Pertama Kali Tampal Gigi



Kesenambungan dari blog entry Baru Perasan Gigi Mikail Berlubang (klik untuk baca), disebabkan Zie tak nak Mikail mula sakit gigi gara² gigi susu garham dia yang berlubang besar tu... takde masa pun Zie terpaksa cari masa untuk bawa dia jumpa dentist balik untuk tampal gigi dia yang berlubang tue. Irfan dan Mikayla, emak jaga sekejap. 

So here we are.... again. Di Klinik Pakar Pergigian Anmas branch Sukma.





As expected, sebelum dia relakan gigi dia ditampal.... tak sah kalau dia tak berdrama tangis dia tu. Kenapa entah lately ni penakut nah dia nak ke dentist. After cabut gigi susu dia di blog entry yang ini → Teruja Mikail Cabut Gigi Susu Dia ← (klik untuk baca). Sebelum² tu, okay je dia... excited. 

Agaknya time tu sakit kot. Sebab 2 batang sekali gus doktor cabut. Tu kot dia jadi fobia... alahaiii.




Tengok tu uols, bertangisan bebenor dia tu. Mula² tak nak dia bukak mulut dia. Rasa nak marah je Zie tau. Haha. Letih pujuk dia gtaw tak sakit...sakit lagi cabut gigi. Still kooo dia tak nak buka mulut and bertangisan. Kejadah entah gitu. Lastly nak juga dia buka mulut bila emak dia ni janji nya belikan Beyblade Venom if dia nak tampal gigi.

Lajuuuu je dia membuka mulut dia walapun tengah ketakutan dan bertangisan. Beyblade pun pasal.... sanggup! Haha. Sebelum tampal, doktor bersihkan dulu kotoran yang masuk dalam lubang gigi dia tu. Untuk mengelakkan budak² takut, dorang tak guna drill...dorang just pakai pengorek je. 



Tak sampai pun 10 minit. Dah siap! Zie guna tampal yang jenis sama warna dgn gigi. Baru tak hodoh kelihatan... hehe. Kena tunggu dalam masa 30 minit gitu baru dapat makan dan Minum. If tengok betul² kat bahagian tampalan tu, macam tak begitu perfect tampalan dia kan.

Maybe belum betul² keras dan makan kot. Takpe, ada masa nanti, Zie bawa Mikail ke sana lagi. But if compare previously, still okay lagi. Maybe tak berapa rata... kot.



Muka sebelum dia berdrama air mata. Haha. InshaAllah awal tahun depan nanti, nak bawa dia gi cuci gigi. Irfan nanti, seawal 4 tahun umur dia (harap dia nak buka mulut lah, sebab time nak cuci gigi dia dulu - klik untuk baca - dia tak nak plak bukak mulut. Ending walked away dengan gigi dia still berkerak...huhu), nak biasakan dia pergi jumpa doktor gigi.

Susah dealing dgn drama air mata dorang ni bila time perlukan sangat² untuk gigi dorang di rawat. No sweets kata emak... menurut kata gak dia. Sayang dia!


UPDATE ON PRICE
** Since ada yang bertanya berapa charge. So here u go ♥

Harga Tampal Gigi Susu/Kekal
• Gigi Susu : RM30 - RM50 sebatang
• Gigi Kekal : RM80 - RM100 sebatang

Harga bergantung dengan jenis tampalan dan kebesaran lubang gigi ar. If besar, untuk Gigi Kekal, akan charge RM100 ke atas. Boleh direct Whatsapp Klinik Pakar Pergigian Anmas ditalian untuk sebarangan pertanyaan dan further details :-


019 - 482 1241 (Satok)
019 - 982 1241 (Sukma)


Akhirnya! Jumpa ♥


Lama Zie dok intai² Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni di Guardian & Watson. Actually nak yang original, tak nak yang ada plus² bagai sebab nak purely bird's nest kekononnya. Tapi sold out plak. Hanya tinggal yang Plus Longan ni je. Beli je lah. Janji ada daripada takde. Tu pun tinggal 4 botol je lagi. So sapu semua semua... hoho.

Nak beli sekotak. Sold out plak. Yang tinggal hanya jualan loose je. Hmmmm. Kan dah kata benda alah ni memang laku keras. Kaya rasanya founder benda alah ni. Pantang stok masuk, ada jerrrrrr lah sold out. Maybe sebab harga mampu milik kot.

RM5.20 je sebotol. Sure lah ramai yang pi sapu banyak² sampai tak nak tinggal dgn orang lain. Huhu Siapa cepat dia dapat terms. Alahai...





Gini rupa dia bila dah ditelanjangkan... nampak segala isi. Hihi. Terus mulut say... "wahhhh... banyaknya isi bird's nest diaaaa." Happy disitu. Terus ler pasang angan² kulit jadi flawless gitu. Tu pun KALAU sentiasa dapat stock benda alah ni. Hendak di order melalui shopee...  lokek nah part portage tu. Mana taknya, sekotak (24's) cost RM50 plus untuk shipping fee je tue... ko ghase?

...250ml x 24's, berat tuuuuuuu. Sebab tu ler postage fee dia tahap WOW gitu. Hihi. Mudahan selepas ni jumpa stock yg kotak tu. setiap hari consumed ni. Baru ler kulit flawless jadi if diamalkan setiap hari. Since skrg muka zie dah jadi kusam gara² terlampau tired. Really need makanan tambahan yang dapat mengembalikan seri wajah. 




Akhirnya... Betul Ejaan Nama


As a regular customer di Imperial Riverbank Cafe, staff dorang keeps on updating Zie apa main dish dorang untuk hari ni. Kalau main dish sedap, baru nak Zie lunch kat sini. Hihi. Oh ye, promotion Crazy13 Lunch dorang, dorang extended sampai 31st December nanti. A good news lor... hihi.

Dorang ada gak update Zie tentang breakfast buffet dorang. RM25 per head, 6am until 9am. Tak nak lah Zie sebab selain mahal (bagi Zie lah ye), pagi² mana ada selera kau nak makan banyak²... hehe. Takpe, support them time lunch break je. Tu pun Zie hadkan 1x seminggu je lunch kat sini dengan colleagues.




Finally.... selepas banyak kali buat reservation kat sini, akhirnya dorang ejaan nama Zie dengan betul. Haha. Why? Sebab this time Zie sendiri yang buat reservation. Selalunya Zie suruh manager Zie yang buat reservation. Malas nak calling bagai.

Semalam, busy plak dia. So sendiri je lah. Since supervisor dorang selalu update Zie main dish dorang, so guna whatsapp je lah. Lagi senang. Sebab tu ler kali ni nama iols betul ejaannya. Hihi. Zie reserved 2 buah meja. Weols ada 4 orang. Tak nak berhimpit², so 2 meja je la.



Ayam Masak Halia
- Main Dish -


- Side Dishes -
Zie ambil sikit je. Dia ada banyak lagi... tapi Zie tak suka makan. Hihi. Ambik banyak² sebab malas nak bangun lagi ambil. FYI, Zie habiskan ye. Bukan type orang yang jenis, pergi ke buffet... ambil banyak²... pastu, tak habis. Zie buat jenis gitu ye ^_^

- Dessert -
Yang ni plak dessert dia. Pun ada pelbagai jenis. Ada air bean curd apa entah nama, ada watermelon, ada papa, ada kek, ada Puding. Zie hanya ambil watermelon, papaya dan air bean curd apa entah nama tu. Tu je.

Watermelon Zie refill sampai 3x. Haha! Manis....sedappppp.



My partner satu meja. Snap snap gambar dulu, sebelum makan. Beza Miss Wong dengan Zie.... Miss Wong, dia snap gambar untuk dia whatsapp dengan boyfriend dia. Zie plak snap gambar untuk my blog kesayangan. Kang bersawang lagi blog kite tak terupdate update. Insaf dah...

Next lunch place weols, akan ke The Reef Seafood restaurant. Kata adik ipar bos, sedap makanan kat situ. Zie okay je.... janji halal.


Hari Khamis Adalah Hari.... Mcd Happy Meal!




Hari Khamis minggu lepas, bermula nya new toys untuk Mcd Happy Meal. Kali ni koleksi Transformers & Little Pony. Gigih gak Zie lepas ambik Mikail balik sekolah, ambil Mikayla dari nursery.... terus pecut ke Mcd. Sekali sampai... ya ampunnnnnnn, panjang barisan di drive through.... huhu.

...adat bila koleksi dia HOT! hehe. Since dah gtaw Mikail...redha je menunggu dengan penuh kesabaran.



Sampai tenganga Mikayla tidur dalam berbaris ni. Hujan lebat kat luar. Mana taknya heaven baby pipi pau ni tidur. Letih bebenor dia nunggu emak dia ambil dia dari nursery. Huhu. Traffic jammed. Nasib sampai nursery dia sebelum pukul 6:30pm. Kalau 1 minit lewat, kena byr denda iols. Hihi

Actually untuk bulan ni, Zie & husband bayar extra RM100. Contract sampai pukul 6:30pm. Sebab nursery dia tutup pukul 5:30pm, kan masa tu Zie baru je balik kerja. Selalunya husband yang ambil Mikayla. Zie just ambil Mikail je. Tapi bulan ni, kan husband OPS selama sebulan... so Mikail & Mikayla dua² Zie yg ambil.

...tu yang have to bayar extra RM100. Bermaksud yuran nursery Mikayla utk bulan ni RM435... huhu (biasanya RM335 je). Guys out there, are ready to get married? Hihi...make sure financial cukup taw before tied-the-knot. Zaman sekarang ni semua perlukan duit... 




Berbalik ke kisah Mcd, haaaa... ni dia Koleksi toys Happy Meal untuk bulan Oktober ni. Comel! A must have ni. Esok lagi ler Zie "menderma" dengan Mcd. Haaa...jangan kecam dok kata support yahudi yahudi ye. Kau nak boikot, boikot kau seorang ye, Takyah condemn orang lain yang tak boikot.

At least Zie tak munafik.




Utk minggu pertama, Bumblebee ♥ Zie beli 1 set je Happy Meal. Nanti dorang kongsi main. Tak kuasa Zie nk beli 2 set untuk benda yang sama. Lainlah if berlainan, kan. Nak belikan Little Pony, Mikayla still belum tahu erti permainan lagi. So why bother? ..hehe

....pepandai ler Mikail & Irfan kongsi². Dari kecik ni lah kita didik dorang berkongsi barang. InshaAllah bila besar nanti, hubungan adik beradik dorang akan erat dan tak kedekut or berkira dengan adik beradik sendiri. InshaAllah... kita as parents akan cuba sebaik mungkin untuk mendidik. Andai kata bila dorang dah besar nanti, tak seperti yang kitorang inikan....redha dan syukur. Kita hanya merancang, Allah swt yang tentukan.

Always remember... perangcangan Allah swt lah sebaik-baiknya perangcangan. Always bersangka baik. InshaAllah.


P/S:
Ni koleksi Happy Meal last week
This week collection, balik kerja 
nanti Zie pergi menderma di Mcd
...hehe.



Batteri Kereta... MATI!




Ni kes seminggu yg lepas... hehe. Throw back entry... huhu. Hari Jumaat lepas, punyalah excited Zie rebut² nak balik awal 15 minit dari yang lain (dengan kebenaran bos ye)... sampai² je kat kereta. Bila nak start enjin.... tak bolehhhhhhh! Sakitnya tuh di siniiiiiiiiiii ♥ Penat hakak turun naik turun naik tangga office mintak pertolongan dari colleagues taw. Nasib Zie plan balik awal... kalau balik macam biasa and orang yang Zie nakkan pertolongan dah balik... haaa, camne tue?

Nasib gak Mr Ong ada jumper. Hihi. Bateri flat ko. Bodo battery tu...takde warning² terus mati dia. Benci nah! Mr Ong, Faizal & Leslay turun bawah berhujan² tolong Zie hidupkan kereta. Nak stop cucuk duit, lepas jumper ginie... mana boleh tutup enjin kooo. Kang tak boleh start lagi, nangis tak berlagu kang Zie.

So naik balik Zie... pinjam duit dengan Miss Lu plak sebab dalam wallet tinggal 100 plus je. Tak cukup untuk beli batteri baru. Nanti Isnin bayar balik. Zie tak nak pakai batteri air... nak pakai batteri kering. Membebel kejap Zie call husband gitaw kenapa kali ni beli batteri air untuk kereta Zie. Hahaha. Susah hati kawan kat tempat sentri. 






Dari plan awal nak pergi ambil anak². Terus jadi lewat. Mana kena traffic jammed lagi... dengan hari hujan plak tu. Sakit hati nah. Sampai kat sekolah Mikail pukul 6:15 gitu. Sampai kat Nursery Mikayla plak dalam 6:30pm gitu. Then terus call emak gtaw Zie anak beranak balik lewat sikit sebab nak belikan bateri kereta baru. Story lerrr apa terjadi... huhu

Haaa time susukan Mikayla ni ler, kejadian mistik yang Zie storykan di post entry Demam Panas Yang Pertama Mikayla (klik untuk baca entry). Serik giler bawa anak² lalu jalan tu time maghrib. Kesian Mikayla...mati² emak fikir dia nak susu meraung nangis time tu. 

...Rupanya takut dia tengok benda bodo tu. Kejadah entah takutkan budak² pastu siap ikut plak tu. Eeee... sakit hati Zie kenangkan. Nasib tak nampak, kalau lah manusia... kemas dah aku kerjakan. Buat anak Zie gitu. Bodo ar..




Sampai sini bila azan maghrib dah kedengaran. Jujur...bukak bonet kereta ni pun bila mekanik tu suruh buka...Zie siap tanya dia "kat mana ye?" Hahahahahaha. BIMBO! Gelak dorang... huhu. Peduli lah. Janji kereta okay pastu...gelak lah sana. Takpe. Bukan selalu dapat gelakkan iols ni. Haha

By the way, wajib sebenarnya perempuan tahu tentang kereta ni. Tapi Zie...MALAS! Nanti² lah belajar. Busy uruskan anak². Takde masa... Hihi (alasan...haha)




Pilihan Zie antara brand Century or brand Yokohama ni. Husband kata brand Yokohama bagus....Tapi tanya dulu harga dia brapa. If Yokohama mahal...then beli je brand Century. Coz sama gak bagus...cuma Yokohama better lagi dari Century.

So Zie tanya lah harga Century brapa RM, Yokohama brapa RM. Since tauke workshop tu kata sama harga, So Yokohama it is. Makanya terbanglah RM300 khas untuk anak paling sulung Zie ni. Huhu. Dia nak gak perhatian kooooooo. Haiyaaa....walhal bulan 8 tu dah bagi dia kasih sayang sambut birthday dia. Nak gak lagi perhatian...alahaiii. Yelah.... mak still sayang kau duhai, baby Persona emak.

...jangan meragam lagi selagi bapak kau still not in town. Jual kang! Eh! hihi




Lihai sungguh dia tukar batteri tanpa tutup enjin. Sakai plak Zie tengok. Hahahaha. Dia tengok ada baby & budak dalam kereta...kena lagi hari hujan. Takkan nak keluarkn dorang pa semuakan walaupun Zie tak kisah. Tapi dia insist tak perlu tutup enjin...and Zie tanya tak bahaya ke. Dia just smile & geleng kepala...whatever lah kan.

Nanti if kena short ke apa...dia yg sakit bukan Zie. Since dia sendiri yang ask for it. Hihi. Asalkan tak rosakkan kereta dah. Pssttt...ada gak Zie google boleh ke ganti bateri kereta sesama enjin di jalankan, rupanya ramai mekanik biasa buat. Ceh. Tapi prosedur ni tak digalakkan lah sebenarnya. Nah... artikel tentang prosedur ganti bateri kereta --> Prosedur Mengganti Bateri Kereta (klik untuk view post berkait), new info untuk orang yang macam kite. hehe.


Demam Panas Yang Pertama Mikayla


Actually, Hari Jumaat sebelah malamnya... Zie perasan badan Mikayla cam panas² gitu. Bila check suhu, normal. So Zie assumed body heat dia tu gara² haba panas rumah. Hari Sabtu & Siang ahad pun sama.... normal je suhu dia. Until lah pagi Isnin, tertiba terasa badan dia panas giler.

...bila check suhu, 38.2! Tinggi dah demam dia. Mendadak plak tu naik. So terus weols bawa dia ke Klinik.




Kali ni weols tak nak dah bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic tu. Sebab charge bayaran dia semakin hari cam tak masuk akal plak. Sometimes almost RM200. Mahal lagi dari charge Dr Lim di KPJ. Huhu. So decide nak tukar doktor. So weols try bawa dia ke another child specialist physician, Dr. Lee.

Alhamdulillah, murah charge dia. Hanya RM40 jer. Ramai yg recommended Zie Dr Lee ni. Baru tergerak hati register anak² under his care bila demam/sakit.





Since dia baru je umur 6 bulan lebih, Dr Lee tak berani nak bagi dia banyak ubat. Just ubat demam & antibiotics je. Actually Mikayla ada batuk berkahak, blocked nose & fever. 3 serangkai penyakit. Huhu. Untuk blocked nose dia, Dr Lee suruh Zie continue bagi dia iLiadin Nasal Drops

Bagi Zie lah, iLiadin Nasal Drops ni hanya helps buka blockage je untuk bagi dia senang bernafas. Tapi utk cure flu tu, cam takde kesan je. Huhu. So Zie continue monitor demam dia. Demam dia mula² on and off sampailah masuk hari Selasa (8.10.19) which is semalam. Start suhu dia tak surut²....





Cam semakin teruk dia. Tapi syukur fever dia belum lagi cecah 39 or 40 celcius. Syukurrrr. Kalau tak...dah admitted dah Mikayla. Panas dia main dalam 37 ke 38 celcius gitu. Selalunya, bila Zie dah bagi ubat, dalam 4jam macam tu.... baru start lagi panas dia andaikata demam belum kebah. 

...tapi kali ni, pelik Zie tgk demam Mikayla ni. Belum sampai 2jam... panas dia dah naik. Bila suhu badan dia sikit lagi nak reach 39 celcius. Terus Zie bagi ubat Panadol yang jenis insert ke bontot tu. Sepatutnya around 6jam ke 8 jam expected demam dia akan datang balik.

Tapi tak kooo...kali ni belum sampai 3 jam lepas insert, datang balik panas dia. Terus mati kutu Zie. Buntu sangat². Cam hilang akal pun ada gak. Ubat "Bom" tu kot...takkan tak kuat lagi. Nak bagi syrup, tak berani sebab belum masa. Takut Mikayla nanti overdose. So resultnya...gara² Zie terlampau risau... menangis tua Zie.

Dahlah husband not in town. Takde orang dengan Zie untuk berganti ambik cuti untuk jaga Mikayla. Nak di hantar ke nursery, time dia tengah high fever ginie....tak sampai hati Zie nak bagi orang lain jaga dia. Bukan tak yakin or tak trust babysitters dia kat nursery tu. Cuma...Zie nak Zie sendiri yg jaga... she needs me.

Lagipun tak elok hantar anak kita yg still sakit ke nursery. Nanti jangkit anak orang. Jangan pentingkan diri je....fikirkan tentang anak orang yg sihat tu




Uols tengok keadaan dia tahankan sakit dia. Sedih Zie. Mana taknya Zie nangis tengok anak gitu. Kalau boleh Zie ambik demam dia tu, Zie sanggup ambil. Ganti tempat dia. Tak sanggup Zie tengok dia lemah gitu. Berterusan gitu sampai malam. Pelbagai dah cara Zie untuk kurangkan panas dia. still tak kebah². Sampailah emak Zie try rukyah kan dia...

Sebab mak tengok cam lain macam je demam Mikayla ni. Dia takut "campur" dengan "benda lain". So mak rukyah. To my suprise... Alhamdulillah. Baru dropping koooo suhu panas dia. Tak menaik lagi. This morning bangun tido... di paras normal dah suhu dia sampai sekarang. Mak kata, dia "terkena" benda masa weols dalam perjalanan balik rumah. Terus Zie teringat... Masa Zie ambil dia balik hari Jumaat tu... lewat sangat dah masa tu gara² kereta Zie buat hal plak. Battery bodo...geram aku. Haha. Later story tentang tu. Menyakitkan hati nah time tu taw.

Disebabkan kereta rosak, sebab tu lah Zie jadi lewat fetch dia dengan abang dia balik sekolah. Time Zie sampai nursery, dah almost senja dah. Tak lama lagi masuk maghrib. Disebabkan nak beli bateri kereta baru... so Zie direct je terus since jarak nursery Mikayla dengan bengkel tak berapa jauh. Hendak di jadikan cerita, time Zie lalu masuk simpang utk ke bengkel, persimpangan tu memang orang kata ada keras sikit. Time tu...Mikayla terus meraung nangis... Zie ingatkan dia nak susu. Terus Zie suruh abang Mikail dia ambilkan susu dalam bag nursery dia. Biasanya babysitter akan sediakan. 

So sambil driving, sambil Zie susukan dia. Senyap plak dia. Tu Zie fikir dia haus nak susu. Pastu merengek² dia...Zie ingatkan dia nak tidur. Biasanya gitu Mikayla bila nak tidur. Merengek sampailah sampai rumah... Rupanya time tu ler dia "terkena" benda tu. Bayangkan... time dah maghrib, still lagi on road... bawa baby lagi tu. Unlucky...so terkena ler. Jahat betul benda alah tu, sanggup dia kacau baby. Hmmm. Inilah bad side bila jadi 2in1 parent. Kaulah emak, kaulah bapak. Takde sesiapa untuk kita bahagikan tugas as parent. What to do... dah pun nama kau bersuamikan polis PGA. Telan jer walaupun pahit.

Nasib nenek dia sendiri tahu rukyah sikit². Kalau tak.... lesson learned. Lenkali if ada apa² hal, Zie akan sentiasa hantar anak² balik rumah dulu sebelum Zie settlekan urusan dunia, Huhu.




This morning, syukur...demam dia tak datang lagi sejak selepas di rukyah oleh nenek dia. Kira baru dalam process sembuh dari demam lah Mikayla ni. Mula² Zie plan nak ambil cuti lagi. Malam tadi dah awal² dah whatsapp manager inform Zie ambik cuti lagi utk jaga Mikayla. Syukur bangun tadi pagi...her temperature di paras normal. So Zie tak jadi ler ambil cuti. Since dapat di hantar ke nursery. Nanti mintak tolong Mak Rina dia monitor ubat dia.

Lepas susukan dia, Zie terus bagi dia ubat² dia...tadi Zie follow up dengan Mak Rina dia, Mak Rina dia kata dia okay, still normal suhu tak panas. Tengah bermain dengan kawan², So Zie suruh dia bagi ubat pada pukul 11am nanti. Kira continue on medication untuk hari ni & esok. So that demam panas yang jahat tu tak datang lagi. 

Baru lega jiwa Zie dia dah free dari demam panas. Takde lagi dah nangis sampai bengkak mata iols...huhu. Zie ni memang cenggeng sikit. Nak nak lagi if anak demam. Ever koooo aku nangis depan Pead dorang, Dr Lim (pead di KPJ Kuching Specialist Hospital) padahal anak just demam panas je pun. Haha. Time tu Irfan tu haaa...demam panas sampai menggigil².

Time dorang nak masukkan "ubat bom" ke dalam bontot Irfan, tengok irfan meraung nangis tak nak... haaaa apa lagi aku, berciciran air mata nangis sampai meleleh hingus. Sampai tergagap² serak² suara bercakap dengan doktor. hahaha. Over nah bila di ingat balik taw. Bukan dibuat² ar. Perasaan sedih tu meruntun jiwa...huhu



In Love Dengan Anlene Cafe Latte ♥



Haritu, sebelum husband pergi OPS... di gi stock-up barangan dapur siap². Stocks untuk sebulan. Baru dapat jimat budget plus takde lah Zie tak menang tangan nak angkut sekali ketiga² anak... huhu. Felt it dah time bulan Julai yg lepas. Macam nak pengsan je Zie the whole month have to become 2in1 parent. A-Z buat sendiri².

...time beli barangan dapur tu, husband tertengok susu Anlene ni. Now dah ada perisa Cafe Latte. Actually ada kot iklan di TV...since weols tak tgk TV, menjawap ler tak tahu ada benda alah baru. Hahaha. Husband teruja, Zie tak teruja. Sebab susu kan....kang kembang balik jadi badan ni. Tak nak lah.

So sombong kooooooo, belikan utk husband je. Utk di bawa ke tempat OPS dia.



Nak dijadikan cerita, masa husband tengah packing barang² dia. Tetiba dia kata "Nah...bagi kitak satu untuk try..." Untuk jaga hati dia, ambil je lah. Hahahaha. Keesokkan pagi, terus try. Sekali teguk, fuhhhhhhh! Suka giler dengan taste dia. Nak nak lagi Zie ni pencinta kopiiiii.

Terus gtaw kat husband, if Zie akan ke kedai nnti, nak belikan utk diri sendiri gak. Tapi mahal lah bagi Zie 1 pack utk yang 16 sachets tu. RM19.90 per pack. Setengah bulan je minum... dah habis. Huhu. Kedekut nah Anlene nak letak 30 sachets...hihi.

Beli 1 pack je lah utk sebulan nanti². Jimat. Anak dah ramai, kena bijak berbelanja...kalau tak, duit gaji langsung takde utk saving kang. Apa²pun.... love it!


Kaki Gemuk² Bulat² .... GERAM!


Alahaiiii...comel je kaki awak koooo baby emakkkkk ♥ Si Mikayla ni kan, asal dia duduk bersandarkan dada kita je... sure dia akan duduk kaki dia gitu². Haha. Bersilang kau! Gerammmm tengok. Dahlah kaki kementot nah....eeeee, gigit gak kang kaki tu nanti




Semakin besar semakin comel dia di mata Zie...hihi, emak mana tak puji anak sendiri koooo. Tak sabar Zie nak tunggu dia umur 2-3 tahun. Kira dah pandai bawa diri sendiri. Cam nak picittttt je dia so that dia cepat besar. Hahaha. Tapi itu lah, once dah besar nanti...kita akan rindu moment dia still baby....alahaiii, manusia.

Tapi sejujurnya, part dorg berjaga malam... bossy tahap dewa etc... part tu Zie sumpah tak rindu! Tersiksa weh. hahahaha. Rindu part dorang comel² je...eh! Boleh ke gitu? Hahahaha


Baru Perasan Gigi Mikail Berlubang




No wonder lah lately ni dia selalu masukkan jari dia ke dalam mulut and gigit² jari dia di bahagian kanan dia tu. Rupanya ada gigi garham dia berlubang rupanya. Haaa... ni lah akibatnya terlampau sangat makan gula² la... cokelat lah. Sungguh pun dia dah berus gigi setiap pagi & malam. Siap kumur guna listerine plak tu. Still gak jadi gini gigi dia.

....Zie sangat sangat menitikberatkan penjagaan gigi dia. Zie tak nak dia kenak gigi "buruk" or gigi berlubang cam gnie. Bend yang kita tak nak, benda tueeee ler juga yg akan mendapat. Hmmmm....

Time Zie tolong beruskan gigi dia masa Zie bagi dia mandi hari tu....time tu la Zie perasan. Mula² ingatkan kesan bekas makanan yang melekat. Bersungguh² gosok. Still gak ada. Sekali Zie tengok betul²... alahaiiii... Berlubang rupanya. Besar plak tu lubang dia.

Bad mood terus Zie... huhu





Keesokkan hari, terus Zie DM Facebook page Klinik Pakar Pergigian Anmas. Tanya dia brapa harga untuk tampal gigi berlubang yang jenis putih tu. Zie taknak filling dia jenis silver. Tak cantik walaupun dia jenis tahan lama. Hihi. Paling suka dengan prompt reply staff klinik gigi ni. Sangat cepat kau! Solute!

Zie selalu bawa anak² check or cabut gigi kat Klinik Pakar Pergigian Anmas di Sukma branch. Ambil dekat dari rumah. Tak sampai 10 minit drive, dah sampai ♥ Harga dah tau brapa... now nak tunggu husband dapat balik sekejap ke  Kuching lagi.

If di tak dapat balik sekejap, menjawap lerrr Mikail bergigi berlubang for a month kalau gitu. Hmmm...risau Zie. Zie ni jenis cepat nak risau. Selagi benda tak done, selagi tu Zie risau. Tak nak nanti dia sakit gigi gara² gigi tu berlubang. Lubang kecil je pun sakit dia dah tahap ya ampunnnn. Inikan plak lubang tu soooo obvious gitu. Hmmmm...

From now on... sorry lah Mikail. No more sweets treat for you. No More. Once in a month takpe. Before this, in a week... berkali² dia makan gula² cekelat. Haaa...ni ler makanan dia. Berlobang jadinya :( Eh....emo Zie. Huhu. Tak suka gigi anak bertampal. Huhu. Nasib tu gigi susu dia. Kalau gigi kekal... ko ghase???

Irfan & Mikayla nanti, sorry lah....tak akan biasakan dorang dengan benda manis² kerap sangat. Selalu nya cekelat pa suma... pakcik makcik, kawan² uols yang bagi. Kekadang je weols belikan utk dia...tu pun bila dia tahap merengek. Zie cepat kalah...makanan, kan. But now... sorry, emak akan keraskan hati. Lesson learned.





Suami Ikut Bertukar Ke Digi Postpaid 100 Infinite




Memang dah meant to be husband akan dapat jugak pakai plan Infinite 100 ni kot. Sebab hari Isnin tadi, weols ke Digi Centre. Nak tukarkan plan dari Digi Postpaid 120 plan ke Digi Postpaid 100 Infinite. Maybe disebabkan downgrade plan kot... dari bayar RM120 per month ke RM100 per month.... maybe sebab tu tak dapat kot. Kot ye...correct me if I'm wrong, okay.

...tapi kalau tukar ke Digi Postpaid 150 Infinite plan, dapat ler plak. Sah sah ler weols tak nak sebab bayar bulanan akan semakin mahal. Frust di situ husband. hihi. Question gak why tak dapat, then Digi staff tu kata, tu khas utk selected customers. If nak plan Infinite tu, kena beli number baru or switch (cam dari celcom ke digi) haaa...yg tu baru dapat.

Berlalu ler weols dari Digi Centre tu dengan kehampaan dan balik rumah terus...huhu. 





Tetiba tadi pagi, husband copy paste SMS dari Digi bagi husband offer untuk tukar plan dia sekarang ke 100 Infinite. Cepat² dia Whatsapp Zie untuk check sama ada sama plan postpaid yang Zie pakai sekarang sama tak dengan yang Digi offered tu. 

...of course sama. Apa lagi akuuuuu.... terus do it for him. 



Settled! Accepted offer tu via online je. Awal gtaw kat husband, jangan reply via SMS. Sebab Zie akan buat melalui online. Takut nanti dia salah buat... kang berbayar plak nanti. So.... tadaaaaa! RM0.00 fee untuk pertukaran. No contract. No hidden agenda. 

Now husband dapat dah enjoy tengok online movie with unlimited Internet. Happy koooo dia. Terus dia kata, nasib dia belum lagi switch ke Umobile. Zie memang tak sokong 100% dia tukar ke Umobile. Sebab Zie dah 16 tahun setia pakai Digi....tak pernah tukar number since start kerja. Hanya tukar plan je. Tu yang nak husband pun gitu gak...setia dengan Digi like me ♥

Dari prepaid awalnya... ke postpaid. Dan hanya akan tukar plan lagi sekiranya offer dari Digi tahap WOW. kalau tak wow....kuasa! Haha. Apa² pun... thanks Digi ♥ To husband, ENJOY!



Kali Ni, Takut Plak Dia Cabut Gigi




Termasuk kali nie, dah 3x dah Mikail ke jumpa dentist di Klinik Pakar Pergigian Anmas ni. 1st time, cabut gigi susu dia sebatang bahagian depan bawah. Kali kedua plak, pun cabut gigi susu gak. That time, 2 batang serentak. Bahagian depan atas. Kalu ni, bahagian depan bawah plak...

Like always, time sampai excited dia. Lepas maghrib, terus ke sini. Tak sampai 10 minit, here we are ♥





While waiting. Tak sampai 2 minit, terus nama Mikail di panggil. 




Muka dia nervous. Hahahaha. Alahai anak bujang Zie ni. Semakin hari semakin kurus ler plak dia. Susah nak bagi dia ni makan. Makan ikut mood je. Tu pun sikit. Kalau kita tak suapkan dia, harapkan dia sendiri suapkan....sikit je dia makan.

...kalau kita suapkan, baru ada byk sikit lah dia telan. sebab takut kena marah tak makan.





Tengok video sampai habis. Kali ni kenapa entah dia pandai takut. Terus tak nak buka mulut bagai bila doktor nak cabutkan gigi tu. Maybe agaknya lama sangat koh doktor tu berbual dengan dia. Pastu time nak cabut doktor tu pun cam gitaw dia.

...maybe sebab tu kot, dia jadi takut. Selalunya lepas doktor bagi bius (jenis gel), tunggu beberapa saat. Then cabut terus. Terkejut je dia...tengok² gigit dah takde dah. Hihi. So bila dia cam ginie, wajib Zie ambil video dia. Buat kenang kenangan dia besar kelak. Hahaha

Drama Cabut Gigi.... alahaiiii.


Rezeki Dapat Suami Macam Dia



Weehoooo! Ayam Goreng Mamak byDillahMorsit. Hihi. Weols laki bini pandai masak sedap² tau. Cewahhh! Puji diri sendiri kau! Hihi. Bila husband off day, sure dia akan masakkan dinner untuk weols sekeluarga. Zie bila sampai rumah, heaven kooo. 

...terus makan jer. Ni dia dah away pergi OPS selama sebulan, merindu ler Zie dgn masakkan husband. Huhu.




The reason why dia tetiba masakkan Ayam Goreng Mamak ni, sebab masa Zie lunch dengan dia hari tu.... Zie gtaw ler kat dia, Zie suka makan ayam goreng Mamak. Sedap. Macam mana entah dorang buat, kata Zie. Google ler resepi kata husband... then Zie jawap, Malas! Haha.

...keesokkan harinya, tetiba terima whatsapp dari husband bagi gambar Ayam Goreng Mamak. Wahhhh... terharu iols. Belajar masak Ayam Goreng Mamak terus kooooo dia uols. Haha. Sia ada perapkan lebih lagi ayam....utk dinner nanti katanya.

Alhamdulillah.... Allah swt bagi Zie pasangan hidup yang sangat ringan tulang tolong Zie segala apa kerja di rumah yg selalunya orang perempuan yang buat. Zie nak didik Mikail & Irfan nanti macam perangai bapak dia. Sama sekali Zie tak akan benarkan dorang jadikan Mikayla "maid" dorang. 

Biar dorang hidup berpandukan sunnah Rasullullah. Bukan berpandukan amalan budaya orang kita. You know what i mean? Hidup tolong menolong. Bukan jadi raja dengan main tunjuk itu ini dan harapakan semua dah terhidang dan tersedia kemas². 

...Emak, Isteri, kakak perempuan dan adik perempuan BUKAN orang gaji tak berbayar, FYI.









Foot Reflexology Date Dengan Suami


Disebabkan both of us keletihan, plus kaki husband terseliuh early September (baru hari minggu lepas dia gtaw Zie tentang ini) Terus Zie apply half day leave untuk Zie temankan dia urut kaki dia yang terseliuh tu. Dia, Zie suruh pergi sorang², tak nak plak dia. Sanggup lagi dia tahan sakit. Haishhh.

...hendak gak berteman kooooo. 




So semalam, bapak dia yang jadi driver. Lama takde driver gi kerja kau! hihi. 1st, hantar Mikail ke sekolah dia dulu. Lepas tu hantar Mikayla ke nursery. Then baru hantar Zie ke office. Zie ambik cuti setengah hari je. Belah pagi kerja, belah petang baru Zie off. Senang lepas berurut kaki nanti, terus balik rumah rehat...

...kekonon ler dapat rehat khennn. Huhu. Irfan plak dia kan Nenek dia jaga, time weols turun, masih tidur budak tu. Pukul 3am something dia tersedar dari tidur nak susu...terus bangun sampai 6am. 6am something...tidur balik dia. Alahaiii... mana tak longlai emak dia ni.

That night, Zie tidur pukul 11pm something. Then tepat pukul 1am, terkejut dari tidur gara² terdengar bunyi drawer baju Irfan ditutup dengan kuat. Tak sure lah sama ada mimpi or memang ada "something". Malas nak fikir sangat. As a result...terus mata susah nak lelap balik. Husband plak midnight shift. 6am baru dia habis kerja.

So gara² mata tak dalam tidur, dari pukul 1am sampai lah 3am something... baru mata dapat tidur. Baru je nak tidur, Mikayla merengek nak susu. Habis susukan Mikayla, tidur balik anak dara Zie tu. Baru nak baring tidur...Irfan plak yang bangun. Sudahnya terus tak tidur Zie... huhu. 




Sebelum pergi office, bawa husband gi breakfast di Mom's Laksa area Petanak. My favourite breakfast's place ♥ Kalau tak Laksa Sarawak, Zie akan order Mee Kolok Special. Dua tu je favourite Zie...hehe

Pukul 10am, terus booked Foot Reflexology di Rene Beauty untuk pukul 1pm. Zie booked via Whatsapp je. Ambil senang dan FREE...hehe. Malas nak call call. Sama jer. Direct booked dengan boss beauty centre tu sendiri.





Almost 1pm, sampai sudah weols laki bini kat sini. Husband terus berfoot reflexology. Zie plak, tunggu tukang urut nama Grace. Dia still lunch. 1:15pm camtu, baru start Zie berfoot reflexology. Zie setiap kali berurut kat sini, tak kisah lah foot reflexology ke full body massage ke... Zie memang akan request Grace untuk urutkan.

...sedap diat urutkan taw. Terbuai sampai terlena Zie kena urut dia. Hahaha. Yang paling benci, boleh ko Zie terkejut time terlena tu. Mana taknya kaki sampai nak tersepak muka dia. Alahaiii...maluuu. Selalu gitu tau Zie bile tertidur dia urutkan. Buat malu je. hahaha.




Kalau di Imperial Riverbank Cafe di Imperial Hotel (klik untuk baca post entry) asyik² tulis nama Zie Hajijah, di Rene beauty plak instead of Hazizah, dorang tulis Hafizah plak di resit tu. Lagi WIN oi. Hahaha.  Alahaiiii. Hafizah pun hafizah ler. Dah Zie betulkan, tapi still gak gitu.... so biarlah. 

Janji dorang semua kenal dengan muka Zie... Hafizah pun Hafizah ler noks. Hehe.




Resepi Grilled Salmon byZieMadini


Bahan² :
• Ikan salmon **

• Bawang putih 4 ulas (tumbuk) **
• Halia (tumbuk) **
• Mix herbs (optional) **
• Oregano (optional) **
• Garam /perasa **
• Minyak sedikit untuk sapu pan. 

Cara² : 
• Gaulkan semua bahan **
• Perap sekejap
• Mula grill ikan salmon. Jangan terlampau masak. Nanti tak sedap... hilang rasa Salmon dia nanti
• Jika sudah masak, ketepikan
• Siap




Masa perapkan tu...1-2jam gitu. Tapi kalau nak lama...pun boleh. Ada sesetengah orang, dorang tak perap. Terus grilled je sebab nak rasakan the real taste of Salmon tu. Since Zie ni ada kureng sikit dgn Salmon ni coz bagi Zie hanyir...haha. Wajib Perapkan :P

Untuk side dish tu plak. Zie guna Carrot, Shitake Mushroom, Brokoli & Tomato. Masak dengan menggunakan pan bekas grilled salmon tadi. Campurkan sedikit sos tiram... Siap! Selamat Mencuba ~



Si Adik Sembuh, Si Abang Pula Yang Demam



Penghujung bulan September, anak² bersilih ganti plak demam. One after another. Huhu. Nasib Mikail tak kena demam. Baru je sembuh Mikayla dari demam (klik untuk view post), keesokkan harinya pulak... abang dia Irfan plak yang kena demam panas. Zie paling binggung kali Irfan ni demam.

...sebab sure dia akan termuntah². Huhu. Dahlah sejak dua menjak ni dia pandai tak nak makan ubat plak. Terpaksa bagi dia makan ubat secara paksaan. Kesian dia. But no choice... demi kesihatan dia.




Irfan ni kan, if nak tengok dia demam serious... dia akan stop bermain & tidur je kerja dia. Tu tandanya serious na ler demam dia. Kalau tak berapa serious, dia akan continue main walaupun demam dia naik 38 celcius... still aktif mcm tak demam.

...kalau dia gitu, kurang sikit Zie risau. Tapi dia cam ginie, tak nak main...tak nak makan. Just tidur and merengek jer....haaa, risau Zie. Sebab dia akan keeps on muntah. Zie hanya akan bagi dia ubat tahan muntah dari doktor sekiranya dia dah 3x muntah.




Syukur... hanya 2 hari je dia demam. Lepas tu kembali sihat dia. Start sudah di susun kereta mainan dia. Time jerubu, weols survived. Langsung tak kena sakit. Tapi after jerubu dah takde lagi kat Kuching ni, tewas juga akhirnya. Kira after haze effect ler ni. Hihi

...Now turn Zie sendiri plak yang tak sihat. Tapi kita emak² ni, tak sihat & keletihan sangat² pun... kita still akan keeps on going. Siapa lagi nak uruskan dorang kalau bukan kita, kan? Nak nak lagi husband dah start away gi OPS...hmmm. Supermom 24jam jadinya.

Takpe, semoga Allah swt kurniakan kekuatan & tenaga yang luar biasa buat Zie so that Zie akan sentiasa stay healthy & fresh walaupun hakikatnya Zie teramat sangat letih... Kalau kaya, dah ambil maid dah iols. Ni sederhana je kehidupan, dalam mimpi je la ambil maid... hahaha :P