memang bodoh² betul Zie time tu. Diri sendiri belum lagi pernah kena Chicken Pox. Tu pasal ler mengong semacam je.






Once terima Whatsapp message gitu dari pihak Taski dia, terus Zie apply leave and pecut ke Taski dia. Traffic jammed ni kan... memang taw. Tahu kita ni berebut nak sampai, time tueeee jugak dia nak jammed bagi. Nyampah nah. Wrong turn! 

...Sepatutnya guna back road instead of main road ni. 





Terus bawa dia ke Clinic Lee. Nasib Mikayla pesakit pertama kat klinik tu, so tak perlu ler tunggu lama sangat. Kesian anak mak ni, baru je hari tu sembuh dari demam panas.... dah kena satu lagi penyakit.




Yup... sah sudah dia kena Chicken Pox. Huhu. Di sebabkan Zie takde bawa buku klinik dia, so Zie mintak doktor tulis surat untuk confirmed kat dia kena Chicken Pox memandangkan dia belum lagi kena vaksin. Untuk rujukan pihak KKIA in her next appointment nanti.




Tu...ketara nah chicken pox dia kat atas mulut dia tu kan in where emak dia ni fikir kena gigit semut time merangkak. Alahaiii... huhu. Seumur hidup tak pernah tengok chicken pox live.... gitu ler jawap nya. Hahaha. Tengok dalam gmbar je dulu²...





Alololo....kesian sayang emak. Memandangkan time tu bapak dia still OPS, 2 November baru bapak dia habis OPS...menjawap lerrr Zie ambil leave selama 2 hari. Untuk 31 Oct & 1 Nov... huhu. Terus habis cuti tahunan emak. Doktor bagi Mikayla cuti rehat seminggu...

...means seminggu dia tak dibenarkan turun ke Taski. Maksud, seminggu ler bapak dia Zie paksa ambil cuti. Nasib dapat gak bapak dia cuti. Kalau tak menjawap ler Zie cuti tanpa gaji selama semingu.... 




Almost 2 weeks kena chicken pox.... akhirnya pagi ni dia kembali turun ke sekolah. Bebas chicken pox dah sayang emak ni. Nasib tak ketara sangat bekas chicken pox kat muka dia tu. Tapi kalau kat bahagian belakang and bontot dia...aduhaiiii, bertompok² hitam je bekas pox tu. Jahat betul... huhu

...takpe, lama² nanti pudar ler bekas pox jahat tu. Asalkan dia kembali sihat, syukur nah dah Zie. Semoga lepas ni dia sentiasa sihat hendaknya. Dan dilindungi Allah swt daripada sebarang penyakit berjangkit.... InshaAllah.